Dah sampai sini.
Rugi rasanya tak menikmati suasana pagi.
Kami jalan-jalan sekitar Pasar Rakyat Lahad Datu.
Dari hotel kami menapak lebih kurang 10 minit sahaja.
Cepat tu, sebab masih pagi.
Tak banyak kereta lalu lalang.
Pasar terletak di tepi laut.
Pasarnya lebih tersusun.
Bersih dan tak terlalu bising.
Jom ikuti kami, jalan-jalan Pasar Rakyat Lahad Datu.
|
Jalam Teratai, masih lengang ketika memulakan penapakan kami. Ketika ini baru jam 6.30 pagi. Ingat subuh di Sandakan jam 5.04 pagi. |
|
Suasana di pasar. Ini tempat jual sayur-sayur. Segar-segar. Geram nak membeli. Tapi ingatkan susah nak bawa balik KL. Terbantut nak membeli. Cukup sekadar dengan mata sahaja. |
|
Mudah mesra dengan orang luar. Lepas aku snap foto kat atas, mereka minta difotokan juga wajah-wajah mancho abang-abang ini. Mereka ni peniaga kat sini. Jam berapa mereka berniaga, aku tak tanya pula. |
|
Bungkusan Jambu Batu. Banyak tu brooo. Aku tanya, kenapa banyak orang jual jambu. Orang sini suka buat jeruk. Ambil dari Kundasang. |
|
Ini wajah abang yang jual jambu batu. Mula berniaga sejak jam 3 pagi lagi. Habis jam 7 pagi. 2 X seminggu ke Kundasang untuk ambil bekalan. Itu jika permintaan biasa. Kalau permintaa luar biasa, lebih kerap juga ke Kundasang. |
|
Ini pula pasar ayam. Bawahnya tu laut. |
|
Nak baru sembelih. Ada ayam pencen. Ada ayam telur. Aku sampai tadi, masih bersiap-siap nak berniaga. |
|
Tiga ekor ni pula, ikan tongkol. Lebih 10kg satu ekor. Ini hasil pancing di Semporna. |
|
Ikan setelah dibelah. |
|
Sekerat tu hargan RM10. |
|
Pasar Ikan masih sunyi. Belum ada yang buka. |
|
Dalam pasar masih sejuk. Tapi di luar semakin panas. Ramai yang dah berniaga awal pagi. Rezeki masuk awal pagi. Kelihatan pakaian bundle. |
|
Pasar Ikan. |
|
Ini pula ubi kayu. Dah parut. Sebungkus tu RM6. Setiap hari sekitar 100 bungkus terjual. Ada beberapa lagi peniaga lain yang menjual ubi kayu parut. |
|
Pasar Rakyat Lahad Datu.... |
|
Ini pula kawasan jual roti. Terdapat lebih 10 peniaga yang jual roti. Kita boleh pilih mana yang suka. Tapi kami beli roti dengan abang yang berketayap tu. Lebih yakin halalnya. |
|
Ayam kampung ada dijual. |
|
Pasar Rakyat Lahad Datu. |
|
Pasar Rakyat Lahad Datu. |
|
Baju bundle. |
|
Ini menarik perhatian aku. Kena pergi sini bila buka. Mahu cari buku. Mana tahu terdapat buku hebat kat sini. Tak jauh dari hotel penginapan kami. Tak sampai 5 minit kalau jalan kaki. |
|
Atas Auliah Store terdapat Madrasah. |
|
Hotel penginapan kami semalam. |
Orang-orang Lahad Datu mudah mesra. Mudah senyum. Ada juga yang macam sombong. Tapi sebenarnya bukan sombong. Mereka ni kurang faham percakapan aku je. Kena ulang 2,3 kali juga baru mereka faham. Kalau tak mereka senyap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan