Jom Follow

Jumaat, 15 Februari 2013

Pagi Di Kuantan.

Bertemu lagi hari ini. Dah Jumaat. Cepat masa berputar. Setiap orang dapat masa yang sama. 24 jam sehari. Seminggu dapat 168 jam setiap orang. Tak kira siapa. Sultan, Raja, PM, Bos Besar, kuli. Hanya dapat 168 jam seminggu. Orang kulit putih, orang kulit hitam, orang Malaysia, orang Indonesia. Juga dapat 168 jam seminggu. Tak boleh lebih. Mintak macamana pun, tetap dapat 168 jam seminggu. Tak suka 168 jam. Nak kurang. Pun tak boleh. Tetap terima 168 jam. Rasa lebih. Nak bagi kat sape-sape yang nak pun tak dapat.

Cdm dapat banyak itu. Ddm dapat banyak itu. Dsm dapat banyak itu. Ssm dapat banyak itu. Sm pun sebanyak itu juga yang dapat.

Dengan 168. Ada orang dapat buat lebih banyak. Ada orang dapat jumpa lebih ramai orang. Ada orang tak jumpa, walaupun seorang. Ada orang boleh taja lebih ramai. Ada orang tak taja pun. Ada orang boleh share dengan lebih ramai. Ada orang dapat lebih banyak pakej. Ada orang dapat sikit. Malah tak dapat langsung. Guano tu!!!!!!

Kami hari ini bergelewak sekitar Kuantan. Bina biz kat sini pulak. Bantu rakan niaga kembangkan biz. Bimbing secara praktikal, macamana nak taja, nak pasarkan produk dan macam-macam lagilah. Ikut keperluan semasa. Rakan niaga madi cuti. Ambil kesempatan yang ada. Bawa kami jumpa prospek. Mana tahu, rakan niaga ni qualify ke Shanghai. Masih banyak masa. Masih ramai prospek. Dengar-dengar dari pagi sampai petang ada demo. Syukur dan aku doakan agar Allah permudahkan segala urusan hari ini.

Kuantan tetap bersinar. Sedikit mendung. Tak lama lagi awan yang memayungi akan belah. Tekun & sabar. Buat jangan berhenti sahaja. BVSM halau itu mendung.

Cdm Kartini dah keluar bersama Dsm Norlida. Jam 9.30 lagi. Sebaik sahaja kami habis sarapan dengan Duke Fendy & isteri, balik hotel dia terus larikan Cdm Kartini. Tak sabar nak jumpakan dengan dia punya prospek. Tak sabar nak belajar demo. Walaupun masa tu hujan tengah lebat.

Aku seperti biasa. Baca paper kat lobi hotel. The Star & amp;Harian Metro. Habis tu sambung kat bilik. Adala aku punya bekalan.

Harian Metro &  Buku Siri Lawak Terbaik Mastika. Kat KL tak jumpa.

Sarapan bersama mereka berdua. Seronok sembang-sembang biz dengan mereka. Positif dan tahap keyakinan mereka tinggi terhadap potensi biz ini. Mereka juga yakin pada diri mereka.

Saat hujan lebat, ketika kami kembali semula ke hotel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger