Jom Follow

Selasa, 30 April 2013

BVSM Mendarat Di Bangi.

Bertemu lagi. Sori. Maaf. Semalam aku gagal menulis. Semalam aku gagal berkongsi. Semalam berlalu tanpa aku mencatat. Semalam aku hanya menelaah. Semalam aku hanya bercanda dengan buku-buku. Semalam aku tak keluar biz. Semalam aku biz dengan oline sahaja. Semalam aku kongsikan melalui medium sosial. Semalam aku manfaatkan dunia baru biz. Masih belajar dan tak berhenti belajar. Buku-buku dan tanya orang tahu.

Tugasan biasa. Hantar anak ke sekolah.
Senangkan. Tak payah keluar rumah. Tak payah tempuh jem. Tak payah bayar tol. Tak payah isi minyak. Tak payah belanja customer. Tak payah bayar parkir. Boleh elak disaman. Tak payah tinggal anak pada pengasuh. hihihihi! Senang. Mudah tapi tak sesenang orang dok jaja cerita. Biz dengan medium sosial ni mudah, hanya dihujung jari. Cakap mudah. Cakap senang. Tapi kalau baru mula, memang sukar. Memang payah. Kena ada ilmu. Bukan sekadar ilmu IT. Tapi ilmu biz juga penting. Sebenarnya kena buat dua-dua. Online perlukan masa. Online perlukan masa untuk berkembang kita punya pelanggang. Kalau orang baru, kita syorkan agar cari kawan-kawan dulu. Kongsi dengan kawan-kawan dulu.

Bertuahlah sape-sape yang berjalan biz online. Tapi banyak-banyak aku dok baca. Tak ramai yang betul-betul income besar. Lebih-lebih lagi pada peringkat awal. Lain la kalau dah lama dan punya trafik yang besar.

bvsm mendarat di sini.
 Hari ini. Kami dah ke Bangi. Hantar bvsm. Lepas hantar bvsm, breakfast di restoran nasi belauk. Kali ini, lebih sedap. Mungkin tukang masak baru. Biasanya tak sedap sangat. Kali ini lain sikit. Kuih pun masih seperti dulu. Orang boleh bekira. Nak kata ramai sangat. Tak juga. Dulu lagi ramai. Mungkin juga dah customer dah banyak pilihan. Kawasan sekitarnya ada beberapa lagi restoran. Aku dah biasa kat situ, malas nak singgah kat restoran lain. Tadi aku dah singgah kat lain. Masuk-masuk. Tak masuk selera. Vrooom ke situ juga sudahnya. Depan kedai dah penuh. Tak ada ruang nak parkir. Parkir hujung blok. Depan restoran nasi kukus. Tertarik juga. Tapi dah niat nak cari nasi, tak singgah. Jalan terus.

Dulu restoran lain. Kini dah bertukar. Nasi kukus. Besar dan menarik. Customer pasti ramai. Tapi aku tak pernah ke sana waktu orang makan tengahari. Tak boleh nak cakap apa. Masa aku lalu tadi, lihat ayam goreng herba menawan hati. Lagi satu, masa kami melintasi kedainya tak ada lagi customer.

Sebelum tu. Ajak Cdm Siti Rohani & Cdm Amran. Kot-kot free. Ajok breakfast. Mereka sibuk. Appt jam 9.30 di Semenyih. Jadi tak sempat. Sibuk masak. Ini kali tak dapat. Lain kalilah. Insyaalah dapat. Biz amat penting dari cakap-cakap biz. Kami doakan agar biz mereka bertambah maju.

Masuk je restoran. Pilih dulu kuih. Slow-slow isi. Tak boleh gelojoh sangat. Nanti bermasalah perut. Nak gelojoh buat apa. Bukan ada kerja pun lepas tu. Kalau ada pun untuk closing di stokis dan urusan bank je. Lewat sikit pun tak apa. 

Di sini pun ada nasi kukus. hihihi. Kedai sebelah jual. Sini pun jual. Itulah sikap peniaga Melayu. Macam nak lawan pun. Orang sebelah jual nasi kukus. Kita nasi campur. Belakang nasi kukus, jual sup, sebagai menu utama. Tak payahlah nak tiru. Tak payah nak lawan. Biarlah customer buat pilihan. Kalau mutu makanan & servis kita bagus. Pasti customer tak akan lari. Kecualilah nak tukar selera. Tengkok pun nak rasa benda lain juga. 

Restoran Urat Keting. Dulu pilihan ramai. Kini semakin berkurang. Tak bersih. Kebersihan tak jaga. Tak lalu nak makan. Hilang selera bila tengok keadaan restoran. Aku percaya, kalau tak berubah. tutup juga akhirnya. Bila? Aku tak pasti.

Ustaz Shafie Ngah.
Masa aku sampai. Rombongan  calon PR N 26 Bangi, Ustaz Shafie Ngah ada situ. Hampir 10 orang juga. Sarapan dan jumpa mata dengan pengundi yang ada di situ. Manisfesto Bangi PRu 13. Sebelum mereka blah. Mereka jumpa customer. Bersalam. Customer perempuan, muslimat akan jumpa.

Jam 10.15 am. Balik Puchong. Sampai rumah. Ambil motor. Servis. Kasi bagus-bagus. Isi petrol. Senang nak bergerak. 

Hari ini, aku juga dok baca buku.....



Ahad, 28 April 2013

2 Kali Hantar BVSM.

Selamat pagi buat sahabat dan pengunjung blog aku. Aku sedar, blog ini biasa-biasa saja. Blog aku sekadar aku punya diari. Diari aku seorang bapa. Diari aku seorang suami. Diari aku seorang anak. Diari aku seorang upline. Diari aku seorang downline. Diari aku seorang rakyat marhean. Diari aku seorang hamba Allah. Diari aku seorang pemburu buku.

Aku menulis bukan kerana nama. Aku menulis bukan kerana glamour. Aku menulis bukan kerana nak tunjuk pandai. Aku menulis bukan nak memandai-mandai. Aku menulis kerana aku suka menulis. Aku menulis kerana aku seronok bila dapat meluah apa yang berputar-putar dalam minda. Aku menulis kerana aku suka mengingat kembali detik-detik kehidupan aku. Aku menulis kerana ianya bakal sejarah aku dan keluarga. Aku menulis untuk tatapan anak cucu. Aku menulis dan berkongsi dengan sesiapa yang sudi singgah di sini walaupun sekali dalam hidup.

Bertemu dengan Sugiri di rumah kawan. Sebelum ini hanya kenal nama.

Usah melalut. Terus kepada jantung catatan pagi ini. Panjang-panjang, orang malas nak baca. Panjang-panjang, bazir masa orang je. Hari ini, awal sikit. Idea membuak-buak. Tak boleh tahan. Kalau ditahan boleh terbang ke mana-mana. Bila dah terbang, susah nak tangkap kembali. Kalau dapat tangkap pun tak sama lagi dengan yang mula-mula tangkap tadi.

Nak menelaah buku pun tak senang. Terpanggil-panggil untuk 'update blog'. Lagi pun aku dah awal-awal lagi dah tercokoh di Kedai Rejab. Mencari khabar dari Harakah dan menelaah buku. Jam 7.15 am aku dah sampai. Jam 8.30 am, aku menapak balik. Kini sedang ralit mengupdate blog. Kena pantas, lepas ni pc ni Mem akan bawa pergi kelas. Bila dibawa Mem, tak boleh buat apa lagi.

Semalam. Biz juga. Tengahari dan malam. Tengahari hantar bvsm pada kawan. Beli kali ini, untuk hadiahkan kepada maknya. Beli dan bagi. Tak perlu tanya. Kalau tanya memang tak nak. Tak nak menyusahkan anak-anak. Lebih baik beli benda lain katanya. Tapi bila bagi, memang mereka akan ambil dan insyaalah akan istiqamah menggunakannya. Nak-nak bila diri semakin sihat.

Dah kawan, lama juga sembangnya. Jam 12 hingga jam 3 pm. hihihihi. Apa sembang? Kawan sekolah. Zas Madi & Nana. Pasti banyak ceritanya. Cerita lama dan cerita baru. Ada lucu. Ada kejutan. Ada sedih. Tak kurang juga cerita PRU13. Terlupa aku, kawan aku ni baru naik rumah. Tak pernah sampai lagi rumah baru. Seksyen 16 Shah Alam. 

Balik rumah kawan. Langsung ke Giant Putra Height. Nak bayar bil P1. Dah slow sangat. Bukan setakat slow sangat. Dah tak boleh pakai. Pada mulanya aku ingatkan kena block. Mungkin ada bill yang tertunggak. Tapi aku baru je bayar dalam minggu lepas. Bila sampai kaunter P1. Masih belum keluar bil lagi. Aku tanya kenapa tak ada line. Petugas situ aku reset balik. Biarkan 5 minit. Lepas tu, Insyaalah akan ok. Dah sampai sana, bayarlah juga walaupun bill belum keluar. Aku balik. Buat apa yang petugas tu suruh. Memang laju lepas itu. Terima kasih P1.

Lepas Isyak. Kami keluar lagi. Juga hantar bvsm serta bio zone food. Bvsm yang ke-2. Minggu lepas dah hantar. Dia bagi pada sahabatnya. Kali ini untuk kegunaanya sendiri. Tempat jumpa di Seksyen 7, Shah ALam, Restoran Synie.(harap-harap betul) Sebelah Asian Pavilion.

Demo bvsm mudah dan senang. Kaki lima pun boleh buat. Tak ada alasan lagi.
Masa kami tiba. Minarni ralit sembang dengan kawannya. Kami sampai, kawannya belah. Berbasa basi pasal biz. Sebelum balik datang kawannya, seorang lagi. Kawan ini, sama-sama biz di Asian Pavilion.  Kami apa lagi, share bvsm(demo la tu). Macam berminat. Takut nak ambil terus. Tunggu dulu. Dalam tunggu dulu, sempat share peluang biz. Nampak potensi biz, sebab dia dah biasa dengan biz MLM. Hai-O pun dia dah pi kelas, 3 tahun lepas. Tak jadi join. Bila dengar RM20K. Tapi bila kami terangkan balik. Isu RM20K dah tak pikir lagi. Kami syorkan dia kumpul 2,3 orang kawan. Biar kami datang cerita. Tengok dulu, kami demo. Insyaalah sape yang tengok pasti terpikat.


Sudah tu, balik rumah. Dah jam 11.15 pm. Sampai rumah. Layan bola dulu. Kelantan vs T-Team....

Sabtu, 27 April 2013

bvsm jadi buruan ramai.

Haa ning dia satu famili positif guna bvsm. Hari ini kami hantar set bvsm ke 2. Dah lama alami sakit tumit yang amat serius sehingga terpaksa inject steroid. Juga mengalami masalah "slip disc" selama 18 tahun....Alhamdulillah bertemu degan penawar bio velocity...segala masalah tersebut telah dapat di atasi setelah menggunakan bio velocity sleep mate.
 
Anda ingin rasai keberkesanan spt yg d war2kan sila pm@sms@wup 016-2030181.

Cepat-cepat. Jangan lambat. Jangan asyik tunggu. Jangan nak tengok dulu. Jangan nak pikir dulu. Jangan sakit dulu. Sementara stok ada ni. Cepat-cepat call. Dapatkan bvsm. Tak sesal beli bvsm. Malah maahu hadiahkan buat Maknya pula. Takkan diri sendiri je nak sihat. Mak pun nak sihat juga.

Jumaat, 26 April 2013

Jumaat & Pameran Buku.

Assalamu'alaikum. Bertemu lagi hari ini. Hari Jumaat. Dah lewat. Dekat-dekat Maghrib. Lewat, bukan disengajakan. Pagi tadi, lepas solat Subuh, aku sambung tidur. Malamnya aku tak berapa boleh tidur. Jam 4 am, baru tidur. Mem yang hantar Baby ke sekolah pagi tadi.

Bangun kembali. Dekat jam 10 am. Bangkit dan bersiap untuk ke PWTC. Menenggelamkan diri dalam jutaan buku. Syoknya. Pilih buku. Pilih mana yang nak. Pilih mana yang menarik. Pilih mana yang memikat. Lepas tu jangan lupa bayar.

Sampai sana 11.50 am. Dari Puchong ikut Kesas, naik MEX dan Jalan Tun Razak. Cuma Jalan Tun Razak, sesak sikit tapi tak lama. Parkir di Hotel. Valet parkir. Senang. Tak payah q. Sikit mahal, tapi berbaloi. Kena  RM  35. huhuhu.

Serah kereta ke Jokey. Kami terus masuk. Cari buku terkini. Dah niat nak beli buku terkini. Kali ini nak fokus pada novel terjemahan PTS. Tapi malangnya tak ada Novel baru yang dialih ke BM. Sifir aku mudah je, PTS akan terjemahkan buku yang bagus sahaja. Aku banyak memiliki terjemahan novel dari Indonesia. Ada juga novel dari Thailand yang diterjemahkan ke BM. Tak rugi, aku memilikinya.

Tak banyak singgah. Kat bawah pun tak habis. Aku singgah di Karangkraf, PTS, Kemilau, Juandi, Galeri Ilmu, Ikatan Penerbitan Indonesia. Nak singgah semua. Tak larat. Kena datang lagi, bila Aiman balik nanti. DBP pun tak singgah. Kena datang lagi. Bajet hari ini belum habis lagi. Masih ada lagi. Habis tambah lagi bajetnya. Kerja, dapat duit buat beli buku.

Ingatkan tak ramai. Tapi sebaliknya terjadi. Penuh juga. Tapi tak terlalu sesak. Boleh memilih buku dengan selesa. Orang dah tertunggu-tunggu, Pesta Buku. Penerbit Novel jadi tumpuan. Aku tengok tadi beratur nak bayar pun panjang qnya. Jemari Seni. Blink. FIXI. Mereka tunggu, nak sapu novel dengan harga lebih murah dan menggunakan baucer buku. Macam ada perubahan sikap penduduk Malaysia. Muda-muda semakin gemar membaca, terutamanya perempuan. Lelaki tak ramai yang suka baca novel. Tapi akan ada pertambahan peminat sedikit masa lagi.

Lunch di Riverside. Buffet. RM 65 satu kepala. Kami ke PWTC tadi tak sempat sisi tembolok.. Kalau sisi tembolok dulu, lambatlah sampai PWTC. Lagi semput nak pilih buku. Cari-cari buku, perut minta diisi. Malas nak jalan jauh. Pilih buffet kat situ jelah. Lagi pun dah lama tak makan buffet.


Solat Jumaat kat Surau kat PWTC. Luas. Penuh. Kutbahnya merayu-rayu untuk sidang Jumaat undi BN. Penuh emosi, terpaksa untuk menangis gayanya. Kadang-kadang naik meluat aku dengar. Orang lain pun aku rasa gitu juga.

Lepas solat. Kami bergerak ke Tesco Extra Ampang. Cdm Kuyah ajak jumpa dengan prospeknya. Aku baca buku. Kisah Kak Wan. Tak tebal. Tak berat sangat. Sekejap je boleh habis.

Jam 5 pm. Bergerak balik. Ke USJ dulu. Ambil budak sekolah. Kesian mereka jam 5.30 pm baru kami sampai. Jalan jem.

6.20 pm. Sampai rumah. Rehat. Tunggu Maghrib.

Promo Buku di Harakah.

Assalamu'alaikum. Sikit je aku nak share. Tak share, pun tak apa-apa. Tapi rasa nak share. Rasa macam penting juga. Mana tahu, pelayar ke sini, ada yang minat buku. Jangan lupa, jam 10 am pagi ini, dah mula pesta buku. Tinggal 8 jam lagi.


Promo buku dalam Harakah, sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2013. Dah berani buat promo. Pembaca semakin ramai. Buku makin bertimbun. Pembaca ada pelbagai pilihan. Jadi penerbit buku mesti buat promo betul-betul. Agar buku-buku terbitannya digilai pembaca. Lebih-lebih lagi penerbit baru yang belum tersohor. Nak pilih buku, tengok penulis dulu. Dah pernah baca buku tulisannya sebelum ini. Kalau pernah. Ok ke tak OK. Kalau ok, buku baru, aku beli. Itu je aku punya cara.

Alam Raya Enterprise. Menarik minat aku.

AMQ Enterprise.

PTS

PTS.
MUSTREAD
Jam 10 @ lepas Jumaat. Dok tengah pikir. Bila dok sana, mesti lama punya. Jam 5 pm kena ambil budak. Sabtu pasti ramai. Susah nak fokus.

Khamis, 25 April 2013

BVSM Tak Cukup?

Assalamualaikum semua. Aku kembali lagi. Aku muncul lagi. Aku timbul lagi. Aku berkarya lagi. Aku mencatat lagi. Aku menggangu lagi. Semalam awal lagi aku tercokoh di meja kerja. Hari ini lewat sikit. Lepas breakfast kat rumah tadi, aku ke Kedai Rejab. Sambung menelaah, 'Ranjau Sepanjang Jalan.' Syukur, habis sudah. Bacaan kali ke-3. Agar lebih cerah. Lebih tinggi penghayatannya. 

Hari ini. Lewat sikit keluar. Appt pertama jam 12 tengahari. Keluar rumah, lebih kurang jam 11.30 am. Sempat sampai ke tempat appt. Masa tu, orang kerja belum rehat lagi. Jalan tak jem. Aku pun tak pasti. Appt hari ada berapa? 1 atau 2 atau 3. Aku ikut saja. 

Hari ini, kena pergi lagi ke sekolah semalam. Ada lagi yang nak jumpa. Disamping itu juga nak servis customer. Dah miliki bvsm. Dah guna bvsm. Tapi sekarang ni dah tak guna. "panas." katanya. Nak jumpa dan terangkan kenapa panas. Jangan berhenti guna. Panas tu sekejap sahaja. 

Pagi semalam. Pos bvsm ke Kulim. Kawan kena slip disc. Kami syorkan padanya, sebab dah ada testimoni pesakit slip disc. Dua hari pertama, memang sakit. Tapi bila dah masuk hari ke-3, dah boleh solat berdiri. Aku harap, kawan aku ni boleh baik kembali. Seperti sedia kala.

Sempat juga share peluang, dengan adik yang kerja di pejabat pos mini tadi. Nampak macam berminat. Pernah tolong kawannya jual penapis air jenama X. Dah banyak jual tapi kawan tak bagi apa. Jadi cuba jugalah ofer peluang baik ini kepadanya. Tugas kita share peluang. Kalau dia tak nak, kami tak rugi apa-apa. Sekadar buka mulut je. Kalau dia berminat dan nak join, siapa yang untung. Dia juga untung. Untung papat tambah pendapatan tepi selain dari kerja dia sekarang. Dia juga untung dapat bimbingan dari kami. Dia juga bertuah dapat bimbingan dan ilmu dari ATM. 

Biz yang senang. Bis yang mudah. Biz ikut-ikut. Biz terpimpin. Tak tahu, diajar sampai tahu. Tak reti, diretikan. Malu. Dibuangkan malu. Takut. Diberanikan. Tapak-tapak kejayaan telah ada. Perlu ikut sebaik mungkin. Bila dah ikut in shaa Allah akan berjaya. Ikut. Jangan berhenti ikut. Ikut. Jangan konar-konar. Ikut. Jangan banyak melencong. Tapak-tapak tu, telah dibina sejak dulu. Telah terbukti berjaya. 

Selalu terjadi. Ikut sekerat jalan. Berhenti. Ada juga ikut. Bila dah agak jauh, ikut tapak lain pula. Dirasakan tapak tersebut, tapak pintas. Lebih cepat berjaya. Bagi aku, senang je sifirnya. Ikut dulu. Ikut sampai berjaya. Lepas itu, bolehlah cari-cari strategi terkini. Tapi mesti berjaya dahulu. 

BVSM jadi rebutan. Sikit sikit dah ada. Lega. Tapi belum lega sepenuhnya. Permintaan setiap hari bertambah. Tak boleh tahan. Tak boleh sekat. Lama belum bagi, permintaan baru dah ada. hihihihi. Jarang terjadi. Ini menandakan bvsm telah menakluki orang ramai. Ada yang tak boleh terpisah. Kalau bermusafir dan kena bermalam, mesti bawa. Ini kes berat. Ini kes besar. Tapi itulah hakikatnya. Sebab itulah dapat berapa pun, tak akan cukup.
 

 



Rabu, 24 April 2013

Aku Masih D'Klate.

Selamat pagi. Harap kita diberi kesihatan yang baik dan membolehkan kita meniti hari ini dengan penuh keberkatan. Diharapkan hari ini, biz menjadi lancar-selancarnya, walaupun barang masih lagi tersangku-sangkut. Bank-bank, sistemnya tak offline.

Aku ubah rutin pagi ini. Balik hantar baby. Aku terperap di bilik. Mengadap PC. Update blog dan fb. Biasanya aku akan membatu di Kedai Rejab bersama buku pilihan & segelas kopi jantan 0. Membatu selama sejam @ sejam lebih. Tergantung kepada urusan harian. Hari ini, ubah rutin. Ubah rutin, insyaalah hasil juga akan berubah. Lagi pun sebelum keluar pagi tadi, dah tanya Mem. Hari ini ada urusan sebelah pagi. Kalau membatu di Kedai Rejab, alamak lewatlah aku update blog. Takut ada yang tertunggu-tunggu lama. Kesiannya. hihihi. Tak payah jual ayat perasan kat sini. Sori!Sori. Tak disengajakan.

Syukur. Biz masih maju. Biz makin jadi. Biz makin menaik. Biz makin melonjak. Semakin ramai customer. Semakin ramai bakal prospek yang perlu jumpa. Semakin ramai nak join. Semakin ramai yang ikuti melalui fb dan blog. Pelanggan seluruh dunia, walaupun belum ada, tetapi akan ada kalau kita tak berhenti awal.

Biz kita paling penting jumpa orang. Share peluang. Share produk. Share kebaikan. Fb @ blog adalah salah satu cara untuk kembangkan biz. Bagi orang yang baru join. Pasti masih lagi kawan-kawan. Ajak mereka dulu. Share dengan mereka dulu. Habiskan mereka dulu. Jangan terus terkam fb @ blog. Kecualilah kita dah ramai kawan di situ.

Biarlah aku sambung sikit lagi. Catatan aku ketika balik Klate. Negeri aku. Negeri Mem aku. Catatan belah paginya aku dah siapkan. Kini sebelah petang pulak. Kalau tak buat hari ini, mungkin akan tak buat selama-lamanya. Lupa dah apa yang telah kami tempuhi.

Usai beli-beli di Kedai Jafar Rawas. Mem tak ikut. Masuk kedai lain. hihihi. Tak payah tanya. Orang prempuan selalu ada agenda mereka.  Kami kembali ke bilik. Rehat & santai & baca. Kalau tak baca, dok koya-koya pun ok juga. Nak check out, awal lagi. Baru jam 10.30 am. Nak ambil Aiman, jam 3 pm. Jadi masih ada masih berlengkar kat bilik. 

Jam 1.10 kami check out. Solat Zuhur berjemaah di Masjid Negeri. Sempat 2 rakaat bersama imam. Lepas solat Zuhur kami cuci kereta. express punya car wash. Tak payah keluar kereta. Dok dalam je. Murah. Hanya RM6. Cuci luar. Terlalu kotor aku punya kereta. Perjalanan balik Klate, hujan renyai-renyai. Usai cuci kereta, cari dulu Maybank. Lepas tu, kami bergerak ke asrama Aiman, tali air Cherang.

Aiman balik sekolah jam 2.30 pm. Tapi sampai asrama dekat-dekat jam 3 pm. Naik van trip ketiga. Ambil Aiman. Makan dulu. D'Bayan. Dah lama lapar. Tapi tahan. Nak makan dengan anak. 

Lepas makan. Vroooom ke Bechah Kelubi. Sampai sekitar jam 5.30 pm. Rehat & santai. Jumpa Mek. Sembang-sembang dengan Mek. Alhamdulilah semakin sihat. Semakin bertenaga. Dah boleh menapak lebih jauh, dah sampai ke ppade, jengok kebun getah. Bukan setakat tengok. Buang ranting yang tak berguna, pun dah boleh. Jiran tengok pun terkejut. Mereka takut, terjelepuk di ppade, seperti mullah Chek. Gembira aku dengar. bvsm yang dipakainya telah beri kesan amat positif. Itu belum lagi sampai satu bulan. In shaa Allah, lebih lama bersama dengan bvsm, kesihatannya semakin baik. Aku sangat berharap, agar Mek dapat solat berdiri dan lututnya boleh dibengkok. Berapa lama. Kita tunggu sahaja.

Tidur mesti guna bvsm. Tak boleh tak ada. Kadang-kadang panas. Guna juga buat alas tidur. Kalau tak buat selimut. 

Malam. Lepas Maghrib. Ikuti tahlil. Malam ke-3. Tok llaki Mulloh Mok Nik. Aku terkejut. Bila tahu. Tak ada orang bagi info. Biasanya Abe Li akan info kepada aku, jika ada kematian di kampung dan sedara mara. Dia tak ingat. 

Aku, Aiman, Pok Mudo Jali & Abe Li yang pergi. Lepas Maghrib bertolak. Jauhnya boleh tahan juga. Kg D'chat. Tapi bukan rumahnya. Rumah Cik Gayoh. 

Sudah tahlil. Sesi melantak. Nasi & daging masak kicap. Tambah lagi dengan kerabu pucuk paku. Tertewas aku. Sakan melantak. Penuhi selera. Tak sedar, aku antara yang paling lewat sudah.

Tempat tahlil. Jumpa sepupu-sepupu aku. Si mati ni ramai anak. Si mati ni, suami pada aku punya mak sedara. Jadi ramailah juga aku punya sepupu. Cik Pioh. Cik Esoh. Cik Man. Marini. Maznah. Cik Kamil. Tak sempat sembang lama. Masing-masing sibuk. Paling penting. Aku hadir.

Sampai kat rumah. Apa lagi tidurrrrrrrrrrrrrrrrr.

Selasa, 23 April 2013

Oh bvsm: D'mana Kau.

Assalamualaikum penyinggah laman ini. Terima kasih masih sudi menatap coretan harian aku seorang networker. Senang cakap, pemain biz MLM. Diam tak diam dah cecah 13 tahun berada dalam dunia indah bersinar. Hanya pemainnya sahaja yang dapat merasainya. Mereka yang bukan pemain, melihat pemainnya kotor, tamak dan penipu besar. Mereka tak paham atau pun pernah jadi pemain tapi salah padang.

Banyak kisah indah. Tak lupa juga kisah kelam. Tahun 2013, tahun sinar bersinar. Walaupun bersinar, sesekali awan datang menutupi keramahan sang mentari. Tak apa, sedikit mendung membuatkan kita teringat-ingat kegarangan sinarnya. Ternanti-nanti kembalinya bersinar.

Kurang sinar, tak akan mati benih yang kita tabur. Masih bertahan. Masih tumbuh. Kita ubah gerak kerja. Kita ubah sikit cakap. Biz tetap menjadi ketika mendung. Malah dari pemerhatian aku, menjadi-jadi pulak. Mungkin ada rakan niaga yang merana sikit. Tapi tak lama. Bertahan sikit lagi. Segala yang terjadi pasti berakhir. Bila berakhir. Mencurah-curah bvsm ada. Ketika itu makin menjadi-jadi. Ramai pasti tersenyum seorang diri depan mesin ATM. Sape yang menyepi, ketika ini, mungkin nak memecut kembali memerlukan sedikit masa. Rugi!

Perancangan kita lain. Perancangan Allah lain. Pasti ada hikmah disebalik kekurangan bvsm saat ini. Bukan masalah kita. Bukan masalah upline. Bukan masalah stokis. Bukan masalah ATM181. Cuma perlu teruskan berbiz macam biasa. Jangan sesekali tukar killer produk saat ini. Kalau nada tukar killer produk, anda akan kerugian. Produk lain tu, sekadar untuk maintain dan tak mampu untuk menghidupi kita hari-hari. Kecualilah kita miliki customer beribu-ribu. Aku tak nampak lagi setakat hari ini. Mereka yang fokus pada produk kecil mampu jana income luar biasa. 

Jangan lupa. Malam ini kelas. Cas kembali tabung semangat yang semakin berkurang. Kita tak boleh halangnya berkurang kerana kita hidup dikelilingi oleh ramai manusia. Ada yang kuat bicara negatifnya dan ada juga yang kuat bicara positifnya. Tapi kalau dihitung-hitung, sekeliling kita yang yang negatif. Cuma bila kita ke kelas, bertemu dengan ramai sahabat positif. 

Sahabat negatif. Hari-hari kita temui. Hari-hari kita bersemuka. Hari-hari kita berselisih. Dah tak dapat elak. Cuma boleh pekakkan telinga je. Sebab itu telinga kita ada 2. Satu kiri dan satu kanan. Kalau tak suka, biarkan cakap-cakap itu keluar terus. Tak payah simpan-simpan lagi. Tak usah layan cakap-cakap mereka. Tak usah jawab cakap-cakap mereka. Tak usah pedulikan cakap-cakap mereka. Pedulikan kita punya impian sahaja. Kalau dok peduli dengan karenah mereka, meniaga kita tak menjadi-jadi. Malah mengundur. Lambat laju. Lambat sampai destinasi. Lambat bina impian baru.






Isnin, 22 April 2013

Khamis Pagi di Kota Bahru.

Aku nak sambung lagi. Belum habis lagi catatan aku balik kampung. Lewat-lewat pun kena catat juga. Kalau tak catat, rugi. Sape yang rugi. Aku la yang rugi. Berapa RM rugi? hihihi. X terkira ruginya. Tak boleh nak disamakan dengan wang ringgit. Aku tulis, apa yang aku nampak. Aku tulis apa yang aku rasa. Aku tulis apa yang aku pikir. Paling penting segala catatan aku ini dikongsikan dengan sejujur-jujurnya. Aku menjadi diri aku sendiri. Aku persembahkan diri aku yang sebenarnya. Tak ada tokok tambah untuk menyedapkan penceritaannya.

Khamis. Awal pagi. Usai solat Subuh. Melangkah menikmati suasana pagi di Bandar KB. Menyedut udara segar tanpa asap kenderaan. Menikmati udara sejuk sambil menangkap bau-bauan gulai nasi belauk yang banyak terdapat di bucu-bucu bangunan sekitar KB. Terutamanya sepanjang Jalan Dato Pati, tak jauh dari hotel penginapan kami.

Terjah dari Hotel Raudah yang terletak di Jalan Maju Kota Bahru, sebelah Bank CIMB. Sebelum Nama Raudah, nama hotel ini ialah Hotel Ansar. 
Aku berdiri depan Pasar Pokok Pinang.

Aku sempat kacau Mak Cik ini. Tapi bila nak snap foto. Terlu melarikan diri dan tak nak cakap.

Penapakan kami bermula dari hotel. Keluar hotel bergerak ke arah kanan. Menuju ke Jalan Dato' Pati. Sempat abadikan foto di Papan Tanda Batu 'Medan Ilmu'. Dari situ kami bergerak ke arah Stesen Kereta Sewa di Jalan Suara Muda. Walaupun masih awal pagi. Dah banyak teksi-teksi sedia menanti penumpang. Tak sabar nak bawa ke destinasi pilihan. Tak sampai 20 meter dari simpang terdapat pasar yang dikenali dengan nama Pasar Pokok Pinang. Diapit oleh 2 bangunan. Aku tak perasan sebelum ini. Dikenali juga Bak Tiam dalam bahasa Cina yang membawa maksud Pasar Daging. Di sini terdapat beberapa peniaga Cina yang menjual daging khinzir. Selain terdapat juga segelintir peniaga Melayu yang jual barangan keperluan harian. Kami memasuki Pasar ini, dan keluar hujung sebelah sana, stesen bas Kota Bahru.

Dari situ kami belok kiri. Lalu kaki lima bangunan Hotlink. Sampai bucu sebelah sana. Ada orang jual nasi belauk dan kuih muih. Apa lagi, singgah dulu. Tengok dulu. Perhati dulu. Pelanggannya boleh tahan. Ramai dan tak berhenti orang datang. Dekat lima minit juga kami menyinggah situ.
Ralit baca khabar dunia. Tengok jarak penglihatan masing-masing.
Dari situ meyeberang ke sebelah penjual paper di Jalan Ismail. Singgah dulu. Lihat kemeriahan jualan paper pagi ini. Kalutnya boleh tahan. Dah ada tiga Pak Cik ralit dok baca paper. Kami juga terrangsang juga. Beli jugalah. Ingatkan tak nak beli. Malas nak beli paper time-time gini. Banyak sangat cerita politik. Memual bila bacanya. Tapi Pak Cik yang jual tu cakap. Orang beli pun bukan nak baca sangat. Tapi beli sekadar bantu dia biz sahaja. Beli pun buang juga.

Di bucu bangunan sebelah Pak Cik jual paper. Restoran. Ramai orang sedang breakfast. Teruja nak masuk. Pikir-pikir masih awal lagi. Jalan-jalan dulu. Kasi kosong betul-betul baru syok isi. Sambung lagi. Kali ini menuju ke arah Pasar Besar Siti Khadijah. Lintas Jalan Tok Hakim. Lalu ikut celah bangunan. Ada bangunan sedang buat. Aku teringat, tepi tu dulu ada warung orang jual roti canai. Aku punya anak suka sangat roti cotek kat situ. Bila buat bangunan baru, gerai kat sini dah pindah sebelah dengan Pasar Besar Siti Khadijah.
Penuh kuih muih. Kena sabar dalam aktiviti membeli. Kelak jadi membazir pula. Ingatan buat kami. Kami ni dua orang je.

Wow! Melangkah masuk pasar. Masuk ikut pintu belah orang jual buahan. Belum berbiz lagi. Buah-buah mungkin lewat sikit buka. Masuk lagi dalam. Memang tak ramai. Singgah dulu di lot  orang jual daging. Dari situ menuju ke belah surau. Singgah pula tempat orang jual kuih. Macam-macam ada. Rasa nak borong semua sekali. 

Lama juga dok sekitar itu. Dah penat. Jalan balik menuju Hotel Raudah. Sebelum tiba hotel singgah breakfast dulu di Restaoran Sumatera. Sebelah Jaffar Rawas. Mee hun goreng jadi pilihan. Manakala Mem pula , keluarkan bekalan yang dia beli dalam perjalanan tadi. Kuih dan nasi belauk.
Breakfat bersama Kak Izan. Peniaga gigih.

Penuh. Ada satu meja. Seorang je duduk kat situ. Mak Cik. Kami pun menempel kat situ. Dapatlah juga teman untuk borak-borak sambil breakfast. Datang awal ke bandar. Cari barang. Berniaga dekat dengan SK Langgar. Anak-anak dah besar. Ada yang jadi cikgu, dok kat Kajang pula tu. Menantunya biz. Ambil barang di China. Sebelum beredar, sempat minta no telefon. 

Usai breakfast. Aku tuju pula kedai buku Jafar Rawas. Penuhi kehendak hati. Lihat buku dan harap-harap ada buku yang berada dalam radar. Tak semua buku ada di KL. Tempat-tempat gini juga ada buku berharga juga. Ternyata telahan aku benar. Ada dua buah buku. Cepat-cepat aku sapu. Nak kata lama aku cari, taklah juga. Tapi dah lama tersimpan dalam radar. Tunggu masa ketemu je. Syukur sangat-sangat. Aku ketemu juga di KB.

Dah jam 10 pagi. Tibalah masanya kami kembali ke hotel. Rehat2 dan bersiap untuk check out.

Isnin Lagi!

Isnin. Ramai yang tak berapa suka. Ramai yang masih mood cuti. Dah!Dah!Dah! kerja.Kerja. Kerja. Usah pikir tak nak kerja. Kalau tak nak gi kerja. Kerjalah sendiri. Boleh pilih bila nak kerja. Boleh pilih jam berapa nak mula kerja. Boleh pilih, berapa jam nak kerja sehari.Selagi kita kerja dengan orang. Terpaksalah kerja juga hari ini.

Kerja. Tak wajib. Kalau dah cukup makan pakai. Kita tak perlu kerja. Dah banyak duit. Tak payah kerja. Dah berjuta simpanan, dah tak wajib kerja. Kerja kerana kita nak memenuhi kehendak hati. Ada juga sesetengah orang kerja kerana seronok bekerja. Bukan lagi soal duit bagi mereka.

Aku juga kena kerja. Aku juga masih bekerja. Aku juga masih ke sana ke sini. Kerja!Kerja! Tapi kerja kami, mulanya bukan jam 8 pagi. Tapi tergantung kepada customer. Bila customer bersedia nak jumpa. Bilangan customer yang kami jumpa pun tak tentu. Ada ramai. Ada tak ramai. Tak ramai, tak semestinya sikit barang terjual. Kerap terjadi, customer beli banyak.hihihihi.

Bukan KL je customer kami. Luar KL pun ramai. Jadi kena kerap juga turun. Seperti minggu lepas. Kami balik Klate. Balik kampung dan servis customer. Sambil menyelam, minum air. Bukan setakat jumpa customer, tak lupa juga tambah senarai customer baru. Tak lupa juga tambah network baru. Klate tanahnya subur. Tak rugi menabur benih kat sana. 

Kami balik Klate. Hari rabu. Nak balik pun settle dulu, urusan hantar Baby ke sekolah. Bila dah ada yang sanggup. Jadi kami lega dan boleh bertolak. Adik ipar yang sanggup. Dia tangguh dulu, dari hasratnya balik Klate. Mulanya nak bertolak malam. Pikir-pikir dah tak ada apa yang kena buat. Tukar plan, bertolak awal. Sampai awal. Boleh rehat awal. Boleh tidur awal. hihihi

Jam 4 pm. Keluar KL. Kena cepat-cepat. Sangkut jem. Bila pekerja keluar opis. Kami menuju Tol Gombak melalui MRR2. Agak jauh sikit. Tapi itulah laluan yang selesa bagi kami. Jarang sangat kami ikut laluan LDP untuk ke Tol Gombak. Kita buat apa yang selesa bagi kita. Jauh sikit bukan soalnya.

Sebelum masuk Tol Gombak. Isi petrol dulu. Kasi penuh. Tak payah nak berhenti isi petrol lagi. Solat Asar sekali. Padahal petrol dah reserve, tapi pecut juga sampai sana. Nak elak jemlah katakan.  Syukur. Masuk Tol Gombak. Dah sampai sini. Tak risau pasal jem lagi. Dah lancar bergerak menuju Bentong.

Sampai Bentong. Perut minta diisi. Bila dah gitu. Dalam kepala aku nampak-nampak. Satu gerai tepi jalan, selepas Petronas Bentong. Dekat dengan simpang dan  selekoh. Bila lalu sini, banyak kereta parkir. Tentu ada sesuatu yang menarik terdapat di sini. Kami pun berhenti sini. Nak cuba. Nak rasa. Nak tahu. Apa penyebabnya ramai yang berhenti di gerai ini. Sejak akhir-akhir ini je yang mendadak pelanggan ramai. Sebelum ini, aku tahu hanya jual lemang sahaja.

Nak parkir pun susah. Kena jauh-jauh dari gerai. Tak apa, jauh sikit. Sihat sikit. Masuk je gerai. Lemang sedang dibakar. Memang betullah apa yang aku tahu. Sebelum ini, gerai ini hanya jual lemang sahaja. Tapi sejak setahun kebelakangan ini. Menu-menu lain dah terjual sama. Kuih muih, masakan panas dan western pun ada. Bila banyak yang ditawarkan, banyaklah pelanggan yang singgah. Satu lagi, view belakang gerainya agak cantik. Terdapat Sungai Bentong. Deru aliran airnya menjadi muzik pada pelanggannya.

Ketika kami singgah. Pelanggang agak ramai. Dari lagak dan pakaian mereka, aki agak mereka tu pekerja opis. Singgah sebelum balik rumah. 

Mem dari tengahari belum menjamah makanan. Kami pilih menu masakan panas. Makan berat. Ikan kembong masak kicap, sup ekor, kailan ikan masin & telur dadar. Tengok orang sebelah, membedal lemang. Teringin juga nak merasa. Tapi memandangkan dah oder masakan panas. Hasrat tu dilupakan dulu. Singgah lain kali pulak la. Tok payoh dok ikut ere nafsu make.

Sebelum cabut. Sempat aku tanya pada salah seorang staff situ yang agak berumur. Pada mulanya aku, ingatkan dia adalah tokey situ. Bila aku tanya. Bukan dia. Bukan tokey, tapi orang kanan tokey barangkali. Satu hari sekitar 300 batang lemang terjual. Wow! Bukan sikit tu bro. Hari-hari jual. Bukan musim raya saja.

Dah kenyang. Dah boleh sambung perjalanan. Tak payah pikir nak berhenti makan lagi. Perjalanan ok. Tak banyak kereta. Lori je sekali sekala je berselisih. Makin dekat dengan Pagar Sasak dan Bukit Tujuh makin banyak lori. Tak boleh laju sangat. Terhenti di Pagar Sasak sekitar 10 minit. Orang baiki jalan. Lepas tu lancar.

Kami tiba di KL sekitar jam 12. Hasrat nak bermalam di hotel depan Masjid Muhammadi. Khalifa Suite. Tapi penuh. FRU yang menginap kat situ. Tanya pula Hotel Habib, dekat dengan Pejabat Kesihatan Kelantan, pun penuh. Kami singgah pula di Raudhah, tak jauh dari Hotel Habib Jewel, sebelah bank CIMB Kota Bahru. Ada lagi bilik kosong. Lega. Dapat bilik, apa lagi zzzzzzz.



Ahad, 21 April 2013

Taupan BVSM Melanda Warga ATM.

dah ahad. dah 21/4/2013. dah jam 11.24 am. cepatnya masa berputar. aku rasa semakin pantas. semakin cepat. banyak benda tak sempat nak buat. kena bijak memilih. buat terpenting dulu. kemudian yang penting. kalau salah atur, makin celaru kita punya hidup dan hidup kita tak ada perubahan dan peningkatan.

biz!biz!biz! V V V @ bvsm.

makin laju. barang pula tak cukup. sampai stokis sikit-sikit. tak sampai secukupnya. permintaan luar jangka. lagi terkesan. mereka yang jual satu satu. customer bayar duit, terus nak barang. barang tak ada. nak bagi macamana. ada yang dah tak jadi. ada yang tunggu ada barang dulu. ada yang marah-marah. lambat sangat nak dapat barang. mereka marah-marah, sebab mereka nak sangat-sangat. mereka sakit dan nak pulih secepat mungkin.

Kami balik kg. Juga pasal bvsm. hantar 3 bvsm pada customer. ada antaranya nak lebih dari 1, tapi huhuhuhu. hasrat mereka tak dapat kami penuhi. itu belum lagi mereka guna. kalau mereka guna dan positif kesannya. pasti ada lagi permintaan, customer baru. kesian pada yang nak. sori banyak-banyak. bukan salah kami.

tanah merah. rantau panjang. pasir putih. 3 tempat berbeza. 3 customer berbeza. keperluan berbeza. tahu melalui cara berbeza. tahu melalui fb. tahu melalui cakap mulut ke mulut. satu lagi hadiah dari anak buat ayah tersayang.

semalam punya cerita. semasa balik KL. Dsm wan inda, datang sekali. dia kasi tahu. bekas abang iparnya. dah suka bvsm. dah cite-cite pada rakan-rakan. nak kasi pada rakan-rakannya rasai pula. dia dah tak sakit-sakit badan. dah tak lenguh-lenguh lagi. pagi-pagi dah boleh bangun tidur dengan mudah dan kelesuan dah tak ada lagi. sebelum guna bvsm, jangan citelah. pagi-pagi, bukannya boleh terus bangun. kena ambil masa dulu. kerjanya travel memanjang. dari seorang yang anti gile. kini dah suka gile. bukan setakat suka gile. dah share dengan sahabat yang alami masalah sepertinya. cuma barang je yang tak muncul-muncul. sabar dan pasti ada barangnya.


itu kami punya kisah bvsm untuk sehari dua ini. belum masuk lagi kisah-kisah dari leader-leader lain lagi. lagi ganas. lagi menakjubkan. cuba tanya cdm faridah mohd ali. cuba tanya cdm jai & cdm yati. cuba tanya cdm siti rahmah leornardo. cuba tanya cdm fitri. cuba tanya cdm kuyah. cuba tanya cdm roshila. aku rasa lagi hebat kisah bvsmnya. aku ni sikit je. tak ganah lah mana. tak percaya. ikuti status fb mereka. baca pun boleh terbakar. statusnya macam bara. panas dan ganas.

lihatlah dulu. sekali ambil bvsm. kini tak ada lagi. dapat satu pun dah kira mujur.

kami juga ada kisahnya. bvsm telah membantu orang tua kami. lebih sihat. lebih bertenaga. dah boleh jalan jauh. masuk kebun. bangun pagi, mudah. tak boleh tinggal bvsm. gi mana pun mesti bawa. demam-deman dah kurang sangat. kurang terlebing. kalau sebelum ini, kerap tidur. kini dah tak lagi.
 



Rabu, 17 April 2013

Buat Yang Berada di Sabah

Istimewa untuk mereka yang berada di Sabah. Jarang-jarang diadakan. Majlis pemantapan ilmu dan skill. Penting buat yang mahu berniaga besar. Buat yang impian besar. Buat yang mahu capai kebebasan masa dan kebebasan kewangan. Buat yang mahu ikut kami ke Shanghai.
Biarlah orang sibuk penamaan calon pada hari tu. Kita sibukkan diri dengan yang lebih peting buat diri kita dan keluarga. Paling penting kita keluar mengundi pada 5/5/13 nanti.
TONGGAK 5 & TALK BAGAIMANA MENGGANDAKAN WANG ANDA DENGAN BIO VELOCITY SLEEP MATE (BVSM) Tarikh : 20hb April 2013 ( SABTU )
**MASA : 10.00 am -11.00am - Tonggak 5 oleh CDM Tgku Pujiah (ahli berdaftar sahaja)
**MASA : 11.30 am - 1.00pm -Talk BVSM ( khas utk org baru & ahli lama @ terbuka
TEMPAT : Branch Iramanis Centre Jln Kolombong KK
 
" Kenali Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) & anda pasti teruja melihat apa yg ia mampu lakukan untuk anda..Insyallah "..

Selasa Yang Aku Tinggalkan.

mata dah kurang bertenaga. asyik nak terkatup saja. nak tidur pun, masih ada yang belum sudah. apa lagi kalau bukan menulis catatan hari ini. bukan untuk hari ini sahaja. semalam pun aku rasa masih ada yang tertinggal. masih belum siap catatannya. tak tulis. lama-lama lupa. lama-lama hilang begitu sahaja. penting catatan hidup. walaupun aku bukan orang terkenal. tapi dah lama juga aku mencatat. sayang pula, nak berhenti.

pagi tadi macam biasa. hantar baby ke sekolah. hari ini, jalan sesak. tak macam biasa. biasanya kalau aku keluar seperti hari ini. jalan belum sesak lagi. cepat sampai ke sekolah baby. hari ini, belum keluar jalan besar lagi dah sesak. tersengguk-sengguk kereta aku bergerak. aku dah agak. mesti ada sometin. mana boleh jem tanpa sebab. biasanya kalau aku keluar sebelum jam 7.10 am. Kalau jem pun setelah nak turun flyover. itu pun tak makan masa lama pun. ternyata telahan aku betul. ada kereta mampus.

sampai sekolah baby dah dekat pukul 8 am. Baby dah pesan. kena sampai sebelum jam 8.10 am. dia ada field trip hari ini. tak boleh lewat. lewat kena tinggal. siap pesan kat aku. padahal sejak tahun 2013 tak pernah aku hantar lewat ke sekolah. aku sampai, jef sedang pimpin anak-anaknya menuju ke pintu sekolah. tak pernah, aku terserempak semasa hantar anak-anak ke sekolah. biasanya aku sampai awal. kerap kali 7.30 am aku dah tiba kat sekolah. bukan apa. nak kejar balik rumah. kalau lewat. jem gile masa perjalanan balik. kalau sebelum ja, 8 am, jalan belum jem lagi masa tu.

sampai rumah. breakfast di kedai rejab. beehun goreng. telur dadar dan kuah gulai ayam, kopi jantan kosong serta air suam. baca buku skali. dekat-dekat satu jam juga aku dok kat situ. usaha gigih, baca buku tok guru nik aziz. baca dan faham sekali. itu yang lambat sikit habis. kalau baca sekadar baca. sekejap je tamat. dah tua-tua ni, baca kerana nak memahami dan menguasai ilmu. masa tu pelanggan belum ramai lagi. biasanya jam 9 am baru pelanggan ramai. bila dah ramai. bising. tak berapa boleh fokus. ada satu geng tu, setiap pagi breakfast kat sini. ada sekitar 15 orang. pakai baju kerja. warna biru. aku pun tak pernah tanya. mereka kerja apa dan  kat mana opis mereka.

jam 10 am. kami bergerak ke shah alam. kesas & lksa. destinasinya demc hospital. edy nana admint. dari hari jumaat lagi. influanza b. tak larat. sakit kepala. pening-pening. tak susah nak cari. depan grand blue wave je. parking pun banyak kosong. kami pun pagi tadi je tahu. belum masa melawat. swasta, boleh melawat bila-bila masa je. tapi orang yang datang melawat la. kena tunggu waktu rehat dulu. kami tak apa, kerja sendiri.

jam 11.10. vrooom ke aroma hijrah. sampai sana 11.25 pm. dah lama tak pekena maqlubah & kambing khabshah. memang. makan pun dengan pantas. kena berada di McD damansara damai sekitar jam 1.15 pm. 

nasib baik sampai sekitar jam 1.20 pm. taklah lewat sangat. kami ikut nkve dan masuk highway plus. keluar di exit plaza tol sungai buloh. ingatkan tak jem. rupa-rupa jem juga. agak teruk juga. patut pun pihak pemegang konsesi sedang lebarkan jalan. nak jadikan 4 lorong sehala. duit lagi. tak apa PLUS dah untung sakan. lagi sesak. tandanya lebih banyak kereta. lagi banyak fulus masuk.

kami exit di kelana jaya. terus ke subang jaya & kesas. sampai rumah jam 2.20 pm. apa lagi rehat-rehatkan diri. layan si amza. jam 3.40 pm. tidur.

jam 4.40 pm. keluar lagi. kali ini ke bbb. jam 5.00 kena ada di smk jalan 3. waktu rehat. senang jumpa cikgu. tak ganggu tugas mereka. kami sampai sikit lewat. tak berapa pasti lokasi sekolahnya. kami lalu smk jalan 4. aku rasa jauh sikit. tapi syukur tak terlalu lewat. sempat lagi jumpa cikgu-cikgu. ajak kami ke situ pun, cikgu situ juga. nak kenalkan bvsm pada rakan-rakannya.

aku solat dan tunggu kat kereta. aku bertemankan nik aziz. sahabat baik 2 hari kebelakangan ini. semakin menarik topik perbincangan. pencerahan akhirat. dekatkan dengan akhirat. membesarkan akhirat. pembersihan hati. macam-macam lagi la.

jam 6.30 pm. kami beredar dari smk jalan 3. kena cepat. budak balik sekolah. jem. lagi pun sk jalan 3 sebelah je. lagi tambah jem. aku ingatkan balik terus. tapi ada orang nak jumpa dulu. itu yang kami ke ramal junction foodcourt.

cdm siti rohani & cdm kak ina & yan. kami sampai dulu. satay la pilihan setiap kali kami singgah. mereka tiba. sembang pasal biz. masalah barang. sangkut sikit biz. nak laju je, timbul halangan. mereka lagi terasa. mereka belum terjun pakej lagi. kalau main satu-satu. mesti stuck gile. orang nak. brang tak ada. orang bayar. orang terus nak barang. ada yang dah marah-marah.

jangan tukar produk. cuma tukar strategi je. fokus pakej. sesuaikan cara cakap. kena cepat bertindak. barang pun belum tentu dapat bulan ini. bulan feb baru dapat. itu pun tak sepenuhnya lagi. permintaan sangat hebat.

mereka pun nak cepat.maghrib. mereka bertolak ke seremban. ada demo. misi jaya dan menjayakan mereka teruskan. jumpa kami, sekadar nak dengar suara lain cakap je. mereka dah cukup semangat untuk berjaya.

sampai rumah. jam 8.20 pm. aku layan anak & bola. dah tak larat nak gi kelas. cdm kartini je yang ikuti kelas. kelas kena ada. tempat belajar. tempat cetus ransangan. tempat ajari ilmu. tempat share testimoni bvsm.



Selasa, 16 April 2013

Katakan Tidak Kepada Insomnia.


Assalamualaikum sahabat tersayang. Entri kali ini, aku nak share sikit la. Penyakit yang biasa dialami oleh orang kita. Rakan kita. Sahabat kita. Sedara kita. Anak beranak kita. Pak Cik kita. Mak Cik kita. Kita sendiri.

Tak boleh tidur lena. Sukar nak tidur. Lena sekejap, terjaga hingga pagi. Senang cakap Insomnia. Kini ada penyelesaiannya. bvsm membantu mengatasi gejala tersebut. Bersama bvsm, tidur kita lebih lena dan berkualiti. Tidur 3,4 jam satu mala pun tak apa. Macam tidur 8 jam juga.

Ramai yang kena. Pelajar-pelajar U. Pekerja shift. Pekerja kilang. Anggota keselamatan. Pengawal Keselamatan dan ramai lagilah yang terkena penyakit tersebut. Jadi molek benarlah dengan adanya bvsm.

Bila tak cukup tidur. Badan jadi tak sihat. Mood pun tunggang tebalik. Daya fokus hilang. Cepat marah. Macam-macam lagilah. Mereka yang alaminya akan tahu. Tak payah aku hurai panjang-panjang.

Isnin, 15 April 2013

aku, bvsm & isnin.

hari isnin. ramai tak berapa suka. kena kerja. setelah dua hari cuti. ada malas. ada yang lambat sampai opis. ada yang punch kadnya merah. ada yang bermuka moyok je. macam-macam muka ada. macam-macam mood kelihatan.

Masa mengajar dulu pun aku begitu. malas yang amat. dah ada perhimpunan. kena pi juga. kena mengajar juga. nak-nak kalau malamnya baru sampai dari outstation. penat belum habis. dah kena kerja. aku betul-betul hormat yang buat biz sakan di hujung minggu, tapi boleh bertenaga ke tempat kerja pada hari isnin. itu dah luar biasa punya orang.

orang biz, macam aku. suka je hari ini. seronok je hari ini. tertunggu-tunggu pulak. boleh jumpa prospek. boleh kutip dokumen. boleh jumpa pegawai bank. boleh ambil bvsm. boleh hantar bvsm. macam-macam kerja boleh buat. macam-macam kerja kena buat. biz mlm pun ada deadline juga. 

pagi tadi hantar baby ke sekolah. balik rumah. santai-santai. update apa yang patut. like pada status sahabat. komen pada status sahabat. baca-baca sikit. tambah ilmu. kongsi ilmu. sekarang ni banyak status-status motivasi terpapar. jadi tak payah belek-belek buku lagi nak cari motivasi. cukup dengan melayari fb.

jam 10 am. keluar. hantar produk. tak jauh. dekat je. sekotak BBplus. ada pv juga. ada bv juga. ada bonus juga. mula dengan sekotak. mana tahu berkotak-kotak dapat lepas ini. produkan molek. hasilnya baik. nanti oder lagi. bukan dia je tapi oder untuk kawan-kawannya sekali. kena positif. baru boleh biz besar. baru boleh lama menego. jumpa pun dah lama dulu. bila call, dia minta BBplus. kalau tak call. tentu tak ada oder. itulah pentingnya follow up. jangan malu nak follow up. orang tak nak. kita tak rugi. kalau orang nak, kita yang untung.

tak sampai 10 minit jumpa. dah siap. dah jumpa dulu. dah cite-cite dulu. hari ini hantar je. dia pun sibuk. sedang kerja. ambil masa sikit je. kerjanya kerani. kerani kat mana? hihihi tak payah cakap kat sini. ada yang siasat pula.
Semalam lunch dengan rakan niaga. cdm fitri & cdm ayu di IOI. lama tak jumpa. kalai terakhir semasa trip london & paris. datang kl. bantu kaki singapore katanya. group ni, main kecik-lecik dulu. lebih kepada jual satu-satu. tapi ingat jual satu-satu pun target mesti ada. mesti sm bulan pertama. tak boleh tidak.

ikut plan asal. nak ke damansara damai. kutip dokumen. tak jadi. esok pula. kami ok je. esok pun esok la. dalam kepala nak melencong ke sekolah lembah pantai. juga sibuk. tak jadi.

tak jadi situ. makan dulu lah. masa pun dah sayut. membedal nasi. terus kasi yang berat. tak payah ringan-ringan lagi. semuanya menyelerakan. restoran nasi ulam. BK4. sedap lauk pauknya. tadi aku pilih ikan kembong masak asam pedas. ikan kembong masak air asam. wow! Kenyang gile.

usai melantak kat situ. balik rumah dulu. next appt, jam 4 petang, di Nilai. nak terus ke sana tadi. awal lagi. tak tahu nak melangut mana. pilih balik rumah. mesrai anak dulu.

Koleksi terbaru aku. semalam beli di popular ioi. dah sampai ioi, resah kalau tak menyinggah dan memiliki buku baru walaupun sebuah pun cukup la.
cdm kartini balik rumah. aku ke kedai mamak. baca sikit. tambah ilmu sikit. dapat juga satu jam. hihihi. bukan apa. kat rumah, tak dapat fokus. hati tak tekad. asyik layan fb juga. banyak masa terbuang. kena jauh-jauh dengan laptop. bagi fokus. cepat khatam. lebih faham. susah!susah! fb telah curi banyak masa. kena pandai-pandai urus masa. kalau tak rugi juga nanti.

semalam hantar bvsm. hari ni juga hantar bvsm(petang nanti). stok yang dapat hari tu. dapat 3, tak cukup. huhuhu. bila nak dapat banyak ni? ramai yang dok merungut. nak gile-gile biz pun sangkut. cabaran sungguh. tapi bila pikir-pikir. cabaran, tambah matang. belajar biz, tanpa tunjuk barang. belajar biz, tanpa tunjuk demo. belajar biz, dengar tools seperti fail testimoni. kalau kencang juga biznya, itu tandanya anda memang hebat.

bvsm ada je. habis. tak sempat simpan. permintaan banyak. pagi tadi mertua, call. ada orang nak bvsm. orang tengok tahap kesihatannya semakin baik sejak akhir-akhir ini. semakin cergas. dah kurang demam-demam.







Ahad, 14 April 2013

Jual Cite. Jangan Tipu.

Demo biz. nak demo bvsm tak ada barang. barang belum sampai lagi. kongsikan apa yang mereka akan dapat bila join biz ini. mereka dapat income. dapat tambah pendapatan. ini yang mula-mula akan dapat. kena gayanya dapat melancong. tengok-tengok negara orang. lagi lama bersama, dapat ubah sikit-sikit kepada gaya hidup idaman. seperti memandu kereta idaman. rumah idaman. pakaian idaman. tingkatkan tabungan.

banyak akan dapat. banyak akan boleh. buat hari ini, esok nak dapat. memang mustahil la. kena bagi sikit masa. bagi tempoh dua tahun ke. bagi tempoh tiga tahun ke. tak mustahil. hidup lebih bebas, bebas hutang. ada hutang pun mampu lunas setiap bulan. boleh tukar kerjaya. buat ini sepenuh masa. mana tahu. tak mustahilkan.

tak payah melalut. petang tadi kami ke KLCC. jumpa bakal prospek. nak kongsi, apa yang kami sedang rancak buat. nak kongsi, apa yang kami buat sehingga membolehkan kami mampu terbang ke London & Paris itu hari. tak cite, orang tak tahu. kena cite. kena jual cite. kena pandai jual cite. cite pi jalan-jalan paling laku. so kena share banyak-banyak foto kat fb. kasi orang tengok. kasi orang tertarik. kasi orang tertanya-tanya. apa kita buat.

ada orang cite jalan-jalan, tak masuk. cite lain pula laku. cite memiliki tabungan yang banyak. miliki rumah-rumah sewa. punyai rumah-rumah kedai. ini mereka suka. so kita jual cite ini. buat biz, dapat beli rumah lebih mudah lagi.

ada orang cite rumah-rumah tak jalan. mereka pula suka pada gaya hidup. kita jual cite, gaya hidup boleh berubah, bila biz dengan kita. nak handbag berjenama. nak jam berjenama. nak kasut berjenama. nak kain baju gaya terkini. semua terhidang dalam biz ini.

ada orang pula suka pada gajet terkini. buat biz ini, boleh miliki apa saja gejet yang nak.kami paling laku, cite kami dah berhenti kerje. buat biz ni sepenuh masa. dulu cikgu. ayat maut tu.

hihihihi. panjang pula kisahnya. Cdm Kartini yang jumpa bakal prospek tadi. Jumpa kat mana pun aku tak pasti. apa yang pasti, cdm kartini jumpa bakal prospek. bila dah jumpa, jarang tak nak.

Aku & baby masuk kinokuniya. cari buku. tambah koleksi. sempat ikuti pelancaran buku puisi anwar ridhwan. beli bukunya dapat diskaun 20%. jimat sikit. 

cdm kartini abadikan kenangan bersama bakal prospek. dengar kata, hari isnin kena ke klcc lagi. ambil dokumen lagi. berminat nak join la tu.

 Ini pula. majlis perlancaran buku.

anwar ridhwan sedang baca puisi. untuk makluman semua. anwar ridhwan pernah jadi pengerusi hai-o marketing.
inilah bukunya.


Sabtu, 13 April 2013

Terima Kasih Ejan.

Bertemu di hujung minggu. Bizi hari ini? Sana sini hari ini? Berkejar-kejar ke lokasi pilihan prospek @ customer. Dentam-dentum kat dapur penuhi selera anak-anak sebelum terjah, mengumpul @ menambah senarai nama.

Aku macam biasa. Semalam, hari ini dan mungkin esok, tetap bergomo dengan 'Salina'. hihihihi. Jangan salah faham pulak. Jangan bayang yang lain pulak. 'Salina' ini novel Datuk A. Samad Said yang baru aku membahamnya, untuk kali ke 2. Kali pertama, aku dah tak ingat bila. Dah lama benar, barang kali, hinggakan aku telah melupainya.

Sedang asyik membedah Salina, tersangkut aku pada foto ini. Ejan punya muka buku. Gabungan mereka yang telah memiliki dan menikmati bvsm. 

Ha!ha!ha! Biarkan foto ini bercakap bagi pihak kami. Biar foto ini, convince anda. Biar foto ini, berhujah dengan anda. Biar foto ini, memujuk anda. Biar foto ini menghapus ragu-ragu yang masih bersarang dalam minda anda.

Mereka dah miliki. Mereka beli. Mereka dihadiahi, lantara ada yang mengasahi mereka. Mereka dah nikmati kebaikan bvsm. Mereka dah menikmati kesihatan yang lebih baik, kalau nak dibandingkan sebelum bertemu bvsm. 

Boleh tidur lebih lena. Boleh bangun berdiri dengan mudah, walaupun berlama-lama duduk. Sebelum ini, tak boleh terus berdiri. Bagi masa dulu seminit dua. Lepas tu boleh melangkah. 

Bangun pagi pun sama. Tak perlu geliat dulu. Terus boleh bangun. Terus boleh ke bilik air. Ada perubahan positif yang sememangnya ramai yang menyukai. 

Ada yang pengidap diabetis. Cucuk insulin hari-hari, kini dah boleh tinggalkan. Ada yang mata pun dah kabur, dah kembali normal. Ada yang sengal(serban), kini dah hilang.

Baca dan followlah blog dan wall aku kalau mahu dengar suara-suara tertimoni lagi. Aku pasti suara itu semakin kuat sikit masa lagi.

Maaf Ejan.  Guna foto tanpa izin.


Jumaat, 12 April 2013

BVSM Dah Ada?

semakin sibuk. semakin kalut. semakin bizi. semakin tak menang tangan. bertalu-talu sms masuk. bertubi-tubi call masuk. 

itu semua gara-gara bvsm. produk baru. baru terkini. produk terbaik. produk keluar, tepat masanya. produk keluar, sesuai dengan kehendak rakyat malaysia. produk kesihatan. produk kesihatan, lain dari yang lain. tak perlu makan. tak perlu telan. tak perlu sapu. cukup sekadar tidur bersamanya. buat alas atau buat selimut. dah buat gitu. lihat hasilnya nanti. banyak testimoni keluar. kadang-kadang tak masuk akal. tapi itulah hakikatnya. percaya atau tidak. hasilnya telah terbukti.

bvsm. saat orang berlumba-lumba mencari sihat. saat orang tercari-cari alternatif baru untuk jadi lebih sihat. saat orang dah muak dengan keadaan kesihatan mereka. macam-macam sakit dideritai. kencing manis. imsomnia, gaout, darah tinggi, stroke, lenguh-lenguh kaki, sakit-sakit badan dan macam-macam lagi. 

bila keluar. testimoni pun muncul. hasil kerja keras. bertubi-tubi permintaan. tak sempat nak keluar secukupnya. barang pula tak ada. ada pun sikit-sikit. berebut orang nak. dapat satu pun dah cukup baik. 

kami dah tak ada satu pun. semalam last hantar pada rakan niaga. itu pun berkali-kali rakan niaga minta. baru kami boleh hantar. kalau terus hantar. tak boleh buat demo. petang ni pun ada orang nak dengar bvsm. macamana nak buat ni? cakap tanpa tunjuk bvsm, tak syok. tak kick. tak puas.

2 hari sebelum tu. hantar pada customer di saujana impian. beli untuk lakinya. lakinya macam-macam penyakit ada. darah tinggi, kencing manis, gout dan sekarang ni dah hemodailisis. kalau lakinya ada improve sikit, baginya dah ok sangat-sangat. kami ke rumahnya hari isnin. esoknya, iaitu selasa, ada hemodailisis. kakinya aku tengok, bersinar. bengkak. air bertakung. sebelah matanya dah tak nampak. baru je buat operate. malam tak boleh memandu langsung. 

dah 2, 3 hari beli. belum tanya lagi. harap-harap ada berita positif. kalau positif, isterinya akan join. isterinya asyik merungut je. dah tak nak kerja. nak berhenti kerja. mungkin peluang ini muncul, impiannya nak berhenti kerja akan tercapai. isterinya ada pengalaman buat mlm juga sebelum ini. ilmu mlm dah ada. kalau buat, aku pasti menjadi-jadi. ketika kami sampai rumahnya, dia juga baru sampai dari opis. masih pakaian pejabat lagi tu. dekat-dekat jam 9 malam tu. lakinya juga berkemeja, pakaian pejabat, sedang tonton tv. aku agak, dia juga baru sampai dari oipsnya. balik sama kot.

dengar-dengar, hari ini bvsm akan mula sampai ke stokis-stokis. aku harap, berita ini betul. senang nak berbiz. kalau tak susahnya. lebih-lebih lagi, yang jual satu-satu. main pakej, ini tak terlalu penting. itu dulu, kini dah berubah. bvsm orang join, terus nak. terus nak share kebaikan dengan orang ramai. 



Khamis, 11 April 2013

Merapu Malam Jumaat.

 
biz mlm. x semua orang suka. x semua yang suka akan berjaya. cakap kat orang. 'aku buat mlm'. ramai yang terkejut. 'aku buat full time mlm.' lagi terkejut. 'aku berhenti kerja, untuk buat mlm sepenuh masa. 2x terkejut. ada yang pengsan barangkali. 'dulu saya cikgu, berhenti buat mlm.' 3x terkejut. pengsan tu sedar balik dan pengsan balik.

dah la x suka mlm. kawan buat mlm, pun dia tak suka. x nak kawan. putus kawan. elak dari jumpa. alasan-alasan cantik, agar tidak diajak jumpa. call x  berangkat. sms x berbalas. ada tu unfriend. hihihi. takut promote biz mlm.
 
ajak jumpa. x nak jumpa. ajak minum. x nak, ada hal. x semestinya jumpa, kena ajak biz. ajak jumpa, ajak minum. sembang-sembang. kata kawan. kau cite pasal kau. aku cite pasal aku. aku tanya. aku jawab. kau tanya aku jawab. senangkan. biz mlm, letak tepi. jangan cakap. takut x nak jumpa.
 
dah lama buat. dah 13 tahun. tak ramai kawan aku ajak biz. kalau jumpa pun segan nak cakap pasal biz mlm. kalau kawan tanya pun, cite pun sipi-sipi je. kalau nampak berminat, baru buka kitab. baru cite habis. kalau x berminat. sipi-sipi pun dah ok.
 
bila biz mlm. banyak berjalan. sana sini pi. bila pi tempat jauh. katakan tawau. mesti cari kawan. bukan nak ajak biz. tapi nak jumpa. tentu dah lama x jumpa. dah dekat. keinginan nak jumpa mesti tinggi. boleh tanya kabar. nak call, jadi segan. takut dikatakan nak jak biz. x takut, tapi takut kecewa bila ditolak untuk jumpa. terasa ati pulak. ambil keputusan tak payah call. tak payah sms. untuk tidak kecewa.
 
buat biz. jalan merata. seluruh negara. setiap negeri tu in syaa Allah ada kawan. belajar kat U. tentulah pelajar datang serata negeri. serata negeri mereka ada. bila aku pi, tahu pula kawan aku menetap kat situ. keinginan untuk jumpa mesti tinggi. aku dalam dalema. nanti kata, datang jauh-jauh, nak jumpa ni mesti ada apa-apa. apa-apa? apa-apa tu ajak meniaga la.
 
biz mlm. halangannya banyak. rintangan banyak. kata sindir pun kerap. pencuri impian ramai. belum sempat bina impian, dah kena pijak-pijak itu impian. belum kukuh, dah terbakar itu impian. sape yang berjiwa kental je yang boleh bertahan dan berjaya. ada juga yang x dapat bertahan. kadang-kadang lambat berjaya. bukan ertinya x boleh berjaya. sabar sikit lagi je. bertahan sikit lagi je.ada juga godaan, syarikat lain. lagi bagus. lagi hebat. lagi ramai. baru lagi. lompat sana. sampai sana. ada lagi godaan. lompat lagi. kalau asyik melompat. bila nak jadi biz.
 
biz mlm. sekejap je hangat. sekejap je meletup. sekejap je bersinar. sekejap je boleh buat duit. lepas tu mati. lepas tu malap.lepas tu hilang. itu orang kata. tapi aku dah lama buat. aku dah lama bertahan. aku dah lama. masih ada income. masih panas. masih meletup. sebenarnya orang yang cakap tu yang slow. orang cakap tu dah tak buat. orang cakap tu yang kelam. orang cakap tu yang belah, orang cakap tu dah melompat kat dahan lain.
 
 



Bonus Nite.

Terima kasih. 
Mereka tetap hadir. 
Mereka bawa diri mereka. 
Mereka tetap penuhi ruang.
Mereka tahu apa yang penting.
Mereka tahu apa yang paling penting.
Mereka utamakan perkara paling penting.

Bonus Nite,
Hujan lebat tapi tetap datang,
 Cas semangat, walaupun masih semangat masih penuh.
 Mana tahu, kot-kot bocor sebelum Selasa depan.
 Kongsi semangat dengan mereka yang hadir.
 Tambah ilmu, dari mereka yang berilmu.
Kongsi ilmu dengan mereka yang mahu.

Ramai juga yang pertama kali jumpa.
Mukanya penuh ceria & penuh harapan.

Sayang bvsm habis.
Kalau x, boooom.
Powered By Blogger