Jom Follow

Jumaat, 25 Mac 2011

Terkenang semasa dulu...


Hari jumaat.

Ada yang bercuti. Ada yang bekerja. Ada yang ponteng kerja. Ada yang tak kerja-kerja. Ada yang dok main futsal. Ada dok mancing. Ada juga yang sedang tidur. Ada yang sedang buat kerja ke2, seperti berniaga. Jual buku-buku agama kat kuliah-kuliah agama, jual ketayap, jual nasi belauk. Ada juga yang bergabung dengan perniagaan MLM. Orang bijak, cekap hidu peluang dan guna sepenuh peluang yang datang.

Hari ini, aku ada di KL. dah 2 kali jumaat aku berada di Kelantan dan Terengganu. Hari ini boleh bersolat Jumaat di Masjid Sri Petaling. boleh gi awal sikit. Rehatkan minda disamping cari kawan-kawan baru. Tambah kawan, tambah panjang hayat meniaga. Tak nak meniaga pun tak apa. Kita berkawan.

Hong Kong.
Masih ada masa. Berjuang sampai ke tarikh akhir. Jangan mengalah lagi. Masih berpeluang. Tak sempat dana, pakai cash. tak penuh, ambil berapa yang dapat. cepat. dam lagi. 5 hari lagi. pulun lagi. jangan pandang belakang. dah dapat 1, usaha untuk dapat yang ke 2. terus buat. buat appt.

Hong Kong.
Sedang menanti kita. Lihat keindahan negara orang. belajar cara hidup mereka. tak rugi kalau dapat ke sana. tak ada pasport, sila buat. dah ada ok. tengok juga, kot-kot dah mati...

5,6 tahun dulu. awal-awal meniaga. hari jumaat mesti dah berada di Kelantan atau Terengganu. Kota Bahru, Pasir Mas, kuala krai, rantau panjang, tanah merah, pasir putih, kuala terengganu, dungun, kemaman, marang dan banyak lagi daerah-daerah yang telah dijelajahi sepanjang bergeluman dunia MLM. pulun kat sana. mereka cuti. hari inilah buat kelas dan seminar. demo sebanyak-banyaknya. jumpa seramai mungkin. jayakan siapa yang mahu. tapi kini, orang sana dah boleh buat sendiri. turun pun tak selalu. ada ketikanya bantuan yang mereka perlukan, baru kami turun.

apa khabar rakan niaga aku dulu-dulu. aku masih berniaga. aku masih berdemo. aku masih bersemangat. masih boleh berniaga. masih ada orang nak. masih  ada orang mahu. masih ada orang call nak masuk. masih ada orang tercari-cari peluang. masih ramai yang mahu berubah hidup. masih ada orang nak duit. masih ramai yang orang tak cukup duit. masih ramai orang perlukan bantuan. masih ramai orang perlukan pertolongan kita. ayuh. kita mula kembali. kita bina kembali. kita hidupkan kembali. pandang depan. jangan ungkit kegagalan lalu. jangan hirau sejarah silam. jangan tangisi yang dah berlalu. menangis keuar air mata darah sekali pun, yang dah berlaku tak akan kembali semula. eloklah kalau mula. eloklah berjuang kembali. dulu dah merasa. dulu dah pernah dapat. dulu dah pernah jadi. dulu dah pernah senang. tak salah kalau kita bina kejayaan kali 2,3 setelah kejayaan kali pertama. lihatlah masa depan yang cemerlang. lihatlat mentari depan yang bersinar. 

tak salah kalau tak nak buat. tak salah kalau dah tak nak mula. kehidupan dah cukup. tapi tak semesti esok pun cukup. tak semestinya esok pun senang. kos semakin naik. naik dan terus naik. duit yang kita bawa balik, semakin berkurang. ikan naik, ayam naik, bawang naik, kicap naik, susu naik, gula naik, cili naik, sayur naik, makanan kat kantin naik, makan kat luar naik, kerepok lekor naik, nasi dangan, nasi kerabu naik, nasi berlauk naik, satar naik, mimyak masak naik, gas naik. sehinggakan aku tak tahu apa yang tak naik. bangun pagi je, hati bertanya, apa barang naik hari ini. mungkin aku tak ke kedai, tapi duit yang aku bagi kat maid semakin bertambah. dah tak boleh bagi seperti dulu-dulu. tak cukup. tambahan pulak, baru dapat baby, susu bayi dah naik, pampers pun dah naik. ekonomi kata naik, tapi apa yang naik, aku pun tak tahu. aku tahu, belanja dah naik. semua naik, mengeluh saja belum cukup. usaha tambah yang kurang itu paling penting.

apa khabar kenkawan semua.
hari ini, paling penting. gunalah sebaiknya. jangan persia masa yang ada. buat amal untuk hari esok. untuk kehidupan tanpa akhir. jangan lupa pada distinasi kita selepas ini. dunia adalah jambatan akhirat. nak beramal kena sekarang. tak payah nak tunggu-tunggu lagi. sibuk berniaga pun, amal kebajikan perlu dibuat. meniaga pun ibadat. bagi makan kaum keluarga, pun ibadat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger