Jom Follow

Khamis, 31 Mac 2011

Gelanggang Kebangaan Kita...


Baru aku tahu. Siapa leader yang turun ke Safira Club semalam. Aku, CDM Muhammad Razali dan CDM Nizam. Mula-mula dengar, ada ramai yang nak ke sana.  last minit tak jadi. Ada komitmen lain, iaitu jayakan rakan niaga dan diri sendiri.

Sape tak mahu duit banyak.
Sape tak mahu kaya.
Sape tak mahu hidup mewah.
Sape tak mahu rumah besar.
Sape tak mahu hidup seperti yang diimpikan.


Terkedu, tersentuh hati bila dengar DDM Din buat sharing. Sebak. Terharu dengan kejayaan yang dicapai. Setelah lalui zaman-zaman sukar, kini sinar mentari telah muncul.  zaman sukar kian menjauhi, zaman penuh warna-warni semakin menghampiri. Sebak, mengenangkan kepayahan pada awal-awal meniaga. kepayahan berganti kesenangan. Group semakin berkembang. Semakin kukuh. dari kelantan berkelana ke penang, bertemu jodoh  dan mencari rezeki di penang. bertemu dengan Akademi Taipan, bertatih, belajar dan bertanya dan akhirnya perjalanan semakin mudah. woww!

Orang lama, muncul kembali. keindahan dan keseronokan yang ditinggalkan semakin memanggil-manggil. dah tak boleh tahan lagi. harus keluar dari pertapaan. gengam semula apa yang terlepas. gengam dan raih kejayaan lebih hebat lagi. dulu boleh, kini lagi boleh. apa perlunya menyembunyikan diri. tak membantu meraih kekayaan. setelah undur diri, terasa sangat kecelaruan mencari rezeki. tak kekal lama disatu-satu tempat. Jom kembali semula. sama-sama bina, sama-sama berjaya dengan mereka yang telah berjaya dan mereka yang sedang berusaha mencipta kejayaan.

 CDM Fitri, buka gelanggang. perkisahan perjalanan menuju mengerjakan Umrah bersama DDM Rizal. Ramai teruja dan berkira-kira untuk fight ke sana bila hai-o buka gelanggan nanti. Aku pun teruja, bagaikan terpanggil-panggil untuk ke sana lagi. Ya Allah, jemputlah aku ke sana.

Bersyukur. Terus buat. biarkan apa orang kata. janji aku menuju ke jalan kemenangan. menuju jalan kekayaan.
Bagaikan bermimpi. Siapa sangka jadi lagu ni. Dulu berapa kerat je yang sampai ke Safira Club. Sampai pun malu-malu dan sembunyi-sembunyi. takut member-member tahu. kena kutuk nanti. kini dah terbalik. datang ke safira club menjadi kebangaan. war-warkan kepada member-member pun dah tak malu dan segan lagi. Malah mengundang rasa hormat member-member.

DDM Rizal. tutup gelanggang. sukar nak cite dengan kata-kata. bersyukur sangat-sangat. dapat mengerjakan umrah. kalau ikutkan dengan kerja dulu, bagaikan mustahil dapat ke sana dalam usia begini.

Semalam. DDM Sukri  jadi emcee. pertama kali aku dengar. ok. boleh diketengah lagi. boleh digilap lagi. permata akan terus bersinar. menyinari seluruh negara.


Rabu, 30 Mac 2011

baru aku tahu..


sedang tunggu nak gerak ke safira club. harap-harap sempat sampai sebelum kelas bermula. tak boleh dengar laungan semangat aku. 'go go go hong kong'. 'go go go cdm'. mesti dengar selalu. kalau tak dengar penuh separuh pun tak apa. kalau tak kena laung sendiri.
lewat bertolak. tak apa. aku rasa sempat sampai. seberang jaya tak jauh sangat. semangat punya pasal. sempat sampai. 
doakan aku sampai sana. bertemu dengan mereka yang berjaya. bertemu dengan mereka yang sedang berjaya. bertemu dengan mereka yang tak berhenti berjaya. bertemu dengan bakal-bakal cdm. pang5 yang bakal gegarkan Malaysia dan Indonesia.
setiap minggu jumpa dengan mereka. tak jemu. tak boring. sentiasa ada benda baru. sentiasa ilmu baru yang aku dapat. sentiasa info baru yang dapat berkongsi dengan mereka. sentiasa bersemangat.
dari perlis, dari alor star dan dari KL bertemu di safira club. hari ini aku rasa ramai juga cdm dari kl yang turun. aku agak je tu. nanti kat sana baru aku tahu.

Seberang Jaya.


Warga Utara.
Warga Penang.
Warga Kedah
Warga Perlis
Warga Kangar.
Warga Alor Star.
Warga Sik.
Warga Gurun.
Warga Sungai Petani.
Warga Bertam.
Warga Baling.
Warga Kulim.

Boleh datang ke Safira Club malam ini.
jam 8.45 pm.
Perkongsian eklusif dari mereka yang telah berjaya.
pembongkaran rahsia buat duit dengan cara paling mudah menggunakan produk ajaib.

aku dan beberapa cdm akan turun ke sana...

Kelik Umrah.


Mulakan pagi dengan kata-kata positif buat diri. Mulakan pagi ini dengan mood yang baik. Mulakan pagi ini dengan melihat/membayangkan diri telah berjaya. Mulakan pagi ini dengan dengar cd/kaset motivasi. Melangkah ke pejabat dengan langkah kejayaan.

Petang semalam, aku berkesempatan menyambut beberapa rakan niaga yang pulang dari mengerjakan umrah. semuanya sihat dan ceria. semuanya gembira sakan, dapat menziarahi makam nabi, bersolat dalam raudah, bersolat depan kaabah, dapat kucup hajaratul aswad dan macam-macam lagi kegembiraan. malah lebih bersemangat, sebelum pergi. ada yang dah berkira-kira nak mengerjakan haji pulak. ada yang nak ke sana bersama kaum keluarga, nak bawa anak-anak dan ibu ayah. semua itu mesti ada fulus. mesti ada pitis. mesti ada duit. mesti ada RM. 

kerja kena lebih kuat. kerja kena lebih tekun. kerja kena lebih rajin. meniaga pun kena lebih boooo. insyaalah fulus pun mencurah-curah masuk, asalkan kita tak berhenti berusaha. ke sana , seolah-olah dapat baja untuk tambah hasil. tapi ada juga yang terkena racun, bisa terbantut tumbesarannya. hasilnya boleh berkurangan sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.













itulah beberapa foto yang sempat aku rakam. ada beberapa lagi rakan  niaga yang tak sempat aku rakamkan kegembiraannya. minta maaf banyak-banyak. aku sampai pun sikit lewat. apa-apa pun tahniah buat mereka yang ke sana. hari ini dah boleh mulakan perjuangan menuju puncak.

Selasa, 29 Mac 2011

EGO


Apa?
Siapa?
Aku?
Kamu?
Anda?
Kita?
Apa boleh dapat/capai dari sikap itu?
 

Isnin, 28 Mac 2011

Penipuan Skim Cepat Kaya.


Apa khabar semua.
Harap semua sihat dan semakin menjadi-jadi meniaga.
Semakin mudah dapat prospek.
Semakin berani tegur stranger, dah tak malu-malu lagi.
Semakin mudah closing, dah tahu bila nak buka cite.
Semakin mahir cite MP, semakin hebat. terpikat/terpegun bila prospek dengar.

Berita hari ini, mungkin ada yang terkejut dan marah. ada yang terkedu. ada yang terduduk. ada yang dah tak jadi masuk, kita punya syarikat. berita pasal ditipu oleh syarikat MLM. sampai RM 50 juta. ada yang jual harta semata-mata nak masuk. bagi aku itu bukan meniaga. itu pelaburan. ada yang masuk sampai RM200K. pemberita tak boleh tulis syarikat mlm. tulisla pelaburan. dok gitu. kesianla orang yang cari makan melalui perniagaan mlm yang betul. sedikit sebanyak pasti terjejas. nak kena jelaskan pada rakan niaga baru dan prospek.

yang masuk pun satu hal. tak study dulu ke. main masuk je. main bubuh duit. main ajak je.  bila dah jadi lagu ni, mula lah kalut. lebih baik kalut dulu, senang kemudian. mlm mesti dapat income setiap bulan, kalau ada jualan. kalau masuk dan tunggu dapat pulangan. itu sah-sah pelaburan. pulangan pulak mencecah 60%. besar gile tu. tak ada dalam dunia, pulangan sebanyak itu, kecualilah skim cepat kaya. mengalahkan waren buffet. hebatnya tokey tu. kalau betul mesti PNB sapu dulu. KWSP mesti melabur. Tabung Haji pun tak dok diam, mesti melabur punya. Boleh bagi dividen lebih besar pada pencarum. Boleh percaya ke ada lombong berlian di Kanada dan kilang pemprosesan di China. kaya benar syarikat tu.

nak cepat kaya. nak kaya dengan mudah. nak kaya dengan goyang kaki. sorry bro. tak ada dalam dunia ni, kecualilah datuk nenek kita dah kaya raya dan wasiatkan kepada kita berjuta-juta ringgit. nak kaya kena kerja keras. MLM pun kena kerja kuat. kena tekun bekerja. kena ambil masa juga. kena buat itu, kena buat ini. dah 10 tahun aku berada dalam dunia MLM. syarikat yang aku bernaung pun dah cecah 18 tahun. tak ada masalah.  masih bertahan. masih teguh berdiri. masih berniaga. masih boleh buat duit. masih boleh buat harta, bertahan dan buat. kalau jenis tak paham konsep MLM tu lain la. mereka ingat masuk dan dapat duit bulan-bulan.

jom. mari ikut aku. mari join aku. masuk apa yang aku dok buat. meniaga bersama aku.  akademi taipan akan bimbing. akademi taipan akan ajar. akademi taipan akan jayakan anda.  

Ahad, 27 Mac 2011

Hong Kong3

Hong Kong lagi.
tak puas tengok.
tak sabar nak ke sana.
tengok-tengok gambar pun dah seronok.
mana tempat boleh shooping.
mana tempat restoran muslim.
2 hari lagi tinggal.
fight jangan mengalah.
mesti layak.
mesti layak.

Pengorbanan dulu baru kejayaan tiba.

Petang tadi aku ke sini.
BookXcess Sdn. Bhd.
L3-60, AMCORP Mall
18, JLN PSN Barat.
Petaling Jaya.

peminat buku boleh berkunjung ke sini.
bawa duit banyak-banyak.
satu kedai nak sapu.
Banyak pilihan dan murah.
Tak tahu mana nak pilih semua nak.
harganya 70% murah.
tak pernah aku jumpa.
aku pasti tempat ini akan jadi tempat kesukaan selepas ini.
sebelum ni hanya dengar-dengar.
tak pergi pun, tapi tadi aku ke sana.

ini salah satu buku yang aku beli. 
lihatlah perbezaan harganya.
sanggup tinggalkan dunia remaja, semata-mata mengejar cita-cita.
menjadi juara tenis dunia.
seolah-olah dilahirkan untuk jadi pemain tenis.
latihan adalah dunianya.
menang sebanyak 762 kali.
memenangi grand slam = 14
hadiah= US 43,280,489.
ini juga aku miliki.
pengorbanan mesti dilakukan.
bayar dulu harganya baru boleh berjaya.
bacanya lepas selesai buku kat atas tu.
Rahsia jadi jutawan.
baca dan ambil pengajarannya.
sehari 2, aku kena bacanya.

Jaga Cakap.

jaga cakap. jaga meniaga. jaga income. jaga gaya hidup. jaga network. jaga reputasi. jaga nama. jangan cakap sebarangan. jangan main hentam je. pikir dulu sebelum cakap. timbang dulu sebelum cakap. baik ke tak baik. cakap-cakap yang elok-elok. cakap yang baik-baik. jangan cakap yang negatif. jangan cakap yang sensitif. nanti ada yang salah faham. nanti ada yang keliru. nanti ada yang terasa. nanti ada yang terluka. nanti ada yang menjauhi. kita yang rugi. kadang-kadang kita rasa, cakap kita betul. kadang-kadang kita rasa cakap kita ok. kadang-kadang kita rasa cakap kita jujur. tapi bila sampai pada orang. orang paham lain. itu belum masuk lagi, cite, cite yang telah berkelana jauh. lagi haru. lagi gile. lagi parah. bila dah terasa, sukar seseorang tu nak bekerjasama dengan kita. kita boleh minta maaf. tapi orang lain bisa memaaf tak. setakat mulut pun tak guna. kat dalam masih terbakar. kat dalam masih membara marahnya.

jangan cakap apa yang kita suka. jangan cakap apa yang kita keliru. jangan cakap apa yang kita tak paham. kita hidup dalam masyarkat. hidup dalam lingkungan manusia. kita sentiasa berinteraksi dengan ahli masyarakat, rakan sekerja, anak buah, bos, rakan niaga, upline, sideline. akibat cakap terlalu besar. ada yang bergaduh. ada yang bermasam muka. ada tak bertegur sape. bukan sekejap, malah ada yang berpuluh tahun. ada juga yang sihir menyihir akibat terasa hati akibat tersalah cakap. kadang-kadang tu bukan tersalah cakap pun, tapi tersalah dengar.
dalam meniti dunia mlm. cakap paling kena jaga. jangan cakap besar. jangan cakap sombong. jangan cakap ikut sedap mulut. kelak rakan niaga mati tak berniaga. kelak rakan niaga, cari pelindung lain. 

Aku dan kelas..


bersiap-siap nak gi kelas.
mana boleh jemu.
mana boleh give up.
buat apa yang kita minat/suka.
mana ada semua itu.
apa yang ada hanyalah keseronokan.
kelaslah yang membolehkan aku masih bertahan hingga kini.
kelaslah yang membuatkan aku masih bersemangat berniaga.
kelaslah yang membolehkan aku boleh tatasi segala cabaran yang mendatang.
kelaslah yang membolahkan aku terus bina network lebar dan mendalam.

kelas bukan sekadar kelas. tapi dikelas kita boleh bertemu dengan leader/orang-orang yang dah berjaya.  kita boleh berkongsi dengan mereka. mereka boleh suntik semangat pada kita. mereka boleh berkongsi laluan menuju puncak. bukan mudah. bukan senang nak capai tahap mereka sekarang. perlukan masa. perlukan wang. perlukan pengorbanan banyak pihak. upline,rakan niaga, pasangan, anak-anak dan orang tua. paling penting cuping telinga kena tebal. muka pun kena tebal. tak payah peduli dengan mereka-mereka yang menyakat dan tak suka kita berjaya. bila mereka kongsi kejayaan dengan kita, biarlah ada perasaan nak capai seperti mereka. nak jadi seperti mereka.

buang sikap.
'aku dah tahu'.
'aku dah biasa dengar.'
'orang sama je bercakap'
'cite benda sama'.
dah biasa dengar bukan soalnya tapi mesti mahir. mesti cekap. mana tahu suatu hari nanti kita pulak yang bercakap kat depan. kalau bukan kat situ, kat kelas yang kita buat sendiri.
aku hairan.
aku pelik.
nak berjaya tapi jarang-jarang nampak kat kelas-kelas.
nak jadi cdm tapi kelas jarang hadir, kalau hadir pun bila ada prospek.
nak income 5 angka, tak suka hadir kelas.
matlamat dah ada. matlamat dah nampak. matlamat dah jelas. action yang belum. kalau dah buat mungkin perlu ubah cara atau strategi. kelas jangan ponteng.
akhir-akhir ini, tabiat negatif ini lebih ketara. jom berubah. jom bangkit kembali. alasan kita tolak ketepi. bila berjaya,baru kita pikir alasan. sekarang fokus. capai matlamat lagi penting.

kelas kat USJ, Taipan. dah 7,8 tahun berjalan. dari bilik kecil hingga bilik besar. dari 1 bilik kepada 3 bilik. dari 1 tingkat, kini 3 tingkat. semakin besar. semakin luas. semakin ramai boleh muat. sape nak isi. kitalah yang kena isi. kita kena bawa rakan niaga. meniaga ratus ribu, kini meniaga juta-juta. dulu tak ramai pakai kereta mewah. kini dah biasa kereta mewah. dulu boleh.kini lagi boleh. produk dulu sikit. kini lagi banyak. makin meluas penggunaan. majlis ilmu dulu tak banyak, kini tiap-tiap minggu ada. asalkan diri yang nak. jadi kalau gagal, diri sendirilah yang salah. tak payah cakap kena tipu. oleh orang, syarikat. padahal kena tipu oleh diri sendiri. malas nak gi kelas. tak buat sharing. malas penyebabnya. zone selesa telah ikat kejap. tak berani keluar lagi dari zon selesa. kalau tak puas hati dengan penaja, cari upline atas lagi. ramai lagi yang bersedia membantu.
 

Sabtu, 26 Mac 2011

Kelas25

Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.
Esok kelas. Ahad kelas. Kelas kejayaan.  Pilihan ditangan anda. Nak berjaya atau nak gagal.

SELAMAT HARI LAHIR CDM KARTINI.

sempena hari lahir Cdm Kartini.
sempena hari lahir Cikgu.
sempena hari lahir Cik Ngoh.
sempena hari lahir Mek.

aku kumpulkan pelbagai wajah-wajah, wanita hebat ini.
bermula dengan pendidik kini menjadi Usahawan.
tak kenal erti tak boleh.
tak ada halangan yang tak boleh diatasi.
apa yang diimpikan pasti diusaha sehingga capai.
dah 38 tahun menjengah dunia.
 hari-hari penuh semangat.
telah melawat beberapa negara sepanjang 10 tahun berniaga.













































































































































Powered By Blogger