Jom Follow

Ahad, 31 Oktober 2010

Dah Jemu???

Jenama terkenal. mau memiliki kasut jenama bally. pasti ramai yang mahu. persoalannya? mampukah kita?


dah jemu kerja makan gaji?
dah jemu gaji habis terlalu cepat?
dah jemu tengok muka bos?
dah jemu dengan politik opis?
dah jemu keluar rumah awal-awal pagi?
dah jemu balik rumah, lewat petang?
dah jemu terperangkap kesesakan lalu lintas?
dah jemu ulang-alik kerja?
dah jemu.....
dah bosan....
dah muak....
tak salah berasa sedemikian.
ramai lagi yang mengalaminya.
senasib dengan kita.
sehingga terpikir, dah tak ada jalan keluar lagi.
mati pun dalam perasaan sedemikian.

AT ada caranya.
AT ada rahsianya.
AT ada jalan keluar.
AT dah terbukti berjaya.
AT memang terhebat seontero Malaya.

cari warga AT181.
jangan malu
jangan segan



kereta apa niiii?


Koleksi ku

Buku-buku yang dibeli semasa singgah di Doha dan KLIA.

Piala Malaysia...

Kemeriahan Final Piala Malaysia semalam


Tidur dulu, sebelum masuk stadium. kembalikan kesegaran. datang dari jauh agaknya.

gelagak penyokong kelantan. gerai-gerai pun banyak.

Cantik rambut bang!



gomo kelate gomo.


merah ada di mana-mana
 dalam stadium. perlawanan bermula......



<>
penuh sesak staduim dengan penyokong kelantan...


penyokong negeri sembilan.


Cdm Muhamad Razali pun hadir.

Penyanyi Nora pun ada.

sebelum sepak mula. pemanas badan...


pemain kelantan.
permainan bermula....


Kita mesti menang tahun 2010.
Penalti. gol pertama;









gol kelantan;








siapa ini...








itulah serba sedikit pasal perlawanan semalam. haraplah penyokong kelantan lebih matang lagi. usahlah dok baling botol air, mercun dan bayak lagi. bola sepak adalah satu perlawanan dan juga hiburan. tengoklah EPL. betapa pronya penyokong mereka. nak gi tengok bawak anak bini pun tak risau. tapi perlawanan semalam, aku nak bawa anak pun takut. kot-kot bedil bola singgah atas kepala. dok ke nyayo. banyak lagi gambar dalam fb ambo....

Sabtu, 30 Oktober 2010

Swiss1


salam.
hampir seminggu tak ada entri baru. 
Macam pesta AT181 je di KLIA. Suasana sebelum bertolak.
Selamat terbang buat warga AT181 yang layak. Tahun depan seramai mungkin warga AT181 akan melancong ke luar negara. dengar-dengar ke Itali pulak.
Naik bas je, terus makan nasi. kelaparan. penerbangan memakan masa 17 jam. 7 jam ke doha. transit 3 jam. ke zurich 6.30 jam. memenatkan tapi puas hati.
bercuti di swiss. lihat keindahan pemandangan bumi asing. selalunya tengok gambar-gambar je, tapi kali ini lihat sendiri. gunung salji, rumput menghijau dan rumah-rumah kayu yang cantik. hutan-hutan yang terpelihara. tak ada bangunan-bangunan tinggi.
Air terjun Rhine
Bersama isteri, berlatarkan air terjun.
Warga AT181 bergambar bersama sebagai kenangan.
indahnya pokok-pokok yang mengelilingi sungai.
Masjid Mahmud; kami bersolat di sini hari pertama.

minggu ini pun mungkin akan rehat. entrri baru yang mudah-mudah je. dok bersiap nak pergi mengerjakan haji. kami bertolak 7/11/2010. ahad depan. mintak maaf dari semua yang mengikuti blog ini.

Jumaat, 22 Oktober 2010

AT181

baru balik dari kelas. kelas menjadi jutawan.ilmu jadi jutawan diajar di sini. di malaysia mana ada sekolah, ajar pelajarnya jadi jutawan. mana ada sekolaj, ajar pelajarnya mempunyai aset berjuta-juta. mana ada sekolah, ajar pelajarnya supaya "think big". mana ada kelas, ajar pelajarnya bekerja sendiri. mana ada kelas, ajar pelajarnya bina masa depan sendiri. tapi AT181 lain dari yang lain....
Hadirnya AT181 untuk berbakti. hadirnya untuk bina generasi berjiwa kental, berdaya tahan dan menjadikan perniagaan kerjya pilihan. bersedia berbakti untuk semua. nak tahu...hadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh AT181. kelas berterusan dan rangkaiannya meluas ke seluruh negara.

Tugas AT181;
salah seorang tenaga pengajar sepenuh masa di AT181.
  • membimbing,
  • membantu,
  • mengajar,
  • beri motivasi,
  • kaunselor,
  • buat strategi,
  • bina suasana,
  • menanam minat
  • beri inspirasi
  • kongsi kejayaan,
  • bina impian,
  • cipta masa depan sebagaimana yang dimahukan,


Khamis, 21 Oktober 2010

wang1

Peluang dapat wang besar, kenapa pilih wang kecil.....

Kasut1

Kalau boleh berlari kenapa berjalan.

Hari ini3


Salam

salah satu matlamat Akademi Taipan181 ialah melahirkan generasi yang menterjemahkan saranan islam iaitu sembilan persepuluh punca rezeki dari perniagaan. berniaga pilihan utama. selagi orang melayu tak menceburi bidang perniagaan secara meluas selagi itu kita akan ketinggalan. ketinggalan dari segi pendidikan, ketinggalan dari segi pemilikan equiti ekonomi 30%, ketinggalan dari segi penjagaan kesihatan.
sentiasa belajar, bertanya dan action. teras kejayaan.


nak lebih tapi usaha tak nak lebih. 
nak yang terbaik, tapi tak usaha dengan cara terbaik. 
nak jadi no 1, tapi usaha seperti nak capai no 100. 
nak jadi no 1, tapi tak nak belajar. 
nak jadi no 1, tapi tak belajar dengan orang no 100.

Melayu Bangsaku


Melayu Bangsaku

Melayu bangsa subsidi
Melayu bangsaku lebih suka makan gaji
daripada kerja sendiri
pemimpin Melayu bangsaku lebih duka dipuji
daripada dimaki
sarjana-sarjana Melayu bangsaku lebih suka
memuja tokoh-tokoh barat daripada
tokoh-tokoh tempatan
pegawai-pegawai Melayu bangsaku lebih suka
bermain golf daripada bermain gasing
wanita-wanita Melayu bangsaku lebih suka
mempamirkan diri dimajlis-majlis rasmi
itulah dia Melayu bangsaku
jangan puji  diriku kutuklah aku 
pujilah Tuhan jangan puji manusia


Mokhtar Taib
Taman Pujangga
Jerteh.

Rabu, 20 Oktober 2010

Safira Club6




hari ini insyaalah, aku akan ke Safira Club. harap dipermudahkan perjalanan dan dilindungi oleh Allah. semoga maksud kedatangan aku dimakbulkan olehNya. lepas haji, aku akan ke sana semula. warga AT Utara memang hebat dan tak berhenti jadi hebat.

Kejayaan1


Salam.
Salam Perjuangan.
Salam Kemenangan.
Salam Sang Juara.

kemenangan!
kejuaraan!
kekayaan!
bukan begitu saja dapat.
bukan saja-saja muncul.
bukan datang menyerah.
bukan berlutut pada kita.

perlukan pengorbanan.
perlu bayar harganya.
masa, tenaga dan wang.

tanya Hj Cha,
tanya Syed Huzair
tanya Fitri
tanya Khazir
tanya...
tanya....
dok peluk tubuh ke mereka,
dok goyang kaki ke mereka,
dok rumah je mereka,
dok tidur ke mereka,
dok berkepik dengan anak-anak ke mereka.

tak ada orang tolak ke?
tak ada kawan lari ke?

ada yang lari,
ada yang sindir,
ada yang tak berjawab call/sms

berhentikah mereka?
tidak,
terus buat,
peduli apa dengan orang tak nak,
ramai lagi yang menanti peluang.


nak hasil terbaik,
kena usaha dengan terbaik,
usaha mesti lebih dari apa yang dibayar.
nak rm 10K sebulan,
usaha seperti dapat rm 15K sebulan,
pasti dapat punya.

Selasa, 19 Oktober 2010

kelas13



salam.
cepatnya gelap. dah nak maghrib. sekejap lagi, nak gi kelas. kelas hari selasa malam dah 5 tahun. syukurlah dapat bertahan, meskipun banyak cabaran yang datang.kami masih bertahan kerana adanya kelas berterusan.


sesetengahnya jarang datang kelas. alasannya, kelas dok cite benda sama. mereka berniaga tanpa datang kelas. hasilnya ciput.....penat lebih,ramai jumpa prospek tapi tak ramai yang masuk.
  • kelas ibarat sumber kemenangan perjuangan kita. 
  • kelaslah nadi perniagaan kita. 
  • kelaslah nyawa perniagaan yang kita tekuni bersama. 
  • kelaslah pencetus tsunami AT, melanda seluruh negara.
  • kelaslah tempat bakat kita dikembangkan.
  • kelaslah penanda aras perjuangan.
  • ramai datang kelas, meniaga menjadi-jadi.
  • kelas kurang, buat sesuatu perubahan
 

30 Pertanyaan; ke?ke?ke?ke?

Orang Selalu Bertanya.

  • tak letih ke?
  • tak penat ke?
  • tak mengantuk ke?
  • tak puas lagi ke?
  • boleh tanggung anak bini ke buat kerja ni?
  • duit belum cukup ke?
  • aku boleh buat ke?
  • hidup lagi syarikat?
  • kau masih buat lagi ke?
  • ada orang nak masuk ke?
  • ada orang nak masuk lagi ke?
  • halal ke meniaga ini?
  • barangannya halal ke?
  • hebat sangat ke syarikat tu?
  • tak ingat anak-anak ke?
  • tak sayang anak-anak ke?
  • tak sayang ke, belajar tinggi tak kerja?
  • tak menyesal ke berhenti kerja?
  • tak sayang pencen ke?
  • ada masa depan ke meniaga ini?
  • boleh tahan lama ke AT?
  • boleh bayar ke keta mahal-mahal?
  • tak takut kena tarik ke keta?
  • tak malu ke bila kena tarik?
  • kelas ada lagi ke?
  • masih bersatu lagi ke AT?
  • ikut AT, apa boleh dapat?
  • hebat sangat ke Cdm Ah Hock?
  • apa hebatnya Cdm kartini?
  • apa lebihnya  Cdm Faridah?
Perlukah dijawab semua persoalan-persoalan di atas?????

Ibadat Haji



seminggu dua ni sibuk dok baca/belajar panduan mengerjakan haji. syukur tahun ini kami akan mengerjakan haji.

kelas dah ikuti
sekarang ni kena banyak baca buku-buku panduan haji.

syukur juga, dah 2 x mengerjakan Umrah
harap sangat pengalaman itu membantu kami mengerjakan haji nanti. 

kami akan bertolak pada 7/11/2010
Penerbangan KT 94

penerbangan balik
30/11/2010

Kelas12

jadikan diri anda sebahagian dari mereka

salam.

jangan lupa malam ini. Kelas Akademi Taipan akan berlangsung seperti biasa. tempat je yang bertukar. kelas akan diadakan di USJ Taipan. tak tahu destinasi, rujuk pada yang tahu. jangan tersesat pulak malam ini. lambat sampai. rugi.  tak dapat sepenuhnya ilmu. Hotel mines penuh.

mana tempat pun, tujuan tetap sama. memberi bimbingan terbaik buat mereka yang mahu.tak mahu apa boleh buat. negara demokrasi. pilihan ditangan sendiri. tak ada paksaan. 

jangan pulak ada yang merungut, positif. walaupun dah ada prospek yang nak hadiri kelas di hotel, tukar tempat terus tak jadi. bawa prospek lain.
datang dengan hati, jangan datang sekadar nak tunjuk muka  dan cari kelemahan AT. tak maju kalau gitu....

orang jauh pun tetap datang...melaka, n9, penang dan banyak tempat lagi. datang jangan tak datang...

Tunggu,apa boleh dapat...


Salam.

setiap hari adalah peperangan. mesti bersedia berkorban. masa, tenaga dan wang ringgit. masa rehat kena korbankan. masa tidur kena korbankan. masa santai-santai dengan keluarga kena korbankan. wang kecil mesti keluar untuk dapat wang besar.tol kena bayar, minyak kena bayar, servis kena buat, belanja makan pun kena, tiket flight, hotel dan banyak lagi. selagi terdaya, selagi itu kita kena korbankan demi mencapai impian. impian kekal sebagai impian kalau tak diusahakan sungguh-sungguh. tindakan kena buat. buat bukan sekali dua je. tak dapat terus berhenti. bertindak sampai jadi. bertindak sampai dapat. bertindak sampai jadi realiti.

sikap orang kita/melayu tak sungguh usaha. hangat-hangat tahi ayam je. sekejap je panas. lepas tu sejuk sampai beku. mudah putus asa. tak tahan cabaran. kalau boleh hari ini buat, esok terus dapat. tak boleh lambat, semua nak cepat.

aku ada kenal satu cina ni. kerja juru jual kereta. impian dia nak buka kedai jual kereta. dia sanggup hidup sederhana, kumpulkan modal untuk buka kedai kereta. dalam masa 10 tahun mengumpul modal,lepas itu boleh buka. 10 tahun akan datang telah tahu apa yang dia nak buat. 

aku juga pernah jumpa, budak india. masih sekolah. tingkatan 3. mintak kerja percuma di kedai runcit lepas waktu sekolah. nak belajar berniaga. tapi tokey bagi juga saguhati rm300 sebulan. duit tu dia tak guna pun. kenapa? dia belajar tak berapa pandai, saguhati tersebut akan dijadikan modal bila dia tak bersekolah lagi lepas spm. dia pun tak berapa pandai. lihatlah. dah ada hala tuju. budak kita, apa bikin..

budak kita, melepak. tak tahu, apa nak jadi...tunggu...tunggu dan terus menunggu...

Isnin, 18 Oktober 2010

Sabah6- hebatnya kereta ini.


semasa kami keluar dari 1Borneo semalam, kereta ini ada disebelah. aku apa lagi...ngauman sungguh hebat...






salahkah berimpian memiliki kereta ini?
salahkah kalau beli kereta ini?
salahkah kalau memandu kereta sehebat ini?
anda mau?

Sabah5



sebelum balik tadi aku singgah sekejap rumah salah seorang leader AT Sabah. ternyata positif. sejak awal bulan oktober lagi meniaga mula naik. appt mula bertambah. prospek lebih serius. sales dah mula masuk. mereka yang negatif dah beransur pergi. leader-leader mula duduk semeja, bincang strategi dan teknik nak tarik lebih ramai orang datang kelas. dulu tak ada masa nak bincang perkara-perkara berbangkit. masalah cepat selesai dan boleh tumpu pada meniaga.

leader yang aku jumpa tadi tinggal pun di kawasan elit juga. orang yang hebat je boleh beli rumah kat situ. usahawan, ada kilang, lpeguam, Adun. tapi bersama AT  mampu beli. umur masih muda. anak masih kecil lagi. tahniah dan syabas. tak semua orang berpeluang tinggal dikawasan seperti itu.

semakin mudah dan hati lebih seronok.

Ahad, 17 Oktober 2010

sabah4- sekitar program nur wanita



Apa yang terjadi di sini pagi ini.
CCM Mahmud. happy je hari ini
belum mau berhenti, berehat pun tak pernah terlintas.

semuanya kerana mu.
selamat berjuang buat sri kandi AT1181.

Berjuang selagi terdaya; tiada yang boleh tahan kemaraan menuju puncak.
Antara tonggak untuk program pagi ini.
Nak berjaya perlu datang kelas. inilah sebahagian mereka yang tak jemu-jemu belajar.
Inilah mereka yang hadir. taklimat pasal premium beautiful oleh Cdm Faridah.

Sambil tunggu orang rumah.
jangan jemu berjuang.jangan malu untuk jadi kaya.

salah satu kereta mewah milik warga AT Sabah.
Memiliki kereta, keyakinan terhadap diri dan meniaga semakin meningkat.

Powered By Blogger