Jom Follow

Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Jun 2012

PPAS: Gedung Ilmu.

Pagi tadi. Lepas breakfast. Aku bawa Aiman dan Baby ke Perpustakaan Raja Tun Uda, yang terletak di Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13 Shah Alam. Dah lama nak ke sana. Sentiasa je ada halangan. Jadi pagi tadi aku nekad. Tak boleh tak jadi. Cuti sekolahlah masa paling sesuai bawa anak-anak ke sana. 

Tak susah nak cari. Mudah je. Sampai sana. Terkejut juga. Parkir penuh. Kami bernasib baik. Ada kereta keluar. Dapat parkir. Mungkin berkat baca doa naik kenderaan dan doa mudah dapat parkir.
Depan pintu masuk utama Perpustakaan Raja Tun Uda.

Tak pernah sampai. Nasib baik, kaunter pertanyaan tercokoh kat depan. Masuk pintu utama terus nampak. Tanya apa-apa yang patut. Aiman dan Baby masuk bahagian kanak-kanak. Aku langsung cari bahagian dewasa. Niat nak tengok-tengok je. Maklumlah first time datang. Janji jumpa kat depan kaunter pertanyaan jam 1.30. Ada masa lebih kurang 100 minit.
Level-level atas. Seronok berada kat sini. Dikelilingi oleh pencinta buku. Ada juga yang jadikan tempat ulangkaji pelajaran. Kat rumah, tak leh fokus.

Aku terus ke level 3. Nak masuk kena buka kasut/selipar. Masukan dalam beg(disediakan). Bawa masuk dalam. Kalau sepah kat luar pintu. Selipar akan dikumpulkan kat level bawah. Silap-silap boleh hilang. Level 3, buku-buku dewasa. Cari novel. Memang dah niat. Koleksi novel agak banyak. Ada buku yang ada dalam koleksi rumah buku. First time datang. Tengok-tengok je. Mana letak buku yang bakal aku baca. Memang ada. Memang ada akan pinjam. Bila next time aku datang.
Aku snap ni, dekat-dekat aku nak balik. Kosong, bila ramai dah blah. Ada juga gi solat dan melantak.
Rapi tersusun. Rak paling dekat, buku fiksyen. Sempat aku lihat buku. Dah ada yang berkenan. Tunggu masa nak pinjam. Novel 'Hujan Pagi'.

Masuk waktu zohor. Ada pengumuman. Surau, setiap level ada. Senang nak solat. Tak besar sangat. Tapi kondusif. Ruang menelaah. Luas. Amat selesa. Hari ini ramai. Budak-budak sekolah. Cuti sekolahlah katakan. Ramai juga yang dok sembang. Buku terbuka. Lap top terbuka. Baca ke sembang. Susah nak buat telahan. Suara-suara masih terkawal. Tak ganggu orang lain. Bukan tak pernah buat gitu.

Buku ini jadi pilihan aku tadi. Separuh je sempat baca. Kena sambung. Buku travelog. Aku semakin suka menelaah buku seperti ini, iaitu catatan perjalanan. Sambil-sambil belajar macamana mereka menulis.
Selepas solat zohor. Aku turun ke bawah. Tunggu Aiman dan Baby. Tak muncul-muncul. Jadi aku masuk ruang kanak-kanak. Cari mereka berdua. Mereka sedang ralit, main.  Tak ingat dengan janji awal tadi.

Antara yang sempat aku snap di ruang kanak-kanak.

Ruang yang luas, sesuai untuk kanak-kanak.
Amboi! Baby.
Sebelum tinggalkan gedung ilmu,sempat lagi snap gambar kat luar.

Sebelum balik rumah. Singgah dulu kat Ani sup utara. Kami semuanya kelaparan.
Muka-muka monyok. Tunggu makanan sampai.

Akademi Taipan181.

Rabu, 12 Oktober 2011

bigbadwolfbooks.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.
Sahabat book.

peminat buku. 
ulat buku.
pencinta buku.
pembaca tegar.
pengumpul buku.
mai!mai!mai!
buku murah. harga runtuh. harga paling rendah.
harga paras paling rendah yang aku pernah jumpa.
buku2nya berkualiti. boleh jadi gile.
mana satu nak mula.
beribu-ribu buku. 
pilih!pilih!pilih!
nak cari buku apa.
insyaalah kat sini ada.
ingat!
sila bawa troli sendiri. bawa beg akademi fantasia.
senang nak isi buku. senang nak bawa buku.
tak larat nak bawa buku2.
ke sini, pasti beli buku. bukan 1 malah berpuluh2.

datang mesti lama. sekejap pulak, tak habis pusing.
aku kesana sekejap sahaja. dah tak larat nak bawa.
kalau lama aku x tahu, berapa byk buku yang aku beli.
pilih tadi pun gitu-gitu.
semua nak beli.
semua nak miliki.
semua suka. 
semua minat.

novel. sukan.
biografi. perang.
sejarah. artis.
motivasi..
x payah cite.
terlalu byk.
ingat.
16/10/2011 berakhirnya jualan murah ini.
kat bawah ini aku kongsikan dgn anda semua.
gambar pun ambil dgn cepat je.
x pilih2. terus snap. x cantik,x apa.
janji boleh nampak...









Isnin, 13 Jun 2011

Billi P.S. Lim

Petikan dari buku; Berani gagal- A hingga Z
  1. "bukanlah kerana sesuatu itu sukar maka jadi tidak berani. Tetapi kerana kita tidak berani yang menjadikan ia sukar.
  2. Orang-orang berjaya banyak kali gagal daripada mereka yang tidak berjaya.
  3. Gagal pada masa lalu tidak bermakna akan gagal lagi pada masa depan.
  4. Sama ada kita berfikiran Besar atau berfikiran kecil, usahanya tetap sama.
  5. Orang yang tak pernah membuat kesilapan adalah orang yang tidak pernah membuat apa-apa.
  6. Orang yang menyerah kalah tidak akan menang.Orang yang menang tidak akan menyerah kalah. Sebenarnya orang tidak gagal, mereka cuma menyerah kalah.
  7. Bukan orang lain tetapi saya dan anda yang bertanggungjawab terhadap kegagalan dan kejayaan kita.

Selasa, 15 Mac 2011

Pipih tak dtg melayang..



Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
kecewa, semangat menipis, give up.
bacalah buku ini. 
dapat sedikit suntikan motivasi.
orang lain boleh.
aku pun mesti boleh.

Selasa, 1 Mac 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun


Semalam dan hari ini pulun buku ni.
Dr Yusuf Al Qardhawi memang hebat menulis.
tak jemu membaca. ingatannya hebat. gaya penulisan bersahaja tapi menyentuh perasaan.
perjalanan hidup penuh ranjau. penuh liku. bergantung harap pada Allah sahaja.
kecintaan terhadap ilmu begitu tinggi.
pengorbanan adalah mesti kalau mahu berjaya.

Isnin, 21 Februari 2011

Malaysia Business


40 orang terkaya di bumi ku Malaysia.
27 daripadanya adalah billionaires. Iaitu punyai harta RM1000 juta.
Paling sikit hartanya; 586.55 juta.

ada ke orang macam aku?
berbangsa Melayu?
Beragama Islam?

mereka boleh. kenapa aku tak berusaha, agar jadi boleh juga. Untuk dapatkan kemewahan dan kebebasan masa, aku perlu berjuang dan bukan sekadar jadi penonton.
aku sedar. nak capai kejayaan luar biasa bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang luar biasa dan orang lain tak ingin melakukannya.
aku mesti berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan dan bukan sekadar mengimpikan tanpa usaha.


Jangan peduli dengan orang tak nak. terus buat. destinasi dah jelas. Apalah sangat dengan orang tak nak. meniaga mlm adalah satu kerjaya dan bukan sekadar jual BZ je.

Networker


Majalah MLM sudah muncul. Dapatkan segera. 
Banyak artikel yang berguna buat semua untuk memahami dunia MLM dengan lebih luas.
Penulisnya hebat-hebat belaka.
Sebelum ini dalam bahasa Cina.

Selasa, 25 Januari 2011

Buku2


salam.


selasa
25/1/11
hari ke 25.

semakin cepat masa berlalu. tak terkejar. dah nak closing. kalut. kalut. kena cepat. kena call bank. janganlah cuti, time-time gini. nanti tak sempat nak punch sales bulan ni. kalau lambat, bisa tak jadi pulak. harap-harap semua beres sebelum tutup sales.

kena kerja lebih masa sikit. lepas kerja, kena sambung kerja. tak boleh terus balik rumah. malam baru balik kot. ataupun dah pagi. pilihan sendiri. bukan overtime tapi meniaga mlm. nak dapat lebih, mesti kerja lebih dari orang lain. nak tinggalkan kemiskinan. dah lama susah. dah lama pening pikir gaji yang habis terlalu awal. mana nak cekup lagi. 

ubah minda sikit. dah tak boleh berharap sesiapa lagi. kena bertindak sendiri. tak boleh tangguh lagi. kena cepat berubah. minda makan gaji,kepada minda meniaga. minda cukup apa yang ada kepada minda hidup yang terbaik, dan boleh menyumbang pada masyarakat. minda melayu. minda subsidi. minda free. minda zon selesa. minda kerja kerajaan. minda pencen. dah lama kita terpenjara dengan sikap yang salah. orang lain dah maju, kita masih bertatih-tatih. entah bila nak maju. kalau tak berubah akan sampai masanya kita melarat di bumi sendiri. siapa yang salah. orang lain tak salah.diri sendiri yang salah.

aku tengok kat puchong jaya. restoran cina jam 6.30am dah boleh makan. restoran melayu,masih lagi gelap. tutup awal pulak tu. cina hari-hari buka. tak ada cuti. kedai melayu, asyik cuti je. berbezakan. 

kita yang berniaga dan bernaung di Akademi Taipan banyak dah berubah. tahu apa itu wang besar dan apa gunanya. paham apa itu kerja keras. mengerti apa itu kerja kuat. dah lakukan pun. bukan sekadar cakap.

selepar solat zuhur semalam. aku ke shamleen perkasa. dapatkan buku di stor UPD di sana. jualan murah sedang berlangsung. borong sakan. nak cukupkan 1000 buah buku tahun ini. mesti capai. banyak lagi jualan murah menanti aku tahun ini. dewama dan pameran buku antarabangsa KL. target mesti jelas dan senang tahu, berapa lagi belum cukup. bukan main cakap je. seperti ; tahun ini nak beli banyak buku. mana boleh gitu. susah nak bertindak.

meniaga pun sama. tetapkan bila nak jadi cdm.
cdm; 31/5/2011. jelas dan tepat. biar semua orang tahu. baru kita action gile-gile. 
beli kereta baru; 30/6/2011. jelas dan tepat. semakin jelas semakin mudah kita capainya.

bangunan UPD.

Geram tengok buku-buku tersusun. kalau ikutkan hati semua buku aku nak borong.


Ini koleksi novel-novel yang ada.

Cdm Kartini pun borong juga. Novel-novel dan buku masakan kot.

buku tersusun menanti anda.

ini yang kami beli. hampir 40 buah buku. seronok dan happy sakan. buku murah dan bekalan seminggu dua. padahal petang ahad aku dah ke MPH Alamanda. dah beli beberapa buah buku. tak tahan tarikan buku ni. berhantu...


Lagi koleksi buku-buku
kami ke sana pun bila terbaca artikel dalam Kosmo. terus gi sana. seronoknya dapat beli buku tanpa had.ini kelebihannya berniaga. semasa makan gaji, nak beli lebih sikit, lari budget. kini beli, beli dan terus beli. meniaga, meniaga, meniaga terus meniaga jangan berhenti. jayakan seramai mungkin rakan kongsi.

Ahad, 31 Oktober 2010

Koleksi ku

Buku-buku yang dibeli semasa singgah di Doha dan KLIA.
Powered By Blogger