Jom Follow

Memaparkan catatan dengan label jutawan senyap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jutawan senyap. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

Extra Kerja.Extra Masuk.Extra Simpan.

gambar ni aku snap jam 7 pagi tadi. taman bukit kinrara.
wow!
gelap lagi dah buka kedai. jam 4 dah bangun, buat persediaan.
jam 7 sudah mula berniaga, dah uli kuih.
ini baru hebat. luar biasa rajin.
extra tekun. extra kerja. extra masuk. extra simpan. extra senang.

cuti sekolah buka awal.
kalau sekolah, kena hantar budak sekolah dulu, baru mula berniaga.
kuih cakoi, donat dan roti goreng.

aku dah lama kenal.
adi panggilan orang.
sebelum jual kuih, berniaga barangan basah kat flat melur, taman bukit kinrara.
jual ikan, ayam, udang, ketam, sayur-sayur.....
dah lama berniaga. rezeki dari perniagaan sentiasa lebih dari makan gaji.
masa kerja, diri sendiri yang tentukan. nak masuk lebih, lebihkan masa kerja.
kerajinannya patut ditiru.


Akademi Taipan181.



Rabu, 26 Oktober 2011

Malaysia Utk Yg Rajin..


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Usahawan Kecil, mungkin salah seorang jutawan senyap.
mana kita tahu, duit orang.
hi!hi!hi! hi!hi!hi!
lebih2 lagi yang setiap hari bekerja.
setiap hari berniaga.
setiap hari buka kedai.
setiap petang hujan. x leh berniaga.
x ada masalah, dia buka pagi, sampai tengah hari.
jam 8 pagi dah start berniaga.
kita dah boleh beli kuihnya.
kita dah boleh makan.
roti goreng dan cha kueh.

berniaga depan pasaraya 99.
di Taman Bukit Kinrara.
x jauh dgn rumah aku....
hi!hi!hi!hi!
hidup simple sahaja.
berniaga 3,4 jam dah habis.
dah boleh rehat.
dah boleh kerja lain.
masuk x semestinya kurang.
12 kg tepung sehari.
sape yg buat kuih, boleh kira berapa pendapatannya.
bukan sikit tu brooo.
bisa mengalahkan org keje gomen.

bumi Malaysia sesuai bagi org yg rajin berusaha.
Senang nak buat duit. Senang tambah duit.




Selasa, 12 April 2011

Jutawan senyap 8- Penjual Burger.









bertemu kembali.
kali ini, cite peniaga ini.
tahniah, hebat.
orang panggil Cik Lan.
tinggal di taman bukit kinrara.
kerja di UM.
jual burger lepas waktu kerja.
cari duit tambahan.
buat belanja anak sekolah.
nak berikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak.
padanya pendidikan anak-anak paling utama.
belanja sentiasa naik.
transport ke sekolah  pun rm 80 sebulan.
bayangkan ada 3 anak.
belum lagi belanja makan minum.

dah lama berniaga.
semalam baru aku rasainya.
sedap. paling sedap sekitar taman bukit kinrara.
pagi sabtu dan ahad berniaga roti canai.
roti canai dah selalu aku belasah. pun sedap.
boleh cuba. berniaga dekat dengan flat kelompok melur.

Isnin, 4 April 2011

Jutawan senyap 6- Air Kelapa.




bertemu lagi. 
kali ini peniaga air kelapa dan air tebu.
lokasinya berhampiran dengan smk kinrara seksyen 3.
meniaga pun hujung minggu je. 
sabtu dan ahad, hari-hari lain dia bekerja.
lebih 10 tahun berniaga.
dulu kat batu 3, sebelum ada highway lagi.
ok ke?
ok katanya.
mpsj tak kacau?
ada juga, tak selalu.
dulu selalu juga kena saman.
kini ok , tak ada saman-saman lagi.

aku singgah semalam.
aku pun silap./ngok
tak tanya nama.
dok sembang-sembang je.
lepas putar-putar dengan aiman.
lepaskan dahaga.
bekalannya tak ada masalah.
mesti beli cash.
lama-lama baru boleh hutang.
tengokkan sampah kulit-kulit kelapa boleh tahan banyak.
semasa aku dok minum, ada 4,5 pelanggan datang.
laku juga. bikin senang hidup.
sebelahnya ada orang jual durian.

rajin. usaha.
tekun.
jangan malas je.
reezeki ada kat mana.
jutawan senyap????

Jumaat, 25 Mac 2011

Senyum, Salam dan Sembang.



Hj Basir.
Dari Felda Semencu.
Jumpa semasa solat jumaat.
senyum, salam dan sembang.
mudah je. asalkan kita ringan mulut.
Berbudi pada tanah.
usaha kelapa sawit.
mungkinkah seorang jutawan senyap?

Jumaat, 18 Mac 2011

Berbudi Pada Tanah 2.


Aku memang tabik kat Pak cik Wohid. rajin berbudi pada tanah.
ubi badak yang akan dijadikan benih
Aiman dan ameerah bersama pak cik wohid.
Jagung
Ubi kayu
ubi stelo/keledek
batas menanti benih.
hanya guna cangkul, bersihkan kawasan yg dulunya semak samun.
ubi badak
keladi
lobak
akan ditanam dgn maman
Ini seorang lagi usahawan tani.
Pok Cik Wohid.
Menetap di Kampung Raja, Pasir putih.
Kerjanya buat rumah.
Lepas asar berkebun sayur.
Dah lebih 25 tahun berkebun.
Terlalu rajin. lepas kerja, berkebun lagi.
dia hairan dengan orang kampung.
lepas menoreh rehat dan tak buat apa lagi. 
padahal menoreh jam 11 dah siap. banyak lagi masa.
buat apa?
Ambil cangkul, tanamlah apa-apa yang patut kat belakang rumah tu. Lebih berfaedah dari dok sembang kat kedai kopi.

Kebun ni terletak kat belakang rumah mak mertua aku.
Dulunya semak samun, malah ada pokok-pokok besar.
Sekarang ni dah terang benderang. Usaha dengan tangan dan cangkul saja.
Aku pun terkejut.

berbagai jenis tanaman ada.
boleh jaja keliling kampung.
Atau tolak kat Pasar Borong.
rezeki dengan meniaga selalu dapat lebih.

tirulah usahanya. tak kenal erti penat dalam meniti kehidupan. menjadikan perniagaan sebagai sumber rezeki.

meniaga dan terus meniaga.
mlm tetap unggul.
terutamanya akademi taipan 181

Berbudi Pada Tanah.


Usahawan Pertanian.
Sebu nama panggilan. awal 40an umurnya. menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan.
Tak payah pakai keta. motor pun cukup.
kebun tembikainya atau timun cina. lebih kurang 9 ekar.
bunga yang akan disenyawakan dengan bunga betina dari tembikai. pokok ini perlu ditanam lebih awal. bila dah berbunga, bunga ini akan disenyawakan dengan bunga betina pokok tembikai yang nak dijual. dulu kena lakukan dengan tangan, tapi kini dah boleh sembur dengan pam.
kolam sumber air.
semakin moden. air terus ke pokok. tak payah nak siram-siram lagi. pasang suis je dah ok.
lubang kat tengah tu, tempat pembajaan.
lagi bunga jantan.
lihat plasti yang tutup tanah. tepi-tepi kena tutup dengan tanah, agar tanah sentiasa lembab. timun cina, awal-awal je perlu siram, lepas tu, tanah perlu lembab je.
timun batang yang dah habis pungutan hasilnya.

Sebu. Orang kampung aku, Kampung Becah Kelubi, 47100 Chetok Pasir Mas Kelantan. bergiat dalam pertanian.
jadikan pertanian sebagai sumber pendapatan.
saingan dalam pertanian tak banyak.
tak ramai orang yang nak bergelut dengan tanah.
hasilnya senang dijual.
peraih datang ambil.
tembikainya dah dibooking oleh 3,4 orang penjual.

dah lama aku nak tengok kebunnya, terletak di kg Alor Pasir, Tanah Merah.
17/3/2011, berjaya aku lakukan.
aku melawat kebunnya.
kebun luasnya 9 ekar.
7 ribu pokok.
ditanam dengan tembikai atau timun cina(ore kelate).
belum sampai sebulan lagi.
tembikai 70 hari dah boleh jual.
cepat.

aku akan ke sana lagi bila boleh jual.

Ahad, 13 Mac 2011

Jutawan Senyap 3?

bersama Rosman Jantan, 
pemilik ILHAM Creative Studio.
Lot 3770 Jalan Masjid,
Kg Sg Ramal Dalam,
43000 Kajang Selangor.
Juru foto sepenuh masa.
dah 3 tahun.
boleh hidup pun.
asalkan rajin, tekun dan sabar.
pandai-pandailah cari job.
tak susah.
ramai yang mahu.
sape-sape yang mahu khidmatnya boleh call; 016-277 8700.
nak bertanya pasal kamera pun boleh juga.
orangnya baik.
aku jumpa di ittifal abim kebangsaan di UKM pagi tadi.
Mungkinkah dia salah seorang jutawan senyap?
Powered By Blogger