Jom Follow

Memaparkan catatan dengan label 0162060181.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 0162060181.. Papar semua catatan

Ahad, 30 September 2012

Sebelum Kelas Mula.

Wow!
Depan stokis.
Kelas belum mula.
Sembang biz & kongsi kejayaan.

Sape yang datang awal.
Berguru dulu dengan CDM Jai.
Mana tahu dapat guna bila jumpa prospek.
Makin berilmu, makin ghairah, makin boom.

Biz memang mudah.
Tapi tak semestinya tak ada cabaran.
Orang tak nak.
Orang tak jadi.
Orang tak transfer duit.
Dah x jawab call.
Sembang belum kelas
Kembali ceria.

CDM Jai tak loket ilmu. Sentiasa share jika ada peluang.

Kat sini pulak. Beralih tempat.

Sabtu, 29 September 2012

Tetamu & 4X4 ATM181.

Selesai di Selayang.
Next destinasi di McD Petronas Taman Melati.
Tapi pasangannya ajak keluar.
So x leh jumpa, jadi terus balik rumah.
Pasangannya dah hint-hint, tak usah join.

Ajak rakan kongsi datang rumah.
Kesian juga, hari ini jalan jem teruk.
Lebih 1 jam dari Selayang ke Bukit Kinrara.
Noarlinda & Syaiful. Kami jamu dengan nasi kerabu. Bisa drive sampai Penang malam ini. Tak payah berhenti isi perut lagi tapi berhenti untuk share peluang buat duit...
Dah kenyang. Sempat share semangat dengan mereka.
Walaupun singgah tak lama.
Sempat juga kongsi kisah kejayaan.
Liku-liku dan jeram pasti ada dalam perjalanan menuju puncak.
Paling penting jangan give up, teruskan melangkah.
Kata-kata negatif terhadap usaha kita & syarikat usah ambil kisah.
Kita tetap dengan pendirian untuk menaiki pacuan 4X4, ATM181.
Biarlah apa orang nak kata, paling penting kita dah dijalan yang betul.
Jalan yang dibina oleh para Otai.

Mereka akan singgah kay Bukit Beruntung.
Nak jumpa kawan, semoga berjaya.
Semoga dapat belajar sesuatu, bila bentang MP sendiri.

Nasi Kerabu Golok Selepas BBplus.

Breakfast hari sabtu 29/9/2012.
Sehari selepas Bajet 13.
Nasi Kerabu Golok.
Simple tapi menyelerakan.
Tengok pun dah sedap.
Dah terkeluar air liur.
Ada ikan rebus goreng, telur masin, 
Jering relong, budu, awah, sambal lada serta ulam-ulam.

Nasi kerabu ni boleh makan bila-bila.
Tengahari boleh, malam pun boleh. 
Tak semestinya breakfast sahaja.

Lepas bedal nasi kerabu.
Baru boleh keluar berbiz.
Baru cergas dan lebih bertenaga.
Nak bentang plan marketing pun berkobar-kobar.
Sebelum bedal nasi kerabu, bagi dulu BBplus sesachet.
Lagi molek benar.

Jumaat, 28 September 2012

MB Selangor Tulis Buku.

Rugi Rakyat Selangor kalau tak baca.

Jam 6.20 petang.
Minum & baca ini buku.
Belum habis & sambung lagi malam ini.
Permulaan dah menarik.
Hanya 75 muka surat je.
Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim yang tulis.....
Ringkasan menuju CEO...

Khamis, 27 September 2012

Kaya Hati 5.

Kaya hati bersyarat.
Tapi pun kurang elok.
Tapi ramai yang buat.
Jadi terpulanglah pada anda.

Bila kes-kes terjadi kita dengan group lain.
Orang lain nak join dengan kita.
Hidup ke tak hidup.
Itu soal lain.
Ramai yang pakai rembat je.
Kah!Kah!Kah!Kah!
Ada yang pandai pujuk.
Ada yang bijak berkata-kata.
Lari dan nak join kita.

Jangan lupa ada juga yang lari dan join group lain.
Mereka juga rembat juga...
Kah!Kah!Kah!

Kalau dalam Group yang sama??
Seperti entri sebelum ini...

Kaya Hati 4.

Kaya Hati:
Produk baru.
BBplus dan Bio Velocity Sleep Mate
Bila heboh/rancak dipasaran.
Pasti ada rakan niaga yang tidur akan bangkit kembali.

Di sini.
Anda akan diuji.
Benar-benar kaya hati atau tidak.
Bila rakan niaga nak aktif balik.
Datang dari bawah CDM yang juga sudah koma.
Call anda minta nasihat.

Rakan niaga anda tu:

  1. Dah mati tapi masih boleh renew.
  2. Dah mati dan dah tak boleh renew.
  3. Belum mati lagi.
Keadaan 1 @ 3 amat menguji anda.
Besar  hati ke tidak.
Keadaan 2 tak ada masalah.
Anda boleh ambil je.
Tapi tak semua orang boleh ambil walaupun dah mati dan tak boleh renew.
Tersalah ambil, nama busuk sepanjang masa.

Keadaan 1.
Anda boleh renew dan rakan niaga tersebut kekal bawa anda tetapi masih di bawah CDM koma.
Anda boleh register baru, tapi reputasi anda kena pikirkan juga.

Keadaan 2.
Mudah selesai.
Register baru je kalau nak berniaga.

Keadaan 3.
????





Kaya Hati 3.

Kaya Hati;

Bantu : Bantu demo.
Rakan niaga baru.
Wajib bantu.
Kaki direct.
Berapa lama kena bantu demo?
Setiap orang berbeza kemampuan.
Ada yang cepat.
Ada yang lambat.

Rakan niaga pun kena serius.
Tumpu perhatian pada demo upline.
Jangan asyik dok ber'fb' je.
Tulis kalau perlu tulis.
Balik rumah ulang/hafal.
Baru cepat pandai/boleh convince sendiri.
Kalau buat gini memang cepat pandai.
Cepat kembang. Cepat kaya.
Kalau suruh upline pun bukan nak suruh buka MP tapi sekadar nak yakinkan lagi prospek.
Kerja upline bukan sekadar demo je, banyak lagi bimbingan yang kena buat.
Nak gilap jadi permata, makan tahun bro...mana boleh sehari dua.
Leader betul-betul jadi sekurang-kurang 2 tahun dalam bimbingan....
Jangan cepat give up belajar dan mengajar.


Kaya Hati 2..

Besar hati bila;

Bantu = tolong demo.
Tolong demo = rakan kongsi baru,memang wajib. Lebih-lebih lagi direct kita.
Tolong demo = rakan kongsi lama minta tolong bantu rakan kongsi barunya demo, bila rakan kongsi lama ada hal-hal yang tak boleh dielak. Dah ada demo lain.
Tolong demo = rakan kongsi lama yang tidur. Nak mula balik. Uplinenya juga tidur. Jadi kita sebagai upline terdekat dalam rangkaiannya, kenalah tolong demo.

Bantu tanpa minta balasan.
Bantu tanpa minta ucapan 'terima kasih'.
Bantu rakan kongsi demo.

Add caption

Kaya Hati!!

Pagi-pagi.
Sebelum keluar hantar anak ke sekolah.
Mengadap dulu laptop.
hi!hi!hi!

Kaya hati.
Besar hati.

Apa yang anda paham?
Apa yang anda tahu?

Bagi aku mudah je:

Bantu tanpa syarat.
Tolong tanpa syarat.

Aik apa pula ' tanpa syarat'?

Boleh bantu tapi....
Senyum.
Hilang stress.
Hati gumbira.
Wang suka pada yang selalu senyum.
Awet muda.
Tambah lagi dengan BBplus.
Lagi cepat nampak kesan.

Rabu, 26 September 2012

PB & BBplus

Hospital Colombia Asia Puchong. Hantar PB.
SMK Putra Perdana. Hantar BBplus.

Belanga Mid Valley.

Balik dari NST Bangsar.
Kami singgah dulu Mid Valley.
Cari makan dulu sebelum balik.
Hajat dihati nak cari kedai arab.
Rupa-rupanya di Mid Valley tak ada.
Jumpa 'Belanga' je.
LG 2308 The Garden.

Restoran Belanga. Sediakan masakan Kelate.
Nasi Tumpang Udang.
Nasi Belauk Ikan.

Nasi Dagang Ikan Tongkol.
Lopat Tikam.
CDM Kartini; Berseleranya. Best. Nasi Tupang.
Harganya boleh tahan juga.
Almaklumla duduk di Mid Valley.
Sewa pun mahal. Harga bahan mentah dah tinggi.
Gaji pekerja pun makin naik.
Jadi harganya pun mesti boleh cover & untung.


NST > Mid Valley.

Syoknya biz.
Syoknya biz bersama ATM181.
Masa kerja kita boleh pilih.
Tempat nak gi pun kita boleh pilih....

zzzzzzzzzzzz, baru bangun.
Dapat juga 120 minit.
Balik dari NST singgah melantak dulu kat Mid Valeey.
Sebelum melantak, beli buku-buku dulu kat MPH.
Terkejut juga, bila sampai-sampai je Mid Valley.
Dari MPH dah bertukar pada Kedai Jepun????

MPH dah pindah ke LG058.
Cari juga, dah niat nak beli buku....
Wow! Singgah beli buku. 3 buah buku jadi mangsa hari ini..
Dah dapat buku makanan minda.
Cari pula makanan fizikal.
Cari makanan arab tak jumpa pula kat sini.
Jumpa 'Belanga'.
Kedai masakan kelantan.
Apa lagi singgah sinilah.
Bedal apa yang patut.
Ada nasi kerabu, nasi dagang dan bermacam kue Kelantan.
Bekalan sampai petang nanti.
hi!hi!hi!hi!

Cari-cari makan.
Penggerak motivasi berkerja kami.
Sebab itu anda selalu disajikan dengan restoran & makanan yang kami temui sepanjang menjalankan biz.
Selain jumpa prospek & customer. Kami akan cari kedai makan yang popular kawasan mereka.
Biz MLM, selain ramai kawan. Kami juga dapat singgah banyak restoran dan merasai pelbagai variasi makanan.
Dalam makan, kami tak lupa garam bulu & garlic.

Flyers JTX1000.

Aku nampak Haji Nasir bawa ini flyers.
Jadi aku snap, kongsi dengan anda semua.

Aku pun guna JTX1000.
Dari dulu lagi.
Ini kali baru nampak flyers JTX1000 yang cantik molek.

Tahniah kat sape yang buat ini flyers.
Mana tahu, nak share dengan kawan-kawan.
Biar flyers yang cakap.
Kita hulur je...
hi!hi!hi!hi!

Terima kasih.
Syed Ahmad Effendy Alatas.
Hari-hari promote kelebihan guna JTX1000.

Mineral Kopi & BBplus.

Produk BBplus. Makin laris.
Makin dapat tempat dihati masyarakat.
Datang berapa banyak kat stokis, pasti habis dalam masa yang singkat.
Semalam pun banyak orang ambil BBplus.
Bukan sekotak beli.
4 kotak sekali gus.

BBplus.
Mineral Kopi.
Mineral kopi.
Hari-hari mesti kena.
Sekali kena, nak selalu.
Kopi garam buluh!!!
Hanya Hai-O ada kopi garam buluh.

Restoran Haji Sharin Low

Entri seterusnya hari ini.
Esok dah lewat.
Dah sejuk.
Nak kongsi ketika panas-panas.
Baru ada sudi tengok.

Dari Desa Putra.
Balik rumah.
Singgah melantak dulu.
Haji Sharin Low.
Terletak di tepi jalan menuju bangi.
Ikut laluan kg Abu Bakar Baginda.
Sebelah Perantau Hill.
Dari Bangi sebelah kiri,sebelum Perantau Hill.

Dah trend sekarang.
Ramai peminat masakan Cina.
Berlumba-lumba orang buka restoran jenis ini.
Ini pun dah cawangan ke berapa?
Aku x ingat nak tanya tadi.


Kami singgah sini. Ini kali ke dua.
Nasi Goreng Ikan Masin.
Sayur...X ingat apa namanya. Ada kacang & terung.
Ini pun sayur. Goreng telur masin.
Sotong celup tepong.
Tenang. X ada orang. Dah petang kot. Kami singgah sekitar jam 5.30 petang.
Tak ada idea.
Boleh datang sini.
Merasai kenikmatan masakannya.
Tapi kalau ikut penilaian aku.
Restoran Al-Munawarah lagi best.
Tapi menu tak berapa banyak kat Al-Munawarah.
Tapi apa-apa pun ikut selera masing-masing.

Selasa, 25 September 2012

Tukar & Cuci BA.

Kita teruskan perjalanan biz.
Hari-hari terakhir kempen LOPA.

Orang main bola.
Semakin menuju visel penamat.
Permainan semakin rancak.

Kempen LOPA pun sama.
Semakin menuju tempoh penamat.
Rancak!Rancak!Rancak!
Nak rest pun tak sempat.
Ada-ada je appt yang masuk.

Segala-galanya mungkin.
Mungkin awal bulan 9.
Peluang nak ke LOPA macam tertutup.
Tapi bila akhir-akhir rezeki mencurah datang.
Dapat tiket. Bukan 1 malah 2.

Jam 4.
Menuju ke Desa Putra, Sungai Merab.
Servis BA & hantar BBplus.
Tukar filter B & C. Filter A baru tukar so cuci.
Inilah rumahnya. Atas bukit. Dikelilingi kebun durian.Rumah banglo atas tanah lot. Tanah pemberian bapanya. Bapanya antara orang yang buka kampung tersebut. Jadi luas tanahnya. Depan rumah ini, ada satu lagi rumah banglow. Adiknya punya. Juga terserengam indah. Kalau beli sekarang kat sini satu lot mau RM1 juta.
Inilah rupa filter A setelah beberapa bulan diguna. Bandingkan dengan yang disebelah tu. Putih melepak. Kena guna filter bagi setiap rumah.Mesti guna. Tak kira jenama. Aku jual BA, aku galak pakai BA. Jangan jeles!!!
Tanah ayah bagi.
Dah jimat berapa RM?
Hanya kos buat rumah sahaja.

Kami juga berazam nak jadi macam bapa dia.
Boleh bagi rumah buat anak-anak.
Jadikan impian ini sebagai pengerak motivasi kerja.
Tak boleh rest selalu selagi belum tercapai impian tersebut.
Untungnya anak-anak kalau dapat.
Rumah 15 tahun akan dapat dah berapa harganya.
Bukan senang nak dapat rumah bagus dan lokasi ok punya.

Giant Batu Cave

Dah sampai Giant Batu Cave.
Ada customer nak PB.
Kali ini bawa Amar.
Jadi aku kena layan dialah.
Cdm Kartini selesaikan tugasan.
Aku bawa Amar pusing-pusing.
Tak bawa, kesian pulak.
Menangis nak ikut.
Lagi pun dekat dan hanya 1 appt je tengahari ini
Lepas ni terus balik rumah.
Tunggu appt seterusnya.

Xcident!

Kereta anak buah:Xcident semalam. Jalan susur ke luar Hospital Serdang. Selekoh dekat kuih. Langgar kereta parkir tengah jalan. Orang India pi kuil.
Perkara yang kita tak ingini.
Tapi malang tak berbau.
Xcident.

Nasib baik.
Ketiga-tiga tak ada yang cedera.
Cuma luka sikit-sikit.

Kita berhati-hati.
Orang lain pula yang cuai.

Apa-apa pun.
Bacalah doa naik kenderaan.


Isnin, 24 September 2012

Singgah Pejabat Plus.

Balik dari Denai Alam.
Guna laluan Subang Airport.
Cdm Kuyah ajak singgah ke Pejabat Plus.
Nak kutip dokumen.
Harap dipermudahkan urusan dana.
Macam-macam boleh terjadi selagi belum transfer.

Join biz ini untuk bantu diri sendiri ubah hidup.
Kita usaha ubah hidup dengan dibantu oleh ATM181.
Proses tersebut lebih mudah bila dua-dua pihak saling percaya dan saling bantu membantu.
Kita juga kena ingat, rezeki seseorang tu tak sama.
Ada cepat. Ada lambat. Ada lebih. Ada sikit. Paling utama bersyukur dan usaha tanpa henti.

CDM Kuyah & Mala.

Bakal Haji Khairul Nizam Ishak.

Baru balik dari rumah Bakal Haji Tahun 2012.
Khairul Nizam Ishak.
Denai Alam.
Kami satu kereta dengan CDM Kuyah.
Sampai sana, semua dah sampai.
Lewat.hi!hi!hi!
Ziarah orang nak berangkat mengerjakan haji. Ada makan-makan. Pot luck, masing-masing bawa. Pulut pauh, nasi impit, behun goreng, nasi lemak....
Sempat lagi tu bergambar...Dah jumpa kaki meniaga. Tak boleh lari dari cakap-cakap biz. Produk baru yang bakal boom bang.
Bergambar bersama bakal haji. DDM Nizam dan Mertuanya.
Geng-geng yang hadir pun yang biz secara sepenuh masa.
Mereka yang kerja, tak dapat nak datang.
Mungkin lain kali boleh jumpa.

Bersama geng-geng lelaki....Azizi lewat, ada appt, selisih semasa kami bertolak balik. Dari kanan ke kiri; Syam, Jai, Nizam, Abg Zul, Aku.
Mereka akan terbang ke Madinah pada hari rabu jam 9 pagi.
2 hari lagi dengan penerbangan KT35.
Balik 11/11/2012.
Berada kat sana selama 47 hari.

Kami doakan agar mereka dapat haji mabrur.
Dapat jalani ibadat dengan sempurna dan lancar.
Selamat pergi dan selamat balik.
Powered By Blogger