Jom Follow

Rabu, 21 November 2012

Kreatif Pecah Pasaran.

Ha!ha!ha!
Petang ini apa pula cerita.
Gambar Majalah Terbaru Q & A.

Aku tak nak cite pasal Majalah ini.
Aku pun tak pernah beli.
Tapi pagi tadi aku beli.
Aku beli semasa aku sedang minum pagi,
 di Restoran Bintang Tujuh di Batu Cave.

Tiba-tiba datang si penjual majalah ini.
Biasanya mereka jual buku-buku keluaran syarikat Direct Selling(x ingat nama).
Tapi kali ini, si penjual ini, jual majalah-majalah agama.
Antara majalah yang dia bawa, Solusi, Q & A serta Bersama Ustaz(kalau x silap aku).
Terkejut juga aku. Majalah-majalah ini boleh dapat dengan mudah di kedai Majalah @ Kedai runcit.

Fenomena ini baru bagi aku.
Tak pernah jumpa, tapi penduduk sekitar Batu Cave biasa jumpa.
Aku sempat tanya.
Satu majalah berapa dapat?
Lebih kurang RM3.
Satu hari biasa berapa majalah dapat jual?
Lebih kurang 30 buah majalah.

Lebih kurang RM90 sehari.
Itu congak-congak aku.

Tak sempat nak sembang lama.
Nama pun tak sempat tanya.

Dia pun nak cepat.
Bagi aku, dia kreatif cari pasaran.
Pasaran dahagakan ilmu agama.
Dia bawa majalah keagamaan.
Kalau memang dah selalu beli.
Bila dihulur majalah tersebut, 
lagi pun keluaran terbaru pulak.
Customer tak akan menolak.
Boleh baca sambil minum.
Taklah kosong sangat masa.
Majalah ini isinya ringan.
Syam bawa jumpa kawannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger