Jom Follow

Rabu, 31 Oktober 2012

Hotel Vistana: PB

Jam 10 lebih baru keluar.
Menuju Vistana Hotel.
Jumpa prospek berminat dengan PB.
Syukur masih ramai yang berminat dengan PB, walaupun PB dah lebih 12 tahun beredar di Malaysia.
Hampir setiap hari ada orang nak tahu pasal PB.
Dah ramai yang tahu. Tapi masih ramai yang belum tahu.
Ada yang pakai jadi.
Ada yang pakai x jadi.
Ada yang beli, pakai.
Ada yang beli, pakai sekejap.
PB & BA Masih orang nak.
Kenapa berhenti biz.
Ketika ramai tercari-cari PB.
Kenapa berhenti biz.
Ketika ramai tercari-cari peluang tambah income.
Kenapa berhenti.
Ada orang berhenti.
Ada orang masuk.
Ada yang semakin sayang.
Ada yang semakin kuat ikatan dengan PB.

PB - Premium Beautiful.


Aku & Rabu.

Hari ini. Hari rehat bagi aku. Tak gi mana-mana. CDM Kartini, keluar sekitar Kinrara sahaja. Jadi aku tak perlu ikut. Melekat kat rumah je. Dah melekat kat rumah. Tak buat sesuatu yang benar-benar berfaedah. Relaks dan makan saja. 

Hari ini. Malas melanda. Hanya baca paper saja. Tak sentuh buku. Tak belek buku. Tak baca buku. Padahal ada lagi buku-buku yang belum aku baca pun lagi. Kata tidur, tak juga. Sekadar mengalamun dan sekali sekala update fb.

Aku keluar pun sekadar hantar Baby ke sekolah. Itu pun lambat. Hampir jam 8 pagi baru sampai ke sekolah. Biasanya 7.40 tu memang dah sampai. Jam 8 pagi aku dah sampai rumah. Angkara lewat hantar Baby ke sekolah. Masa balik, aku sangkut di LDP. Kereta dah banyak masa tu.

Aku boleh agak. Apa sebabnya. Aku bangun lewat. Orang dah azan subuh. Aku tak sempat solat di surau. Hanya solat kat rumah. Aku pun tak tau kenapa boleh lewat sedar. Biasanya aku boleh sedar sebelum subuh. Tidur awal. Mungkin tidur dalam kekenyangan. Dah 2 hari tak solat subuh kat surau.HU!HU!HU!HU!

Aku mulakan pagi dengan frust. Jadi mood frust tu pengaruhi keseluruhan aku hari ini. Banyak perkara tak terbuat hari ini. Aku yang pilih. Nak buat macamana. Mulai saat ini kena berubah. Jadi bermood. Jadi lebih ceria. Muka berseri-seri. Rezeki senang masuk.

Nak gi Shah Alam. Tak jadi. Nak gi MPH. Tak jadi. Nak baca buku. Tak jadi. Masa terbuang gitu saja. Malam ini dah tak boleh. Mesti buat sesuatu. Baca al-quran. Itu pun kejap. Perut meragam. Asyik keluar angin je. Akibat makan petai tengahari tadi. Dah tahu tak boleh. Melantak juga. Tapi aku jenis tak boleh tengok. Terliur je. Lagi pun ada sambal tempoyak. Apa lagi, bedal sakan petai. Perut meragam sudahnya. Nak baca al-quran lebih lama sikit dah tak boleh.  



 



Kereta Banyak..


Untitled, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Apa hal.
Ari ni kereta banyak.
Aku keluar lewat kot?

Biasa dok lagu ni.
Jam pun dah 8.20....
Biasanya sebelum jam 8 pagi dah lalu kat sini.

BV: Bio Velocity Sleep Mate


Bio Velocity Sleep Mate.
Sedang mengganas.
Menawan hati rakyat Malaysia.
Untuk menikmati tidur yang berkualiti.
 Ini dah ada orang punya.
Tunggu masa, nak gi hantar.

Barang baik.
Tidur lena.
Hilang sakit/lenguh.
Hilang stress.
Tingkatkan metabolisma.
Neutralkan radiasi.

Berminat.
Boleh call 0162060181

Pulut Durian DDK.

Inilah hidangan petang tadi.

Pulut Durian.
Wow!
Pasti nak.
Pasti terliur.
Pasti meleleh.
Mudah sangat.
Santan, gula, durian dan pulut.
Bila dah terhidang.
Sukar untuk kata 'tidak'.
Melantak juga walaupun tak bagus untuk aku.
Bukan selalu. Sakit makan ubat.
Dengar-dengar.
Sekarang musim durian Pahang.
Baru habis Segamat.
Dah ramai yang jual durian tepi-tepi jalan.

Makan kena cepat.
Kalau tak muak, tak habis nanti.

Selasa, 30 Oktober 2012

Tok Din & Rema & Mat Ju & Kami

Sebelum sesi bermula...
Pagi tadi.
Breakfast di Maulana Seri Serdang.
Suasana di Maulana. Lain sakan.

Jumpa dengan Tok Din & Rema.
Makan nasi lemak & sembang-sembang.
Lama x jumpa. Panjang juga sembangnya.
Kami & mereka x ada appt pagi ini.

CDM Tok Din & CDM Rema.

Seronok dapat jumpa.
Dapat info & ilmu dari mereka.
Usahawan Etika Takaful & Hai-O.
Baru setahun bina kerjaya dengan Etika Takaful.
Dah layak melancong & Umrah.

Aku yakin.
Mereka boleh maju.
Mereka punya target.
Mereka punya tekad.
Mereka punya ketekunan.
Mereka punya kesabaran.
Mereka punya strategi.
Mereka punya keberanian.
Mat Ju.

Sedang asyik bersembang.
Datang pula sahabat aku.
Mat Ju juga seorang usahawan berjaya PruBSN.
Sempat dia kongsi kisah sedih seorang clientnya.
Baru meninggal 2 minggu lepas.
Kanser paru-paru stage 4.
Kerja Ingineer MAS. Umur 37 tahun.
Kos perubatan NCI Nilai RM50K ketika di ICU.
MAS cover hanya RM30K setahun.
Jadi PruBSN selebihnya.
Isterinya dapat pampasan dari Takaful lebih kurang RM50K.

Mee Bandung DDK.

Selamat tengahari.
Sesuai sangatla aku sharekan gambar ini.
Tengah lapar dan tak tahu apa nak makan.
Mee bandung pun bagus juga.
Mee Bandung hasil tangan isteri.
Mudah, senang dan cepat.
Sape-sape teringin nak makan.
Susah nak cari yeng sedap.
Boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan.
Daging 300gram(potong kecil, rebus dan ambil airnya)
Mee kuning 1 paket.
Kobis bulat 1/6 bahagian.
Bawang merah 7 ulas.
Bawang putih 5 ulas.
Cili kering 7 tangkai
Udang kering segengam.
Sos cili 4 sudu besar.
Sos tiram 4 sudu besar.
Kacang tanah segengam.
Udang 6 ekor.
Telur 3 biji.

Cara.
Blender
(Bawang merah + Bawang putih + Cili kering + Udang kering).
Tumis bahan yang diblander tadi sehingga naik bau.
Masukan sos cili + sos tiram.
Tambah air rebusan daging termasuk daging.
Masukan kacang tanah yang telah ditumbuk ke dalam kuah untuk pekatkan.
Pecahkan telur satu persatu.(jangan kacau)
Bila telur dah keras masuk udang hidup + sayur kobis.
Masukan garam buluh + gula secukup rasa.
Angkat dan boleh hidangkan...

Bila nak makan.
Bila-bila suka.
Bila-bila lapar.
hi!hi!hi!

Sesekali aku share lain dari biz..
Kalau asyik biz, nanti ada yang jemu juga.

Jangan Ampu Bos.

Selamat pagi.

Kerja elok-elok.
Jangan ponteng.
Jangan mengular.
Jangan sembang kat kantin lama-lama.
 Jangan tidur. 
Jangan MC.
Jangan berfb kat opis.
Jangan mengelamun saja.
Jangan baca paper lama-lama.

Jangan buat-buat rajin bila bos ada.
Jangan mengampu bos.
Jangan bodek bos.
Jangan cucuk bos.


 

Isnin, 29 Oktober 2012

ANIQAH & MILENIA MUSLIM

Add caption
Santai malam ini.
Bersama dua majalah ini.
Tengok tajuk pun dah menarik.
Harap dapat sesuatu dengannya.

Dah Isyak Mat Din!

Sama-sama pikir. Kenapa tinggal solat? Tinggal atas bumi Allah. Berjuta-juta nikmat Allah dah bagi. Kenapa tinggal juga suruhanya? Sepatutnya solat berjemaah lagi. Solat di tempat azan dilaungkan. Ingatlah Mat Din mati itu pasti. Tak lama lagi. Setiap hari semakin dekat. Solat!Solat!Solat! Sekarang ni azan Isyak sedang berkumandang. Segeralah sahut panggilannya wahai Mat Din. Solat Isyak berjemaah seolah-olah kita beribadat separuh pada malam. Begitu besar ganjarannya.

WRY181 Kena Lagi..

Salam.
Bertemu lagi.
Hari isnin.
Ceria sokmo.

Sekarang ni berada di Merz Auto Garage (Puchong).
WRY181 hadapi masalah AC.
Dah 2 hari tak berfungsi.
Hari sabtu, balik KL dalam kepanasan.
Bertolak pula tengahari.
Macam kena bakar.
Bila ini terjadi, nak uji kesabaran aku je.
Nak suruh aku menghargai AC dan merasai kepanasan yang sikit.

Semalam aku x ke mana-mana.
X ada hal sangat.
Hari ini dah sibuk.
Kena repair segera.
Kalau x susah nak bergerak.
Dah sejam lebih, bila nak siap.
Aku pun x tahu.
Harap x banyak & lama sangat.

2 minggu lepas dah repair AC.
Ok sekejap je.....


Selamat Pagi Cikgu(1)

Selamat Pagi Cikgu.
 
Aku telah keluar rumah. Hujan ke tak hujan. Mengantuk ke tak mengantuk. Tidur awal ke tidur lewat. Mesti ke sekolah. Mesti masuk kelas. Ajar anak bangsa. Hari ini aku mesti sampai awal. Hari ini ada perhimpunan. Tak boleh lewat dari jam 7.30 pagi. Kalau lewat, mesti merah aku punya punch kad. Tiga kali merah dalam satu bulan. Dapat surat tunjuk sebab. Mesti jawab dalam masa 14 hari.

Pergi kerja pakai motor. Menetap di Kg Abu Bakar Baginda. Pergi sekolah ikut Besraya> Sungai Besi> Bandar Tasik Selatan> SMT KL. Pakai motor, ketika hujan paling sedih. Hujan sikit je, kita dah basah. 

Perhimpunan dalam dewan. Guru-guru mesti berada atas pentas. Agenda perhimpunan. Ucapan MC. Nyanyi lagu 'Negaraku', lagu sekolah. Lepas tu dengar ucapan pengetua. Pesanan dan motivasi. Ada juga marah-marah. Nak mendidik anak bangsalah katakan. 

Lepas perhimpunan. Kalau ada kelas. Terus ke kelas. Kalau tak ada kelas, breakfast dulu. Kadang-kadang breakfast kat sekolah. Kadang-kadang kat luar. Kat luar lagi kerap. Dah jemu sangat makan menu yang sama je. Kat luar, boleh pilih kedai mana yang nak. Boleh kira dengan jari, aku melantak kat kantin sekolah.

Aku mengajar kat makmal. Ajar fizik. Satu minggu kena mengajar sekitar 24 waktu. Ajar pun tingkatan 4 dan 5 sahaja. Satu waktu 45 minit sahaja. Biasanya fizik perlukan 2 waktu setiap kali mengajar. Kalau 1 waktu tak sempat habis. Aim aku senang je. Jangan ada yang gagal dalam SPM. Kalau ada yang gagal, cikgu-cikgu tunggu nak sembur aku je. Tapi sepanjang mengajar ada yang gagal fizik bersama dengan subjek-subjek lain. Selamat aku...

Mengajar aku tak kisah sangat. Aku seronok. Walaupun ada hari-harinya tak seronok. Tapi kerja pengkeranian yang buat aku malas. Kena lapor tu. Kena lapor ni. Nak report tu. Nak report ni. Kena bawa team bola. Kena latih bola. Macam-macam kena buat. 

Mengajar. Bagi latihan. Semak latihan, kalau rajin. Taip soalan peperiksaan (bukan buat soalan, sebab semua cikgu cut & paste je tapi mengaku buat soalan). Semak peperiksaan. Bagi markah tinggi-tinggi. Kalau rendah, pelajar datang komplen kenapa markah mereka sikit. Nanti kena marah kat makbapa. 

Aku kerja di bawah Haji Kamarudin Hamzah. Lepas tu di bawah Puan Hajah Jaminah. Encik Nordin...


Ahad, 28 Oktober 2012

Dinner Pizza Di Pizza Hut TM


Untitled, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Nak cari roti canai.
Hari Raya Haji.
Mana kedai buka.
Lagi pun Kedai Mamak x ada kat Kelantan.

Cari punya cari.
Semuanya tutup.
Singgahlah di Pizza Hut.
Ramai pulak orang melantak kat sini.
Tunggunya boleh tahan juga.

Aiman pun bedal juga.
Mula-mula x nak.
Nak roti canai juga.
Dah tak jumpa.
Nak balik terus.
Tak nak masuk.
Aku suruh tunggu je.
Kalau tak nak makan.
Bedal juga sudahnya...

Itulah anak-anak dibesar di KL.
Tak boleh makan nasi sahaja.
Nak juga pelbagai menu....
Kalau aku dulu sampai sekarang.
Pagi nasi.
Tengahari nasi.
Malam nasi.

Korban Lembu Di Kob Berangan

Hari sabtu
27/10/12
Raya ke 2.
Korban lembu di Kob Berangan.
Tak buat raya pertama.
Kalut dengan solat jumaat.

Korban lembu Wan.
Kami ambil 2 bahagian.
Buat Akiqah Amar & Amza.

Seekor je buat korban.
Bahagi-bahagi.
Seekor lagi tu buat tambah daging sahaja.
Nak buat makan-makan..
Lagi pun seekor lagi tu masih dara.
Daging masih lembut

Tunggu nak tumbang.
Persediaan terakhir, sebelum penyembelihan dilakukan.
Dah boleh lapah.
Sekor lagi. Ini anak punya.
Aiman pegang kaki, senang nak siat kulit.Melapah bermula dengan kaki dulu, baru ke perut.
Pembantu siap sedia.
Proses melapah sedang berjalan. Cepat bila dah biasa dengan aktiviti sembelih lembu.
Dah siap lapah. Tunggu nak bahagi-bahagi 7 bahagian je.
Selamat menjamu selera.
Daging korban, ni lebih sedap.
Lebih manis.

Lepas siap semua.
Aku bawa 3 bahagian ke KL.
Untuk dibahagi-bahagi kat KL.

Sampai lebih kurang 10.15 malam.
Terus bahagi. Tak ada tempat nak simpan.
Lagi cepat bagi, lagi bagus.
Cepat boleh merasa daging korban.

Khamis, 25 Oktober 2012

Singgah Masjid KIPSAS.

Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Pahang.
Kami singgah kat sini semalam dalam ziarah Kertih & Kuantan.
Singgah pun semasa kami menuju LDP melalui Gambang.
Ruang solat lelaki.
Foto tak jelas. HP kurang bateri.
Flash xleh berfungsi.
Cukup sekadar kenangan perjalanan kami.
Luas & tenang.

Rabu, 24 Oktober 2012

Kemaman Kopitiam.

Dah sampai Kuantan.
Singgah dulu di Kemaman Kopitiam.
Kat sinilah asalnya Kemaman Kopitiam.
Paling lama.

Jumpa kawan dulu.
Aku & Baby.
Aktiviti biasa.
Bedal & melantak.
Anak &  bapa sama minat.
Sesuai sangat.
Mama jumpa orang.
Kami isi perut.
Hihihihi.
 
Lama pun x ada hal kalau gini.
Ramai orang.
Minum sambil sembang.
Melayu ada. Cina ada.
Macam2 menu ada.
Ringan2 hingga yang berat.
Tak pernah singgah sini.
Saja singgah. Ubah angin.
Tambah pengalaman.

Nasi Goreng Ikan Bilis.

Baby sedang pegang Senarai Menu yang terdapat di sini.

Secawan kopi. Sungguh kaw.

McD Kertih.

McD Kertih.
Tunggu mamanya gi demo.
Isi perut dulu.
Dah jam 2 petang pun.

Baby ikut kami.
Dah habis periksa.
X nak g sekolah.
Nak tengok macamana mama berbiz.

Awalnya nak jumpa kat sini.
Tapi penuh. Orang minyak rehat.
Nak duduk pun x ada kosong.
Nak sembang pun x dengar.
Terpaksa caro port lain.
Mamanya gi dengan bakal prospek.
Baby & aku doklah kat McD.
Baby makan. Aku read buku.
Hihihihihi.

Berapa lama tunggu.
Aku tak tahu dan aku x kisah.
Asalkan puas hati convience prospek.
Baru tak ralat, kalau prospek x join.
Dah keluar semua ilmu yang ada.


Anak Amat Memahami!

Tunggu kelas usai.
Tak nak boring. 
Main games.

 

Azhar Semakin Maju.

Lepas kelas di Akademi Taipan Malaysia181 semalam. Azhar sedang buat kerja rumahnya.
Wow!
Korek dengan teliti.
Cari mana yang berkenan.
Mana tahu, ada yang masih bernafsu berbiz.
Mana tahu, ada yang masih tersisa semangat juang.
 Mana tahu, masih, ada yang masih berbaki tenaga untuk bersama anda.
Ada yang dah expire, tapi masih boleh renew lagi.
 Ada yang belum expire, masih boleh rejoin balik dengan anda.

Anda berapi-api.
Mereka akan merasa bahangnya.
Bukan mereka je, aku amat terasa bahangnya.
Panas...Tak boleh tahan. Kena buat menjadi-jadi.

Vio Velocity punya ancaman.
Sana sini kalut ribut kongsi terapi tidur.
Bangun pagi, insyaalah hilang sakit-sakit badan.
Tenaga kembali pemuh, seolah-olah tercas ketika tidur.

Selasa, 23 Oktober 2012

CDM Roshila & Geng.

Wow!
Restoran Cina Muslim Al-Munawarah.
Aku sampai jam 8.20 malam.
Mereka sedang hangat & panas.
Bincang pasal biz.
Guna fb kembang biz.
CDM Roshila berkongsi pengalaman kembang network guna fb.
Dah nampak kesan.
Kesibukan melanda.
Dah macam tsunami.

Tiba masanya.
Kongsi pula dengan rakan niaganya.
Aku yakin, rakan niaganya pula akan booom.


Share Peluang!

Lepas maghrib. Bergerak ke Subang Perdana. Jumpa bakal prospek. Sekejap je jumpa. Hari ini, janji nak attend kelas. Harap jadi. Tak ada halangan. Pagi ini, kena call. Ingatkan sekali lagi. Nak berjaya. Kena share dengan ramai orang. Ramai-ramai orang yang kita share tak semestinya setuju join. Ada juga join dengan orang lain. So jangan give up. Teruskan buat sharing dengan seramai mungkin orang. Jangan segan, takut dan malas nak share. Kita tak tahu, mana satu prospek yang bakal menyerlah. Dah share. Tawakal.

Amzar Tertidur!!!

Saja-saja share.
Main sampai tertidur.
Aku snap semalam(22/10/12).
Sebelum aku gi ambil Baby balik sekolah.
hi!hi!hi!
kesiannya!
lena sakan.


Maqlubah & Kabsah Lamb.

Nasi Maqlubah dengan kabsah lamb. Sungguh menyelerakan. Pilihan tepat. Dinner di Aroma Hijrah. Ini untuk 3 orang. Kami bedal berdua je. Kami ke sana ahad malam(21/10/12). Ramai orang. Lepas Ustaz Azhar Idrus mengajar kat masjid TTDI Jaya. Sape-sape belum cuba. Boleh cuba. Aroma Hijrah buka 11 pagi hingga 11 malam.

Ahad Malam(21/10/12)

Destinasi kami ahad malam(21/10/12). Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Ada hal sikit dengan Hafizi dan ziarah isterinya yang admit kat situ. Esoknya(isnin) kena operation. Ovarian cyst. Semoga kembali sihat. Dr. Hamid Arshad yang buat...

Isnin, 22 Oktober 2012

Minat Baru Aku!!!ha!ha!ha!

Balik tengok bola. Beli pula baju.
Hijau ke Putrajaya.
Mungkin itulah satu-satu peniaga yang jual baju ini.
Nak beli jersi bola. Bola dah habis...
Lain dari yang lain. Orang lain jual jersi bola, tapi ini...Aku suka jadi lain dari yang lain. Beli yang hijau, lawan Gelombang Merah..

Wow! 3 beranak pakai baju hijau..
Pakai baju ni.
Ramai yang tegur dengan anak matanya.
Walaupun mereka tak pakai baju seperti aku.
Tapi hati  tetap hijau.
hi!hi!hi!
Bangganya pakai baju hijau. Jangan marah. Minat masing-masing. Kita rakyat Malaysia. Ini kat Airport Subang, ketika hantar Aiman balik Kelantan.
Dalam meniaga.
Warna tak penting.
Mahu & tak je.
Nak join & Tak nak join.
PB & BB & BA & BV

DJU CAFE!


Lepak sini.
DJU CAFE.
Desa Tun Hussein Onn, Cheras.
Kopi radik & Sebuah buku & Mee bandung muar.
Tunggu CDM jumpa rakan niaga.
Nasib baik punyai teman baik.
Syoknya tak terkata...

Servis Myvi: JTX Tetap Jadi Pilihan.

Servis keta myvi.
Tempat biasa aku servis.
Kat rumah je.
Dah 2 ribu kilo lebih dari yang sepatutnya.
 
Sudah semestinya JTX800 jadi pilihan untuk Myvi aku tu.
Meskipun ada pilihan-pilihan lain lagi.
JTX tetap & dekat di hati.

Tunggu siap. Belek-belek dulu Harakah Edisi Isnin. 
Baca Harakah untuk menilai berita dari sisi berbeza.

Sejak akhir-akhir ini.
JTX menjadi pilihan utama.
Lebih-lebih lagi bila ada page-page yang promosi minyak engin JTX.
 
Jimat & lebih power. Kata penggunanya.

JTX 800 untuk Myvi.

Tunggu siap keta. Baca Harakah dulu. Sepatutnya semalam aku dah beli. Tapi x ingat.

Antara pilihan lain yang terdapat dibengkel aku servis keta. JTX juga bertakhta di hati.
Powered By Blogger