Jom Follow

Khamis, 30 Ogos 2012

Wajah...

IMG_5982IMG_5983IMG_5984IMG_5985IMG_5979

Wajah..., a set on Flickr.
Wajah ibu dan anak.
Ketika majlis kenduri Fifiey pada raya ke-5.

Lebih RM100K Setahun Pun Ada.

Berita The Star hari ini.

Dunia MLM pun sama.
Sape yang main-main, dapat ciput.
Sape yang sungguh-sungguh, berganda-ganda dapat.
Sape buat tak buat, cukup-cukup makan je dapat.
Sape buat bermati-matian, boleh buat harta lagi.

Ada yang terjun secara sepenuh masa.
Jadi kerjaya pilihan.
Ada juga yang takut bila ajak join.
Sampai tak nak jumpa, takut dipaksa sign up.

ATM181.
Tempat jana income.
Tergantung pada kemahuan seseorang.
Bukan tergantung kepada upline.

Ada yang dapat lebih RM30K setahun.
Ada yang dapat lebih RM40K setahun.
Ada yang dapat lebih RM50K setahun.
Ada yang dapat lebih RM60K setahun.
Ada yang dapat lebihRM70K setahun.
Ada yang dapat lebih RM80K setahun.
Ada yang dapat lebih RM90K setahun.
Ada yang dapat lebih RM100K setahun.
Banyak lagi pun ada. 
Tergantung pada pengorbanan yang dibuat..

Nak sahkan ini betul ke tipu.
Boleh call ambo dengan no tertera..

WAWASAN Dah Lepas...

Siapa sangka siapa menduga, dlm kemeriahan menyambut syawal akhirnya WAWASAN dlm genggaman!! YES!! Lopa pasti ditawan!!

Tahniah CDM Roshila & CDM Zefry. Kerja keras anda ternyata berbaloi. Gengam bonus WAWASAN. Ketika orang lain sibuk lengkapkan car fund, anda menuju WAWASAN. Pentingnya setkan matlamat dan pulun 'giler'. 

Kami yakin warga ATM181 yang lain juga akan gengam bonus WAWASAN bulan 9 ini. Bertindak segera. Buat perancangan. Hari-hari penuh bermotivasi....

Jadikan ini sebagai perangsang untuk kita semua. Tak ada mustahil kalau kita gigih berusaha.

Tunggu Nak Bagi Duit Raya!

Lepas solat hari raya.
Dok atas bendul bersama Si Amar dan Aiman.
Tunggu budak-budak mari dumoh(Bechah Kelubi).
Nak bagi duit raya.
Kalau tak panggil, mereka tok mari.
Budak-budak kampung pemalu sikit.

Budak-budak datang rumah bersama ibubapa.
Jarang berlaku budak-budak bersama gengnya datang rumah, minta duit raya.
Mak bapa pun kadang-kadang marah perbuatan anak-anak mereka.
Bagi mereka ini, beri malu kat mereka je.

hi!hi!hi!hi!
Kadang-kadang frust.
Sampul raya tak habis.
Setakat anak buah berapa sangat.
Anak-anak sain sobat, ramai jumpa lepas raya.
Bila balik KL semula...

Kalau ada budak-budak yang datang rumah minta duit raya tu.
Mesti budak-budak dok luar Kelate.
Tapi tak ramai!!!!
Inilah beberapa orang yang singgah rumah masa aku kat bendul
Dapat duit rayalah... 
Tak banyak mana pun tapi seronok sangat bila lihat mereka gembira dapat duit raya.
2,3 ringgit pun duit. Jangan pulak beli mercun pulak
Buat rugi. Kena marah makpak lagi..

Rabu, 29 Ogos 2012

Raya Rumah CDM Shila & CDM Ina

Kami sampai KL subuh pagi Ahad.
Lepas solat subuh, zzzzzzzzzzzz.
Bangun-bangun je, cari sesuatu untuk melantak.
Nasi ayam kampung Tuan Faridah jadi pilihan.
Bertembung dengan sahabat lama....
Lepas situ.
Singgah Popular IOI dulu.
Mana tahu ada buku terbaru..

Balik rumah.
Jemputan beraya kat Rumah CDM Roshila.
Molek benar, perut masih ada ruang kosong.

Kami apa lagi dengan pantas ke sana.
Bawa sekali Si Amza..

Sampai-sampai dah ramai geng biz.
Sedang membedal apa yang terhidang kat meja.
Menambah lemak yang berkurang sikit ketika puasa.
Ng & Kenny pun dah sampai.
CDM Kuyah pun ada. Dok mimpi-mimpi nak dapat menantu.
CDM Faridah & CDM Dzulfauzilah pun ada..
CDM Yan & DDM Khairulnizam pun ada.
CDM Kapten War & CDM Haryati pun ada.
CDM Hasmidar & Syed je sama sampai dengan kami.
Sampai je, terus mulakan misi.
Sikit ambil tu. Sikit ambil ni...

Lama tak berkumpul.
Riuh rendah, macam pasar borong.
Dah macam adik beradik.
Itulah uniknya ATM181.
Bukan duit saja kita bersama ATM181,
tapi persaudaraan semakin erat.

Banyaklah kisahnya.
Kisah raya.
Kisah anak bertunang.
Kisah biz semakin rancak.
Kisah PB semakin tak menang tangan.
Gossip kami tak main.
Tak membantu kukuhkan biz tapi sebaliknya meruntuh apa yang telah dan sedang dibina.
Sebelum bersurai. Bergambar ramai-ramai sebagai kenangan. Jadi sejarah kami semua.
Balik rumah sekejap.
Hantar Amza dan solat asar.
Bergerak ke Nilai.
Ke rumah CDM Norzarina Ismail.
Sahabat lama yang kekal bersahabat.
Sahabat dan sekali gus rakan niaga.
Pilih laluan Dengkil.
Elak jem kat PLUS.
CDM Faridah & CDM Dzul sampai lebih awal dari kami.
Dari rumah CDM Roshila terus ke sini.

Kat sana jumpa dengan CDM Pah & DDM Nik.
Dah orang biz.
Sembangnya tak lari dari biz.
Kalau lari pun sikit-sikit je lah.
Itu pun pasal raya sahaja.
Masing-masing meluah rasa.
Sayang pada ATM181.
Nak mula. Nak mula. Nak pulun.
Nak kaya seperti mereka yang kaya...
Tapi bagi aku, buat jangan berhenti.

Hampir jam 7 petang.
Kami berangkat pulang.
Singgah dulu kat Alamanda.
Beli buku kat MPH.

Lepas Kelas.....

Lepas kelas.
Minum & sembang kat sini sekejap.
Dah lama tak kena teh tarik kaw.
Dah lama tak jumpa dengan geng biz.
Dah lama tak dengar citera dari geng biz.

Panaskan apa yang sejuk.
Bakar apa yang patut bakar.
Asah apa yang patut asah.

Cuti raya panjang sangat.
Bulan puasa tak sempat jumpa.
Terlalu sibuk dengan biz PB.
Hari ini pun tak lama.
Sekejap je, balik awal.
Kena rehat cukup, bangun pagi mood biz tip top.
Tak layu. Tak kuyu.

Share biz.
Share mehnah biz.
Share urusan dana.
Share testimoni PB.
Share macam-macam la.
Share apa yang patut share.

Sembang dengan orang lama tak perlu lama.
Sikit dah cukup. Sikit dah meletop.

Mereka yang ada tadi:
CDM Yan, CDM Zana, DDM Nizam, CDM Shila.
CDM Zefry dengan rakan kongsinya kat meja lain...
CDM Aida bersama rakan niaganya.
 JTX 1000 & BA & PB.
Masih hits dipasaran.
Masih panas.
Ramai yang belum miliki.

Tahniah Abe Li & Kak Wan.

Tahniah.
Zulkepli Kadir & Noraini Harun.
Perkahwinan pertama dalam keluarga.
Pada hari khamis, 23/8/2012.
Bersamaan dengan hari raya ke-5.
Anak ke-2 mereka, iaitu
 Norafifi Bt. Zulkepli telah diijabkabulkan dengan Ahmad Zahidi.

Selasa, 28 Ogos 2012

Mee Kkuah....


20120824_141525, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Menu wajib balik Kelate.
Atas pasar Tanah Merah.

Roti Tempaye!!!

Kalaulah ada kat KL.
Tentu best 'giler'..
Roti tempaye, selembut ini.
Cicah pulak kuah kambing.
Sukar nak digambarkan....
Betapa syoknya menikmati.
Kalau gi gak, sekurang-kurangnya 2 butir baru ngimboh gi..

Dah jadi macam satu kemestian.
Sejak diperkenalkan oleh tok ttua.
Kalau balik Kelate, mesti singgah sini.
Depan Pasaraya Jeliro, Jale KB-Machang.
Tepi jalan je, petang-petang penuh dengan peminatnya.
Tukang buat pun bukan orang kita.
Aku rasa orang Pakistan, kalau tengok dari wajah mereka.
Kami singgah, masa balik raya hari tu.
Kalau tak silap raya ke-6 kami singgah..

Kat Precint 16 sedap doh.
Tapi kuah dia ala-ala kure sikit kalau nak banding dengan gulai kambing hok dale gambar ni..


Isnin, 27 Ogos 2012

Sabtu Menuju KL.

Kami sampai KL. Jam 5.45 pagi. Itu yang pasti. Jam berapa kami bertolak dari Kelantan. Susah nak cakap. Keluar dari rumah Mek Putih dari jam 11.30 pagi lagi.

Destinasi pertama kami hari sabtu tu ialah Kg Jelor Pasir Putih. Ngatar Kak Ngah. Acara bermula lebih kurang 12.45 tengahari. Nak awal. Ramai yang sangkut jem. Ada yang datang dari KB. Ada ang datang dari Jertih. Ada yang datang dari Kuala Kerai. Serbuan bermula bila semua sampai. Ngap sekejap je. Memang dah kosongkan perut. CDM Indawati & DSM Wan pun datang.

Lepas sini. Kami bergerak ke KB. Lalu ikut Bachok nah, nak elok jem. Nak hantar Aiman ke asrama. Sebelum hantar, kena beli dulu barang-barang keperluannya dululah. Macam-macam kena ada. Kalau tak ada susah kami. Nanti tak ada orang nak tolong beli pulak. Kami singgah di Billion dulu.
Billion KB.
Lepas Billion. Kami singgah pulak. Makan maggi celup dulu. Nasib baik. Masih sempat. Kami customer paling akhir. Selepas kami masih ramai yang datang. Tapi barang dah habis. Kelik ssajo. Tapi kami rasa, mereka boleh datang semula esok. Kami tok leh doh. Oder 4 maggi celup dengan 1 mee celup. Kena extra sokmo kalu makan...

Lepas makan-makan. Baru gi hantar Aiman ke sekolahnya. Kami kena 2 kali gi. Gi mula-mula, tertinggal tuala. Kena pusing semula. Nasib baik belum jauh lagi.

Lepas tu kami keluar KB. Nasib baik jalan tak jem. Sekejap je sampai Masjid Lemal. CDM Kartini, solat jamak kat situ. Aku dah solat semasa tunggu mereka shopping kat Billion. Sempat bincang-bincang. Nak ikut laluan mana, nak gi KL. Kami pilih ikut Jeli-Gerik.

Jam 7.15 malam, kami bergerak ke Tanah Merah. Lepas tu langsung ke Jeli. Kami singgah solat Jamak di Masjid Batu 8. 

Lepas solat kat situ. Kami sambung perjalanan menuju KL. Singgah dulu di Petronas Jeli. Isi petrol. Beli apa-apa yang patut sebagai bekalan sepanjang perjalanan. Kat sini dah jam 9 malam.

Nasib baik. Atas bukit. Aku tak mengantuk. Boleh bawa drive ok je. Sampai hentian Perah. Rehat. Isi perut dulu.

Dari situ menuju ke Kuala Kangsar. Penuh liku. Mengantuk yang amat. Drive pun slow je. Nak tidur. Tak ada tempat sesuai. terpaksalah drive juga. Beberapa kali juga aku berhenti. Basuh muka dengan air garam buluh. Drive sehingga tak boleh drive. Tidur juga kat tepi jalan. Pilih lokasi dekat dengan kedai makan. Lena juga hampir 30 minit.

Sambung perjalanan. Akhirnya sampai juga kat Plaza Tol Kuala Kangsar. Singgah. Jatuh hukum dulu. Mula-mula plan nak tidur kat situ. Tapi macam tak sesuai. Jadi aku paksa drive sehingga Hentian Sungai Perak. Tidur sakan. Sejam juga aku tidur kat situ. Hampir jam 4 pagi baru tersedar.

Drive lagi. Sampai Hentian Simpang Pulai. Tukar pilot. Pilot sebelah dah lena sejak atas bukit lagi. Sambung lagi dari Gerik ke Hentian Simpang Pulai. 

Gilir aku pula tidur. CDM Kartini pula drive....

Sampai rumah KL. Menjelang subuh. Lepas solat subuh. Tidur kembali....

Jual Loching.


20120825_161659, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Rajin bekerja.
Tekun bekerja
Sabar dengan karenah pelanggang.
Bijak pilih lokasi. Depan Billion KB.
Bijak pilih produk,.
Dulu hanya loching(sate ikan).
Kini dah ada beberapa produk lain.
Bila produk bertambah, income juga akan naik.
Tak henti-henti orang beli.

Tak perlu sijil.
Perlu rajin saja.
Pilih tempat sesuai.
Pasti berbaloi-baloi.
Tak ada arahan sape-sape.
Nak cuti ke, nak kerja ke...

Biasanya mereka ni jual ambil komisen saja.
Tokey yang punya. Biasanya tokey ada lebih 10 orang yang jual macamam gini...
Berapa untungnya tokey...bikin puluh ribu sebulan.....

Terbaik Dari Ladang..

Petik Rambutan & Menikmati terus.

Daging segar dari ladang...untuk kenduri anak buah.

Ikan Toman segar dari sungai...

Pucuk Ubi...wow! celur pun sedap.
Sedang renung masa depan.
Kongsi pagi-pagi.
Sebelum hantar ke sekolah.
Sebelum mulakan langkah.
Sebelum jumpa prospek.
Sebelum atur plan hari ini.

Biz mesti jalan hari ini.
Tak kira, pagi ke, tengahari ke, petang ke atau malam ke.
Dah rehat sakan masa raya.
Masih sempat untuk punch bulan ini.
Masih ada masa.

Ujian Raya...

Raya 2012...
Ujian dari yang Maha Esa.
Orang langgar belakang.
Kita pula langgar kereta depan.
Nasib baik kereta depan, ok je.
Kena pula raya ke-3.
Kat Jertih.
Nasib baik tak ada apa-apa.

Sukur!
Ini kecil je.
Ada yang sampai kematian.


Ada kes yang aku dengar.
Jumaat sebelum raya.
Kemalangan di Pak Badol Pasir Putih.
Menyebabkan kematian isteri dan anak-anak.

Suami hantar isteri dan anak-anak ke kampung.
Sampai ke Kelate jam 1 pagi.
Lepas sahur, mereka pula ke Airport KB.
Suami kena terbang ke KL.
Suami tak leh cuti raya.

Suami terbang ke KL.
Isteri patah balik ke Selising.
Sampai kat Pak Badol.
Kemalangan.
Langgar lori ais.
Pemandu/isteri dan anak-anak (anak ada dua sahaja) meninggal...
Suami sampai KL.
Orang kat kampung call..

Al-Fatihah buat mereka.

Ahad, 26 Ogos 2012

Kereta Banyak!!

Raya ke -5. Sangkut kesesakan lalu lintas.  Dari Machang ke Tanah Merah. Perlukan 2 jam. Biasanyan hanya 15 minit sahaja. Raya dan sabar tak boleh pisah. Raya mesti banyak-banyak sabar. Sangkut jem adalah biasa..Kalau boleh elak tapi memang dah tak boleh elak.

Pesan Buat Aku!!

Pesan buat Mat Din: Teruskan solat berjemaah sampai mati. Solat berjemaah 27 kali ganda dari solat sendirian. Pilihan ditangan kamu Mat Din. Aku pesan ni, agar kamu tak menyesal di sana nanti. Hidup ini pasti berakhir. Masanya kita tak tahu. Sentiasalah buat yang terbaik untuk akhirat kamu Mat Din..

Rabu, 22 Ogos 2012

3 Pakej Menanti!!!!

Kami temui bakal prospek comel semasa makan di Restoran Saba. Mereka ni kembar. Ibu mereka dari Kepulauan Sulewesi. 
Farisha, Khalisha dan Narisha. Umur mereka belum cecah 2 tahun. Baru 19 bulan. Kena tunggu dululah. Kena follow up. Bila mereka cecah umur 18 tahun nanti. hihihihihi.

Lambat tegur. Mereka dah nak balik. Tak sempat nak minta no hp. Lambat bertindak. Asyik membedal Harnish Lamb. Terlupa nak tegur orang sebelah..

Setelah menanti lebih 2,937,600 saat. Hari ini aku melantak nasi arab....hihihi

Isnin, 20 Ogos 2012

Misi & Visi Tahun 2013...4

Beraya hari ini.
Dapat hadiah buku.
2 buah lagi.
1 novel.
1 psysiologi.

Dua dua menarik.
Bila nak baca?
Dah menunggu masih ada.
Tambah lagi hari ini punya.

Lepas raya.
Bizi biz.
Kena pandai bagi masa.
Kalau tak, susah wow!

Projek lepas raya.
Projek tahun 2013 punya.
Bina leader untuk tahun depan.
Bina line untuk tahun depan.
Cari seramai mungkin.
Dilatih untuk bergerak tahun depan.
Bimbing tahun ini, tahun depan bergerak sendiri.
Pimpin tahun ini, tahun depan pimpin dline sendiri.
Asah tahun ini, tahun depan boleh asah dline sendiri.
Pendek kata. Visi dan misi tahun depan dah boleh mula.
Jangan tunggu tahun depan.
Dah terlambat.
Jangan rehat lepas raya.
Jangan main-main lepas raya.
Lepas raya, banyak pakai duit.
Lepas raya, meniaga lebih jadi.
Momentum ramadhan berterusan.

Raya & Bonus ATM181.

Raya.
Raya.
Raya.
Seminggu cuti.
Bonus masuk sebelum raya.
Gaji masuk sebelum raya.
Bonus gomen masuk belum raya.

Lepas raya!!!!!
Gajii gomen, lambat lagi.
Hanya bonus ATM tetap 10/9/2012.
Syukur pulun semasa puasa.
Kalau tak, sikit kering.

Lepas raya!!!!!!
Balik KL.
Duit raya kena lagi.
Geng KL pulak...
Hihihihihi

Lepas Gian!!!!

Nasib baik. Raya ke 2, dah ada kedai makan buka. Boleh bedal pagi-pagi nasi belauk ikan ayo + ayam goreng.
Lepas gian. Orang KL balik kg. Tak bedal nasi belauk memang tak sah. Hari ini tak boleh persoal sedap ke tak sedap. Asal ada kedai buka pun dah cukup baik....

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kisah Sahabat.

Sebelum berbuka.
Pusing kampung.
Terjumpa dengan salah seorang sahabat.
Dah lama tak jumpa & sembang.
Tadi dalam masa 10 minit sempat bertanya kabar.
Sekarang ni sedang sakit.
Sakit buah pinggang.
Mula ikuti dialisis sejak puasa.
Kena buat dialisis kat Machang.
Kat Tanah Merah dah full.
Kena 3 kali seminggu.
Sekali buat perlu empat jam.
Lepas buat memang penat....
Dah tak boleh kerja penat.
Sekadar bantu isteri menoreh getah.
Mula dialisis jam 2 petang.
Jam 6 baru siap.
Betul-betul siap bisa terlepas solat asar.
Aku pernah dengar, orang dialisis boleh solat jamak.
Simpati pada sahabat tersebut.
Anak 3 orang.
Sulung dah 17 tahun...
Kos dialisis ditanggung JKM.
Ikut ceritanya, buah pinggang rosak akibat ubat darah tinggi....

Paling penting. Jaga kesihatan. Jaga makan. Bila dah sakit, duit banyak diperlukan. Simpanan boleh kering.

Raya & Biz....

Terkejut, bila baca status kat wall aku. Masih ada yang bizi biz. Ada yang nak gi servis BA. Ada juga yang sedang pasang BA. Ada juga yang sedang share peluang jadi usahawan. Ada juga yang sedang fitting PB.
Pendek kata, raya tak jejas mood biz. Raya tak jejas tambah duit. Raya tak jejas usaha tambah PV dan BV.

100 mokniko colek.

Jam 11 malam. Dapat call dari CDM. Ajak keluar. Ajak makan colek. Dah tak ada nak buat. Syoknya dapat keluar.
Ingatkan sekitar Pasir Putih. Rupa-rupanya sampai KB.
Gerai 100 mokniko colek. Terkejut aku. Ramainya manusia nak makan colek. Dok tunggu meja kosong pun ramai. Ada yang jenis malu-malu nak cari meja 0. Lebih 1 jam tunggu.

Bila dapat colek. Senyap belako. Makan sekejap, tunggu lebih lama. Memang mables.
Tak rugi. Harganya murah. 1 kepala RM5 sahaja.

Semalam nampak macam orang luar. Baru sampai. Itu yang sanggup tunggu wpun lama. Kebulur nak bedal colek. Aku pasti tempat mereka tak ada colek sebegini. Tengok colek tersusun pun dah teruja nak bedal. Gi pula dengan CDM Fazlan yang sama-sama kuat membedal. 2.30 pagi baru blah. Sampai Pasir Putih jam 3 pagi. Tidur....

Jumaat, 17 Ogos 2012

Tuan Guru Haji Mohd Yassin.

Lepas jumaat ralit dok layan buku ini. Makin baca, makin syok pula.
Hj Mohd Yassin, tokoh ilmuan Malaysia. Belajar di Malaysia.
Mengajar di sekitar Muar. Tekankan keseimbangan dunia dan akhirat.
Kuat pertahankan Kaum Tua.
Bina sekolah agama.


Ayah Pin?

Saja nak kongsi satu kisah. Kisah ni terjadi di Malaysia. Berlaku pada salah seorang penduduknya. Mungkin sedih. Mungkin tak sedih. Mungkin tak ada apa-apa perasaan.

Kisah bagaimana seorang hamba Allah sanggup serah duit gaji bulanan dan keretanya pada salah seorang pemimpin kerajaan langit yang beliau temui di R&R Air Keroh. Dalam pertemuan tersebut, mereka hanya sembang- sembang biasa saja. Macam kita jumpa stranger. Tanya tu, tanya ni.

Selepas pertemuan tersebut. Beliau teringat pada orang tersebut. Sanggup jumpa lagi. Selepas pertemuan ke dua, terus jadi pengikutnya. Duit gaji RM6000 dan kereta diserah pada orang tersebut. Lupa tanggujawab pada keluarga. Padahal sebelum tu,amat baik pada keluarga.

Perlu redha katanya. Kalau sibuk tak payah solat. Macam-macam lagi ajaran sesat.

Kes terjadi 3 bulan lepas. Kami dengar kisah ini dari salah seorang rakan kongsi ATM yang nak gi fitting PB pada isteri mangsa. Tak jadi nak fitting, dok dengar kisah tragis. Nak makan pun susah. Duit gaji diserah pada orang tu.

Kalsu ikut cerita isteri mangsa. Orang yang suaminya jumpa adalah salah seorang pemimpin kerajaan langit....

Masih ada lagi ke kerajaan langit? Atau kerajaan langit yang baru. Setahu aku, kerajaan langit adalah kumpulan ajaran sesat ajaran Ayah Pin....Kalau yang sama. Ini bererti ada lagi saki baki ajarannya. Kalau ikut cerita isteri mangsa, suaminya pernah jumpa Ayah Pin.

Aku sekadar kongsi je.

Khamis, 16 Ogos 2012

Pesan Berguna...

Rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. Jadi sentiasa bersemangat, sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. Dan kamu juga akan bertemu perkara yang baik-baik.-Glorie Abelhas

Rabu, 15 Ogos 2012

Kesian Amar

Amar masih demam.
Sekejap ok. Sekejap x ok.


Masih Berjuang.

Wow!
Kami dah sampai Kelantan.
Bertolak lepas kelas ATM.
Jam 1 pagi.
Bertolak awal, elak jam.
Kerja sendiri kita ada banyak pilihan.
Kenderaan tak banyak. Lancar.
Sahur dan solat subub di surau Teluk Gunung.
Nasi putih dan ayam goreng. Dah cukup berselera.

Bagi warga ATM yang lain.
Kami tahu, anda sedang berbiz.
Anda masih fitting PB.
Anda masih share peluang.
Anda masih ghairah berbiz.
Saat akhir, biasanya lebih ganas.

Peluang tetap terbuka.
Peluang tetap ada.
Bila dan di mana sahaja.
Asalkan kita buka mulut.
Asalkan kita tanya prospek.
Raya, peluang buat sales PB.
Raya, peluang tambah senarai nama.
Raya, peluang jumpa kawan sekampung.
Raya, peluang jumpa geng-geng sekolah.
Raya, peluang tetap datang....

Selasa, 14 Ogos 2012

Rindu Ibu.


20120804_142817, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Buku puisi untuk kanak-kanak.
dihasilkan oleh a samad said.

Seronok baca.
Mudah dan simple.

Puisinya tak susah nak paham.
Tak puas baca...

Pilih Dengar Positif!

Selasa.
14 Ogos 2012.
Apa hantu yang kacau.
Pagi-pagi dah ada entri baru.

Bukan apa.
Semalam sembang dengan beberapa leader.
Sembang pasal biz. Sembang pasal syoknya berbiz.
Sembang pasal dana. Sembang pasal testimoni pakai PB.
Sembang pasal syoknya shopping raya.
Sembang pasal testimoni income rakan kongsi.
Sembang hal-hal positif. Sembang hal-hal putih.
Sembang hal-hal jadi. Sembang hal-hal 'yes'.
Banyak masa aku jadi pendengar je.
Aku jadi semangat. Momentum menjadi-jadi.
Dengan dengar je sembang-sembang positif dah teruja.
Apatah lagi kalau kita sendiri yang cakap-cakap positif.
Telinga kita paling dulu dengar dari orang lain.
Sebab telinga paling dekat dengan mulut.
Oleh itu, jagalah cakap-cakap kita.
Oleh itu, jagalah sembang-sembang kita.
Sembang-sembang yang positif. Sembang-sembang yang membakar semangat.
Biarlah kita selalu tempatkan diri kita dekat dengan orang yang suka cakap positif.
Cakap-cakap yang positif. Cakap-cakap memberi motivasi.
Elakkan dari dekat-dekat dengan orang negatif.
Kalau mahu biz bertahan lama. Kalau tak mahu putus cek.
Orang negatif, suka lihat kita tumbang. Suka lihat kita kecundang.
Orang negatif suka lihat kita gagal berubah....

Pilih kawan. Pilih sahabat.
Pilih masa depan. Pilih kehidupan.

Terima Kasih Syam...

  

Isnin, 13 Ogos 2012

Ilmu Biz!

Aku teruja bila baca satu buku. Penulisnya sanggup drive dari KL ke Seberang Tambak Johor, semata-mata nak kutip ilmu dari uplinenya. Kadang-kadang seorang diri. Kadang-kadang bersama rakan niaganya. Perjalanannya sejauh 300KM dan masa perjalanan 3 jam dan tol cecah RM50 sehala. Bukan soalnya. Asalkan dapat sekelumit ilmu untuk besarkan biznya. Asalkan dapat bertahan lebih lama dalam biz MLM yang diceburinya. Pergi sana dan balik terus, tak bermalam sana. Segalanya berbaloi bila biznya semakin kembang. Segalanya berbaloi bila dia masih bertahan dalam biz tersebut. Segalanya berbaloi bila dapat aplikasikan ilmu yang dikutip. 


Armada Hotel: TQ CDM.

Berbuka puasa ditaja.
CDM Jai & CDM Yati.
Hotel Armada PJ.
Mungkin rezeki lebih dibulan puasa....

Aku tertanya-tanya.
Kenapa pilih Hotel Armada.
Apa yang lebihnya hotel ini.

Nasib baik mudah nak cari.
Jalan tak sesak sangat.
Tak sampai 20 minit dah sampai.
6.45 petang kami dah tercokoh kat situ.
Nasib baik penaja kami, juga telah tercokoh kat situ.
Rezeki jangan ditolak. Bala jangan dicari.
Dah semakin mahal. Tiap-tiap tahun akan naik. Tahun depan dah berapa?
Wow! Menanti waktu berbuka. Ambil makanan awal. Orang belum ramai. Tak payah beratur. Sikit sikit, akhirnya penuh meja. Nak tu, nak ni.
Wow! Syoknya berbuka bersama..
CDM-CDM penyeri Akademi Taipan Malaysia. Tak jemu-jemu pasarkan PB. Tak jemu-jemu tanam G15. Tak jemu-jemu menjayakan. Tak jemu-jemu beri inspirasi buat ATM.
CDM Jai. Semakin menjadi biz. Semakin mantap skill convince. Group sedang kembang mendalam dan melebar. Kerja tak kenal penat. Kerja tak kenal letih. Asalkan rakan niaga capai apa yang mereka impikan.
Macam-macam menu. Tapi ini dah cukup. Antara menu tip-top semalam roti canai durian.
Sebelum belah. Sempat abadikan kenangan. Agar kekal sepanjang hayat. Terima kasih buat CDM berdua. Agar dimurahkan rezeki dan jadi ikon rakyat Malaysia. Membantu/Membimbing lebih ramai lagi.
Orang berbuka tak penuh.
Mungkin orang sibuk beli persiapan raya.
Tak payah beratur, ambil makanan.

Hampir 100 menu.
Menu-menunya memang best.
Tak rugi, dijemput ke sini.
Boleh masuk dalam destinasi akan datang.

Bukan makan saja.
Tapi selang seli dengan bincang pasal biz.
Macamana nak jayakan lebih ramai orang lagi.

Jumpa Kat Sini.


20120812_214841, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Siapa sangka.
Jumpa kat tempat sibuk.
Baru je sebut-sebut nak jumpa.
Terjumpa akhirnya.
Dapatlah no hp.
Senang nak hubungi.

Masih Kat Situ.: Lan

Lan & Kartini.
Siapa Lan?
Apa istimewanya?
Macam biasa jumpa je!

Dah lama kenal.
Masa biz dulu-dulu.
Masa biz tudung/brooch kat Jalan TAR.

Lan kerja jaga kedai.
Dah 16 tahun kerja tu.
Kerja dari umurnya 14 tahun lagi.
Masih kerja tu lagi.
Masih setia dengan tokey sama.
Cuma beralih kedai sahaja.
Senang hati tokey dapat pekerja sepertinya.
Boleh diharap serta jujur.
Tokeynya seorang guru.

Dah lama biz.
Dah ramai customer tetapnya.
Ada yang ambil borong, jual kat opis-opis.

Bila opis gomen dah pindah Putrajaya.
Rehat hari jumaat, dah lengang tak macam dulu.
Kalau tak penuh dengan customer.

Lepas raya.
Customer luar pula sampai.
Seperti Singapore & Brunai.
Salesnya boleh tahan.

Pengalaman biz.
Jangan cite.
Terlalu banyak.
Belum kahwin.
Asal Repet, Pasir Mas.

Ahad, 12 Ogos 2012

Aku & Biz.

Ahad.
12 Ogos 2012.
Betul-betul rehat.
Tak gi mana-mana.
Sekadar keluar cari paper sahaja.
Sekejap-sekejap tengok fb.
Ambil motivasi dari rakan-rakan.
Tumpang seronok, lihat foto-foto mereka bershopping.
Teruja baca status kesibukan kongsi kebaikan PB, merata tempat.
Seolah-olah bagi mereka tak ada raya tahun ini.

Aku terterap kat rumah.
Terperap kat bilik lagi tepat.
Bertemankan macam-macam yang boleh aku baca.
Kutip sikit situ. Kutip sikit sini.
Baca Metro Ahad. Baca The Star. Baca Harakah.
Mingguan Ahad....Serabut perut baca.
Bukan macam berita tapi ...tak payah cakap.
Aku baca hanyalah ruang pancaindera sajalah.
Lain-lain tu tak ada mood.
Rasa bersalah pula bila baca isi-isinya...

Maid masak laksam sahaja.
Nasi tak ada hari ini.hi!hi!hi!
Baby nak ayam KFC.
Kami, CDM Jai & Yati ajak berbuka kat Hotel Armada.


Biz.
Biz.
Biz.
Masih jalan.
Masih bergerak.
Masih bertindak.
Masih cerah.
Masih ok.
Masih fitting PB.
Masih kongsi MP.
Masih bagi flayers.
Masih tunggu bakal prospek.

Buka Puasa & Motivasi.

Majlis buka puasa di TTC.
Sabtu, 11 Ogos 2012.
Hujung minggu, ketika kesibukan melanda warga ATM.
Keseronokan bershopping raya sehingga terlepas majlis buka puasa.
Ada yang sangkut di jalanan. Ada yang sangkut ketika shopping.
Ada yang balik kampung berbuka bersama keluarga.
Ada juga yang berbuka dengan kelab motor, kelab keta, kelab futsal dan macam-macam lagi kelab.

Namun begitu, kemeriahan tetap macam dulu-dulu.
Dapat menikmati makanan sepuas-puasnya.
Ada tomyam udang, ada roti john, ada cik mek molek, ada mee,
ada behun dan macam-macam lagi....
Wow! memang ngam semalam.Puas hati.
Macam-macam ada. Somtam ada, ulam-ulam ada, sambal belacan ada, ikan goreng. DSM Syam menyuap sampai tak ingat orang sebelah.
CDM Wan Iskandar bersama isteri dan anak-anak turut hadir memeriahkan majlis buka puasa.
CDM Shahril & CDM Hanim..
CDM Faridah & CDM Aida..
CDM Inda & CDM Roshila..
Wow! Keciknya mangkuk...apa isi?
Terima kasih CDM Fitri, CDM Ayu, DDM Din dan DSM Aam.
Dari Penang turun ke TTC. Bukan sekadar buka puasa tapi suntikan motivasi pun dapat.
Dapat strategi baru serta info-info terbaru pasal biz Akademi Taipan Malaysia.
Bukan selalu dapat jumpa ramai-ramai CDM sekali gus, pasti banyak dapat semangat.
Dapat berkongsi macamana leader lain buat kerja, hingga dapat income 5 angka sebulan.
Pendek kata tak rugi sape yang datang semalam...
Powered By Blogger