Bechah Kelubi nama kampung.
Terletak dalam daerah Pasir Mas.
Bersempadan dengan kampung Bukit Panau.
Aku balik pagi-pagi khamis.
Jam 4 pagi meredah hujan menuju Kelantan.
Seorang diri, CDM Kartini dah tak larat.
Balik kampung.
Mak aku adakan tahlil untuk arwah chek.
'Make 40 hari' kata ore kelate.
'Make 40 hari', kenduri lebih besar sikit,
kalau nak dibandingkan dengan ngatik male jumaat yang lain.
Selain ngatik, ada juga group baca al-quran.
30 juzuk dengan 15 orang pembaca.
jadi setiap orang baca 2 juzuk.
90 minit lebih kurang masa yang diambil.
Sunyi sepi. Tak ada manusia lagi. Jam 4.15 pagi. Kadang-kadang takut juga nak isi petrol, mana tahu ada orang jahat yang menunggu peluang. Tapi syukur pagi tu, ok je. |
Wow! Penuh.Sampai Kelantan. |
Perjalanan lancar. Kereta belum banyak lagi masa tu.
Lepas isi petrol di shell bypass bukit jalil puchong.
Terus pecut, tinggalkan KL menuju Kelantan melalui MRR2.
Tak sempat solat berjemaah. Sampai orang dah siap solat.
Syukur, masih ada yang menghidupkan masjid waktu subuh, walaupun tak ramai.
Hanya 5 orang, itu pun semuanya lelaki.
Harap semua tahu, tapi ramai tak perasan masjid ni. Tepi jalan. Jarang orang berhenti kat sini.
Ramai memilih berhenti solat dan rehat di surau teluk gunung, merapoh.
Tak jauh dengan Sekolah Pagar Sasak.
Teruskan perjalanan dan sampai kat Tanah Merah jam 8 lebih.
Singgah makan nasi belauk ayam kampung bersama ayam bakar.
Pengganti mee kkuoh mat zin, maggi celup. wow! capai standard. |
Sampai rumah. Rehat-rehat.
Orang dah sibuk buat persiapan.
Lepas zohor, dah ada tetamu yang datang.
Lepas zohor.
Aku ke KB.
Ambil Aiman dan Dira.
Jalan dah sesak.
Simpang Spital Lati dah jam sampai ke bulatan.
Hampir 15 minit juga.
Balik KB, sampai rumah jam 6 petang.
Tunggu tahlil pada malamnya...
Akademi Taipan181 bersedia membimbing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan