Jom Follow

Selasa, 14 Jun 2011

Istiqamah.


kelemahan kita.
tak istiqamah dalam buat sesuatu usaha.
buat 'gile-giler' ketika panas-panas.
buat yang terbaik ketika semangat memuncak.
bila sejuk, buat pun asal buat atau terus tak buat.
datanglah berbagai-bagai alasan yang muluk-muluk
muncullah berbagai-bagai dalih yang berbelit-belit.
alangkah bagusnya kalau kita berdisiplin buat sesuatu.
 
Contohnya;
nak jogging setiap pagi atau 3 kali seminggu.
kita hanya buat untuk 1,2 minggu je.
masa semangat, siap beli kasut, baju dan seluar baru.
pakai 2,3 kali, malas mula mencengkam.
lepas tu tak buat. tidur juga jadi pilihan.
ada yang beli basikal.
naik 2 kali, basikal masuk stor.
berabut dan tak keluar-keluar lagi.
lemas basikal tu.
kalau kita punyai disiplin, kita akan buat berterusan.
kekal bertahun-tahun, mungkin sepanjang hayat.
datanglah apa cabaran kita tetap buat.
kita tetap lakukan. gi mana pun kita tetap buat.
aku pernah jumpa mak cik yang jogging setiap pagi dah 30 tahun.
setiap pagi buat. taip pagi turun padang. tiap pagi bersama geng-geng jogging.
pagi mereka bukan seperti pagi kita.
pagi mereka jam 5 lebih dah mula.
kita jam 7 baru nak keluar, mereka dah balik.
aku dengar pun macam tak percaya.
tapi itulah yang dia cakap kat aku.
tengok muka pun, tak percaya dah 60 tahu.
aku rasa seperti 50-an baru.
itulah ajaibnya bersenam setiap hari tanpa henti.
aku 2,3 bulan je buat dah berkubur. lupa jalan nak ke padang.
 
2,3 hari aku mula jogging balik.
keliling taman perumahan baru.
azamnya nak setiap hari buat.
harap kekal lebih lama azam tersebut.
jangan tinggal harapan. padahal bukan ada kerja pagi-pagi.
umur begini, dah patut sangat konsisten jogging.
penyakit mula menyerang, kalau tak disiplin alamak pendek umur.
umur panjang pun, dok terlantar buat apa.
menyusahkan orang je.

disiplin paling penting dalam hidup.
nak buat amal pun mesti istiqamah.
sikit tapi berterusan.
contohnya;
azam nak baca al-quran setiap pagi.
lepas solat subuh.
bacalah walau satu muka surat.
tiap-tiap pagi, akan khatam juga suatu hari.
masalahnya 1,2 minggu je buat.
lepas tu terus tak baca.
padahal kita tahu, setiap huruf yang kita baca tu Allah bagi 10 kebajikan.
kenapa tak berterusan buat.
malas dan kurang berdisiplin.
lama-lama start balik. entah bila nak khatam.
asyik mula juzuk 1.
alangkah bagus, 
mulakan pagi kita dengan baca al-quran.
dapat istiqamah pulak tu.
berpuluh-puluh tahun, setiap pagi kita bacanya.
betapa lancarnya kita.
tapi disiplin kita kurang.
jadi sekerat jalan.
tak setiap pagi puntak apa.
asalkan setiap hari kita bagi masa untuk bacanya.
sibuk macamana pun ambil sekejap al-quran tu.
pegang dan cium pun dah dapat pahala.
kenapa tak buat juga?
kita yang malas dan tak ada disiplin.

begitu juga disiplin makan pemakanan kesihatan.
tengok orang muka cantik dan berseri-seri.
kita pun mahu. orang makan setiap hari bertahun-tahun.
kita setakat 1 botol dah stop. mana nak berkesan.
disiplin amat penting kalau mahu berjaya.

dalam mlm pun sama.
disiplin wajib ada.
baru boleh berjaya.
baru boleh kekal berjaya.
baru boleh berterusan berjaya.
baru boleh cipta kejayaan tanpa henti.
disiplin dalam menaja.
berapa orang baru sebulan?
katakan 5 orang. kita kekalkan disiplin tersebut bertahun-tahun.
bukannya untuk sebulan 2 je. malah sepanjang hayat kita berniaga.
disiplin datang kelas/seminar/aktiviti syarikat.
kita hadirinya tanpa kecuali. ada kerja lain kita mesti tinggalakn.
kecuali kes hidup atau mati.
ini tidak, hadirinya ketika ada masa free.
disiplin datang kelas berterusan.
walaupun dah berada di puncak.
datang kelas selagi kita nak berniaga.
bukan datang kelas masa mula-mula berniaga.
dah lama sikit, tak perlu datang lagi.
dah berjaya. dah kaya. dah jutawan.
wajib datang kelas kalau nak berniaga.
tak datang kelas, usahlah bermimpi kejayaan dalam mlm.
disiplin datang kelas wajib ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger