Jom Follow

Selasa, 27 Ogos 2013

Seminar Seberang Laut FF1

Kah!Kah!Kah!Kah!
FF1 masih hidup. FF1 sedang hidup.
FF1 sedang booom berniaganya.FF1 masih bertenaga.
FF1 semakin kukuh, walau ada yang sinis, 'tak besar mana pun meniaganya.'

Seminar ini FF1 yang buat.
Aku datang support je. Seronok bersama mereka.
Semangat mereka berjangkit pada aku. kikiki
Aku jadi bersemangat.

Nampak mudah nak urus sehingga jadi seminar.
Cuba buat, kalau semudah cakap.
Nak urus hotel. Nak urus peserta. Nak urus penceramah.

Buat untuk kumpul seramai yang boleh.
Bila ramai berkumpul, bakar sekali. Panasnya lain macam.

Sebahagian penceramah yang kongsi kisah bisnes semasa seminar ini.





Sudah lama buat. Sedang petik hasilnya.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Buku.

Masih baru.
Kena mula balik.
Slow-slow dulu.
Tengah asal skill semula.
Bukan mudah nak mula balik.
Bila lama berehat, salah sendiri.

Jumaat.
Solat Jumaat di Masjid BK 4.
Lepas solat ke Puchong Perdana.
Ke IOI, Popular.
Beli buku sikit.

Khamis, 22 Ogos 2013

Idea.

Lama berhenti.
Nak mula balik.
Susah sikit.
Idea tak berapa nak timbul.
Timbul pun tak berapa menarik.

Lama berhenti.
Hilang banyak peristiwa.
Puasa, Raya dan bisnes.
hihihi.
Apa boleh buat.
Penyakit malas kejap terlekat.

Aku Masih Hidup!

Lama aku hilangkan diri. kikiki.
Tiba-tiba malas melanda.
Tak menulis selama 50 hari.
Dah lama tak menulis, banyak momen indah hilang begitu saja.

Isnin, 1 Julai 2013

Ahad300613

Bertemu lagi. Berjumpa lagi. Hari ini dah 1 Julai 2013. Sungguh cepat masa berlalu. Dah bulan Julai. Matlamat yang diimpikan sudah ada yang dikecapi. Atau satu pun tak ada yang dikecapi setakat hari ini. 

Aku pun ada matlamat. Senang dilakukan. Payah nak istiqomah. Setiap hari menulis. Setiap hari mencatat. Setiap hari tanpa ketinggalan menulis. Tak boleh juga. Ada hari-hari yang lompang. Aku lemah pasal disiplin. 

Aku hairan. Seorang penulis. Menulis 10 muka surat setiap hari. Dua bulan satu buku siap. Aku, menulis 4,5 perenggang pun dah rasa panjang. Dah rasa boring. Dah habis idea. Sebab tulah tak ada buku yang telah siap. Tak apa. Aku menulis untuk suka-suka. Luah apa yang aku nak luah. Menulis dengan jujur. 

Semalam. Aku macam biasa. Tak ada kerja sangat. Dah hari ahad. Sabtu malam. Ada bola. Layan bola. Sedara jual air di stadium. Saja-saja. Suka-suka. Seronok-seronok. Nak rasai macamana perasaan menjadi penjaja di stadium. Masuk kena awal. Jam 12 dah tutup. Kena ada tag nama. Kat dalam tak boleh masak. Kena bawa yang dah siap. Air batu juga jadi barang penting. Satu lari, cukup untuk 2 booth. Oleh itu air batu jadi rebutan.

Layan bola dengan Amar. Amar dengan dunianya. Hanya aku yang betul-betul tumpu. Maklumla Kelantan yang main, lawan Johor. Sebelum sepak mula. Hati memang berdebar. Takut kalah. Tapi bila lihat ramalan pakar, ramai yang memilih Kelantan, buatkan aku sedikit tenteram. 

Malam tu, nasib baik. Johor tak kemah macam skalo. Kelantan pula makin kemah, sejak akhir-akhir ni. Gol awal. Minit ke-15. Jaringan tersebut kekal ke akhir. Penyokong berpuas hati. Aku juga puas hati.

Jadi pagi ahad. Lepas solat Subuh. Beli paper la. Sinar Harian. Nak baca liputan perlawanan semalam. Biasanya Sinar Harian lebih banyak liputannya. Suka punya pasal. Aku ni, jarang sangat beli Sinar Harian. Bola punya pasal beli juga hari tu. Bukan tu saja The Star dan Metro Ahad juga beli. Bola oh bola.

Jam 10 pagi. Astro ulang lagi. Aku tengok lagi. Siap bangunkan Aiman. Suruh tengok sekali. Dia dah pesan pada Maknya suruh kejutkan dia. Nak tengok game tersebut. Bila Maknya dah keluar bisnes, aku yang kejutkan. Wow! Syok bila tengok berteman. Semalam dah tengok. Hari ini pun tengok. Tak puas. hihihihi. Menang punya pasal.

Lepas solat Zuhur. Vrooom ke LCCT. Aiman nak balik KB. Esok dah sekolah. Balik KL, nak tonton bola. Singgah dulu di Dengkel. Pekena dulu cendol bakar.

Sampai LCCT. Alamak ramainya orang. Penyokong Kelantan pun ramai juga. Mungkin baru nak balik KB. 

Tiket Aiman dah beli. Bila gi kaunter, nama tak ada. Seolah-olah tak beli tiket pun. Why? Resit  beli tiket pun tak ada. Tertinggal di rumah. Terpaksa beli lain. Sepatut jam 4.25 flight. Jadi tiket baru, flight 5.45...

Mengantu yang amat. Sebelum Aiman boarding, membedal dulu. Aku yang membedal. Aiman tak. Minum je. Kuih teo sup dan nasi ayam.

Sampai rumah. Mengantuk sakan. Jam 6 pm. Tertidur. Terpaksa. Jam 7.50 pm baru sedar.  Lepas solat Maghrib. Rehat. Santai. Mem jumpa bakal prospek di IOI, belum balik lagi....

Mem balik. Hantar anak buah ke UPM. Singgah di Ramal Food Junction. Satay Willy. Orang ramai. Lama menanti. Hampir 50 minit menunggu. Masa menunggu membedal mee sup dulu. Kenyang. Bila satay sampai. Dah tak ghairah mana. Tak dapat menikmati kelazatan sepenuhnya.

Lepas tu hantar ke UPM. Aku dan Mem balik rumah. Tidur....

Jam 1 am. Jumpa Ddm Nizam. Minum di Rejab. Sampai habis extra 1. Balik sambung kat rumah...


Ahad, 30 Jun 2013

VLA: Kongsi Testimoni Terbaru.

Biarlah produk semakin kuat gemanya. Tahniah buat VLA yang tak henti-henti kongsi kebaikan bvsm dan bimbing sesiapa saja yang mahu menjadi usahawan bvsm. Paling utama, seseorang tu mesti berani. Tak boleh takut-takut dengan risiko. Risikonya mudah je. Kawan lari bila tahu, anda tercebur dengan MLM.
Terima Kasih Cdm Roshila...
Ni SS nak share tentang Adik Lya ~ 10 tahun ~dari Kg.Puyut Lahad Datu..
Adik Lya da guna bvsm ni lebih kurang 5bulan..
Masa mula2 jumpa Adik Lya ni sgt2 pemalu..
Xnak bercakap,suka menyendiri,selsema dan batuk silih berganti..

Boleh lihat yg SS upload..
Gambar kudis2 yg agak besar sentiasa ada di kaki Adik Lya..
Alhamdulillah sebulan menggunakan bvsm...
Beransur sembuh dan kini hanya tinggal kesan parut2 saja..
Kata ibunya Adik Lya semakin ceria,banyak cakap dan keletahnya mampu mencuit hati..

Cuba tengok gambar2 SS bersama Adik Lya...comelkan...
# SS sekadar berkongsi sahaja... semuanya dgn izin 

Aku pernah jumpa dengan adik ini semasa hari bio velocity di lahad datu 5 bulan lalu.

Kelantan VS Terengganu

Assalamualaikum semua. Perasaan macam nak sambut hari raya. Padahal puasa pun belum masuk lagi. Perasaan suka sejak semalam lagi. Perasaan seronok sejak semalam lagi. Pasal apa, kerana apa. Malam ni ada perlawanan akhir Piala FA, Final. 

Nak gambar perasaan sebenar ambo dan rakyat kelantan seluruhnya susoh. Apa yang pentingnyo ialah, mari KL, sokong pasukan kita. Sorok sampai serok tengkok. Itulah saja, yang paling seronok. Sejak semalam lagi peminat bola sudah bermukim di stadium. Rasa terharu pun ada. Mari lebih 400KM semata-mata nak sokong pasukan klate. Lagi terharu, dari klate, naik motor.

Biarlah ambo mulakan dulu. Perlawanan semifinal, ambo gi tengok dua-dua perlawanan. Di Klate ambo tengok. Di KT pun ambo gi tengok. Keh apa, kerana apa. Masa tu ketika cuti sekolah. Ambo kelik kg, sempat gi ke KB. Tengok perlawanan separuh akhir pertama. 

Ambo dari Tanah Meroh masa tu. Naik ke KB, ajak Wan Inda sekali. Tunggu dia di Petronas Pasir Pekan. Ingatkan dia nak naik sekali tapi dia bawa kereta. Jadi ambo rasa, baik naik so keta jah. Senang nak parking. Pikir-pikir, naik keto diajahla. Keta ambo tinggal di Caltex Pasir Pekan.

Naik satu kete, banyak hok senangnya. Aku, Mem, Abang dan Wan Inda. Lagi senang aku tak payah bowok keto. Duduk sebelah sambil dok koya. Orang KB, banyak tahu jalan. Boleh cilok situ sini. Parkir dekat Gelanggang Seni. Menapak dalam 100 meter, sapa ko foodcourd stadium. Lepak sambil minum2 dulu. Sampai situ baru jam 6.30 pm. Masih ada masa lepok dulu. Lepas solat Maghrib baru masuk stadium.

Lepah-lepah minum. Ambo pun cari tiket di kaunter. Masih ada. Masih banyak. Q pun tak panjang aloh mano. Paka gi gak terus boleh beli.

Masok Mahgrib. Azan dilaungkan. Dah tersedia jemaah yang menanti untuk solat berjemaah. Di situ juga tersedia lori tangki, untuk kemudahan peminat ambil wuduk untuk solat. Aku turut beratur untuk ambil wuduk. Usai berwuduk, bergerak ke tempat solat.

Masing-masing dah sudah solat. Kami bergerak masuk stadium. Masuk awal, melalui pintu A. Senang dapat tempat duduk. Cari serong, belakang gol. Naik beberapa nak tangga juga.

Lamo jugok, nak tunggu sepak mula. Tok pukul 8 lagi kawe masuk doh. Jadi pemain dok tengah warm up. 

 




Powered By Blogger