Jom Follow

Ahad, 26 Disember 2010

Syukur1

Salam.
Salam pengorbanan,
Salam kemenangan,
Salam 1Malaysia,
Salam perpaduan,

SYUKUR
kerana masih lagi diberi kesempatan untuk teruskan kehidupan. 
masih lagi ada masa untuk tingkatkan amalan kebajikan, tambah takwa, zikir, taubat, haji, umrah, solat dhuha dan banyak lagi.
masih lagi ada masa untuk mohon maaf dengan mereka yang kita telah buat silap.
masih lagi berpeluang untuk teruskan ikhtiar untuk capai impian.
masih ada peluang buat sharing dengan prospek-prospek.
masih lagi boleh datang kelas, tambah ilmu dan semangat.
masih lagi ada masa asah skill agar lebih lancar perniagaan kita.
masih ada masa buat call prospek stranger.
masih ada masa fight pakej melancong ke Hong Kong.
masih ada masa bina impian untuk tahun 2011.
masih ada masa kembali semua ke AT181.
masih ada masa jumpa dengan kawan-kawan lama yang belum kita jumpa.
masih boleh buktikan kehebatan diri.
boleh lagi berkongsi ilmu dengan rakan kongsi yang mahu dengar.

Atau
masih boleh merungut kegagalan sendiri.
masih mampu menyalahkan orang lain atas kesuraman meniaga kita.
masih boleh merungut ketidak cukupan gaji.
masih boleh ...

Ilmu dan action. menjadi-jadi meniaga, kalau belum bukan gagal tapi belum jadi.
masih berpeluang ke Hong Kong sekali lagi.

Sabtu, 25 Disember 2010

MLM3


Salam.
Salam Kemenangan.
Salam Perjuangan.
Salam Pengorbanan.
Salam 1Malaysia.

Mana satu nak pilih? Terdapat hampir 3000 Syarikat Jualan Langsung yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. ada syarikat-syarikat yang biasa dan dekat dengan kita tapi ada juga yang tak pernah dengar pun syarikat tersebut, padahal telah lama wujud dan ramai yang telah berjaya.bila ada orang datang nak sponsor, baru kita dengar nama syarikat tersebut dengan kehebatanya serta leader-leader hebat mereka.

ada produk tersendiri. 
ada marketing plan tersendiri. 
ada leader hebat.
ada kelebihan tersendiri.

kenapa join MLM?
ada orang ajak. inilah jawapan yang sering kita dengar. mana ada orang join tanpa diajak oleh seseorang.
mana satu nak pilih?kalau ikuti NDS, ciri-ciri ini yang kita diajar kalau mahu buat mlm.
  • syarikat yang kukuh dan lama, lebih 10 tahun.apa yang terjadi, kebanyakan syarikat wujud tak sampai 2,3 tahun.
  • produk yang unik dan jadi keperluan ramai.
  • sistem latihan dan bimbingan yang berkesan, ramai yang telah capai pangkat tertinggi. kalau 10 tahun dah wujud hanya 4,5 orang je yang sampai peringkat tertinggi, mesti ada yang tak betul.
  • ada group yang hebat.
kita join syarikat mlm atas dasar apa?
ada orang ajak. kita tak berapa kisah dengan produk pun. kita tak kaji pun syarikat tersebut. siapa pengarahnya, dah berapa lama wujud, ada orang yang telah berjaya ke tidak. produknya boleh dijual ke tak. kita lebih percaya pada cakap orang yang sharing dengan kita tu. sepanjang 10 tahun dalam bidang ini, berapa kerat je yang kaji latarbelakang syarikat terlebih dahulu. itu belum lagi pasal leader mana yang akan bimbing kita. kita join, berada dalam group mana? setiap syarikat mesti ada group-group di dalamnya. belum lagi yang terlibat dengan sentimen agama dan bangsa lagi. nak buat mlm kena join kita....


banyak yang berlaku, kerjanya keluar masuk syarikat mlm je. bila ada orang datang ajak je, join. kalau buat pun tak sampai 90 hari. berhenti. tak ada masa depan katanya. dah masuk syarikat hebat dan produk pun hebat, pun tak lama. tak tahu kenapa?
Kelas berterusan.

kadang-kadang berlaku potong harga. bila ramai yang masuk dan beli banyak-banyak, jual murah je. rosak pasaran. jual di bawah harga pasaran.
Wow ramainya

mlm bukan skim cepat kaya dan bikin kaya dalam sebulan dua je. ianya seperti kerja lain juga. mesti sanggup bekerja keras dan penuh disiplin. 


aku mesti bertahan dengan syarikat ini. dah lama. dah berhenti kerja,nak buat ini. seronok. pendapatan tanpa had, asalkan rajin. masa bekerja, diri sendiri yang tentukan. dengan siapa kita nak bekerja pun kita sendiri yang pilih. seronok dan happy sakan.

Jumaat, 24 Disember 2010

NDS Kelantan.

Salam.
Salam Perjuangan.
Salam Pengorbanan.
Salam Kemenangan.
Salam Sejahtera.....

Sedang minum-minum di kopitiam tepi Sungai Kelantan. angin sepoi-sepoi bertiub. selesa dan tenang.
Warga AT; tekun mendengar demo produk oleh Cdm .Khazir

Cdm sedang siapkan slidenya. Semakin hebat,semakin mantap terutamanya selepas bergelar Hajah.

Masih yakin pada diri, group, produk dan syarikat dikala sesetengah orang menjauhi. tahniah, perjuangan kita masih panjang dan gelanggang masih luas lagi.

Tak pernah lepak begini, hari ini kesempatan rehat, menanti berakhirnya NDS Kelantan, lepas tu bertolak ke KL semula. Banyak tugas yang sedang menanti esok dan hari-hari seterusnya. Masih ramai lagi rakan kongsi menanti untuk dijayakan. Masih ramai rakan kongsi yang menanti-nanti nak lihat Cdm Kartini berdemo secara live. Masih ramai lagi yang nak dengar motivasi oleh Cdm Kartini. Kerja,kerja,kerja selagi ada tenaga dan masih seronok berkerja.

Bila nak berhenti kerja?
Bila maut datang. Dalam Islam tak ada istilah pencen. Sentiasa bekerja dan jangan lupa tugas sebagai hambaNya. Orang sibuk cari rezeki/cari kekayaan dalam iman. Sentiasa berzikir padaNya.
Lepas kelas, terus ambil produk ajaib,esok edarkan pada kawan-kawan.
Selamat kembali berjuang. Jadikan pengalaman lalu sebagai guru terbaik. Apa yang dinanti, apa yang ditunggu lagi. Akademi Berdiri teguh, bersedia membantu bila-bila masa sahaja.

 Lepas kelas hari selasa, kami balik kampung. bawa anak-anak sedut udara segar, main basikal, main pasir, main hujan. kat KL tak merasa itu semua. Rehatkan minda dan sambil berangan-angan untuk projek tahun depan. Tahun 2011 tahun yang benar-benar menjanjikan peluang meniaga terhebat. 2010  sedikit menurun, tahun depan tahun kita  bangkit semua. 2011 kita booom lagi tambahan dah ada produk dan panglima-panglima baru. Kehadiran setiap program AT181,semakin bertambah. telah kembali ke landasan asal, setelah lalui liku dan jeram yang menggoncang jiwa sesetengah orang, sehingga ada yang ambil keputusan mengundurkan diri. NDS hari ini, membuktikan suasana kembali pulih. Ayuh sama-sama kita bina meniaga dan kekayaan untuk tahun 2011 nanti.

Hari ini, prospek sentiasa kita jumpa, cuma perlu  buka mulut terlebih dahulu. tegur mereka dan kita sharing dengan mereka sahaja. setakat jumpa, tapi tak pernah kongsi dengan mereka. mana mereka tahu perniagaan kita. mesti buka mulut, kongsi dengan mereka. kat dahi mereka tak tertulis pun yang dia adalah prospek kita. tapi kena oper peluang pada mereka. Mana ada prospek tiba-tiba datang jumpa kita dan mahu join apa yang kita sedang buat. kita sendiri dulu pun sama. mana ada,kita g jumpa kawan dan minta nak join. mestilah upline yang jumpa dengan kita.

MLM adalah meniaga yang sesuai untuk semua orang. orang biasa-biasa, orang profesional, orang sekolah tinggi, orang sekolah atap, orang tak sekolah langsung. orang kerja kerajaan, orang kerja swasta malah penganggur sekali pun.yang penting kemahuan dan keberanian.

Kenapa tak laju?
Kurang yakin. takut nak berdepan dengan prospek.
Bagaimana nak buat?
Setiap hari jumpa prospek, kalau boleh 3,4 kali sehari. kalau dapat lakukan begitu, tak sampai sebulan sifat-sifat tersebut akan tercabut dari diri kita. sebelum yaki, lihat dulu upline buat dan cppy je apa yang upline buat. cuba-cuba buat sendiri dan sentiasa buat. percayalah keyakinan akan datang. apa yang berlaku, kita lakukan penajaan ini sekali seminggu je, mana dapat. sekali buat, rehat seminggu.


Selasa, 21 Disember 2010

Kelas Pekan Baru.

Salam

Kelas di Stokis Pekan baru telah diadakan pada 18/12/2010. Kehadiran Pak Bernad,wakil syarikat di Jakarta. Kehadiran lebih 30 orang, menjanjikan harapan cerah, hai-o bisa berkembang di sana. Stokis baru sebulan setengah berdiri disana dan telah ada seorang SSm dan 3 SM.

kelas hai-o di pekan baru.
Bersama pejuang hai-o, di tanah seberang. awas kemunculan mereka. bisa meletup dalam waktu terdekat.

Sebahagian warga hai-o di pekan baru. sebahagian lagi sedang makan siang.

Presentasi MP PT Hai-o oleh Cdm Ibu Kartini.
Cdm Ibu Kartini, sempat bentangkan MP di sana. pembentang oleh pak barnad sedikit kalut, mungkin masih baru dengan hai-o. Audiens lebih ngerti apa yang cdm bentangkan.lebih semangat nak fight ke Hong Kong.
Ddm ita kongsi kejayaan. anak buahnya kahwin dengan warga indonesia dan menetap di pekan baru. nak cuba-cuba buka kaki di sana. mana tahu bisa meletup. tak cuba, kita tak tahu. seorang yang positif dan kreatif menjalani meniaga ini. daah buat sepenuh masa dan tunggu masa untuk menjadi-jadi sahaja.
Semangat juang tak pernah luntur dek kesibukan meniaga makanan. masa sentiasa di cari untuk kembangkan meniaga.amat paham potensi yang dimiliki dalam MLM. Upline pada SSM Saayan.

Andi,orang yang banyak membantu kami semasa berada di Pekan Baru. Graduan dari UKM, banyak boleh belajar bahasa indonesia. dah join dan bisa meletup. ada wawasan untuk majukan diri. kerja swasta. berkawan dengan Pak Yunus, suami pada anak buah Ddm Norita. juga pernah belajar di UKM.



Ssm  Saayan juga kongsi kejayaan di pekan baru. semakin bersemangat, kawan semakin percaya. hai-o semakin berkembang di sana. menanti nak kembang je. ilmu dah banyak, cuma nak turun ke lapangan indonesia je.
Meriah sesi soal jawab. berdiri baju belang itu Pak Suzinara pemilik Stokis Hai-o di Pekan Baru.
Antara warga AT181 yang hadir di sana.

Medan1



Perjumpaan di Medan telah diadakan pada 19/12/2010 iaitu sehari selepas perjumpaan di Pekan Baru. Kami ikut sama ke sana. bertolak ke Medan dengan pesawat Sri Wijaya pada jam 11.50 am, bersama Pak Bernard, Marketing Manager di Indonesia.

Tak terpikir pun nak ke sana tapi memikirkan Ssm Yan dan Dsm Kak Ana juga ke sana, kami pun ikut ke sana. mana tahu kedatangan kami dapat menyuntik semangat mereka juang mereka. dah beberapa kali ke sana tahun lepas. Group Ssm yang hampir 20 orang yang datang semasa perjumpaan tersebut, sehingga ada yang tak dapat masuk.

Terima kasih pada Ssm Yan, atas usahanya mengadakan demo produk BA, kalau ikutkan Pak Bernard, hanya BOP biasa akan diadakan. Sambutan hebat pada BA.

Tempat perjumpaan di Medan. Rumah Makan Wong Solo, di Jalan Gajah Mada, Medan.
a
Demo produk juga diadakan. Bio Aura, Biozone food dan premium beautiful. Ternyata Bio Aura menjadi pilihan warga Medan.

Antara mereka yang hadir pertemuan di Medan. Ternyata semakin bertambah dari awal-awal dulu. bisa maju di sana.
Sambutan menggalakkan yang diberikan oleh warga Medan, menyutik semangat kerja bagi kami. tak mustahil AT181 akan meletup-meletup di sana. nak ke sana pun dekat je. flight tak sampai pun 1 jam.

as
Sempat jumpa dengan Khairani Lubis, kawan fb. harap kekal bersahabat dengannya. orangnya baik. hadiahkan kami bika ambon semalam. terima kasih. kami berikan padanya cd biozonw food. dia hadir lewat, setelah perjumpaan usai. salah informasi.
Ssm Yan bersama isterinya. dia datang ke malaysia, bekerja sebagai penjual ikan. dapat peluang buat MLM. bawa peluang dan produk terhebat ke tanah airnya. cabaran terlalu besar, nak buka pasaran baru.semangat kental sahaja bisa berjaya. Yan ada kekuatan tersebut. walaupun slow,tetap buat. sentiasa belajar. semangatnya sentiasa dibakar oleh AT181. setiap bulan pasti balik ke sana. selepas ini, mungkin kelas akan sentiasa buat. dah ada geng-geng yang sama-sama ingin berubah.




Pak Rindu, pemandu teksi merangkap pemandu pelancong pada kami. setiap kali kami ke sana dialah orang yang kami cari. senang pergerakan kami. tak payah nak pikir apa lagi. call je sampai, nak kemana dia bawa. nak makan apa, dia tahu. mana yang enak, mana yang tidak. Mungkinkah dia akan jadi dline kami di sana. dia juga ikuti perjumpaan di Medan. bersemangat.nak ikut serta. nak ubah hidup. bawa teksi cukup untuk makan je. kalau dapat Rupiah 50K pun dah banyak. 


Isnin, 20 Disember 2010

Senarai Nama1


Salam
Salam Kemenangan.
Salam Kekayaan.

Isnin 20/12/2010. Kami masih di Medan. Lepak di Tip Top, restauran tertua di Bandar Medan. telah berdiri teguh selama 75 tahun. masih lagi menjalankan perniagaannya. kenapa? minat dan fokus yang mahir saja. Cdm Kartini sedang berbelanja di Pasar Pajak Ikan, salah satu tempat popular bagi pelancong luar. Setelah 1malam di Pekan Baru. Petang ini baru balik ke Kuala Lumpur. Datang sini, menemani rakan kongsi yang bersedia melebarkan sayapnya. mereka yang dah ada saudara mara ke, kawan seuniversiti ke, dan bersetuju untuk bergabung dengan kita. bila benar-benar nak bergabung baru datang. datang dulu baru nak cari, lebih baik tak usah.


Klasiknya meja kasir
Makanan semuanya sedap.
Mesin kira duit. dah tak digunakan lagi. hanya untuk dipamerkan pada pengunjung.

kami masih lagi fokus Malaysia. belum ada lagi kaki baru kat sini. usah terburu-buru, kelak akan kecewa. mesti bina kukuh dulu di tempat kita dulu, baru teroka tempat-tempat lain pulak. kaki yang kukuh di sini, 6 kaki dah ada Cdm dan setiap bulan telah lepas wawasan. selagi tak lancar, selagi itulah kena bina betul-betul. susahnya nak capai. tapi dah ramai yang capainya. jadi tak mustahil, cuma perlu tambah rajin. tambah kerja lagi. kurangkan rehat. lebih fokus pada meniaga.

tambah rajin? banyak buat appt. nak 1 appt, mesti call prospek paling kurang pun 4,5 orang. nak call, mesti ada prospek. prospek terhasil dari senarai nama. jadi senarai nama mesti bertambah setiap hari. kena dapat kawan baru, kalau boleh setiap hari. susah nak dapat/ kenal orang baru setiap hari. mesti luas jaringan network kita. ada banyak kaedah yang boleh dibuat untuk tambah senarai nama tersebut.
beberapa cara;
  • hadiri mesyuarat PIBG sekolah anak-anak.
  • perjumpaan ibubapa dengan guru-guru, mesti ramai ibubapa yang hadir,
  • ahli surau taman kita,
  • sertai aktiviti taman, gotong royong, kenduri kendara, 
  • semasa beratur bayar bil di pejabat pos, beli tiket wayang, bayar di pasaraya,semasa ambil duit di ATM, beli sarapan pagi, beli goreng pisang,
  • semasa sama-sama tunggu anak balik sekolah.
  • ibubapa kawan anak-anak kita.
  • kedai runcit yang selalu kita berbelanja.
  • kedai-kedai makan yang selalu kita makan.
  • tukang paip, tukang lampu, tukang gate
  • mekanik kereta.
  • buka booth di mana pasaraya dengan group,
  • sertai pameran
  • hadiri apa-apa pameran
  • dan banyak lagi atas kreativiti anda untuk capai stranger


banyak lagi. itu sebahagiannya sahaja. paling penting berani tegur dulu. berani menyapa dulu.berani bertanya kabar dulu. kalau sembang tu, biarlah kita yang banyak tanya. tanya pasal keluarga dan kerjanya. biasanya orang suka kalau kita bertanya pasal kerja dan keluarganya. dari situ dengar apakah rungutannya. dari situ kita boleh jadikan senjata untuk menariknya pada meniaga. jadikan kawan dahulu. kalau nampak peluang boleh terus sharing, apa salahnya. kalau tak jadikan kawan je. mana tahu suatu hari nanti akan jadi prospek pulak, seterusnya jadi dline. jangan nak cepat, kita nak meniaga sepanjang hayat dan bukan setahun dua je. kalau ini kita boleh lakukan, kita tak ada masalah lagi pasal prospek. boleh meniaga sepanjang hayat. pendapatan kita pun tanpa had. boleh bebas berimpian lagi. ayuh bapa ibu kita teruskan meniaga ini demi masa depan anak-anak kita. demi pendidikan mereka. kita sekolahkan di Tadika yang terbaik, sekolah rendah yang terbaik, sekolah menengah yang terbaik, universiti terbaik. 

Tadi aku sempat baca paper di Medan, menyatakan ada 17,000 pelajar Indonesia yang belajar di Australia. hanya 1000 sahaja yang dapat biasiswa dan selebihnya belanja sendiri, perlukan 14 ribu dilar setahun. sahabat yang kami temui di Mekah, belanja belajar anaknya RM7K sebulan yang belajar kedoktoran di Mannipal Universiti di India. pernah juga kami bersembang dengan jurujual kereta, menyekolahkan anak-anaknya di Universiti Luar Negara dengan belanja sendiri. 3 anaknya semua belajar di Universiti utama dunia. ramai juga Cdm, yang tercari-cari sekolah terbaik untuk anak-anak mereka. swasta lagi. bayarannya boleh tahan. semuanya hasil dari meniaga ini. boleh. boleh.boleh. bisa.bisa. 

ramai juga yang masih menunggu, sebelum memulai usaha. menunggu untuk masuk. yang dah masuk, tunggu dulu sebelum buat sungguh-sungguh. kita pun tak tahu apa yang ditunggu itu. tunggu sibuk selesai. sibuk tak akan selesai. masa semua orang dapat sama kecualilah kita dapat lebih dari orang lain. kena pandai buat pilihan. pilihlah mana yang terbaik dalam hidup. bukan semua kita nak bikin. memang tak ada masa..... 

ramai juga yang mahu terus kaya. mana ada kaya cepat. mesti kena usaha dahulu. mestilah belajar dahulu. mesti gagal dahulu. mana ada orang masuk hari ini, tunggu 2,3 bulan dah kaya. kalau sekadar dapat bonus 5 angka sekali pun itu tak konsisten lagi.masih kena bina lagi agar bonusnya stabil dan kukuh. kegagalan dalam mlm selalu kita temui. gagal kita hanyalah orang tak nak. penolakan. setiap hari kita jumpa. kegagalan lain, rasanya tak ada. permulaan meniaga biasalah banyak berlaku penolakan, belajarlah sebab musabab terjadinya penolakan. lama-lama semakin kurang.

Sebaik tiba di Pekan Baru, makan dulu di Rumah Makan Pondok Patin HM. Yunus. sedap dan menyelerakan. Jl Kaharudin No 1 Simpang Tiga- Pekan Baru.

Sempat juga aku minum Cendol Pak Janggut di jalan M.Yamin Pekan Baru.

Malamnya kami makan di Rumah Makan Pondok Gurih. ramai orangnya tapi cepat servis.
Kalau ke Indonesia, kena jamu baru ok.
Tugu depan Rumah Walikota Pekan Baru.

Hotel penginapan kami di Pekan Baru.

Sabtu, 18 Disember 2010

Signboard3

Jalan-jalan....

Sama tak dgn KL.

Kedai Kek Sejati Indah.

Restoran Seindah Mee Udang.

Indah Security Services Sdn. Bhd dan Ho Huat Development Sdn. Bhd.
Sejati Optometrist Sdn. Bhd.
Kedai Emas Indah Berseri.
Ingin Indah Sdn.Bhd dan Pusat Pakaian Berjaya.
Powered By Blogger