Jom Follow

Khamis, 3 Januari 2013

Murtabak Mengkasar Hj. Din.

Kalau ke Pekan, Pahang.
Jangan lupa singgah sini.
Kami singgah tahun lepas, pada 23/12/2012.
Itu pun selepas aku tanya biras yang mengajar kat sana.

Bila lalu je, tengok ramai orang kat kedai.
Kereta kiri kanan jalan orang parking.
Tak terpikir pun nak berhenti.
Tapi aku & isteri tertanya-tanya sesama sendiri.
Apa yang istimewanya kedai makan ini?

Bila dah tahu.
Kami terus singgah.
Ketika kami balik dari Pekan menuju KT.

Murtabak Mengkasar Hj. Din. Pilihan ramai. Tengok kereta parking tepi jalan tu..Panjangnya boleh tahan.
Inilah murtabaknya. Ada yang special & ada yang biasa. Harga yang special RM8 dan harga yang biasa RM6. Kalau ikut kata pekerja mereka, boleh makan 3 orang. Foto kat atas tu, murtabak yang special. Kalau tengok aku sorang pun licin. Jadi kami oder 2 murtabak besar, untuk kami berempat.
Memang sedap.
Memang patut pun ramai yang singgah.
Masa kami singgah, tak cukup kerusi.
Ada yang kena tunggu, sehingga ada yang siap makan.
Kuah kari sudah habis. Cuka je yang berbaki.

Menunggu!
Tak boleh lari.
Bila ramai customer.
Tapi tak terlalu lama sangat.
Sedang!Sedang! je tunggu.
Sabar kalau nak yang terbaik.

Foto yang aku ambil dari wall CDM Kartini.


Ke Kuantan: Kenduri.

Jelajah lagi.
Berjalan lagi.
Tinggalkan KL lagi.
Kisahkan lagi. 
Buat tatapan siapa yang sudi singgah.

Kali ini ke Kuantan lagi.
Dah selalu sangat, tapi kali ini lain dari yang lain.
Biasanya bertandang ke Kuantan bikin biz.
Ke Pahang kali ini, hadiri majlis kenduri kahwin anak buah.

Kenduri 23/12/12.
Hari ahad.
Kami bertolak dari KL, jam 7.15 pagi.
Aku, Mim, Aiman, Baby, Cik Moh & Amza.
Cik Moh & Amzar akan ditinggalkan di Taman Bukit Goh Perdana.
Mungkin cecah 10 hari kot, Cik Moh nak rehat kat rumah adiknya.
 
R&R Temerloh. Isi perut dulu. Suasana R&R Temerloh ketika kami singgah breakfast. Aku & Mim sahaja yang breakfast. Lain-lain malas nak breakfast. Lagi pun awal lagi. Kami sampai sini pukul 8 lebih. Anak-anak aku tak suka makan pagi. Kalau tengokkan ramainya orang berhenti kat sini. Tebal juga poket peniaganya. Harap-harap akan lahir jutawan senyap dari R & R Temerloh.
Singgah sini. Stall inilah juga jadi pilihan kami. Siap awal, panas-panas lagi. Stall lain, kalau siap awal pun nasi lemak, mee goreng, nasi goreng & beehun goreng je. Tapi kat sini dah siap gulai-gulainya. Tuannya kawan Mim. Sama-sama belajar di MRSM Kuantan dulu-dulu. Jangan lupa. Kat Shah Alam ada satu lagi kedainya.
Pilihan kami hari tu. Patin tempoyak. Ikan keli salai & pucuk ubi. Memang wow!
Kasi penuh. Stesen Shell R & R Temerloh.
Dari R&R Temerloh, terus pecut dan exit di Plaza Tol Kuantan. Nak hantar Cik Moh & Amza di Taman Bukit Goh Perdana. Kami sampai sini jam 10.30 pagi. Tak lama. Terus bergerak ke Pekan. Kenduri pukul 12 tengahari.
www
Singgah sini dulu. Tempat berkumpul anak beranak. Mereka dah sampai semalam lagi. Akad nikahnya semalam. Kami je yang bergerak awal pagi ke sini. Sewa dua rumah.
Wow! Sempat juga sok sek, sebelum bergerak ke tempat kenduri.
 Kenduri di Pahang Tua.

Rabu, 2 Januari 2013

Pasir Putih-KB-Rantau Panjang-Temerloh-KL

Wow!
Foto-foto di bawah ini, adalah detik-detik perjalanan kami sekeluarga kembali ke KL.
Setelah 3 hari 3 malam berada di Bumi Serambi Mekah.

Ramai ke! Orang senegeri dengan kami ikuti blog ini?

Kami bertolak dari KT pada 26/12/2012.
Lepas jumpa prospek di Seberang Takir.
Kami bergerak ikut jalan pantai.
Risau juga masa tu, banjir sedang melanda.
Main redah je. Kena 4 kali kami harung air.
Nasib baik, lepas.
Sampai Kelate jam 5 petang.

Foto-foto ini, hari jumaat.
Hari kami bertolak ke KL.
Dari rumah Mek Putih.
Jam 9 pagi kami turun rumah, selepas breakfast.
Nasi lemak & teh.
Pok Adik dok atas bendul. Tunggu kami bertolak, nak minta duit tol. Biasanya kami bagi RM10 setiap kali nak balik KL. Cukup untuk dia minum teh & beli rokok pagi-pagi.
Pagi itu, kami bertolak ke KB dahulu. Ada kelas kat stokis KB. Dah jadi tanggungjawab sebagai Upline. Bantu selagi terdaya. Kami sampai KB sekitar jam 9 pagi. Dah ada beberapa rakan Hai-O. Mungkin bukan dari network ATM181. Mereka tak kenal kami. Itu sebab kami kata bukan network ATM181. Telahan kami benar. Mereka nak join kelas. Ok je. Bantu siapa yang nak kaya & keluar dari zon selesa.
Aku tinggalkan CDM Kartini kat stokis. Aku, Aiman & Baby. Cari makan. Roti cotek. Roti canai kosong. Atasnya ada telur mata & sambal bilis. Kuahnya banjir. Memang sedap. Memang patut pun Aiman selalu sebut-sebut roti cotek. Kat KL aku rasa tak ada. Aiman 2 keping. Aku & Baby cukup sekeping je. Kami membedal ini di Berek 12. Nama kedai, aku tak ingat.
Nasi Paku. Pelik bunyinya. Tak pernah tengok. Apa lagi makan. Gerai ini terletak selang 2 pintu dengan gerai kami makan roti cotek.
Lepas edisi membedal Roti Cotek. Kami kembali ke Stokis KB. Nak tunggu CDM Kartini. Berkira-kira nak ke KB Mall dulu. Sampai-sampai stokis. Slot CDM Kartini dah habis. Dah boleh jalan.

Kami bertolak ke KL. Kena ke Rantau Panjang dulu. Rumahnya sebelum stesen Minyak Shell. Hantar BBplus dulu. Ada orang nak. Selepas UPP. Kiri kanan jalan. Ada orang jual ikan sungai. Bukan sikit, tapi ramai. Macam pesta pula. Kiri kanan jalan adalah sungai dan paya. Bila hujan, ikan-ikan akan keluar. Rezeki musim hujan. Ada yang tahan pukat. Ada yang menjala. Ada yang memancing dan ada juga yang tahan taut. Nak beli, tapi jauh nak bawa KL. Pendam sajalah hasrat kami tu.

Kami bergerak ke KL. Ikut jalan Rantau Panjang - Panglima Bayu. Hasrat asal nak naik KL ikut Grik. Terkejut aku. Rantau Panjang masih digenangi air. Mana-mana air. Sepanjang jalan menuju Panglima Bayu. Beberapa tempat, harung air. Kesian juga, tempat-tempat lain, air dah surut. Mereka masih main air. Tapi nasib baik mereka tak perlu pindah.

Dalam perjalanan. Aku tanya CDM Kartini dan anak-anak. Nak ikut jalan mana. Gua Musang ke Jeli. 2 nak ikut Gua Musang. 1 nak ikut Grik. Jadi kami buat keputusan. Naik KL ikut Gua Musang. Mesyuarat ada kelebihannya. Bila kami buat keputusan nak balik ikut Gua Musang dan Karak.

"Jauh tak dengan tempat ikan patin?" tanya Baby.
"Kenapa?" tanya aku.
"kalau dekat nak makan ikan patin." jawabnya.
"ok. Kita berhenti makan tomyam patin dulu malam ini."

Sebenarnya kami kena mesyuarat awal. Kalau nak naik KL ikut Gua Musang. Tak perlu kami ikut jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu. Jalan ini jauh. Lebih baik ikut jalan Batu Karang. Lebih dekat. Lebih cepat sampai Machang. Nak buat macamana. 

Hari jumaat. Solat jumaat dulu. Kami berhenti di Masjid Kroh. Sampai sana, imam sedang kutbah. Sempat dengar, walaupun hujung-hujung.  Drebar bas pun solat jumaat. Bas parking tepi jalan. Orang lelaki boleh solat jumaat. Perempuan tunggu atas bas.

Lepas solat. Sekitar jam 2, teruskan kembara kami, menuju KL.


Aik pisang pun ada. Apa kisah pisang. Kami singgah makan kat sini. Di Sungai Bayu. Gerai tepi jalan. Tempat selalu kami singgah. Melantak ayam kampung & itik& sup. Kalau buka je, kami berhenti. Kali ini, gerai buka. Apa lagi. Melantak ayam kampung, kesukaan aku. Kami tetap berhenti sini, walaupun dah bertukar tuan 3,4 kali. Sebelum siap, kami melantak dulu pisang....Lepas tu kami teruskan perjalanan menuju KL.

Kak Bi. Boring tahap gaban. Masa dihabiskan dengan bergurau dengan Aiman je dan tidur.

Ini pula Aiman. Kami singgah di Pagar Sasak. Dekat dengan simpang ke Felda Kechau. Penat drive. Minum & santai-santai dulu kat sini. Kasi tambah tenaga. Makan...ooohhh tidak. Ikat perut, nak melantak patin tomyam nanti. Nak menikmati sepuas-puasnya.
Lepas sini. Drive terus. Sampai Bentong. Naik ke Temerloh. Tunai kehendak Baby. Bukan kehendak Baby seorang. Hasrat kami semua. Bedal 2 ekor Patin masak tomyam. Bagusnya sekarang ni. Tak payah lagi masuk sampai Mentakab. Keluar tol je, drive lebih kurang 1 KM dan sampai kedainya. Rizqi Tomyam 2. Sampai sini maghrib. Lepas makan & solat jamak kat kedai, baru bertolak ke KL.

Sampai rumah jam 11 lebih. Sempat main dulu dengan Si Amar...Mungkin ramai yang bertanya. Mana lagi 2 anak kami. Amar dok KL dengan Kak Ne. Amzar pula kat Felda Bukit Goh dengan Cik Moh.

AT-Tamimi International School.

Baru balik dari Sekolah Baby.
 
Hari ini belum sekolah, esok baru mula.
Hari ini beli buku, baju & tudung.
 
Bayar yuran pendaftaran & yuran bulanan.
Yuran bulanan dah jadi RM720 untuk 10 bulan.

Kerja untuk anak...beri yang terbaik untuk mereka.
Pendidikan & Penjagaan kesihatan terbaik.

Flyers & Yuran.

Shanghai Sedang Menanti Anda.

Melancong kembali lagi.
Suasana kembali rancak.
Shanghai destinasi terbaru.
Ayuh jangan terlepas peluang ini.
Tanam tekad dan azam untuk pegang dengan 2 tiket.

Peluang melancong percuma.
Perlu capai target sahaja.
Tak payah keluar duit sendiri.
Bawa duit, untuk shopping sahaja.

Personal PV = 1600.
Group PV = 8888.
5 hari / 3 malam.
Mudah bagi yang nampak mudah.
Susah bagi yang nampak susah.

Nak ke tak nak.
Nak kena buat giler-giler.
Bila dah buat giler-giler, bukan setakat melancong je yang dapat.
Income pun berganda-ganda.
Pangkat pun naik...

Shanghai sedang menanti-nanti anda. Aku pernah terbang ke sana pada tahun 2004 bersama Hai-O.
 
Produk yang terlibat dalam pakej melancong ke Shanghai.
Antara momen terindah bila dapat jejak kaki ke negara orang.
Pergi dengan free je pulok tu.
Lagi best. Lagi syok.

Shanghai mempunyai penduduk 23 juta orang. 
Ini kajian tahun 2010.

 


Selasa, 1 Januari 2013

Budak Indon Nak Kaya.

Kami lunch di restoran ayam penyet, IOI.
Kat meja sebelah. Pemuda lepak & layan fb. Dah habis makan.
Tengok muka, bukan orang Malaysia.
Terpikir aku. Ramai yang makan kat sini ialah orang indon.

"awak orang mana. Bukan orang sinikan."
"saya indonesia, Medan."
"datang sini kerja @ belajar?"
"kerja."
"kerja kat mana?"
"kat puchong."
"dah lama kat sini."
"dah 5 tahun."
"selalu balik ke."
"baru sekali."
"kan dekat je Medan."

Dia senyum je.

"tak apa, asalkan duit tiap-tiap bulan sampai."
Dia angguk, mengiakan apa yang aku cakap.
Terpikir aku. Nak berjaya. Wajib buat pengorbanan. Tak boleh buat main-main.
Kalau asyik balik je, mungkin tak dapat kumpul duit yang banyak. Tak kaya. Tak senang.
Mana tahu, sebelum kaya dia tak akan balik.

Terpikir aku.
Masa bina meniaga dulu-dulu.
Anak- anak kerap kena tinggal.
Bukan lama pun.
Paling lama pun 2,3 hari je.
Itu pun bukan sokmo-sokmo.
Tapi dah ada yang bising.
Tengok sekarang. Dah tak terlalu disibuk.
Bila dah ok. Ada masa buat mereka.

Indo datang sini, kaut kekayaan.
Tak pikir pun nak balik, sebelum jadi kaya.

Begitu juga Cina dulu-dulu.
Datang Malaysia, untuk selama-lamanya.
Tak sibuk-sibuk pikir nak balik.

Selamat Tahun Baru 2013.

 Tahun 2013 telah tiba.
Suka @ tak suka, ianya tetap muncul.
Capai @ tak capai semua impian tahun lepas, ianya tetap hadir.

2013. Kita bina impian lagi.
Biar impian tolak kita terus berada di depan.
Dalam biz, biarlah kita terus maju dan sentiasa di depan semua orang.
Biarlah setiap bulan, sentiasa ada orang baru. Paling tidak seorang.
Income setiap bulan paling sikit 4 angka.
Bukan income kita je begitu, tapi income semua rakan niaga.

Tahun 2013.
Tahun jana income.
Tahun tunaikan umrah.
Tahun LOPA dan Shanghai.
Tahun penuhkan segala tabung.
Tahun kesibukan melampau.

Tahun 2013.
Buang segala ikatan yang menghalang kita booom biz.
Ikatan dalam diri @ ikatan luar diri.
Buangkan sikap banyak cakap-cakap kosong. Tapi tingkatkan mutu kerja kita.
Sikap cepat puas hati. Hati cepat merajuk mesti dihapuskan. Hati sensitif pun tak molek.
Biz. Biz. Biz.

Biz kena jadi.
Biz kena boom.
Biz kena meroket.








Tahun 2013.
Pasti datang.
Rugi kalau kedatangannya tak menambah kita punya biz...
ATM181, tetap terbang tinggi...
Powered By Blogger