Jom Follow

Ahad, 8 Mei 2011

Jaringan Jalingan


kenal ramai orang
berkawan dengan ramai orang.
kalau nak berniaga sepanjang hayat.
setiap hari mesti jumpa dengan stranger.
berkenalan dan jadikan mereka kawan.
jangan terus cite pasal meniaga.
nanti tak berkawan pulak.

luaskan network kita.
kadang-kadang terlupa.
siapa lagi prospek kita.
ada lagi ke senarai nama.
aku dah beberapa kali tulis.
 
bagaimana nak tambah senarai nama.
cikgu-cikgu anak kita.
ustaz ajar al-quran anak kita
tukang gunting kita.
workshop keta.
orang-orang yang dok tunggu servis keta sama macam kita.
tokey kedai runcit yang selalu kita berbelanja.
tokey station minyak yang selalu kita isi.
pekerja 7e yang selalu kita masuk. 
pekerja JJ tempat kita selalu gi.
pekerja KFC/McDonald/domino pizza/
pekerja airasia/KTM/ posmen yang selalu hantar surat ke rumah kita.
katerer yang selalu kita tempah makanan.
tokey kedai makan yang selalu kita makan.
doktor yang selalu kita jumpa bila tak sihat.
mak bapak kawan anak-anak kita.
orang yang kita jumpa semasa sama-sama cuci kereta.
orang yang kita selalu jumpa semasa beli sarapan(nasi lemak) pagi-pagi.
orang masjid yang selalu kita jumpa.
jangan malu.
sembang-sembanglah dengan orang yang kita jumpa.
bersahabatlah dengan mereka.

jadikan mereka rakan niaga.
tak leh besar.
ambil kecil.
atau
jadikan mereka pengguna produk kita, mana tahu lepas maintain.

Sape Tak Nak Duit.


salam.
bertemu diawal pagi.
entah kenapa mata tak nak lelap.
ada banyak benda boleh buat.
banyak yang indah-indah boleh khayal.

jam 7.10pm.
 sampai dari safira club.
hadiri program nur wanita.
aku tak join, cdm kartini je yang join.
lelaki mana boleh masuk.
dengar cite meriah yang amat.
lain dari yang sudah-sudah.
ada peningkatan pengisian.
betul-betul sesuai untuk kaum wanita,
supaya kelihatan anggung dan bergaya.
apatah lagi boleh jadi sumber pendapatan keluarga.
kalau buat dengan bersungguh-sungguh.
kalau buat secara part time,
boleh tampung pendapatan yang tak berapa nak cukup.
kehadiran lebih 150 orang.
ada orang baru
ada prsopek baru.
ada dari perlis.
ada dari kedah.
ada dari penang.
dari jam 9.00am hingga jam 1.00pm.
perjalanan mantap.
masa mula dan masa tamat.
lepas tu terus table talk.
macam kelas mingguan pulak.
dah pasti ada closing.

sihat, cantik dan kaya.
semua orang nak.
tapi dimana mahu cari.
dimana boleh dapat.
akademi taipan 181 ada rahsianya.
hampir 11 tahun kumpul ilmu dan pengalaman.
jatuh bangun dalam menjalani kehidupan dengan menekuni dunia mlm.
susah payah hadapi cabaran pada peringkat awal.
rahsia-rahsianya dikongsi dikelas-kelas setiap minggu.
jangan lupa hadir,kalau mahu perkongsia tersebut.
ungkapan
'aku mesti kaya'
'aku wajib kaya'
'aku kena kaya'
'aku mesti kaya hati'
berkongsi dengan siapa saja yang mahu.

jangan give up.
jangan berhenti.
jangan undur diri.
jangan perkecilkan potensi diri yang ada.
tanyalah para cdm.
berapa ramai yang mereka jumpa 'no',
sebelum jumpa 'yes'
anda jumpa sekarang.
kami dah jumpa sejak 10 tahun dulu
dan kini masih kami temuinya.
adakah kami undur diri?
tidak,
kami pasti 'yes' tersembunyi disebalik 'no'.
dulu lain.
sekaran lain.
dulu orang tak kenal hai-o.
sekarang ramai dah tahu hai-o.
orang dah negatif.
orang dah trauma dengar hai-o.
tapi setiap hari ada yang join.
setiap hari ada yang ambil barang.
setiap hari ada proses dana.
kenapa tidak dengan kita.
sebab mereka keluar jumpa prospek.
mereka tak ambil kisah dengan orang kata.
janji jumpa dan sharing peluang buat duit.
sape tak nak duit.


Sabtu, 7 Mei 2011

Safira Club- Jom Berniaga

hari sabtu.
cuti! cuti! cuti!
boleh sambung tidur, sape yang mahu.
boleh beriadah, sape yang mahu.
boleh jalan-jalan cari makan, sape yang mahu.
warga taipan kelantan. saban minggu datang kelas. tanpa jemu. inilah ciri-ciri orang berjaya.
hari sabtu.
hari pulun kerja bagi kami.
hari tambah appt.
hari jumpa lebih ramai prospek.
hari jumpa stanger.
apa-apa pun boleh buat, asalkan bantu besarkan meniaga.
kaum lelaki. datang tetap datang. meniaga tetap meniga. jadi pasti jadi.
kami sampai safira club jam 12.15am.
dari kb jam 6.00pm lepas pekena pulut pauh kat restoran padi.
6.30pm-singgah di shell belimbing, isi minyak dulu.
sambung perjalanan menuju seberang jaya.
7.40pm-solat jamak di masjid batu lapan.
8.00pm- singgah di pasar malam jedok, depan masjid.
kena nasi kerabu+buah kerdas, tepung bungkus, mee goreng bodo'.
cdm kartini sedang bentangkan MP di ttc kb semalam.
perjalanan lancar.
keta tak banyak.
semalam juga, lori potong keta tak lepas.
masuk kami punya lorong.
nasib baik kami nampak.
brek dan turun jalan tar.
kernalin sebetar.
lepas tu ok je jalan.
sampai safira club 12.15am.
nasib baik booking dulu.
kalau tak, tak dapat bilik.
penuh!penuh!penuh!
sekarang sedang tunggu 'nur wanita' bermula
untuk wanita yang ada impian.
untuk wanita yang ada kehendak.
untuk wanita yang nak maju.
untuk wanita yang nak kaya yang beriman.

aku tok leh join.
jadi boleh jalan-jalan kot.
cari makan kat pulau.
cari roti canai kaw!!!
cari kedai buku bekas.
cari nasi kandar!!!

petang baru bertolak ke KL.
perjuangan belum selesai.
masih banyak lagi yang perlu dibuat.
masih banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki.
masih banyak lagi orang yang perlu dijayakan.
masih ramai orang perlu disedarkan pentingnya perniagaan.
jom join kami.
berniaga!berniaga!berniaga!

Jumaat, 6 Mei 2011

jom gempur malaya.

salam.
semua sihat dan semakin sihat.
bertolak dari kl jam 6.15am.
sedar agak lewat.
rehat sekejap di merapoh.
jam 12.40pm sampai Tanah Merah.
jam 1pm gi ziarah mak saudara
kat kg Chat, tok uban.
separa sedar.
diabetes.
ada luka.
kat ibu jari kaki.
masa aku sampai
anak-anaknya sedang cuci.
sebelum bubuh ubat.

takut.
benar-benar tersedar.
kena lebih serius jaga.
mana tahu kot-kot kena macam tu.

jam 5.45pm
baru lepas kelas.
lebih kurang 40 orang warga niaga taipan.

dah nak gerak ke penang.
esok ada 'nur wanita'.
jom gempur malaya.

Kat Makbul USJ

 
bertemu lagi.
sebelum rehat dan tidur.
muhasabah dulu.
syukur hari ini.
dapat juga 2 appt.
harap 2 2nya sangkut
dan tetap dgn keputusan.
 
bulan mei 2011.
menjanjikan suatu yang hebat.
menjanjikan hasil yang menakjubkan.
awal-awal dah sibuk.
awal-awal dah masuk sales.
awal-awal dah laju.
awal-awal dah rancak.
cepat berubah. sape yang masih slow.
lajukan pergerakan anda.
buat appt sebanyak mungkin.
kita tak akan kecewa.
 
demo malam tadi kat restoran makbul usj. hasilnya positif. harap berterusan positif.
bukan mudah nak jumpa, terus positif.
tanpa banyak soal.
dah bersedia nak buat.
dah bersedia dengan modal.
dah bersedia nak hadapi cabaran.
dah bersedia nak jumpa 'no'.
dah bersedia nak berjaya.

esok kami akan ke Kelantan.
seawal mungkin mesti bertolak.
sebelum subuh kalau boleh.
petang kelas di KB.
kena support KB sama.
pasti meletup. 
bagi sedikit masa lagi.
aura seminar lain macam je.
esok kami boleh saksikannya.
penuh.padat.sesak.
dengan rakan niaga esok.
terus buat dan bersama dengan team yang hebat.
lepas kelas kami akan ke penang pulak.
tidur kat safira club
untuk hadiri program
 'nur wanita'.
lepas program 'nur wanita' baru balik KL.
kita dilahirkan bukan untuk gagal.
kita dilahirkan untuk jadi pemenang.

doakan keselamatan kami.



Khamis, 5 Mei 2011

Seminar Dimensi Baru...Tuan Hj Hanim 2.

lagi pasal seminar.
masih panas.
masih hangat.
panas terasa sampai kini.
masih terbakar.
tak sabar tunggu kelas seterusnya.
ringkasan slot tuan haji hanim;
kehebatn yang sebenarnya bukan tak pernah jatuh tetapi bangun semula setiap kali jatuh. punyai emosi stabil dan boleh tahan kritikan.
tak ada matlamat yang tidak boleh dicapai. sebagai seorang insan kita tidak boleh gagal, kerana kita dicipta bukan untuk gagal.
memperkecilkan kebolehan diri adalah satu jenayah.
keyakinan diri akan memotivasikan diri untuk melangkah lebih tinggi. perlu sentiasa baiki diri kearah kecemerlangan. ubah cara bertindak. ubah amalan harian. ubah cara berdoa. ubah cara komunikasi. ubah rutin yang menyebabkan kegagalan.
 
10 undang-undang emas bagi netwoker.
1) prospek adalah orang terpenting dalam perniagaan.
2) prospek tidak bergantung kepada kita. kitalah bergantung kepada prospek.
3) prospek bukanlah gangguan kepada perniagaan kita. prospek adalah maksud perniagaan kita.
4) prospek punyai perasaan dan emosi sama seperti kita. layanlah mereka sebagaimana kita mahu dilayan.
5) prospek bukanlah orang yang hendak diajak bertengkar.
6) menjadi t/jawab kita untuk memenuhi kehendak dan pengharapan prospek.
7) prospek berhad untuk mendapat perhatian, kemesraan dan layanan yang profesional dari kita.
8) prospek adalah perniagaan.
9) prospek adalah bos.
10) prospek adalah nadi kepada perniagaan kita. ingat tanpa prospek kita tiada perniagaan.
 
tips jualan.
1) solat dhuha.
2) baca doa dan istigfar
3) penampilan diri
4) bisness card
5) marketing kits.


Safira Club- Panas!panas!


dah sampai mana cdm. br habis demo ni. panas2. 1juta mesti jadi. X blh tahan.
ini sms yang aku terima semasa perjalanan pulang dari Safira Club.
terkedu seketika, setelah dapat sms tersebut. semangat giler. daya juang tertinggi. target semakin jelas. jadikan 1juta sebagai motivasi kerja kuat.
lepas kelas. terus demo. sampai jam 1 pagi. hebat! hebat! masih ada orang nak dengar lagi ke. tidur lagi baik. tapi semangat yang ditunjukan oleh mereka sungguh luar biasa.

semalam pun ramai orang baru. ramai dari biasa. mungkin aura seminar kot.
sebelum gi  datang kelas pun sorang diri. lepas gi seminar, datang kelas bersama pun prospek.
sebelum gi seminar, prospek asyik tak ada je, lepas gi seminar prospek tak menang tangan.
sebelum gi seminar, asyik mengelak je dengan upline, lepas gi seminar hari-hari mahu jumpa upline minta dibakar semangatnya.
sebelum gi seminar, malas je datang kelas, lepas gi seminar, jam 8 pun dah ada kat kelas.

aku sampai kl jam 4am. sempat layan bola kejap. 

Powered By Blogger