Jom Follow

Jumaat, 1 April 2011

Bulan 4/ Bulan April.


april dah masuk. bulan 4 dah tiba. mac dah berlalu pergi dan tak kembali lagi. capai  target, syukur. Tidak capai target. usah bersedih. kita dah berusaha sebaik mungkin. dah kerja seperti lipas kudung. tak capai juga, tak apa. dah tak boleh ubah apa-apa lagi. bulan ini, kita pulun. capai target mac dan april. rancang betul-betul. tak ada kecewa lagi. tak ada pilu lagi. masih awal lagi. masih ada peluang lagi. double income dari bulan ini. double pakej baru masuk. double sales personal. double rakan niaga datang kelas. semuanya kita doublekan bulan ini. bulan ini dah tak ada lagi halangan. bulan ini dah tak ada lagi masalah. kalau ada masalah bulan ini, masalah dalaman je. masalah malas. masalah dah rasa cukup.  

ingatlah....
prospek tanpa had. cari prospek semudah ABC. kalau anda takut atau segan. buat dan terus buat sehingga takut dan segan tu hilang. buat apa yang kita takut, lama-lama takut tu hilang. mudah je ubatnya. kalau kita takut dan terus tak buat, sampai bila pun takut tu melekat kat kita.


bulan 4, bulan terbaik untuk kita menaja. minggu ini, minggu terbaik untuk kita buat penajaan. malam ini, malam terbaik untuk kita buat penajaan. jumpa prospek malam ini. 99% closing. jumpa dengan semangat pahlawan. jumpa dengan semangat sang juara. jom jumpa. jangan dok peluk tubuh pulak. jangan dok goyang kaki pulak. jangan dok terlebing pulak. 


bulan 4, bulan bikin income paling besar. bulan 4, bikin pv paling tinggi. bulan 4, menaja paling ramai. bulan 4, demo paling ramai. bulan 4, bawa orang datang kelas paling ramai. bulan 4, pastikan naik pangkat. sm->ssm. ssm->dsm. dsm->ddm. ddm->cdm. sape-sape naik cdm bulan ini, dapat RM 1K. fight,fight,fight. tak ada mustahil. buat dan terus buat. jangan undur lagi.

Restoran Nasi Ulam







g




Ini lain sikit. Bukan pasal MLM. 
Tapi masih pasal meniaga.
Kali ini Kedai Makan.
Atau Rumah Makan!!
Nasi Ulam.
Macam-macam ada. Boleh cuba. Boleh rasa.
Dekat Giant Bandar Kinrara.
Dekat dengan Old Town White KPi.
Budu. Gulai telur itik. gulai kawah. daging kerutup. ulam-ulam banyak lagi.
boleh cuba. baru sebulan buka.
aku dah ke sana pagi tadi. boleh tahan. capai standard.

Cari peluang.


Baru settle pasal keta. masuk workshop tengahari dan petang keluar. dah tak payah risau lagi, jalan jauh pun. rasanya insyaalah tak ada masalah. semalam ke safira club, tak sedap ati. brake pad dah habis dan dah keluar notis. buat donno je, meniaga punya pasal. janji punya pasal, gagahi juga. redah juga la. semalam pun kami sampai rumah pun jam 6 am. mengantuk punya pasal. 2 kali tidur. 

ongkos pun boleh tahan juga, tapi lebih murah dari hap seng star. bukan setakat brake pad  belakang depan malah brake disc belakang depan tukar. 
aku buat di 


Merz Auto Garage(Puchong) Sdn. Bhd.
No. 41 Jalan Utama 1/1.
Taman Perindustrian Puchong Utama.

Sape-sape ada masalah pasal keta, boleh ke sini. aku dah biasa dengan seorang staf kat situ. dulu pernah kerja di mellinium merz. dah bertukar angin, mencari suasana lebih baik dan masuk pun lebih besar lagi. maklumlah kos hidup semakin bertambah. kos nak buka workshop pun hampir RM 200K. bila modal boleh balik. berapa lama kena kerja setiap hari. pening kepala dok pikir karenah pekerja. mana yang cuti, mana yang ponteng dan mana yang berhenti kerja.

dah ada kerjaya pun masih mencari peluang. dah ada pendapatan, masih cari pendapatan tambahan. dah ada perniagaan, tapi masih cari peluang tambah duit. aku pun masih berusaha tambah pendapatan.

lepas maghrib, ada jumpa dengan rakan niaga. sentiasa berusaha kembangkan meniaga. sentiasa lakukan yang terbaik. belum berapa jadi. belum berapa kembang. tapi masih bertahan. tanam sekarang, kutip hasil kemudian. melabur sekarang dan esok pasti hasilnya berlipat kali ganda. bekerja keras, untuk kehidupan lebih happy.

Khamis, 31 Mac 2011

Gelanggang Kebangaan Kita...


Baru aku tahu. Siapa leader yang turun ke Safira Club semalam. Aku, CDM Muhammad Razali dan CDM Nizam. Mula-mula dengar, ada ramai yang nak ke sana.  last minit tak jadi. Ada komitmen lain, iaitu jayakan rakan niaga dan diri sendiri.

Sape tak mahu duit banyak.
Sape tak mahu kaya.
Sape tak mahu hidup mewah.
Sape tak mahu rumah besar.
Sape tak mahu hidup seperti yang diimpikan.


Terkedu, tersentuh hati bila dengar DDM Din buat sharing. Sebak. Terharu dengan kejayaan yang dicapai. Setelah lalui zaman-zaman sukar, kini sinar mentari telah muncul.  zaman sukar kian menjauhi, zaman penuh warna-warni semakin menghampiri. Sebak, mengenangkan kepayahan pada awal-awal meniaga. kepayahan berganti kesenangan. Group semakin berkembang. Semakin kukuh. dari kelantan berkelana ke penang, bertemu jodoh  dan mencari rezeki di penang. bertemu dengan Akademi Taipan, bertatih, belajar dan bertanya dan akhirnya perjalanan semakin mudah. woww!

Orang lama, muncul kembali. keindahan dan keseronokan yang ditinggalkan semakin memanggil-manggil. dah tak boleh tahan lagi. harus keluar dari pertapaan. gengam semula apa yang terlepas. gengam dan raih kejayaan lebih hebat lagi. dulu boleh, kini lagi boleh. apa perlunya menyembunyikan diri. tak membantu meraih kekayaan. setelah undur diri, terasa sangat kecelaruan mencari rezeki. tak kekal lama disatu-satu tempat. Jom kembali semula. sama-sama bina, sama-sama berjaya dengan mereka yang telah berjaya dan mereka yang sedang berusaha mencipta kejayaan.

 CDM Fitri, buka gelanggang. perkisahan perjalanan menuju mengerjakan Umrah bersama DDM Rizal. Ramai teruja dan berkira-kira untuk fight ke sana bila hai-o buka gelanggan nanti. Aku pun teruja, bagaikan terpanggil-panggil untuk ke sana lagi. Ya Allah, jemputlah aku ke sana.

Bersyukur. Terus buat. biarkan apa orang kata. janji aku menuju ke jalan kemenangan. menuju jalan kekayaan.
Bagaikan bermimpi. Siapa sangka jadi lagu ni. Dulu berapa kerat je yang sampai ke Safira Club. Sampai pun malu-malu dan sembunyi-sembunyi. takut member-member tahu. kena kutuk nanti. kini dah terbalik. datang ke safira club menjadi kebangaan. war-warkan kepada member-member pun dah tak malu dan segan lagi. Malah mengundang rasa hormat member-member.

DDM Rizal. tutup gelanggang. sukar nak cite dengan kata-kata. bersyukur sangat-sangat. dapat mengerjakan umrah. kalau ikutkan dengan kerja dulu, bagaikan mustahil dapat ke sana dalam usia begini.

Semalam. DDM Sukri  jadi emcee. pertama kali aku dengar. ok. boleh diketengah lagi. boleh digilap lagi. permata akan terus bersinar. menyinari seluruh negara.


Rabu, 30 Mac 2011

baru aku tahu..


sedang tunggu nak gerak ke safira club. harap-harap sempat sampai sebelum kelas bermula. tak boleh dengar laungan semangat aku. 'go go go hong kong'. 'go go go cdm'. mesti dengar selalu. kalau tak dengar penuh separuh pun tak apa. kalau tak kena laung sendiri.
lewat bertolak. tak apa. aku rasa sempat sampai. seberang jaya tak jauh sangat. semangat punya pasal. sempat sampai. 
doakan aku sampai sana. bertemu dengan mereka yang berjaya. bertemu dengan mereka yang sedang berjaya. bertemu dengan mereka yang tak berhenti berjaya. bertemu dengan bakal-bakal cdm. pang5 yang bakal gegarkan Malaysia dan Indonesia.
setiap minggu jumpa dengan mereka. tak jemu. tak boring. sentiasa ada benda baru. sentiasa ilmu baru yang aku dapat. sentiasa info baru yang dapat berkongsi dengan mereka. sentiasa bersemangat.
dari perlis, dari alor star dan dari KL bertemu di safira club. hari ini aku rasa ramai juga cdm dari kl yang turun. aku agak je tu. nanti kat sana baru aku tahu.

Seberang Jaya.


Warga Utara.
Warga Penang.
Warga Kedah
Warga Perlis
Warga Kangar.
Warga Alor Star.
Warga Sik.
Warga Gurun.
Warga Sungai Petani.
Warga Bertam.
Warga Baling.
Warga Kulim.

Boleh datang ke Safira Club malam ini.
jam 8.45 pm.
Perkongsian eklusif dari mereka yang telah berjaya.
pembongkaran rahsia buat duit dengan cara paling mudah menggunakan produk ajaib.

aku dan beberapa cdm akan turun ke sana...

Kelik Umrah.


Mulakan pagi dengan kata-kata positif buat diri. Mulakan pagi ini dengan mood yang baik. Mulakan pagi ini dengan melihat/membayangkan diri telah berjaya. Mulakan pagi ini dengan dengar cd/kaset motivasi. Melangkah ke pejabat dengan langkah kejayaan.

Petang semalam, aku berkesempatan menyambut beberapa rakan niaga yang pulang dari mengerjakan umrah. semuanya sihat dan ceria. semuanya gembira sakan, dapat menziarahi makam nabi, bersolat dalam raudah, bersolat depan kaabah, dapat kucup hajaratul aswad dan macam-macam lagi kegembiraan. malah lebih bersemangat, sebelum pergi. ada yang dah berkira-kira nak mengerjakan haji pulak. ada yang nak ke sana bersama kaum keluarga, nak bawa anak-anak dan ibu ayah. semua itu mesti ada fulus. mesti ada pitis. mesti ada duit. mesti ada RM. 

kerja kena lebih kuat. kerja kena lebih tekun. kerja kena lebih rajin. meniaga pun kena lebih boooo. insyaalah fulus pun mencurah-curah masuk, asalkan kita tak berhenti berusaha. ke sana , seolah-olah dapat baja untuk tambah hasil. tapi ada juga yang terkena racun, bisa terbantut tumbesarannya. hasilnya boleh berkurangan sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.













itulah beberapa foto yang sempat aku rakam. ada beberapa lagi rakan  niaga yang tak sempat aku rakamkan kegembiraannya. minta maaf banyak-banyak. aku sampai pun sikit lewat. apa-apa pun tahniah buat mereka yang ke sana. hari ini dah boleh mulakan perjuangan menuju puncak.
Powered By Blogger