Jom Follow

Isnin, 1 Julai 2013

Ahad300613

Bertemu lagi. Berjumpa lagi. Hari ini dah 1 Julai 2013. Sungguh cepat masa berlalu. Dah bulan Julai. Matlamat yang diimpikan sudah ada yang dikecapi. Atau satu pun tak ada yang dikecapi setakat hari ini. 

Aku pun ada matlamat. Senang dilakukan. Payah nak istiqomah. Setiap hari menulis. Setiap hari mencatat. Setiap hari tanpa ketinggalan menulis. Tak boleh juga. Ada hari-hari yang lompang. Aku lemah pasal disiplin. 

Aku hairan. Seorang penulis. Menulis 10 muka surat setiap hari. Dua bulan satu buku siap. Aku, menulis 4,5 perenggang pun dah rasa panjang. Dah rasa boring. Dah habis idea. Sebab tulah tak ada buku yang telah siap. Tak apa. Aku menulis untuk suka-suka. Luah apa yang aku nak luah. Menulis dengan jujur. 

Semalam. Aku macam biasa. Tak ada kerja sangat. Dah hari ahad. Sabtu malam. Ada bola. Layan bola. Sedara jual air di stadium. Saja-saja. Suka-suka. Seronok-seronok. Nak rasai macamana perasaan menjadi penjaja di stadium. Masuk kena awal. Jam 12 dah tutup. Kena ada tag nama. Kat dalam tak boleh masak. Kena bawa yang dah siap. Air batu juga jadi barang penting. Satu lari, cukup untuk 2 booth. Oleh itu air batu jadi rebutan.

Layan bola dengan Amar. Amar dengan dunianya. Hanya aku yang betul-betul tumpu. Maklumla Kelantan yang main, lawan Johor. Sebelum sepak mula. Hati memang berdebar. Takut kalah. Tapi bila lihat ramalan pakar, ramai yang memilih Kelantan, buatkan aku sedikit tenteram. 

Malam tu, nasib baik. Johor tak kemah macam skalo. Kelantan pula makin kemah, sejak akhir-akhir ni. Gol awal. Minit ke-15. Jaringan tersebut kekal ke akhir. Penyokong berpuas hati. Aku juga puas hati.

Jadi pagi ahad. Lepas solat Subuh. Beli paper la. Sinar Harian. Nak baca liputan perlawanan semalam. Biasanya Sinar Harian lebih banyak liputannya. Suka punya pasal. Aku ni, jarang sangat beli Sinar Harian. Bola punya pasal beli juga hari tu. Bukan tu saja The Star dan Metro Ahad juga beli. Bola oh bola.

Jam 10 pagi. Astro ulang lagi. Aku tengok lagi. Siap bangunkan Aiman. Suruh tengok sekali. Dia dah pesan pada Maknya suruh kejutkan dia. Nak tengok game tersebut. Bila Maknya dah keluar bisnes, aku yang kejutkan. Wow! Syok bila tengok berteman. Semalam dah tengok. Hari ini pun tengok. Tak puas. hihihihi. Menang punya pasal.

Lepas solat Zuhur. Vrooom ke LCCT. Aiman nak balik KB. Esok dah sekolah. Balik KL, nak tonton bola. Singgah dulu di Dengkel. Pekena dulu cendol bakar.

Sampai LCCT. Alamak ramainya orang. Penyokong Kelantan pun ramai juga. Mungkin baru nak balik KB. 

Tiket Aiman dah beli. Bila gi kaunter, nama tak ada. Seolah-olah tak beli tiket pun. Why? Resit  beli tiket pun tak ada. Tertinggal di rumah. Terpaksa beli lain. Sepatut jam 4.25 flight. Jadi tiket baru, flight 5.45...

Mengantu yang amat. Sebelum Aiman boarding, membedal dulu. Aku yang membedal. Aiman tak. Minum je. Kuih teo sup dan nasi ayam.

Sampai rumah. Mengantuk sakan. Jam 6 pm. Tertidur. Terpaksa. Jam 7.50 pm baru sedar.  Lepas solat Maghrib. Rehat. Santai. Mem jumpa bakal prospek di IOI, belum balik lagi....

Mem balik. Hantar anak buah ke UPM. Singgah di Ramal Food Junction. Satay Willy. Orang ramai. Lama menanti. Hampir 50 minit menunggu. Masa menunggu membedal mee sup dulu. Kenyang. Bila satay sampai. Dah tak ghairah mana. Tak dapat menikmati kelazatan sepenuhnya.

Lepas tu hantar ke UPM. Aku dan Mem balik rumah. Tidur....

Jam 1 am. Jumpa Ddm Nizam. Minum di Rejab. Sampai habis extra 1. Balik sambung kat rumah...


Powered By Blogger