Jom Follow

Khamis, 29 Ogos 2013

Khamis Doh Ari ni!

As salam.
Bertemu lagi.
Matahari sudah tidur.
Gelap!!!

Di mana anda saat ini.
Hadiri 'Open House' aidilfitri.
Atau rumah anda yang anjurkan 'open house' aidilfitri.
Ana pun baru balik dari open house.
Founder MMG.
Tapi ana tak makan sangat.
Kuih dan laksam je yang ana bedal.
Dah kenyang, kena lamb biryani di Restoran Tarbush.
Ampang Point Shopping Centre.
Lain-lain menu ada lagi.

Ana sampai dengan isteri jam 8 lebih sikit.
Dari Ampang Point Shopping Centre jam 7.
Singgah solat Maghrib di stesen Shell, bypass sungai besi puchong.
Ana sampai, Ng pun ada.
"Kami pun baru sampai."

Air baru ada.
Semalam lagi tak ada air.
Lega besar, anak-anak & maid dah hantar ke rumah Makku.
Tidur sana la malam ni.
Esok baru mereka balik.

Esok closing.
Lusa pun masih boleh closing.
Sikit banyak yang penting ada sales.
Paling utama dapat settlekan bil-bil dan makan sebulan.
Ramai antara kita bisnes ni sebagai part time je.
Buat income tepi je.



Rabu, 28 Ogos 2013

Tanda Nak Gagal.

Selamat pagi. 
Bertemu lagi. 
Sudah pun Rabu. 
Esok pula Khamis. 
Semoga hari ini, berikan sinar buat anda semua. 
Capai target hari ini. 
Jumpa prospek. 
Pos produk. 
Tambah senarai nama. 

Tanda-tanda seseorang itu nak gagal.
1- tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas.
2- selalu mengeluh terhadap kepayahan hidup.
3- selalu menunda pekerjaan.
4- tidak punya kemahuan untuk melakukan lebih daripada yang diberikan kepadanya.
5- tidak mempunyai kekuatan fikiran.
6- selalu bersangka buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.
7- selalu berasakan dirinya tidak akan berjaya dalam hidup dan tidak berusaha untuk berjaya.
 

Selasa, 27 Ogos 2013

Seminar Seberang Laut FF1

Kah!Kah!Kah!Kah!
FF1 masih hidup. FF1 sedang hidup.
FF1 sedang booom berniaganya.FF1 masih bertenaga.
FF1 semakin kukuh, walau ada yang sinis, 'tak besar mana pun meniaganya.'

Seminar ini FF1 yang buat.
Aku datang support je. Seronok bersama mereka.
Semangat mereka berjangkit pada aku. kikiki
Aku jadi bersemangat.

Nampak mudah nak urus sehingga jadi seminar.
Cuba buat, kalau semudah cakap.
Nak urus hotel. Nak urus peserta. Nak urus penceramah.

Buat untuk kumpul seramai yang boleh.
Bila ramai berkumpul, bakar sekali. Panasnya lain macam.

Sebahagian penceramah yang kongsi kisah bisnes semasa seminar ini.





Sudah lama buat. Sedang petik hasilnya.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Buku.

Masih baru.
Kena mula balik.
Slow-slow dulu.
Tengah asal skill semula.
Bukan mudah nak mula balik.
Bila lama berehat, salah sendiri.

Jumaat.
Solat Jumaat di Masjid BK 4.
Lepas solat ke Puchong Perdana.
Ke IOI, Popular.
Beli buku sikit.

Khamis, 22 Ogos 2013

Idea.

Lama berhenti.
Nak mula balik.
Susah sikit.
Idea tak berapa nak timbul.
Timbul pun tak berapa menarik.

Lama berhenti.
Hilang banyak peristiwa.
Puasa, Raya dan bisnes.
hihihi.
Apa boleh buat.
Penyakit malas kejap terlekat.

Aku Masih Hidup!

Lama aku hilangkan diri. kikiki.
Tiba-tiba malas melanda.
Tak menulis selama 50 hari.
Dah lama tak menulis, banyak momen indah hilang begitu saja.

Isnin, 1 Julai 2013

Ahad300613

Bertemu lagi. Berjumpa lagi. Hari ini dah 1 Julai 2013. Sungguh cepat masa berlalu. Dah bulan Julai. Matlamat yang diimpikan sudah ada yang dikecapi. Atau satu pun tak ada yang dikecapi setakat hari ini. 

Aku pun ada matlamat. Senang dilakukan. Payah nak istiqomah. Setiap hari menulis. Setiap hari mencatat. Setiap hari tanpa ketinggalan menulis. Tak boleh juga. Ada hari-hari yang lompang. Aku lemah pasal disiplin. 

Aku hairan. Seorang penulis. Menulis 10 muka surat setiap hari. Dua bulan satu buku siap. Aku, menulis 4,5 perenggang pun dah rasa panjang. Dah rasa boring. Dah habis idea. Sebab tulah tak ada buku yang telah siap. Tak apa. Aku menulis untuk suka-suka. Luah apa yang aku nak luah. Menulis dengan jujur. 

Semalam. Aku macam biasa. Tak ada kerja sangat. Dah hari ahad. Sabtu malam. Ada bola. Layan bola. Sedara jual air di stadium. Saja-saja. Suka-suka. Seronok-seronok. Nak rasai macamana perasaan menjadi penjaja di stadium. Masuk kena awal. Jam 12 dah tutup. Kena ada tag nama. Kat dalam tak boleh masak. Kena bawa yang dah siap. Air batu juga jadi barang penting. Satu lari, cukup untuk 2 booth. Oleh itu air batu jadi rebutan.

Layan bola dengan Amar. Amar dengan dunianya. Hanya aku yang betul-betul tumpu. Maklumla Kelantan yang main, lawan Johor. Sebelum sepak mula. Hati memang berdebar. Takut kalah. Tapi bila lihat ramalan pakar, ramai yang memilih Kelantan, buatkan aku sedikit tenteram. 

Malam tu, nasib baik. Johor tak kemah macam skalo. Kelantan pula makin kemah, sejak akhir-akhir ni. Gol awal. Minit ke-15. Jaringan tersebut kekal ke akhir. Penyokong berpuas hati. Aku juga puas hati.

Jadi pagi ahad. Lepas solat Subuh. Beli paper la. Sinar Harian. Nak baca liputan perlawanan semalam. Biasanya Sinar Harian lebih banyak liputannya. Suka punya pasal. Aku ni, jarang sangat beli Sinar Harian. Bola punya pasal beli juga hari tu. Bukan tu saja The Star dan Metro Ahad juga beli. Bola oh bola.

Jam 10 pagi. Astro ulang lagi. Aku tengok lagi. Siap bangunkan Aiman. Suruh tengok sekali. Dia dah pesan pada Maknya suruh kejutkan dia. Nak tengok game tersebut. Bila Maknya dah keluar bisnes, aku yang kejutkan. Wow! Syok bila tengok berteman. Semalam dah tengok. Hari ini pun tengok. Tak puas. hihihihi. Menang punya pasal.

Lepas solat Zuhur. Vrooom ke LCCT. Aiman nak balik KB. Esok dah sekolah. Balik KL, nak tonton bola. Singgah dulu di Dengkel. Pekena dulu cendol bakar.

Sampai LCCT. Alamak ramainya orang. Penyokong Kelantan pun ramai juga. Mungkin baru nak balik KB. 

Tiket Aiman dah beli. Bila gi kaunter, nama tak ada. Seolah-olah tak beli tiket pun. Why? Resit  beli tiket pun tak ada. Tertinggal di rumah. Terpaksa beli lain. Sepatut jam 4.25 flight. Jadi tiket baru, flight 5.45...

Mengantu yang amat. Sebelum Aiman boarding, membedal dulu. Aku yang membedal. Aiman tak. Minum je. Kuih teo sup dan nasi ayam.

Sampai rumah. Mengantuk sakan. Jam 6 pm. Tertidur. Terpaksa. Jam 7.50 pm baru sedar.  Lepas solat Maghrib. Rehat. Santai. Mem jumpa bakal prospek di IOI, belum balik lagi....

Mem balik. Hantar anak buah ke UPM. Singgah di Ramal Food Junction. Satay Willy. Orang ramai. Lama menanti. Hampir 50 minit menunggu. Masa menunggu membedal mee sup dulu. Kenyang. Bila satay sampai. Dah tak ghairah mana. Tak dapat menikmati kelazatan sepenuhnya.

Lepas tu hantar ke UPM. Aku dan Mem balik rumah. Tidur....

Jam 1 am. Jumpa Ddm Nizam. Minum di Rejab. Sampai habis extra 1. Balik sambung kat rumah...


Ahad, 30 Jun 2013

VLA: Kongsi Testimoni Terbaru.

Biarlah produk semakin kuat gemanya. Tahniah buat VLA yang tak henti-henti kongsi kebaikan bvsm dan bimbing sesiapa saja yang mahu menjadi usahawan bvsm. Paling utama, seseorang tu mesti berani. Tak boleh takut-takut dengan risiko. Risikonya mudah je. Kawan lari bila tahu, anda tercebur dengan MLM.
Terima Kasih Cdm Roshila...
Ni SS nak share tentang Adik Lya ~ 10 tahun ~dari Kg.Puyut Lahad Datu..
Adik Lya da guna bvsm ni lebih kurang 5bulan..
Masa mula2 jumpa Adik Lya ni sgt2 pemalu..
Xnak bercakap,suka menyendiri,selsema dan batuk silih berganti..

Boleh lihat yg SS upload..
Gambar kudis2 yg agak besar sentiasa ada di kaki Adik Lya..
Alhamdulillah sebulan menggunakan bvsm...
Beransur sembuh dan kini hanya tinggal kesan parut2 saja..
Kata ibunya Adik Lya semakin ceria,banyak cakap dan keletahnya mampu mencuit hati..

Cuba tengok gambar2 SS bersama Adik Lya...comelkan...
# SS sekadar berkongsi sahaja... semuanya dgn izin 

Aku pernah jumpa dengan adik ini semasa hari bio velocity di lahad datu 5 bulan lalu.

Kelantan VS Terengganu

Assalamualaikum semua. Perasaan macam nak sambut hari raya. Padahal puasa pun belum masuk lagi. Perasaan suka sejak semalam lagi. Perasaan seronok sejak semalam lagi. Pasal apa, kerana apa. Malam ni ada perlawanan akhir Piala FA, Final. 

Nak gambar perasaan sebenar ambo dan rakyat kelantan seluruhnya susoh. Apa yang pentingnyo ialah, mari KL, sokong pasukan kita. Sorok sampai serok tengkok. Itulah saja, yang paling seronok. Sejak semalam lagi peminat bola sudah bermukim di stadium. Rasa terharu pun ada. Mari lebih 400KM semata-mata nak sokong pasukan klate. Lagi terharu, dari klate, naik motor.

Biarlah ambo mulakan dulu. Perlawanan semifinal, ambo gi tengok dua-dua perlawanan. Di Klate ambo tengok. Di KT pun ambo gi tengok. Keh apa, kerana apa. Masa tu ketika cuti sekolah. Ambo kelik kg, sempat gi ke KB. Tengok perlawanan separuh akhir pertama. 

Ambo dari Tanah Meroh masa tu. Naik ke KB, ajak Wan Inda sekali. Tunggu dia di Petronas Pasir Pekan. Ingatkan dia nak naik sekali tapi dia bawa kereta. Jadi ambo rasa, baik naik so keta jah. Senang nak parking. Pikir-pikir, naik keto diajahla. Keta ambo tinggal di Caltex Pasir Pekan.

Naik satu kete, banyak hok senangnya. Aku, Mem, Abang dan Wan Inda. Lagi senang aku tak payah bowok keto. Duduk sebelah sambil dok koya. Orang KB, banyak tahu jalan. Boleh cilok situ sini. Parkir dekat Gelanggang Seni. Menapak dalam 100 meter, sapa ko foodcourd stadium. Lepak sambil minum2 dulu. Sampai situ baru jam 6.30 pm. Masih ada masa lepok dulu. Lepas solat Maghrib baru masuk stadium.

Lepah-lepah minum. Ambo pun cari tiket di kaunter. Masih ada. Masih banyak. Q pun tak panjang aloh mano. Paka gi gak terus boleh beli.

Masok Mahgrib. Azan dilaungkan. Dah tersedia jemaah yang menanti untuk solat berjemaah. Di situ juga tersedia lori tangki, untuk kemudahan peminat ambil wuduk untuk solat. Aku turut beratur untuk ambil wuduk. Usai berwuduk, bergerak ke tempat solat.

Masing-masing dah sudah solat. Kami bergerak masuk stadium. Masuk awal, melalui pintu A. Senang dapat tempat duduk. Cari serong, belakang gol. Naik beberapa nak tangga juga.

Lamo jugok, nak tunggu sepak mula. Tok pukul 8 lagi kawe masuk doh. Jadi pemain dok tengah warm up. 

 




Sabtu, 29 Jun 2013

Kelantan 2.

Semalam. Sehari suntuk di Kelantan. Sampai jam 4 pagi. Jumpa prospek jam 5 pm. Jumpa di rumah prospek. Gerong, Paklebang.

Prospek adalah kawan rakan kongsi dari Jeli. Prospek dah tahu. Rakan Kongsi Jeli dah call. Rakan kongsi dah hurai panjang lebar. Bila gitu tugas Mem menjadi mudah lah. Buat closing je. Itu yang terus bawa balik bvsm.

Mem dengan bakal prospek. Aku dengan suami bakal prospek. Juga convince. Agar suami jadi faham dan tak halang isteri untuk join bisnes ini. Banyak kes, suami tak bagi buat. Ini terjadi bila suami dengar dari isteri bukan dari kita. Mungkin semasa isteri terangkan, tertinggal isi-isi penting. Bila kurang faham, suami jadi penghalang pula. Begitulah juga sebaliknya.

Mula-mula aku bertakruf dengan suami tuan rumah. Ketika tu, suami rakan kongsi Jeli keluar. Masa tu aku tak tahu pun yang dia tu suami rakan kongsi Jeli. Aku agak, mungkin sedara-sedara tuan rumah. Ketika dia keluar, aku rancak bersembang dengan suami tuan rumah. Kenal-kenal dulu. Sembang biasa dulu, cuba cari keserasian dulu. 

Suami tuan rumah. Kerja Kastam di Rantau Panjang. Baru sebulan pindah di situ. Sebelum ni menetap di Rantau Panjang. Isterinya baru dapat pindah mengajar di sekolah kawasan situ. Sebelum ni mengajar di sekolah guah periuk.

Bila suami rakan kongsi Jeli balik. Aku masih tak tahu siapa dia lagi. Masih rancak bersembang. Macam-macam keluar. 

Lama juga baru aku tahu. Bila tahu aku mula kongsi kelebihan bisnes Ha i-O dengan dia. Aku cerita padanya. Dah 13 tahun aku buat. Siap berhenti kerja lagi. Tumpu pada bisnes ini 100%.  Dia juga kontraktor. Banyak dapat projek. Tapi kena pandai jaga pegawai yang jaga projek. Kalau tak pandai, susah.

Macamana dapat jumpa rakan kongsi Jeli? Sebenarnya kami pun tak kenal. Rakan kongsi Jeli tu, kawan pada rakan kongsi Ddm Siti Safinah. Dia yang ajak kawannya join. Bila kawan ajak. Dia lebih percaya kawannya dari orang lain. Walaupun kat Jeli tu dah ramai yang buat bvsm.

Rakan kongsi Jeli, ni kaki bisnes. Cepat bertindak. Berani berkongsi peluang dengan kawan-kawan. Tak takut-takut. Cah ligas orang Kelantan cakap. Dari minggu lepas lagi dah setkan appt dengan kawan-kawannya.

Kawan-kawan percaya dan dengar cakapnya. Padahal rakannya yang kami jumpa tu, dah biasa sangat dengan Hai-O. Ramai rakannya telah join. Tapi dia tak terpikat untuk join. Lihat kegagalan kawan-kawan, masuk dan ditinggalkan, serta janji barang team akan tolong jual. Bila rakan kongsi Jeli yang convince, dia berminat. Percaya pada reputasi kawan.

Tuan rumah pun terus nak mula. Nak bawa, jumpa kawan-kawannya pula. Nampak gayanya kami akan lebih kerap turun Kelantan selepas ini. Itu kami suka. Dapat lebarkan sayap bisnes dan jumpa lebih ramai kawan. Dapat bantu orang ramai, keluar dari kemelut kewangan.

Jumaat, 28 Jun 2013

Kelantan 1.

Assalamualaikum. Aku belum mati lagi. Aku masih bernyawa. Sebab itu aku boleh muncul lagi hari ini, selepas semalam aku berehat. Aku tak muncul di ruang siber ini. Kalau ada orang nampak aku muncul diblog ini. Hati-hati. Penunggu kot. hihih.

Hari ini, aku timbul lewat sikit. Doh pukul 6.13 pm. Aku ni mengantuk sangat-sangat. Tapi paksa diri untuk merapu sekejap diblog ini. Kalau tak merapu, mungkin terbungkam dikatil. Tok molek, tidur lepas asar. Lagi tok molek tidur dekat nga Maghrib.

Semalam bukan sengaja aku ponteng menulis. Semalam aku berada di Negeri Kelantan, atas urusan menego. Aku sampai jam 4 pagi. Check In hotel. Rehat sakan. Jam 3 pm, check out. Vrooom ke Palekbang, Tumpat. bvsm punya penangan. Itu rangkuman aktiviti aku semalam.

Aku dan Mem. Balik Kelantan. Mem dok berkira-kira. Nak balik dengan apa. Kereta. Bas. Kereta api @ kapalterbang. Cek-cek, nak balik ada tiket. Bila nak balik semula KL, ada sikit masalah. Tiket habis. Orang Kelantan serbu KL, tengok bola. Perlawanan Akhir Piala FA.

Aku tak pikir pun nak balik sama. Bila petang aku tanya Mem. 

"Jadi ko awok balik?"
"Jadi la, orang tunggu doh esok."
"Kelik nga ggapo?"
"Tok tahu lagi."
"Payoh-payoh kelik nga kereta.. Kalu nok balik nga keta, kena gi servis keto dulu." lantas aku capai kunci kereta.
"Nak gi mmano?"
"Servis keto?"
"Buko lagi?"
"Try gi la dulu." Jam dah pukul 6.15 pm. Aku harap masih buka. Kalau tak buka, parah juga nak drive keta, dah lama tak servis.

Aku vrooom ke bengkel keta, tempat yang selalu aku servis. Tak jauh dari rumah. Tak sampai pun 5 minit. Lega. Bengkel masih buka.  

"Apa hal?"
"Tukar minyak hitam, minyak kat belakang."

Kali ini, aku bawa JTX1000. Servis terakhir, aku tak bawa. Rasa rugi je. Prestasi minyak lain sikit kurang kalau nak dibandingkan dengan JTX1000.

Tak sampai 30 minit siap. Balik rumah. Mem macam nak bergerak terus. Aku cakap. Lepas isyak dulu. Kak B pun tuntut janji. Aku dah janji nak beli buku untuknya.

 "Lepas Maghrib kita ke SMO, Giant, Putra Height. Mandi sekarang. Baca Al-Quran." Arah aku pada Kak B.  Jam ketika ini baru 7.50 pm. Masih ada masa lagi. 

Lepas Maghrib. Vrooom ke SMO. Beli buku untuk Kak B. Sekejap je. 

Balik rumah. Hampir jam 9.pm. Suruh Mem masak maggi. Isi perut sikit. Kalau makan nasi, takut mengantuk pula. Nak jalan jauh hi. Lebih 400 KM.

Usai membedal. Aku pun bergerak ke Kelantan. Jam ketika itu sudah menunjukkan 9.15 pm. Aku balik dengan Kereta Produa Myvi. Mercedes aku, kawan pinjamkan untuk istana sepanjang majlis perkahwinan Tengku Amalin. Dah seminggu WRY181, aku dah berada di Kelantan.

Kereta aku penuh bvsm. Untuk aku satu. Untuk Mem satu. Aku letak di seat. Bagi tenaga sikit. Nak elak mengantuk. Sepanjang hari tu, aku tak tidur pun. Awal-awal aku dah bersedia dengan bvsm.

Ternyata berbaloi. Aku drive, tak berhenti rehat pun. Drive sampai Kelantan. Tak mengantuk. Lagi satu teruja dengan prestasi kereta selepas pakai minyak JTX1000. Memang power. Sebelum ini, pakai dan tak bawa jalan jauh. Setakat pusing KL. Tak betul-betul lihat perbezaan JTX1000 dengan minyak-minyak yang lain.

Sampai KB. Jam 4 pm. Jenuh cari kedai makan. Banyak yang dah tutup. Pusing punya pusing. Nasib baik ada kedai Bob Roti Canai. Bedal tu je lah.

Jam 5 pm. Check In hotel Azam. Nikmatnya dapat meluruskan badan. Tidur yang teramat lena. Lepas subuh sambung lagi. Kena bagi cukup tidurnya. Sekitar jam 9 am. Tersedar. Mem pun kalut, Bank call. Kena masuk duit. Duit tak cukup. Hanya 10 minit je tinggal. Tergesa-gesa menuju Maybank. Nasib baik tak jauh dari hotel. 

Aku lepak sekejap. Sambung tidur. Tapi dah tak nak jenera. Perut pun dah kosong. Mandi-mandi. Turun bawah. Masuk restoran sebelah hotel je. Malas nak cari yang sedap-sedap tapi jauh. Nasi putih dengan gulai ayam + telur goreng. Itu je menu aku pagi tu. Mudah tapi menyengangkan.

Habis makan. Cari kedai buku dulu. SMO, dihujung sebelah kiri hotel. Hujung sebelah dengan stesen bas KB. Ada niat nak beli buku. Mana tahu, ada yang aku berkenan dan tak jumpa di kedai buku sekitar KL.Rembat dua buah buku. Cukuplah dulu. Lain kali beli lagi. Itu pun keluar dengan penuh sabar....

Masuk hotel. Jumpa dengan sahabat. Juga menginap kat situ. Orangnya mudah mudah mesra. Lama juga aku sembang. Bila dia dapat call. Dia blah. Jumpa kawan dia kot. Dah 4 hari berada di Kelantan atas urusan bisnes. DI KL tinggal di Presint 9. Isterinya kerja Hospital Putrajaya.

Aku pun naik ke bilik. Mem belum balik lagi. Aku sambung tidur. Kena rehat betul-betul. Malamnya aku nak drive balik KL. 

Mem balik. Ajak makan tengahari. Aku malas nak keluar. Nak tidur je. 

Jam 3.30 pm. Mem baru balik. Check out. Ambil abang di tali air Cherang. Nak balik KL. Nak tengok bola. Ahad baru balik semula KB.
 


 

Rabu, 26 Jun 2013

Cabutan Bertuah.

Syukur.
Program berjalan seperti yang dirangka. Program cabutan bertuah buat mereka yang singgah di booth 15A semasa Pesta Perkahwinan do PICC tempoh hari. Singgah dan isi borang. Bila isi borang. Mereka akan dipanggil secara berperingkat. Nak buat sekali gus susah. Ramai sangat. Lebih 1000 orang yang isi borang.

Hari ini acara kemuncaknya. Cabutan bertuah secara besaran dilakukan pada petang tadi. Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan. Ramai yang datang. Hadiah juga banyak. Cuma sebelum cabutan dilakukan. Peserta cabutan bertuah mesti dengar dulu perkongsian produk oleh pihak penganjur.

Nama-nama mereka ni boleh juga masukkan ke dalam senarai bakal prospek. Mungkin tak semua. Pilihlah mana yang berminat untuk cari duit tepi. Call bila ada kesempatan. Jangan lama sangat perap. Kelak mereka dah tak kenal lagi.
Antara mereka yang hadir.

Mudahnya Bisnes BVSM!

Lagi aku post entri baru. Dah lama berehat. Apa salahnya aku post lebih sikit hari ini. Mana tahu, esok aku jadi lebih sibuk. Mana taknya permintaan terhadap bvsm menjadi-jadi. Bukan aku je, rakan niaga aku juga alami kesibukan yang sama.
Panggil untuk baca doa. Alih-alih suami isteri terpikat.

Bukan sekadar nak guna bvsm je tapi nak cetak duit sekali. Ini yang menambah lagi kesibukannya. Tapi aku suka. Tapi aku gembira. Lagi ramai yang cetak duit, aku lagi suka. Aku buat. Aku buat. Aku buat. Bukan aku tak buat. 

Semalam aku dan Mem, membelah jerubu dan kabus pagi disepanjang LPT menuju ke Lembah Kemaman. Sebenarnya aku konfius. Nak bertolak malam @ bertolak pagi. Maklumla kereta WRY 181, berada di Kelantan.
Papan tanda yang menyambut ketibaan kami semalam.

Semalam Myvi yang beri khidmat buat aku. Usai je solat Subuh. Terus aku dan Mem memulakan langkah pagi berkongsi kebaikan bvsm. Mesti lepas KL sebelum jam 7 am. Kalau tidak jem dan lewat sampai di Lembah Kemaman. BVSM semalam lagi masuk kereta. Tools lain juga dah ada dalam kereta. Kalut-kalut boleh tertinggal.

Lembah Kemaman mesti sampai jam 10.15 am. Tak boleh lewat. Masa tu orang rehat. Orang boleh tengok demo bvsm dengan tenang dan selesa.

LPT lancar. Tak banyak kereta. Aku drive tanpa mengantuk. Tidue lena, beralaskan bvsm. Singgah breakfast di R & R Temerloh. Mee hung goreng & nasi putih sama keli salai. Terkejut juga, sampai sini sebelum jam 8 am. Rasanya aku tak pecut sangat pun.

Sambung perjalanan. Menuju Lembah Kemaman. Tak pernah dengar. Tak pernah nampak signboard. Tak boleh nak bayang di mana Lembah Kemaman. Dapat direction dari kawan tu, aku dah boleh agak dah.
Antara mereka yang sudi bagi masa untuk tengok demo bv oleh Kak Tini....bukan Kak Ton.


Guru besar pun beli. Cash lagi. Buat isterinya.



Keluar tol Jabor. Lepas tu jumpa bulatan. Ambil jalan menuju Jerangau. Bergerak lebih kurang 5KM ada simpang kiri. Masuk lebih kurang 2KM pula akan jumpa simpang ke kanan. Masuk terus, jumpa sekolah. Sekolah dalam Ladang Kelapa Sawit Sime Darby. Sekolahnya tak besar sangat. Murid pun tak ramai.

Syukur. 9.45 am, aku dan Mem dah sampai. Masa tu, Ustazah Lin masih ada kelas. Jam 10.15 baru habis. Baru boleh jumpa.

Dah sampai destinasi. Mem jumpa bakal prospek. Aku berteman dengan buku. 

Lebih kurang 1 jam. Mem datang. Habis bvsm yang kami bawa. Tinggal satu, nak hantar ke Felda Jenderak Utara. Syukur. Mudahnya bisnes bvsm. tunjuk demo & testimoni. Orang terus terpikat. 

Usai situ, kami bergerak ke Felda bukit Goh. Jumpa Amzar dulu. Nak bawa balik, jerubu masih tebal di KL. Kesian juga pada dia nanti. Alahan dengan cuaca. Situ makan tengahari. 

"Macamana nak ke Felda Jenderak Utara?" tanya aku 
"Rasa-rasanya kena exit di Lancang." jawan tuan rumah.

Dah tahu gitu, aku dah tak tanya lanjut. Dah kira yakin. Usai makan, kami bertolak menuju ke Jendarak Utara. Ikut LPT lagi. Sebelum sampai LPT aku suruh Mem tanya Pok Loh Tomyam pula. 

" Assalamualaikum Loh."
"Nak tanya, Felda Jenderak Utara nok exit mana."

Itu yang aku dengar Mem cakap. Belah sana aku tak dengar. Tapi Mem bagi tahu aku, Pok Loh pun tak tahu. Jadi kami ikut saranan pertama. Exit di Tol Lanchang. Habis cerita

Masuk LPT. Tukar drebar di Hentian Maran. Aku mengantuk sakan. Bagi Mem pula. Aku nak rehat dan tidur. Dapat sekejap pun jadilah. Nasib baik boleh tukar-tukar drebar. Kalau tak boleh, susah juga.

Mem drive sampai ke Tol Lancang. 

Tanya juru tol, "macamana nak ke Felda Jenderak Utara?"

"Kena keluar plaza tol temerloh. Lepas tu belok kanan."

Mem terkedu seketika. Kami tadi dari Kuantan. Dah terlepas la ni.

Kena pusing balik. Singgah dulu situ. Masuk toilet dan aku solat. 

Di hujung Lorong Bunga Anggerik 1, letak duduk rumah yang kami hantar bvsm.

Kini giliran aku pula drebar. Aku dah pulih balik. Dah segar bugar. Dari Plaza tol Lanchang ke Plaza tol Temerloh tak lah jauh sangat. Tak sampai pun 30 minit. 

Keluar plaza tol. Belok kanan, menuju Jerantuk. Sampai ke stesen Caltex, belok kiri. Masuk jalan tu sehingga bertemu dengan Felda Jenderak Utara, lebih kurang 8 KM. Masuk tunggu di stesen minyak. Nanti ada orang ambil.

Hantar bvsm pada seorang ibu. Sakitnya telah 3 bulan.Doktor tak tahu penyakit apa. Tak boleh buang air besar. Semalam dah 17 hari tak buang air besar. Terseksanya ibu ini. Kami harap, dengan bvsm dapat membantu ibu ini kembali sihat. 

Anak buahnya yang syorkannya. Jadi ibu ini setuju je. Terus masuk duit pada kami dan semalam kami terus bawa. Cuma sikit terkilan, mereka ingatkan kami akan hantar pagi. Rupa-rupanya petang. Lama juga ibu ini tunggu.

Sekejap je kami di sni. Vrooom ke KL. Kena cepat. Nak elak jem. Nasib baik sebelum jam 5 pm, kami dah lepas tol Gombak. Ikut MRR2. Sampai Pandan baru sesak. Tapi kereta masih bergerak agak perlahan. Jam 5.45 pm. Dah sampai rumah. 




Tangkap Cdm Fitri & Cdm Ayu.

Assalamualaikum. Selamat pagi. Selamat sejahtera. Agak lama aku tak bermain-main di ruang ini. Kesibukan melanda serta laptop ada masalah sikit. Maaf ye. Jangan marah. Singgah dan tak ada sesuatu yang baharu. 

7 hari berlalu tanpa entri baru. Keadaan ini bukan aku suka pun. Kalau boleh setiap hari nak ada entri baru. Dah ada masalah. Nak buat macamana. Hari ini, aku kembali bermain di sini. Bolehlah post entri baharu.

Cdm Fitri & Cdm Ayu.
Aku mulakan entri hari ini dengan share gambar ini. Gambar Cdm Fitri & Cdm Ayu. Aku dan Mem bertemu dengan pasangan ini di Sri Naira. Tarik mereka sekejap sebelum mereka vrooom ke Penang. Jumpa mereka selepas mereka tutup demo. Bertemu selepas jam 10 pm. 

Dah berjumpa. Sekadar minum-minum. Masing-masing dah kenyang. Pilih yang ringan-ringan je. Kalau beratkan kesian pada mereka. Nak drive ke Penang pula lepas tu. Pada awalnya, teragak-agak juga nak jumpa. Mereka masih jauh lagi. Esoknya Cdm Ayu bekerja.

Banyak sembang. Banyak cakap. Lama tak bertemu. Kami pun dah lama tak ke FF1, sejak mereka agak selesa bergerak bersama teamnya. Gerakannya betul. Tindakannya sesuai dengan dunia MLM. Mereka pun dah matang bertindak. Dah pandai urus group. Dah tuntas bagi inspirasi pada group. Dah kurang silap. Buat apa yang mereka cakap. Masalah naik ke atas. Pujian turun ke bawah.

Masalah kecik-kecik mereka dah boleh selesai. FF1 semakin kukuh. Tahniah buat mereka berdua. Memilih untuk bina  FF1 adalah pertimbangan yang amat tepat. Hasilnya sungguh luar biasa. Biarpun hasil belum betul-betul luar biasa. Tapi sedang bergerak ke arah tersebut.

Bila jumpa, mereka tadah telinga. Mereka lebih suka dengar apa yang kami share. Bila lama tak jumpa. Cdm Kartini bagaikan air hujan mencurah-curah dan tak mahu berhenti dari kolam mindanya.

FF1 sedang berkembang di seluruh negara. Dah sampai Singapura. Wow! Tahniah. Berani dan banyak bertindak serta kurang bercakap. 


Gambar ni pulak, semasa team FF1 singgah rumah. Makan tengahari. Patin masak tempoyak jadi hidangan mereka.

Masa Diamond Nite, jumpa sekejap. Tak boleh cakap lama. Ramai orang dan suasana bising. Jadi ketika ini, boleh jumpa dan sembang lebih lama. Dapat kenal permata-permata baru FF1. Lebih 10 orang juga yang datang ke rumah.

Rabu, 19 Jun 2013

Calon Cdm13!

Sudah balik rumah. Selesaikan agenda pagi dengan jayanya. Bermula dengan hantar Kak B ke sekolah. Mem ikut sama, sebabnya lepas tu vroooom ke Sri Serdang. Bertemu dengan sahabat, kawan, guru dan rakan kongsi. Semalam dah janji nak breakfast bersama. 

Dah dekat sangat dengan Cdm. Sikit je lagi, Cdm la tu. Calon Ddm dah ada. Tunggu masa. Sikit volume masuk, dah Ddm calon tersebut. Tak ada tarik-tarik volume. Tambah fokus, pada kaki mana yang terpenting saat ini. Fokus pada pakej, kalau boleh. Tak boleh, tak apa. 

Aku tahu. Aku yakin. Aku pasti. Naik pentas Cdm hujung tahun ini. Gerak kerjanya kemah sejak lama dulu. Kini pun masih kemah. Malah lebih kemah lagi. Fokus pada bisnes. Lain-lain hal, letak tepi untuk beri laluan bisnes bergerak laju. Teguh pendirian. Banyak bergerak secara solo sejak dulu lagi. Tak nak menyusahkan upline. Bila upline benar-benar tak ada, boleh kerja macam biasa dan tak jadi kudis pada bisnesnya. Pilihannya tepat.

Jumpa sambil breakfast. Nasi lemak & tosai jadi pilihan. Pagi ni berguru dengannya. Pagi ni timba ilmu dengannya. Walaupun dia yang ajak jumpa. Tapi setiap orang yang kongsi sesuatu dengan kami, mereka tu adalah guru kami. Pagi ini, kami belajarnya darinya buat sampai jadi. Jangan terpikat dengan pujuk rayu lain. Kalau ke tempat lain, kena bermula dari bawah juga. Dah dok berada di atas, buat apa nak ke bawah semula.

Dah lama buat. Belum habis lagi kawan. Malah kawan-kawan dulu, tak ramai lagi yang join bisnes. Bukan setakat tak join, tak tahu pun yang dia sedang berbisnes. Lagi parah, masih ramai lagi kawan yang belum dapat boleh berhubung. Tak ada no hp. Kalau gitu, seolah-olah baru nak mula bisnes. Masa aku join dulu. Upline tekankan. Cari kawan dulu. Habis kawan, baru cari stranger. Tapi dia ni pelik, cari stranger dulu kot. Kawan belajar dulu belum tahu lagi. Cepat-cepat, nanti sesal. Kawan terjoin dengan orang lain. Aura bvsm lain macam je ni.

Lakukan aktiviti mencetak duit selepas selesai urusan sekolah anak-anak. Pagi sekolah agama. Tengahari hantar anak ke sekolah kebangsaan, terus urus bisnes pula. Appt. Urus dokumen dan lain-lain.

Aku doakan agar dia terus maju dalam bisnes ini. Cetak duit banyak-banyak. Raya mega tahun ini.




Selasa, 18 Jun 2013

FF1 & VLA :

Hujung minggu lepas. 
Ada beberapa acara besar yang dijalankan oleh rakan-rakan bisnes ATM181.

Sabtu.

FF1 International adakan sesi bvsm bersama warga Temerloh & Mentakab. Taiko besar FF1, Cdm Fitri & Cdm Ayu turun dari Penang. Dengar-dengar mengaum sakan hari tu. Ramai yang berminat nak cetak duit dengan bvsm. Ada juga yang tak nak cetak duit tapi nak guna kelebihan yang ada pada bvsm. Lepas guna, baru pikir-pikir nak cetak duit ke tidak.

Ini terjadi angkara Dsm Noarlinda bt Mohd Jahari dan suami. Dari gerak tari bisnesnya tak mustahil berdiri di pentas Cdm hujung tahun ini.
Temerloh juga mahu bvsm.
VLA Kuala Lumpur. Bertempat di Pusat Belia Cheras. Program Master Usahawan dilangsungkan. Dapat sambutan hebat, walaupun bertiket. Hampir 100 orang juga yang datang. Teruja nak buat duit dan nak guna bvsm.  Cdm Ah Hock & Cdm Kelvin turun membantu. Program bertujuan nak bangkitkan momentum orang lama dan beri info bisnes dan produk pada orang pertama kali datang.

Cdm Roshila dibantu oleh Cdm-Cdm groupnya berganding bahu menjayakan program ini. Kita tunggu hasilnya nanti. Aku kenal Cdm Roshila, Cdm yang kuat bekerja dan sentiasa kreatif kembangkan bisnesnya. Bukan jenis yang cakap kosong. Cakap dan buat. Dengar-dengar dah ada yang closing pakej.
Master Usahawan anjuran VLA.
 
Ahad
FF1 International berkampung di Perlis pula. Matlamatnya tetap sama. Berkongsi kebaikan bvsm. Disamping mencari kader-kader baru untuk dilatih menjadi usahawan di bawah program bimbingan FF1 International. 

FF1 Internatioanl, makin hebat. Semakin lancar bergerak tanpa gangguan. Dah teragak-agak lagi. Apa yang dipikirkan molek, mereka laksanakan. Tak perlu tunggu keizinan sesiapa lagi. Nampak sangat , FF1 seronok dengan keadaan ini. Dah menanti beberapa calon-calon Cdm tahun ini. 

Ddm Muhammad Syukri & Ddm Tengku, punya angkara sampai ini terjadi. Betul ke?

FF1 bertakhta di Perlis.

Norlida Ghani.
Kuantan.

Ini lagi satu program. Susulan program Jom Heboh minggu sudah. Semasa Jom Heboh, Dsm Norlida, sewa booth. Promote bvsm dan produk-produk Hai-O yang lain. Bila promote, ada yang beli cash. Ada yang kena follow up. Nak minta no hp, agak susah. Jadi buat cabutan bertuah. Jemput datang pada ahad. lepas. Alhamdullilah boleh tahan juga yang datang. Sebelum cabutan bertuah dilakukan. Cdm Kartini sempat tunjukan kelebihan-kelebihan bvsm dan program cetak duit bersama Hai-O.

Apa yang uniknya. Program ini dianjurkan oleh seorang je. Tahniah atas keberanian yang ditunjukan oleh Dsm Norlida.
Antara yang hadir di de rhu beach resort.


Selasa180613.

Bertemu kembali. Hari ini bermulah rutin biasa. Pagi-pagi hantar Kak B ke sekolah. Tempuh jem. Kadang-kadang jem teruk. Kadang-kadang tak teruk sangat. Kalau jem teruk. Kereta dah berjujuk di jalan keluar, sebelum sampai simpang lagi.  Kalau tak teruk, jem di jalan luar je. Ikut masa aku keluar. Kalau keluar sebelum jam 7.15 am. Jem tak teruk. Balik nanti pun tak teruk jem. Sampai rumah lebih awal. Kalau keluar lewat pada tu, akan tempuhi jem teruk. Balik nanti juga aku kena tempuh jem teruk. Sampai rumah lebih lewat. Lepas jam 8 am. Keadaan semakin teruk, bila pembinaan MRT. Bila siap, bisa kurang jem agaknya. Aku tempuh je sekitar 1KM je, jalan bypas Puchong Sungai Besi.. Lepas masuk KESAS dah tak jem lagi.

Semalam Kak B, demam. Aku kasi rehat kat rumah je. Mungkin mandi lama sangat semasa bercuti di Cherating. Aku ada perasan. Kalau Kak B, kuat main air. Dia akan demam. Hari ini, dah keboh, tapi masih perlu makan ubat. Mem bekalkan ubat untuk Kak B makan di sekolah nanti.

Minggu lepas Kak B, sekolah hari isnin je. Itu pun balik awal. Sekolah ada masalah a/c. Panas dan tak boleh belajar. Jadi cuti sampai Jumaat. Rehat sakan Kak B. Aku pun sama. Tak kalut pagi-pagi. Boleh santai-santai kat rumah. Tapi asyik terperap kat rumah pun tak bagus juga. Lebih baik ada kerja, dari kebosanan.

Pagi tadi, saja-aja aku ke taman awal. Sebelum hantar Kak B. Pusing taman satu dua pusingan. Sebelum aku memasuki pusingan ke-2. Adalah Aso sedang melintasi aku. Sempat sembang dengan aku.

"Awak ada sakit apa?"
"Tak ada."
"Kalau ada sakit, bagus buat macam ni, jalan-jalan sambil tepuk tangan. Sebelum ini, dah gi Hospital Serdang. Check. Salur darah ada sumbat sikit. Dr kasi ubat dan suruh bersenam. Lepas tu pi lagi. Dah tak ada sumbat. Dia dah buat senaman pagi-pagi." sambung Aso tu lagi.

Aku angguk kepala. Jangan malas, kalau nak sihat. Duit boleh cari. Tapi duit tak mampu beli kesihatan. Senaman paling mudah dan murah tapi susah nak lakukan secara istiqamah. Buat 2,3 hari. Berhenti. Mula lagi. Berhenti lagi. Kalau asyik dok gitu. Bila nak sihat.



Kuatagh 90: Hari Pertama

Assalamualaikum.

Bertemu lagi hari ini, setelah beberapa aku tidak tubik di halaman ini. Adalah sebab yang tak boleh dielakkan. Utamakan yang penting dahulu. hihihi.Tinggalkan seketika aktiviti blogging. Ada ke yang dok tunggu-tunggu. Jangan perasan. 


Sabtu lepas. Aku ke Cherating. Mem ada reunion MRSM Kuantan, batch 90. Aku, Mem, Kak B, Amzar dan Cik Moh bertolak jam 7.15 am. Amzar denga Cik Moh, akan ditinggalkan di rumah adik Cik Moh, di Felda Bukit Goh, selama seminggu. Itu permintaan Cik Moh.

Kami tiba di Felda Bukit Goh agak lewat. Aku drive tak berapa nak laju. Mengantuk punya pasal.. Tak tahu kenapa. Nak kata tak cukup tidur. Malamnya aku tak berjaga. Tidur awal. Bangun pun lewat. Subuh baru terjaga.

Aku rehat seketika di Hentian Rehat Maran. Mengantuk sangat. Beli kace butil & Red Bull. Biar mulut ada kerja, halang mengantuk. Lama juga aku kat situ. Cik Moh tukar pampeh Amzar. Lain-lainnya tumpang sekaki. Mem terlupa nak beli mugo ni ketika singgah di Petronas Karak tadi. Kalau dah beli, tak payah berhenti sini.

Sebelum singgah di Hentian Maran, aku dah singgah terlebih dahulu di Petronas Karak. Lama juga singgah situ. Breakfast dulu. Tapi kalau ikut aku, bukan breakfast pun. Sekadar lapik, sebelum betul-betul breakfast. Sekadar roti hotdog je. Menampung buat seketika. Dalam kepala dah plan nak singgah di R & R Temerloh. Patin tempoyak dan gulai keli salai ternampak-nampak. Adus sedapnya.  
Sambung perjalanan. Pada awalnya nak singgah di Kawasan Rehat Temerloh. Nak breakfast di situ. Bila drive semula. Tak jadi pula. Macam kenyang je pulak. Mugo dah kena kace butil. Kalau berhenti lagi, lagi lambat sampai la.

Exit Plaza Tol Kuantan, lepas tol jumpa simpang tiga  belok kiri, gi depan sikit, belok kiri lagi. Sampailah di Bukit Goh. Tak lama, kami dihidang nasi. Kami apa lagi. Membedal sakan. Kelaparan. hihihi. Lauk simple. Ikan rebus goreng, pucuk ubi dan budu. Cukup menyelerakan. Pucuk ubi segar, kami sampai baru petik pucuk ubi kayu, dan terus celur. Terasa manisnya. Kalau  di KL yang dah beberapa hari petik. Dah kurang khasiat atau memang hilang langsung. 

Usai membedal. Sambung perjalanan menuju The Legend Resort Cherating. Aku masuk semula LPT dan exit di Jabor dan terus ke Cherating. Resort ini terletak di Lot 1290, Mukim Sungai Karang Cherating, Kuantan. Kalau dari Kuantan, lokasinya terletak selepas Holiday Villa. Jam 12.15 kami cecah lobi hotel. Dah ada beberapa sahabat Mem yang tiba lebih awal. Dari KL dan dari Kelantan. Kami mungkin yang ke-5 kot.
Mem ajk. Kena sampai awal. Nak urus pendaftaran. Lepas tu kami dijamu makan tengahari. Menikmati makan menghadap laut. Di luar kawasan resort, hanya bersebelahan sahaja Walaupun dekat, tapi tetap kena berkereta juga. Aku tumpang kereta Golok.Terima kasih yang sponsor. Masak ke beli aku tak pasti. Lain kali, sponsorlah lagi. hihihi Aku baru je makan di Bukit Goh, masih kenyang. Dah ada, bedal lagi. Ingatkan nak sikit je. Bila membedal tak ingat. Sebungkus penuh juga.

Siap makan. Balik resort. Rehat di lobi sampil tunggu kunci. Dapat kunci. Masuk bilik. Mandi dan solat. Jam dah hampir pukul 3 pm. Peserta reunion semakin ramai yang tiba. Mem agak sibuk dengan urusan pendaftaran. Kak B, urusan mandi manda di kolam. Kak B dah jumpa kawan. Anak Maria. Aku dilanda mengantuk. Mungkin terlebih isi. Aku lena sakan. Bangun-bangun dah hampir Maghrib. Tak sedar pun, Mem dan kawan-kawannya mandi-manda di kolam resort. 



Agenda malam. BBQ. Itu je. Aku  join sekali. Membedal sakan juga. Kena daging & kambing bakar. Bukan itu je, mugo lain pun banyak. Makan tak banyak sangat. Sembang je banyak. Maklumlah lama terpisah. Ada yang dah tak kenal. Dok risik-risik dengan kawan sebelah. Nak tanya empunya diri. Takut ada yang kecik hati pulak. Sembang sakan. Seronok sakan. Ada yang terpisah 23 tahun.


Tak semua yang datang bawa pasangan & anak. Ada yang solo. 

Aku makan dan tengok je. Hanya beberapa orang je yang aku kenal dan pernah jumpa. Ramai yang tak pernah jumpa. Aku pernah jumpa seperti Senen, Lidda, Golok. Aku dok dengar mereka sembang2.

Peserta Reunion sekitar 60 orang. Ramai juga. Masih ramai yang tak datang....

Sekitar jam 10 pm. Tamat. Tidur. Kak B, tidur di bilik Maria bersama anaknya.



 


Jumaat, 14 Jun 2013

Team Super Hero: Ddm Kepet

Kami dah sedia! Anda bagaimana?
Dah lama, aku dok tengok. Dah lama aku dok perhatikan. Dah lama aku dok jumpa. Tapi tak pernah sembang-sembang. Tapi tak pernah cakap-cakap. Tapi tak pernah borak-borak dengan mereka. Mula-mulanya tak ramai. Mula-mula satu dua orang je. Kini semakin bertambah. Dah boleh buat team. Dah boleh buat group. 

Tahniah, Ddm Kepet, berjiwa kental mengharung pelbagai cabaran untuk membawa diri ke level yang lebih atas. Aku tahu, cabaran seorang kakitangan kerajaan yang minat berniaga, terutamanya menceburi dunia ajaib, MLM. Aku juga pernah bekerja. Bukan senang, lebih-lebih lagi seorang perempuan. Telinga mesti betul-betul pekak. Kalau boleh masukkan timah. Kalau tak, pasti terkesan dengan cakap-cakap orang sekeliling. Orang sekeliling ni, teman borak. Tapi ada antara mereka jadi tukang sampai pada pentadbir. Dah jadi gitu, mereka terlantik sebagai mata telinga pihak pentadbir. Bukan senang nak bergerak aktif. Tapi Ddm Kepet berjaya atasi cabaran-cabaran tersebut. Tahniah juga buat Cdm Asiah dan Cdm Roshila yang sentiasa membantu Ddm Kepet terus berada di sini hingga kini. Lebih-lebih lagi network semakin mendalam dan melebar.

Dengan Ddm Kepet. Selalu juga sembang bisnes dengan dia. Walaupun dah boleh bergerak secara solo. Upline Cdm kerap juga bantu. Kadang-kadang bantu demo. Kadang-kadang suntik semangat. Kadang-kadang beri tips. Upline berjiwa rakyatlah katakan. 

Kini, dah besar. Kini semakin besar. Boleh lagi besar. Boleh lagi lagi besar. Mereka punya potensi untuk besar. Mereka punya potensi untuk tumbuh lagi tinggi. Mereka punya potensi menjadi team terhebat di ATM181. Aku sedar dan tahu, mereka sedang bergerak laju. Mereka sedang terbang tinggi. Cuma jangan hilang fokus. Elakkan parasit yang boleh membantut/mematikan tumbesaran di luar kesedaran.

Johor dah sampai. Kuantan dan sampai. Itu yang aku tahu. Aku tak tahu pun banyak. Gerak kerja mereka mustahil 2 tempat tu je sampai. Mesti dah banyak dan luas, cuma aku yang tak tahu. hihihi. Bertuah mereka bernaung dan berguru dengan Cdm Roshila & Cdm Asiah.

Aku petik foto ini, dari wall Cdm Roshila. PT dengan group Ddm Kepet sambil makan-makan.



Khamis, 13 Jun 2013

RZ POLIOTO: BVSM Dah Sampai!

Tahniah.
RZ POLIOTO.
Leader hebat dari Lahad Datu.
Rakan niaga Cdm Roshila Mohd Saufi.

Program terbaru yang berlangsung di Lahad Datu.
Sambutan hangat. Testimoni pun dah ada dari sana.
Warga Lahad Datu, semakin percaya pada BVSM.

Kali ini aku share sikit pasal Lahad Datu. Aku pernah sampai sana hanya sekali je. Aku pernah jumpa dengan mereka. Itu yang membuatkan aku rasa dekat dengan mereka. Walaupun dah lama. Tapi sentiasa berjumpa di alam maya. Mereka punya potensi untuk berjaya. Mereka punya keinginan berjaya. Tapi bukan mudah. Perjalanan masih jauh. Nasib baik Cdm Roshila kerap turun dan sekali turun sampai seminggu. Satu pengorbanan yang berbaloi. Hasil sudah nampak tapi tak sepenuhnya lagi. Baru sikit hasilnya. Perlukan masa yang lama lagi. RZ Polioto, bakal Cdm dari Lahad Datu.

Lihatlah macamana KK dibina oleh Cdm Kuyah. Bukan sekejap. Bukan sikit wang dikorbankan. Lama baru mantap. Bila mantap, baru boleh bertahan dari badai. Ramai yang singgah sekejap. Bila ada peluang lain, mereka cabut. Belum benar-benar mencintai. 

Aku harap Cdm Roshila tak jemu-jemu turun Lahad Datu. Sinar dah naik. Tapi perlu diasah lagi. 





Katering Perkahwinan

Selamat pagi, buat pengunjug setia blog ini. Jutaan terima kasih. Apa khabar hari ini. Syukur. Masih sihat, Masih menikmati hidup. Tambahlah bekal untuk negeri akhirat. Aku juga sihat. Pagi-pagi lagi dah menulis. Setelah semalam berakhir tanpa aku buat catatan. Itulah akibat bertangguh. Pagi , nak menulis tengah hari.Tengah hari, nak menulis petang. Petang, nak menulis malam. Malam pula ada appt, Jadi tutup hari tanpa menulis, akibat cuai diri sendiri. Sape yang salah, Diri sendirilah yang salah.

Padahal paling seronok adalah menulis. Aku pun tak tahu kenapa. Membaca dan menulis. 2 aktiviti aku suka. Menulis seolah-olah aku sedang bercakap dengan seseorang. Idea tu bisa datang tanpa henti setiap kali aku mengadap laptop. Idea aku, tak mestinya orang suka baca. Ini aku kena faham. Ada yang meluat. Aku kena terima hakikat. Penulis tersohor pun masih tak semua orang suka baca tulisannya. Aku punya tulisan lagi la. Penulis cabuk. Berkongsi sekadar suka-suka. Berkongsi kerana ada masa free, boleh menulis dan menulis.

Cukuplah Mat Din. Kita sambung cerita lain. Cerita lebih menarik dan berfaedah. Jangan syok sendiri. Fokus pada apa yang kamu mahu share. Dah jam 8.30 am. Perut dah minta isinya. Lambat, kelak masuk angin. Lagi susah. 
 
Minggu lepas. Mula Jumaat hingga Ahad. PICC ada Pameran Pengantin & Perkahwinan. Mem dan gengnya ada ambil booth. Pasarkan PB dan BVSM. Aku juga 2 kali ke sana. 

Salah satu sebab aku suka. Aku dapat banyak name kad. Boleh buat koleksi. Boleh tambah koleksi. Kat bawah ni aku share mane kad, perkhidmatam katering. Ini aku dapat semasa aku ke PICC minggu lepas. Mana tahu, pembaca blog ini, tercari-cari syarikat katering untuk majlis perkahwinan. Diri sendiri nak kahwin atau anak-anak nak kahwin.

Terkejut juga aku. Kos makan memang tinggi. 5 tahun akan datang lagi tinggi. Sekarang ni masih ada RM8.80 satu pax. Itu yang aku nampak hari tu. 5 tahun lagi, mana mungkin ada lagi yang macam tu.

ad
ad
ad




Bonus Nite 110613

Syukur pada Ilahi. Bonus Nite selasa lepas, dengan tema Hitam Putih, berjalan dengan baik dan seperti yang dijangkakan. Sambutannya juga alhamdulilah. Suasana tetap meriah. Mengujakan setiap yang hadir. Aku pun dah agak lama tak menulis pasal kelas-kelas ATM181. Tapi lepas Bonus Nite, aku rasa lain.

Kejutan juga terjadi. Cdm Khazir pun ada pada Bonus Nite. Petanda apa ini? Petunjuk apakah ini? Mana tahu lepas ini, dia jadi pengunjung tetap. Bukan sekadar dia je, lain-lain juga akan memeriahkan lagi kelas-kelas ATM181. 

Malam tu juga. Ada servis Bio Aura. Ada juga yang ambil barang. Ada juga yang fitting PB. Ada juga yang tanya produk-produk baru. Tak menang tangan juga Ng.

Kat bawah ni, saja aku share foto. 


Cdm Asiah.

Cdm Siti Rozana

Lagu Pikirkan Boleh..

Haji Nizam. MC Bonus Nite. Masih berbisa dan punya peminat.

Sebahagian yang memeriahkan Bonus Nite selasa lepas.

Cdm Roshila & Cdm Aida
Muka baru pun ada. Mereka bakal meneruskan kesinambungan bisnes ATM181. 

bvsm terhangat dipasaran.

Selasa, 11 Jun 2013

Pee Mak Lagi.

Berjumpa sekali lagi. Hari selasa. Bagaimana mood anda hari ini? Ada baik! Kurang baik! Jangan biarkan diri anda hanyut dengan mood kurang baik. Kelak kacau prestasi bisnes. Sepatutnya ramai yang dijayakan menjadi kurang akibat mood kurang baik. Sepatutnya volume naik tinggi, akibat mood tak baik, volume  mengucil.

Semalam aku sekali lagi tonton filem Pee Mak. Dah kali ke-3. Walaupun dah 3 kali, aku masih berminat nak tonton sekali lagi, kali ke-4. Tunggu ada orang ajak je. Tak puas tengok. Tak puas suka. Tak puas dengar orang gelak sakan. 

Aku yang dah banyak kali ni pun masih suka, apatah lagi kalau pertama kali tengok. Pecah perut aku rasa. Semalam, aku dah boleh tahan gelak. Dah kali ke-3 tengok. Sebab utama aku kurang gelak semalam, aku dilanda mengantuk. Jadi tak beri tumpuan sepenuhnya. Aku tonton jam 3 petang, selepas membedal sakan sebelum tu. Perut kenyang, mata kuyu.

Pasangan kekasih yang duduk sebelah aku tu gelak sakan. Macam aku pertama kali tonton. Macam Wan Inda pertama kali tonton. Begitu juga lelaki yang duduk di belakang aku, pun gelak sakan. Terbahak-bahak. 4 kawan Mak yang banyak mencuit hati penonton. Setiap kali muncul, pasti penonton akan tergelak. Aey, Ter, Shin, Puak.

Aku tonton bersama Wan Inda. Dia pun berminat nak ulang tonton Pee Mak. Malam sebelum tu pun dia dah ajak Cdm Inda tonton, tapi Cdm Inda tak nak. Terbantut. Jadi bila aku ajak dia, terus setuju. Tak puas tengok hari itu.

OOOOPS! Kami menonton pun selepas berbisnes dulu. Kami menonton selepas buat kerja dulu. Kami menonton selepas jumpa customer dulu. Kami menonton selepas, pitis kasi masuk dulu. 

Aku tahu, masih ramai yang belum tengok lagi. Masih ramai yang tak tahu pun filem Pee Mak. Rugi. Cepat tonton. Terlepas pulak.

Itu pasal filem. Jarang aku tengok filem. Tapi filem ini dah 3 kali aku tengok. Mungkin sekali lagi akan menyusul. 

 



 



Pencarian Aku Telah Berakhir Malam Ini: TOMYAM SEAFOOD

Assalamualaikum. 
Selamat pagi. 
Pagi Selasa 

Bertemu awal pagi. Aku dan Mem baru balik. Mem jumpa kawan. Bincang pasal reunion sekolahnya yang akan diadakan pada hujung minggu ini, di Cherating, Pahang. Mem dulu belajar di MRSM Kuantan.

Aku sebagai drebar. Kena pergi. Lagi pun Mem macam tak larat. Satu hari suntuk bekerja. Nak drive pun agak jauh. Meeting diadakan di Restoran Niara di Kelang Gate. Dari Puchong Jaya, mau 30 minit juga. Itu situasi jalan tanpa ikatan jem. Kalau jem, lebih lama lagi.

Nak cari lokasi restoran tersebut tak payah mana. Dah boleh agak kat mana lokasinya. Walaupun tak pernah sampai sana. Tapi dekat-dekat situ aku pernah sampai. Jadi tak sulit nak jumpa.

Dari Puchong Jaya - KESAS- MRR2 - Exit Wangsa Melawati. Belok Kanan. Jalan sekitar 200M. Belok kiri dan belok kiri lagi.

Aku hantar Mem. Mem meeting bersama gengnya. Aku melepak sambil baca buku di Kedai Mamak hujung sebelah sini. Aku sengaja cari tempat di mana aku boleh fokus dengan buku aku. Malas nak lepak kat Restoran sama. Bising dan ramai orang.

Sejam lebih juga aku habisi masa di situ. Bila Mem siap. Mem ajak aku, merasai tomyam di Restoran Niara tadi. Pada mulanya aku malas nak cuba. Masih kekenyangan. Tapi bila Mem cakap, lebih sedap dari Restoran Chakri Palace KLCC. Aku terus setuju. Bagi aku setakat ini tomyam seafood Chakri Palace paling sedap pernah aku bedal di Malaysia.

Mem masuk balik restoran tu. Oder Tomyam campur dan sup ekor, nasi putih serta udang celup tepung. Aku membedal sup ekor dan nasi putih. Sesekali hirup tomyam campur. Ternyata sedap. Atasi Tomyam Chakri Palace. Tomyam campur, macam-macam ada. Daging, ayam, udang, sotong. Macam silap oder je. Sepatutnya Tomyam seafood...jadi tambah oder. Sedap punya pasal dua-dua tomyam tu licin.

Jadi telah aku temui. Di mana tersembunyinya tomyam tersedap di KL. Bila-bila boleh datang. Boleh bawa Kak B dan abang sekali. Boleh bawa rakan kongsi. Harganya jauh lebih murah dari Chakri Palace. Sedap lebih lagi kat sini.hihihihi

Jadi pencarian aku telah berakhir malam ini. Apa yang aku cari. Apa yang aku impikan telah aku temui dengan tidak sengaja.

TOMYAM SEAFOOD.



Isnin, 10 Jun 2013

Tempat Menarik Aku Jijok.

Selamat pagi. Bertemu dipagi senin. Terkenang-kenang tempat yang pernah aku jijok.

Sepanjang 13 tahun aku dan Mem menekuni dunia MLM bersama Hai-O. Beberapa tempat telah aku jejaki. Ada yang dekat. Ada yang jauh. Ada tempat tersenarai dalam impian. Ada yang tak tersenarai dalam impian. Ada negara jiran. Ada negara jauh. Ada Asean. Ada Eropah.

Ada orang lebih banyak lokasi dari aku sebab pada awal-awal berbisnes, aku malas nak ikut pakej melancong. 

Antara tempat yang telah aku telah sampai. Aku senaraikan semuanya tapi tak ikut tarikhnya. Ada yang dulu, aku susun lewat. Aku dah tak berapa ingat dah.
  1. Hatyai.
  2. Bangkok.
  3. Jakarta & Bandung.
  4. Perth.(2X)
  5. Sydney.
  6. Beijing.
  7. Seoul.(2X-Bulan 9/2013)
  8. Shanghai.
  9. Xi'an.
  10. Hong Kong.
  11. Guangzhou & Shenzen.
  12. Tokyo.
  13. London 
  14. Paris.(2X)
  15. Holland.
  16. Belgium
  17. Swizerland.
  18. Umrah
Terima kasih buat Hai-O. Tak terpikir nak terbang sejauh London untuk lihat negara orang, lebih-lebih lagi dengan duit poket sendiri. 

Aku pasti. Lepas ini ada lagi lokasi-lokasi menarik yang bakal aku kunjungi. Bulan 9 ni, sekali lagi akan ke Seoul. Harap-harap lokasi yang berbeza dari trip pertama dulu. 

Buat jangan berhenti. Buat dengan serius. Jangan cepat frust dengan cabaran yang datang. Jangan terlalu peduli dengan cakap-cakap negatif orang lain.

Berbisneslah dengan jujur. Jujurlah dengan downline. Aku perhatikan sesetengahnya kurang jujur dengan downline. Bila terbongkar ketidakjujuran. Maka downline berhenti berniaga. Bukan setakar berhenti berniaga. Malah dok kutuk kita di belakang.


 

Aku; Ahad 090613

Bertemu sekali lagi. Hari Ahad. Hari cuti. Hari duduk di rumah. Hari boleh sambung tidur. Hari bermalas-malasan. Hari tercokoh depan TV. Ada juga hari ini digunakan untuk tambah ilmu. Ada juga sesetengah orang gunakan hari ini untuk tambah income. Ada juga yang ambil kesempatan balik kampung, ziarah ayah ibu. Macam-macam lagi la. Terpulang pada diri sendiri. 

Siap sedia untuk berkongsi kebaikan bvsm dengan pengunjung.
Aku juga ada aktiviti. Aktiviti baca dan berkunjung ke PICC. Tengok Pameran Pengantin dan Perkahwinan. Aku ke sana, kerana Mem ada ambil booth. Share dengan rakan kongsinya yang sudi berkongsi. Aku nampak Cdm Yan, Cdm Zana dan Cdm Inda. Ada juga beberapa lagi yang sibuk dok promote PB dan bvsm. Booth ini diambil di Pesta ini, untuk pasarkan Premium Beautiful dan bvsm. Selain itu juga, nak tambah senarai nama. Lepas ini, boleh buat appt. Aku doakan mereka dapat bakal prospek potensi untuk guna @ bisnes.

Lucky Draw sepanjang Pesta Pengantin & Perkahwinan di PICC.
Bermula hari Jumaat dan berakhir hari ini. Semalam aku dah pergi. Hari ini pergi lagi. Semalam bawa Aiman dan hari ini bawa Kak B. Semalam Aiman ajak ke sana, sebelum dia balik KB. Kak B pula aku bawa untuk hilangkan boringnya dok kat rumah. Aku ke sana tadi hampir jam 12 tengah hari. Sampai sana 12.45 petang. Lepak sekejap di booth. Lihat suasana meriah. Tengok orang kalut dok promote perkhidmatan masing-masing. Katering & kanopi, Cetak kad. Jurugambar. Pelamin. Semuanya untuk tambah nilai pada majlis, seterusnya meningkatkan kos majlis perkahwinan.

Cinta Lepas Nikah?

Sebelah booth Mem tu. cetak kad kahwin dan door gift. Baru 2 tahun. Nampak boleh tahan juga sibuknya. Aku nampak gayanya, masih bertatih. Kalau terus usaha, 2 tahun lagi akan jadi jenama hebat dalam bidangnya.

Aku tak banyak round hari ini. Semalam dah round dan dah banyak name kad yang aku kutip. Aku pun tak tahu kenapa. Minat kumpul name kad @ Bisnes kad. 

Aku lapar. Segan nak bedal yang katering punya. Lagi pun tak ramai yang cuba kesedapan makanan. Aku memilih untuk mencengkik di kafetaria picc. Nasi tomato dan sebotol air minuman. Murah juga, hanya RM5 sahaja.
Menarik.

Usai makan. Saat yang aku tunggu-tunggu. Habiskan novel 'Terkilan' hasil garapan Maznan Nordin. Dah baca sikit, cuma mahu habiskan juga. Pagi tadi pun sama. Tercokoh di kedai Rejab untuk habiskan Novel 'Persingahan' hasil tulisan Norhisham Mustafa.

Habis jam 2.15. Solat dulu. Masuk semula dewan. Cari Kak B, nak ajak balik. Acara pentas sedang berlangsung. Cinta lepas nikah. Ahli panelnya haliza sebagai moderator. Imam Muda Asraf, Hilal Asraf, Corie dan Isteri. Aku tonton lebih kurang 20 minit. Aku ikuti bicara Imam Muda Asraf dan Hilal Asraf. Coris sikit je. Lepas tu aku balik.

Balik. Rehat. Tertidur akhirnya. Bangun. Solat Asar. Baca Quran. Sedang usaha untuk khatam sebelum Ramadhan. Masih ada lagi 8 juzuk. Dah kena pulun. Kalau main-main tak sempat habis. Kalau boleh 1 juzuk satu hari. Dulu boleh. Kenapa hari ini macam susah sangat nak capai. Lagi satu, aku perasan. Bila konsisten baca quran. Bisnes jadi jadi mudah.

Itu petang punya agenda. Mudah dan simple. Tak berbelit-belit. Itulah kelebihan kerja sendiri. Lebih-lebih lagi MLM. Bina group. Kukuhkan group. Bila dah kukuh, kerja semakin mudah. 

Semalam. Sabtu. Agenda juga simple. Pagi baca paper sambil minum. Baca novel. Balik rumah. Biras ajak cari kawan dia. Belakang Tesco PUchong tak jauh dari tangki air. Itu je petunjuk. Misi nampak mudah. Tapi bila cari. hampir 2 jam pusing. Tak jumpa juga. Sudahnya balik kosong. Biras akan cari lagi bila datang KL semula bulan 9 nanti. Biras tak ada no telefon.

Powered By Blogger