Jom Follow

Sabtu, 29 Disember 2012

Kenduri Kahwin Dewan Sri Endon

Selamat petang.
Aku rehat & santai kat rumah.

Anda semua macamana?
Dok macam aku & balik kampung & makan kenduri.
Aku sebenarnya aru balik dari majlis kenduri di dewan seri endon putrajaya....

Agak2 berapa habis duit buat kenduri hari ini?
Sewa dewan & katering & lain-lain...

Buat yang belum kahwin & berkira-kira nak kahwin tu...simpanlah duit dari sekarang...

Taman Tamadun Islam: Menyedihkan...

Foto-foto...
Hasil lawatan aku dan isteri ke Taman Tamadun Islam.
Pada 26/12/2012, yang terletak di Pulau Wan Man.
Mula dibuka pada 3/2/2008.
Lawatan aku dah kali ke-2, manakala isteri lawatan pertamanya.

Ada sikit pertambahan.
Sistem kutipan tiket pun semakin bagus.
Dah ada beberapa kemudahan.
Basikal & basikal elekrtik & train & buggy.


Lihatlah foto-foto ini.
Macam tak ada pekerja.
Sepatutnya 2,3 monuman bagi seorang yang jaga.
Setiap jam mesti tengok. Mana yang rosak baiki.
Sarang akok kena terus buang. Nampak lumut terus cuci.
Berladur air terus keringkan. Daun-daun terus sapu.

Orang nak lihat kecantikan & keunikan.
Tapi inilah yang terhidang.
Habis duit dah banyak. RM249.3 juta bro. Tak kan tak boleh jaga.
 

Setakat mesin rumput je tahu...

Biarlah foto yang menjelaskan semuanya.
Nak ulas panjang-panjang aku tak reti.


Dah pecah simen tu,...bila nak ganti@repair.
Rumput @ pokok dah hidup...bila nak buang..
Wow! dah tinggi.
Berlumut...selalu berair...kan musim tengkujuh biasala hihihihi
Ini pun lagi hebat....
Apa dia tu...Hitam..
Catnya dah hilang...Malaysia iklimnya hujan & panas. Mana cat tahan....hihihihi. Carilah cat yang tahan cuaca. Mahal pun tak apa.
Wow! Cantiknya....
Tak apa. Pokok ini kecik lagi....
Hi!hi!hi!
Masyaalah...Sampai jadi gini.. tak ada pekerja ke?
Bukan satu bro...tapi dua...tunggu tiga.hihihihi
Kenapa sampai jadi begini.
Malas nak tulis apa..
Dah rosak. Terus baiki. Jangan dok tercokoh gini.
Dah berapa lama rosak. Pokok sebelah dah telan..
Kih!kih!kih!
Kami selalu juga melancong ke luar negara.
Tempat-tempat gini, mereka jaga betul-betul.
Bukan sambil lewa saja.

Jangan beri alasan. Berikan result.

Isnin, 24 Disember 2012

Travelog Kuala Terengganu.

.Nak kata breakfast. Doh pukul 11 lebih. Makan tetap jadi. Tetap gomo.

Kami keluar hotel awal lagi. Sekitar jam 10 pagi.Destinasi pertama sebelum jumpa customer ialah mengcekik nasi dagang manir. Tempat biasa.Tutup pulok. Mungkin kami yang lewat.

Dari bandar nak ke Manir boleh tahan juga. Banyak trafik light. Tambah-tambah pulak hujan.

Pecut pula ke Unisza. Makan dulu nasi ayam.
Restoran nasi ayam kita. Aku melantak nasi ayam. Mim pula pulut & ikan rebus. Pesudah dengan kerepok lekor.

Ada customer nak fitting PB.

Dari info yang kami dapat semasa konvo Unisza baru-baru ini. Unisza dilanda demam PB. Staff ramai yang dah pakai PB. Tapi masih ramai yang belum pernah dengar PB pun. Positif...

Kali ini follow up, kontak yang dapat ari tu. Nasib baik mereka masih panas lagi. Panas!!!!



Sabtu, 22 Disember 2012

CZ12.

Lepas zuhur.
Layan cite ni di IOI.
Aiman yang ajak.
Citenya best. Menarik. Tapi lama sangat.
2 jam 15 minit. Aku tertidur & bangun pun belum habis lagi.
Memang berbaloi jugala aku temankan Aiman.
Citenya berbeza dengan cite-cite org putih.




Travelog Singapura 6

Belum habis lagi. Masih lagi di Singapura. Hari ke-3. Tak ada agenda khusus. Bangun pagi, solat subuh. Anak-anak sambung tidur. Aku & Mim, apa lagi menapak. Jalan-jalan cari makan. 

Bila anak-anak dah bangun. Makan tengahari. Mana lagi kalau tak di Hj Maimunah. Selepas solat zuhur. Kami buat keputusan pergi ke Singapore Flyer yang terletak di 30 Raffles Avenue. Tak jauh dari Marina Bay. Ketinggiannya 165M. Dapat lihat keindahan Kota Singa dari atas. Boleh lihat sampai Pulau Batam. Tempat banyak tempat-tempat menarik sekitar sini. SkyPark ada. Guna teksi. Tambangnya $12.

Singapore Flyer bukan sekadar naik tu saja tapi pelbagai tarikan terdapat di sini. Tiket dewasa $33 dan kanak-kanak $21. Ini untuk biasa. Sekali putar ambil masa 37 minit.

Ada lagi pakej-pakej lain;
Moet & Chandon champagne flight, $69. 
High Tea Flight. $99 untuk 2 orang. 
Sky Dining Flight. $269++(2 kali putar)
Pandangan dari Singapore Flyer.

Pandangan dari Singapore Flyer. Hujan.

Pandangan dari Singapore Flyer.

Pandangan dari Singapore Flyer.

Pandangan dari Singapore Flyer. SkyPark. Kat situ boleh naik. Tapi kami, nak balik KL baru tahu...
Pandangan dari Singapore Flyer.
Pandangan dari SIngapore Flyer. Cantikkan.
Bukan sekadar cantik. Pergerakannya slow. Sempat lihat Kota Singa. Singapore Flyer dibuka dengan rasmi 11/2/2008. Kos pembinaan $240 juta. 

Di sini bukan sekadar naik tu je. Ada beberapa tarikan lain lagi, seperti Fish Therapy, Be a "Real pilot"-Simulator pilot. Luxurious Car Tour- Ferrari & Lamborgini.
Kapsul 23. Kapsul yang bawa kami .Satu kapsul boleh memuatkan sehingga 20 orang.














Travelog Singapura 5.

Bertemu lagi.
Tapi kali ini.
Nak share pasal makan.
Aku jenis suka makan.
Aku pun tak tahu kenapa?
Asyik lapar je. Perut minta diisi.
Tak boleh lama sikit. Nak menguyah.

Stall Putu Piring. Keinginan membeli datang tiba-tiba, bila lihat panjangna orang beratur. Aku dok minum dekat-dekat situ. Setengah jam minum, orang tak putus-putus beratur beli putu piring. Stall ini terletak di Mr Teh Tarik (Onan Rd).
Ini dia putu piring. Memang sedap. Memang patut ramai yang membeli. Empat orang yang buat putu piring ini. 5pcs $2.
Teh Ais...Memang kaw. Biasanya dua gelas baru puas aku minum...$1.20.
Ini pula Milo Dinasour. $1.70. Kat sini Milo Tabur. Biasanya kedai kat sini, jarang guna milo....Kesukaan Aiman & Baby.
Bubur ikan...pun sedap. Bubur dipanas dahulu...sebelum dihidang.
Lontong. Aku tak berapa minat dengan lontong, tapi bila kena lontong ini, masih teringat-ingat. Susahnya nak cari lontong setaraf dengan yang ini.
Sup kambing. Berbezakan dengan sup kambing di kedai mamak. Tulangnya panjang. Isinya lebih banyak, Mangkuk lebih besar. Harganya $4.50. Makan cicah roti. Semangkuk kena makan 2 orang baru habis.
Nasi biryani ayam. Satu orang tak habis...Tak biasa. Kami oder dua pinggang untuk dua orang. Bila tengok nasi. Wow! banyaknya. $8.00. Kena berbagi dengan Aiman. Itu pun masih tersisa.
Goreng-goreng pun ada. Pisang goreng, Sukun goreng, Cempedak goreng.
Garam buluh mana boleh tinggal. Makan macam-macam, bilas dengan GB.

Dalam restoran ini semuanya best-best. Siap jual sambal belacan lagi, setiap hari sabtu. Terdapat tiga restoran hj Maimunah. Jalan Pisang. Joo Chiat Road dan Bencoolen Street.
Paling penting makanannya HALAL.

Powered By Blogger