Jom Follow

Selasa, 31 Julai 2012

Patin Tomyam 2010.

tomyam patintomyam patintom yam patin003 (2)002 (2)001 (3)
016 (2)010009008007006
005018017015014tomyam patin
012

Patin Tomyam, a set on Flickr.
Wow!
Dok teringat-ingat.
Bersahur dengan patin tomyam.
Puasa tahun ini belum sampai lagi.
Mungkihkah malam ini akan sampai sana.
Segala-galanya akan ditentukan malam ini.
Kalau ikutkan hati, memang nok gi.

Saja nak usik kenangan.
Gomo patin tomyam.
Sapa tok ingat dunia.
Gomo sungguh.

Solat Sunat Terawih...

Masjid Seri Petaling.
Semalam sampai juga hajat aku.
Solat sunat terawih 20 rakaat.
Dengan imam baca 1 juzuk.
Syukur. 
Boleh pun.
Mampu pun.
Tak lama pun.
Tak balik selepas 8 rakaat.

Malam ini.
Kat mana nak terawih.
Kat Masjid Seri Petaling @ kat Masjid Al-Falah USJ 9.
Malam ni ada kelas lepas terawih.

Kalau nak mudah.
Masjid Al-Falah.
Kalau nak jauh sikit.
Masjid Seri Petaling.
Nak dekat & cepat.
Surau Taman Bukit Kinrara.
Mana-mana boleh.
Asalkan solat.
Jangan ponteng sudah.
Kalau nak ponteng, biarlah alasan yang munasabah....


PB Pilihan Calon Phd.

Taman Fairuza, Ampang.
Rumah customer PB.
Kami gi fitting pada hari isnin lepas.
Customer dalam pantang, berminat bila adiknya pakai PB.
Customer calon Phd di UTM Skudai merangkap pensyarah kat situ.
 Kalau aku bagi tahu nama ayahnya.
Pasti ramai yang kenal.


ATM


Kisah Rasul Pilihan 1.


Malam semakin larut. Masih segar. Tak mengantuk. Tiba-tiba aku terpandang buku ini. 'Kisah Rasul Pilihan 1. Nabi Ayub, Musa & Isa. Aku beli untuk Baby baca. 

Aku pun baca. Menarik. Amat sesuai untuk anak-anak. Ringkas tapi padat. Ayat-ayat yang digunakan pun mudah. Siap warna lagi tulisannya. Ada juga tulisan jawi.

Buku ini ditulis oleh Prof. Dr. Saedah Siraj. Pakar pendidikan Kanak-kanak. Buku ini diterbitkan oleh inteampublishing. Mempunyai 171 mukasurat. Buku ini cetakan pertama; Januari 2012. Harganya RM28 sahaja. Aku beli kat Kedai Buku Popular IOI. Dapat 10% diskaun. Jadi member...

Hadiahkan pada anak-anak. Mereka baca dan tahu pasal nabi-nabi. Kita nak cerita pada mereka, kita pun tak berapa mahir. Jadi buku ini membantu kita. Bagi buku, suruh mereka baca. InsyaAllah mereka akan tahu, secara ringkas.

Isnin, 30 Julai 2012

Patut Ke X Patut.

Entri terkini tadi pasal upline rejoin downline punya downline. Ambil downline punya downline, register direct upline. Ini satu kes. Jarang-jarang terjadi. Tapi sejak akhir-akhir ni kerap terjadi. Kita harapkan dalam ATM tak terjadi kes-kes sebegini.

Ada juga terkaji kes-kes begini. Downline perkenalkan prospek. Tapi gelojoh punya upline, upline register prospek bawah dia direct.

Ada juga kes begini. Downline perkenalkan prospek. Upline gi jumpa prospek tanpa downline ikut sekali. Lepas demo, upline inform downline, prospek tak jadi masuk. Selang 2,3 minggu, upline gi follow up. Prospek tadi berubah hati. Nak join. Upline pun register bawah dia direct....Patut ke tak patut?
 

 


Nak Cekik Upline.


Ada orang marah pada upline. Uplinenya ambil downlinenya. Ambil kat sini ialah register baru la tu. Rejoin la katakan. 

Jangan buat gitu. Kalau downline orang lain, tu lain gak cite. Ini downline sendiri. Malu la sikit. Gi mari, gi mari berjumpa juga.

Downline pun berpatah arang, berkerat rotan. Dah tak boleh bertemu. Macam nak cekik-cekik je upline yang buat tu. Tapi masih nak buat biz. Bila marah pada upline. Upline reject. Jadilah anak yatim. hu!hu!hu!

Biasanya upline umpan downline tersebut dengan 'dapat bimbingan terus darinya'. Kalau direct orang lain, bimbingan tak sepenuhnya. Tambahan pula downline tu ada sikit-sikit tak puas hati dengan uplinenya. Sepatutnya upline tu, bantu jernihkan suasana. Ini tidak tikam belakang. Sapu downline tu(register guna nama orang lain, tapi orang yang sama buat biz). Downline tak perasan, downlinenya telah dicuri. Ingatkan uplinenya sedang beri bimbingan.hi!hi!hi! Itulah akibatnya level sale tak semak.

Dah selalu dengar. Upline tu buat kerja gitu. Atau bantu orang lain buat gitu. Atau beri galakan pada networknya buat kerja gitu.

Diam lagi baik. Jaga network sendiri lagi baik. Puasa-puasa dok cite pasal orang lain.






Ahad, 29 Julai 2012

Akok Keduk: Mano nok cari?

Akok keduk.
Akok kduk.
Ejaan lain sikit.
Sebutan samo jah.
Rasa akok pun samo.
Akok keduk.

Akok keduk dari atas.
Akok keduk dari sisi.
Nak buat akok keduk mudah je. Pakai pembakar roti pun boleh....Rasonya samo jah asalkan campurannya secukupnya.
2 hari dah berlalu.
Hari ni masih dok teringat-ingat lagi.
Tapi dah habis. Tapi hari ini CDM Kartini buat sardin gulung.
Pun melantak sakan juga.
Pendek kato apo hok bini buat mesti sedap punya....

Awas! Si Merah Lalu!!!

Bagi laluan.
Si Merah nak lalu.
Si Merah nak laju.
Si Merah nak pecut.
 Si Merah!
Merah lambang berani.
Merah pantang menyerah.
Merah pasti menang.
Si Merah.
Honda Jazz rupanya.
Bawa empunya ke mercu.
Jom!Jom!Jom!
Follow Si Merah.
Si Merah baru bermula.
Si Merah semakin panas.
Si Merah oh Si Merah.

Tahniah!
DSM Nabihan.

RM 5: Tips Menabung.


Saja nak kongsi dengan.
Mungkin kita boleh tiru.
Jadikan ianya satu habit.
Setiap kali memiliki duit RM 5.
Kita mesti simpan. 
Ini bagi orang makan gaji.
Tapi untuk warga ATM pun boleh buat.
Selain persen bonus, cara ini pun boleh guna.


Bila 1 tahun anda menabung mungkin cecah ribu ringgit terkumpul.
Bolehlah invest kat mana-mana. Unit trust ke. Beli Emas ke. Beli Perak ke.
Terpulang pada anda. Dah itu duit anda.


 Kita mesti menabung. Lagi awal kita mula menabung lagi bagus. Lebih banyak kita menabung lagi bagus.


Lip Lap! Lip Lap! Lepas Sahur

Lepas makan sahur.
Tak tidur, buat kerja dulu.
Tampal batu sworoski pada baju.
Agar nampak lebih cantik. Lip lap!Lip Lap gitu.

Mesin tampal batu dah lama ada.(pantang tengok;beli)
Pagi ini baru betul-betul dimanfaatkan..

Maaf ye!!!
Tempahan tidak diterima.
Kah!kah!kah!kah!
Dah lama ada. Baru guna. Tentu mesin ini bangga bila digunakan. Kalau tak, boring tak buat apa.
Batu sworoski pun dah beli. Nasib baik Amar tak main..kalau tak hu!hu!hu!
Letak batu sworoski tu elok-elok.

Wow! inilah hasilnya. Kalau nak upah. Kosnya boleh tahan juga. Nak raya lagi mahal.
 Ada kemahuan, kita bertindak. Kita miliki hasilnya.
Setakat ada kemahuan tapi tak bertindak. Hasil kompom tak ada.

ATM buka seluas-luasnya peluang.
Cuma tergantung kepada diri kita.
Nak guna 100% peluang.
Nak guna 75% peluang.
Nak guna 10% peluang.

Sabtu, 28 Julai 2012

3 CDM ATM.


guangzhou185, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Kah!kah!kah!
Hi!hi!hi!
3 CDM ATM.
CDM Haryati, CDM Kartini dan CDM Hasmidar.

Hepi kat Guangzhou.
Enjoy kat Guangzhou.

Lepas berpenat di Tanah Air.
Lepas pulun sakan di Tanah Air.
Ligat ligat di Tanah Air.

Itulah syok buat biz ini.
Kerja!Kerja!Kerja!
Setelah penat buat kerja.
Dapat bercuti seketika.
Disamping tambah pengalaman.
Beri pengalaman baru.

Bila balik.
Mereka kerja lagi.
Lebih ligat lagi.
Lebih ummph lagi.
Jayakan rakan niaga.

Dengar cite.
Prestasi sejak balik Guangzhou menakjubkan.
Hari-hari penuh appointment...
Tak menang tangan kata mereka...
Aura mereka ini, tersebar keseluruh warga ATM.
Orang lain pun turut kena tempiasnya.

Close bulan Julai.
Lain macam nampaknya...

Ikan Siakap.


Ikan Siakap., originally uploaded by kartinimatyaakob.

Juadah sahur kami pagi tadi.
Ikan siakap masam manis....

Lepas Terawih!!!

Demo lepas terawih..

Sat lagi nak keluar, ada demo. Syukur. Sibuk berpuasa. Masih ada demo. Masih ada yang nak dengar pasal ATM. Masih ada yang dengan rela nak tadah telinga dengar perkongsian dari kami. 

Puasa bukan penghalang biz. Puasa pemangkin biz. Puasa pembakar biz. Bersama ATM, puasa ke tak puasa biz tetap lancar. Cuba anda risik-risik biz syarikat lain, adakah rancak seperti ATM. Dulula aku pernah tanya. Bulan puasa, mereka tak ada biz. Teramat slow biznya. Tak ada orang nak gerak. Masing-masing mahu rest. Nak rehat. Tapi berbeza dengan ATM.

ATM sibuk. Ada leader gi Tawau. Ada leader gi Utara. Ada leader, malam ini kelas kat PD. Esok ada kelas di Safira Club. Itu setakat yang aku tahu, yang aku tak tahu jangan citelah. Sibuk. Nak masak berbuka pun tak sempat. Terpaksa beli bazar ramadhan. Tak apa. Kerja keras, hasilnya amat berbaloi. Raya dengan bergaya nanti. Raya dengan duit extra.

Orang kerja gomen. Orang kerja gomen buat part time ATM. Mereka ni lagi extra duit raya. hi!hi!hi! Gaji gomen. Bonus gomen. Bonus ATM. 3 income bulan ni. Sampul duit raya sikit tebal. hi!hi!hi! Raya banyak pakai duit. Persiapan raya. Baju raya. Kuih raya. Servis keta. Tukar tayar baru. Macam-macam kena duit. Kalau tak ada duit extra. Parah juga. Lagi parah, lepas raya. Bila kembali ke KL. 

ATM.

Jumaat, 27 Julai 2012

Dah Sampai Rumah!!!

Kluang.
Sampai jam 10 pagi.
Terus jumpa prospek.
Nak pakai PB.
Tambah set.
Dulu-dulu dah beli.
Rumah prospek tadi. Kat Kluang. Taman apa? Tak payah aku bagitahu sekarang.

Alang-alang jumpa.
Cite pasal potensi biz PB.
Mana tahu, beralih tujuan.
Dari nak beli saja, jadi ahli dan buat biz.
Plaza tol Sungai Besi

Lepas tu.
Rakan niaga ada meeting.
Tak boleh jumpa sekarang.
Jadi kami pun apa lagi..
Kami pecut balik.
Jam 2.15 petang dah sampai rumah.
wow!

Minggu depan ke sana lagi.
Lebarkan sayap dan jayakan rakan niaga.
Cakap dan buat.
Bukan cakap dan tak laksanakan...

Sebelum Pecuttttttttttt!

Kluang.
Appointment jam 10 pagi.
Tunggu masa nak bergerak.
Kena hantar Baby ke sekolah dulu.
Hantar Baby jam 7.15 pagi.
Dari sekolah Baby, kami bergerak ke Kluang.
Insyaalah akan sampai sebelum jam 10 pagi.
Kena drive sikit laju....

Kat Kluang ada 2 demo.
Satu lagi, masa rehat tengahari.
Hari jumaat, rehatnya lebih lama..

Lepas tu chow.
Sempat berbuka kat rumah.

Ya Allah.
Permudahkan urusan kami hari ini.

Aku Sudah Terbang Ke LOPA..


guangzhou318, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Jangan marah.
Jangan jeles.
Jangan! Jangan!
Aku dah terbang ke LOPA.
Aku berada dalam pesawat tersebut.

Ada yang dah dapat tiket LOPA.
Masih belum dapat, masa masih ada.
Peluang masih ada. Rezeki masih terbuka.

Bangkit hari ini sebagai singa.
Jangan bangkit hari ini sebagai kuching.
Bangkit dan bertindak.
Bangkit, bertindak dan doa.

Ada orang berada di luar kawasan.
Ada orang berada di Taiping.
Ada orang berada di Tawau.
Ada orang akan berada di Kluang.
Semata-mata nak share peluang.
Semata-mata nak jayakan rakan niaga.
Semata-mata nak lihat wanita-wanita dapat berat idaman.


ATM

Khamis, 26 Julai 2012

Bersama Taipan Sabah.


guangzhou298, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Aku bersama Taipan Sabah.
Punyai masa depan cerah.
Selagi bersama-sama dengan ATM.
Follow leader yang masih follow leader.
Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis dari mereka yang kecundang.
Bawa cerita baru. Bawa cerita 1001 macam kemanisan syarikat baru.
Belum tahu kekukuhan syarikat. Takut timbul seketika sahaja.
Hanya ambil kesempatan sahaja, lepas tu hilang entah ke mana.
ATM dah terbukti kukuh. ATM terbukti masih buat duit.
Kalau kita tak dapat bikin duit. Belajar mana tahu ada skill belum tajam.
Tanya dan berguru dengan upline, follow mereka yang dah berjaya.
Lama-lama kita juga berjaya seperti mereka.
Sabah tak pernah kecewa.
Sabah sentiasa harum.
Sabah pasti boom.
Sabah pasti kembang kembali...


Anda boleh ikuti blog Taipan Sabah...

Colek Lepas Terawih.


20120726_150054, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Orang Kelate.
Puasa & colek tok leh nak pisah.
Lepas terawih, cari colek dulu baru balik rumah.
Kedai jual colek meriah gile.
Kedai-kedai makan seboleh mungkin akan jual colek.
Kalau tak pelanggan tak ramai.
Lari ke kedai ada jual colek.
Kalau colek sedap, ramai gile' orang...

Ore Kelate dok di perantauan.
Terlalu rindu pada colek.
Teringat-ingat nak make colek.
Biasanya di perantauan susah nok cari colek.

Hanya ore Kelate yang tahu, nikmatnya makan colek lepas terawih.
Aku yakin, tiap-tiap malam akan kata " sedapnya makan colek".

Di KL.
Susohnya nok cari colek.
Colek ma'lah pun susoh.

Sape-sape ada info.
Kedai colek di KL.
Acu royat ko kawe etek

Powered By Blogger