Jom Follow

Rabu, 30 Mei 2012

Aku, Mim & Aiman

Bertemu kembali. Empat hari menyepi. Empat hari bertapa. Empat hari perah idea. Empat hari intai-intai peluang. hari ini baru dapat. 

Empat hari. Tak menulis. Beku. Nak menulis pagi ini pun masih beku. Tak ada idea. Tak tahu apa nak kongsi.  Sat lagi ada la tu.

Sekarang kat kb. Oriental kopitiam. Tepi sungai. Tunggu Aiman balik kelas tambahan. Dah 2 hari ada kelas. tapi dua hari juga ada urusan. tapi kali ini, kami free. ada masa lepak-lepak. ada masa update blog. aiman balik jam 12 pm. masih ada hampir 2 jam lagi. sempatlah update blog. dah lama tak berupdate. maaflah. tak ada line kat aku punya kampung.

Kampung aku Becah Kelubi. Hujung daerah Pasir Mas. Hantar Aiman pulak ke KB. Tak dekat. Tak jauh sangat. Ambil masa sejam juga.

Semalam hantar Aiman. Lepas hantar Aiman terus balik Becah Kelubi. Jam 10 hantar maid Amar balik Siam. Terus ambil Aiman. Tugas ini CDM Kartini yang lakukan. Aku tertidur lepas balik hantar Aiman.

Sehari sebelum tu juga sama. Hantar Aiman. Langsung ke Rantau Panjang. Maid Amza nak chop passport. Lepas tu ke KB. Ambil Aiman balik,

Hari ni, tak ada agenda. Cuma CDM Kartini nak berurut. Tapi tukang urut, Penuh appointment. Tak boleh nak celah. Kalau nak urut, lain kali kena buat appointment awal. Last minit memang tak ada masa. Tukang urut pun bukan ramai. Orang bersalin ramai. Permintaan tinggi. 

Sebelum aku terlupa. Sepanjang 3 hari aku hantar Aiman. Tiga hari juga Aku dan Aiman, breakfast dengan roti canai 'cotek'. Breafast kat berek 12. Tak jauh dengan TTC dulu. Boleh tahan juga sedapnya. Roti kosong, diletak telur goreng kat atasnya. kuahnya banjir. memang patut Aiman tergila-gila nak makannya. Aku pun terpikat.

Itu sebelum kelas bermula. Time balik pulak. Aku pekena maggi celup dulu. Dua hari mbok. Memang sedap. Hari-hari kena pun tak apa. Memang kesukaan aku. Maggi celup.

Menakjubkan, semangat guru-guru MPI. Cuti pun masih buat kelas tambahan. Aiman baru tingkatan 1. Kalau kelas peperiksaan ada kelas tambahan aku tak pelik. Ini baru tingkatan 1. Aku dapati, semua tingkatan ada kelas tambahan, sampai hari ini. Dari jam 8.30am hingga 12 pm. Ponteng, memang cari nahas.

Rajin. Tekun. Dedikasi. Sabar. Tak pelik anak-anak murid mereka ramai yang excelent dalam pelajaran dan bagus akhlaknya.

Gambar2 nanti balik KL aku upload. Nak cepat...tak sempat masa.




Sabtu, 26 Mei 2012

Merapu Sebelum Balik Kelate.

Bertemu kembali, rakan-rakan alam maya. Harap semuanya sihat sejahtera. Sentiasa ceria. Sentiasa happy. Sentiasa enjoy. Lagi pun hari ini hari cuti. Lebih masa buat kerja yang kita sukai dan cintai.

Ada juga yang layan anak-anak. Pelbagai aktiviti boleh diadakan untuk kukuhkan kasih sayang anak-anak. Hari sukan tadika anak-anak. Hari kantin. Macam-macam lagi. Nak ke Kidzania pun boleh. Aqua KLCC pun bagus juga. Taman Burung KL. Zoo Negara. Tengok wayang pun boleh.

Aku. Balik kampung sat lagi. Lepas makan kenduri anak buah kahwin sat lagi. 10 hari kat Kelate. Lama sikit kali ini. Adik ipar kahwin. Tunggu kenduri sabtu ini.

Balik kampung, harap dapat bertemu dengan kawan-kawan lama. Boleh sembang-sembang. Kisahkan perjalanan hidup sejak terpisah. Dah banyak impian telah capai. Masih banyak lagikah yang belum capai. Macamana nak capai impian tersebut lebih cepat lagi. Boleh tambah lagi impian.

Umur macam aku ni. Anak-anak dah ada sekolah menengah. Anak sulung aku dah tingkatan 1. Ada juga, anak-anak kawan-kawan yang dah tingkatan 2. Ada juga kawan-kawan yang kahwin awal dah ada tingkatan 3. Lagi cepat kahwin anak dah cecah 23 tahun. Jangan tanya siapa. Dia ni kawan aku kat kampung. Kahwin ketika aku tingkatan 4. Umurnya sama dengan umur aku. Tapi jodoh sampai awal. Kalau aku balik kampung, insyaalah akan jumpa dengan kawan aku tu.

Kawan-kawan ramai. Kawan semasa sekolah rendah. Kawan semasa sekolah menengah rendah. Kawan sekolah menengah atas. Kawan semasa matrikulasi. Kawan semasa ambil ijazah. Kawan semasa mengajar. 

Hanya beberapa kerat je yang aku ajak meniaga dengan aku. Ada yang masih berhubung. Ada yang dah tak berhubung. Tak berhubung, kerana dah hilang jejak. Mereka masih berhubung, mungkin tahu apa bisness yang aku sedang buat. Ada yang aku dah jelaskan pada mereka. Ada juga yang tahu angin-angin saja. Tahu bisness apa, tapi tak tahu dengan detail. Itu kami punya kekurangan. Tak suka convince kawan-kawan. Takut tak nak jumpa lepas itu. Tapi itu hanya dalam minda aku je. Kena berubah, kalau mahu pecut ke depan dalam bisness ini. Kalau tak ajak, mana kawan nak join. Tak ajak, mana kawan nak sign up.

Masih ada hubungan dengan kawan-kawan sekolah rendah. Orang kampung aku ada la. Classmate aku, masih ada seorang kat kampung. Buat kerja kampung. Menoreh. Jadi drive orang kampung aku nak ke mana-mana. Nak ke Tanah Merah. Nak ke melawat orang sakit. Nak makan kenduri. Nak gi mana-mana. Orang Becah Kelubi akan cari kawan aku ni lah.

Lain-lain dah keluar kampung. Cari penghidupan lebih bagus. Ramai juga yang dok KL. Tapi tak pernah jumpa. Balik raya, insyaalah baru jumpa. 

Kawan-kawan sekolah menengah rendah. Terpisah bila tingkatan 4. Lagi tak jumpa. Hilang jejak. Ada yang jumpa bila, bila sekolah sama dengan aku di tingkatan 4 dan 5. Lain-lain tak tahu kat mana sekarang. Nak cari sekarang? Kata nak ajak bisness pula. Jadi biarlah takdir yang tentukan. Jumpa atau tak jumpa.

Bersilaturahim salah satu punca rezeki. Semakin ramai kita kenal-mengenal, semakin murah kita punya rezeki. Itu yang aku faham. Mungkin ada orang paham lagu lain. Jadi tambah kawan-kawan, seperti jemput rezeki lebih. Tok gitu. 

Tambah kawan. Kerja mudah. Kerja senang. Sama dengan saranan upline-upline tambah senarai nama. Tak semua senarai nama tu akan sign up. Tapi mesti kekal berkawan. Mana tahu, lama-lama berkawan. Kawan kita tu terbuka suatu hari nanti nak sign up. Kalau tak sign up, selama-lamanya pun kita tetap kawan.

Ada juga kes-kes terpencil. Dalam MLM, kerap terjadi. Kawan kita beralih arah. Senang cakap dah tak ikut akademi taipan181. Pergi group lain. Group lain, tapi masih jadi downline kita. Ada yang join group lain dan tak jadi downline lagi.

Kawan-kawan ini, tetap kena kawan. Banyak berlaku, dah tak berhubung lagi. Dah gaduh. Bertemu pun dah berpaling muka. Berselisih bahu, macam tak pernah kenal. Nak borak-borak macam dulu jauh sekali. Parok doh. Padahal sambung silaturahim adalah salah satu punca rezeki. Jom, hapuskan buku lama. Buka buku baru. Tetap mesra dengan mereka. Tetap baik dengan mereka. Tetap bersahabat baik dengan mereka. Kita hidup sekejap. Mana tahu esok akan mati. Tak guna ada musuh. Bukan bagus pun punyai musuh. Mereka tak nak kawan, itu hak mereka. Hak kita kawan dengan mereka. Allah bagi rezeki kita melimpah ruah.

Kawan dah masuk group lain. Dah bukan downline lagi. Tetap kawan. Kawan dari hati bersih. Bukan kawan setakat mulut je. Hati sumpah seranah. Sepatut masih berkawan. Malah doakan agar kawan tu berjaya dengan group baru. Itu yang sepatutnya. Ini tidak, asyik dok sumpah seranah je. Asyik dok kutik je. Hentikan amalan tu. Buat menambah dosa je. Ingat hidup hanya seketika. Tak pantas, dok menambah dosa yang boleh kita elak.

Ingatan ini, bukan untuk orang lain. Untuk aku sendiri. Aku juga manusia. Tak lekang dari salah dan silap. Kadang-kadang ikut hati panas. Susah nanti.  

Jumaat, 25 Mei 2012

Air Panas 50 sen???

tak ada apa yang menarik petang tadi. sekadar masuk opis. Bertemankan The Star dan sebuah buku. Tadi berubah opis. Nak ubah angin. Nak dapat suasana baru. Opis aku tadi, Kedai Rejab. Kedai ni dah lama aku tak masuk. Hampir dua minggu. Bukan apa. Malas nak masuk. Malas nak tengok muka salah seorang pekerja kat situ. Macam tak puas hati dengan aku je. Macam tak suka aku je. Kalau dia tak suka aku, aku lagi tak suka dia. Lagi pun mahal dia charge aku. Air panas 50 sen satu gelas. Kedai lain biasanya hanyalah 20 sen. Aku masuk kedai, minum dan baca buku. Dok bukan lama pun, cuma sejam lebih sikit je.

Itu sebabnya aku pindah opis. Kat kedai alida, murah air panasnya. Dok lama-lama pun tokeynya tak ada masalah. Malah seronok. Muka senyum je tengok aku. Kalau ok, boleh sembang lagi dengan tokeynya. itu baru betul punya tokey. aku pasti kedai alida ni, bakal ganti kedai mamak rejab. tingkatkan servis sikit lagi. Pasti lebih ramai pengunjung yang datang ke kedainya.

Tadi aku hanya minum segelas air panas saja. Nak oder makan, dah kenyang. Dah kena pengat pisang sebelum masuk opis. Tambah lagi dim sum. Kenyang. Dah tak leh masuk. Pi kedai, nak baca buku tanpa gangguan je. Lebih fokus dan minda lebih santai.


Akademi Taipan181.


Naik Mendadak Meniaga Akademi...

Sekejap lagi, dah nak keluar.
Nak gi solat jumaat.
Tengah pikir-pikir, nak gi masjid mana.
Sri Petaling atau Masjid Bandar Kinrara.

Baru sampai rumah.
Hantar Baby, terus ke Seri Serdang dan ke HQ.
Selesaikan apa-apa yang patut, sebelum balik kampung.
Esok akan tinggalkan Kota Raya selama seminggu juga.
Balik bertemu mata dengan orang tua, serta adik ipar kahwin.

Ketika breakfast pagi tadi. Sempat siapkan form trip melancong ke Guangzhou. Hari isnin ni last date hantar form. Masa tu dah kat kampung. Jadi hari ini mesti hantar juga ke Hq.

Dah pasti. Fly pada 14/7/12. Balik pada 17/7/12. Tak sabar menanti. Dah tinggal 50 hari lagi. Persiapan raya dari Guangzhou.
Usai breakfast, pecut ke Hq.
Hantar form, kena cepat untuk urusan visa.
Lambat, terlepas pula.
Rugi, kalau tak ikut trip melancong bersama Hai-O.

Kami disambut dengan ladang buluh....

Usai urusan melancong. Beli dulu white shake coffee. Sedap.
Meniaga hai-o sedang naik.
akademi juga mesti naik.
Tak boleh lagi statik, kelak ketinggalan.
Kena cepat bertindak.
Kena pantas.
Kena laju.
Rugi yang amat, bila hai-o naik meniaga.
Kita tak naik-naik, malah turun.
Ini kena elak. Kena buat sesuatu, kalau belum naik.
Tanda-tanda naik dah muncul di akademi.
Cepat-cepat bergabung, lambat akan ketinggalan.


Akademi Taipan181.

Tetap Dihati..



Hai-O tetap dihati.
Taipan tetap dihati.
Upline tetap dihati.
Downline tetap dihati.

Pesan-pesan Wan Iskandar..

Kelas Akademi Taipan.
Kelas khas khamis malam.
Malam tadi pun ada.
Slot malam tadi diisi oleh CDM Wan Iskandar.
Kat bawah ni, aku kongsikan aksi-aksi CDM.
Tengok foto pun dah termotivasi.
Belum ikuti talknya lagi.

Manusia ada dua golongan. Satu percaya pada diri dan satu lagi tak percaya pada diri sendiri.

Percaya kepada Akademi Taipan181.

Percaya pada produk Hai-O.

Saya amat bertuah, berada dalam bimbingan akademi taipan181.
Terima kasih upline.

Saya masih bersama Taipan.

Percaya sama Taipan.
Leader Hebat.

Produk hebat.

Hai-O tetap terbaik. Macam-macam orang kata, tapi orang tetap join. Macam-macam orang kutuk, tapi setiap hari ada orang sign up.

Call rakan anda. Ajak datang kelas. Ada benda baru untuk anda saksikan. Pujuk sampai rakan niaga sampai cair.

No CBEG. Tak bantu meniaga.
Hai-O tetap terbaik. Tak nak, masih beli. Tak nak masih join. Tak nak, masih sign up.


"Percaya pada saya. Saya bawa kejayaan pada anda."

Ringkasan kelas hari ini.

Tugas kita adalah merealisasikan impian orang. Impian orang kita tunaikan.


Kelas berakhir jam 10.20pm.
Ringkas tapi padat.



Akademi Taipan181.

Khamis, 24 Mei 2012

Bersarung Masuk Opis????


Masuk opis hari khamis. Tak perlu pakai baju batik. Cukup dengan t-shirt dan seluar jerut serta selipar.. Bersarung pun boleh masuk opis, kalau aku nak.Tak ada peraturan yang wajib aku ikut. Tak ada meja khusus untuk aku duduk. Bila-bila masa boleh masuk opis. Masuk opis pun, lepas asar. Keluar opis, dekat-dekat maghrib. Kalau aku sibuk, tak perlu masuk opis.

Seperti biasa, petang-petang masuk opis. Masa kat opis dapat 100% fokus pada baca buku. Kat rumah, banyak godaan. Kadang-kadang tewas dengan godaan tersebut. Godaan FB. Godaan TV. Godaan anak-anak. Godaan isteri.
 
Jadi bila masuk opis aku boleh fokus. Kadang-kadang lama. Kadang-kadang sekejap. Tergantung kepada aku punya masa dan niat aku. Nak lama, dok lama. Nak cepat, dok sekejap.

Hari ini, khamis. Harakah edisi jumaat dah keluar. Baca dulu Harakah. Nak tahu sisi lain dunia politik Malaysia. Bacaan sejak dulu lagi. Sejak aku sekolah rendah lagi.

Dulu pernah terjadi, hanya dua kali sebulan. Masa ini banyak terlepas baca. Terlalu lama. Terlupa bila edisi baru keluar. Lagi pun susah nak dapat Harakah. Di Bukit Kinrara, senang dapat. Ada kedai yang sudi menjualnya. Dapatlah aku menelaahnya.

Hari ada dua buku lagi. Seruan Terakhir dan Di Hamparan Shamrock. Buku pertama dah habiskan petang tadi. Menari serta kritis isinya. Ulasan sekali lalu. Boleh buka minda sikit. Ulasan isu-isu semasa berkaitan dengan orang melayu. Ada yang aku setuju dan ada yang tak setuju. Kalau buku-buku pasal orang melayu, lebih cenderung meletakkan Cina dan India sebagai kelas ke 2. Padahal mereka juga orang Malaysia. Orang Melayu ketinggalan segala segi. Susah nak ulas benda ini.

Buku ke 2, baru nak baca. Ini satu-satunya buku Hasrizal Abdul Jamil yang aku beli dan akan dibaca. Terpikat bila majalah Anis, letak gambarnya kat muka depan. Ada artikel pasalnya. Bila dah baca. Timbul perasaan ingin tahu. Jadi dah pasang niat nak memiliki buku ini. Dari PBAKL lagi dah cari-cari. Tak terjumpa, tapi kali ini terdapat di MPH SACC Mall.

Dah baca, 3,4 muka surat kat opis tadi. Macam menarik. Insyaalah akan habiskan malam ini.


Akademi Taipan181.

Skill Sentiasa Asah; Kartini Mat Yaakob.

Tunggu prospek sempat lagi asah skill.
Dah lama tinggal. 
Dah lama tak cakap.
Dah lama tak convince.
Baru habis pantang.
Masa sarat dulu dah tinggal.

Bila mula balik.
Kurang tajam skill.
Tak berapa mantap.
Lebih-lebih lagi projek G15.

Belum jumpa prospek.
Praktik dulu, asah kembali skill.
Tak teragak-agak depan prospek.
Bikin malu..hi!hi!hi!

Dah lama buat.
Tinggal sekejap.
Skill boleh tumpul.
Nak skill, mesti buat selalu.
Hari-hari asah skill.
3,4 kali sehari cite depan prospek.

Lama terhenti.
Ayuh kembali ke gelanggan semula.
Kuatkan kembali kekuda. Bersedia untuk bertempur.


Akademi Taipan181.

Aku Pun Ada Opis.

Wow!
Sape ni?
Kenapa ada gambar dia?
Hebat ke dia ni?

Wow!
Dia ni tokey Alida Enterprise.
Memiliki kedai runcit dan restoran.
Kedua-duanya terletak di Bukit Kinrara.
Suaminya dari Bangladesh.
Dah 11 tahun berkahwin.
Punya 2 anak sedang pregnant anak ke-3.

Dah 4 tahun buka kedai runcit.
Ramai pelanggangnya warga Bangladesh, Pakistan, Nepal serta Myanmar.
Paling penting, kedai runcitnya menjual ayam hidup.
Dia sembelih kat situ.
Orang Bangladesh lebih suka ayam fresh.

Restoran dia sebelah kedai runcitnya je.
Tempat biasa aku breakfast.
Roti canainya sedap..lembut jauh berbeza dari kedai mamak.
Tempat aku lepak sambil baca buku kat sini.
Dalam fb aku selalu tulis.
 'aku masuk opis'.



Akademi Taipan181.

Rabu, 23 Mei 2012

Tiga Langkah Menaja...

Masih lagi cite menaja.
 3 langkah mudah.
Ajak jumpa. Dinner. Jemput ke kelas walaupun sekejap. Sampai habis kelas lagi baik. Kalau dengar sampai habis insyaalah akan setuju nak join. Masa hantar balik tu, bakar sikit lagi.

Hari ini. Urus dana. Kena ambil penyata KWSP dulu. RHB easy menyediakan perkhidmatan cetak penyata KWSP. Tak lama mana pun. Rehat tengahari sempat siap.
Isi borang dana. Hantar borang.Tunggu result.
Restoran Mamak tempat kami sudahkan penajaan hari ini. Ada yang terus settle. Tapi ada juga yang sibuk kena tunggu malam.

Perkongsian Ilmu Dengan Sahabat....

Perjuangan belum selesai. Masih ada tugas-tugas yang perlu disudahkan. Tak boleh main-main. Setiap peluang mesti dicekup. Kalau peluang tersebut, kita tak berapa paham. Tanyalah pada yang lebih tahu. Tanyalah dengan yang lebih arif. Jangan dok selesa dalam ketidaktahuan.

Tengahari tadi, sebelum berjumpa bakal prospek semalam. Sempat belajar sikit-sikit pasal unit trust. Kawan kami ni buat unit trust. Buat sendiri-sendiri. Tak jual sangat. Tapi kalau minta nasihat, boleh tahan ilmunya. Seorang yang betul-betul study baru buat sesuatu. Dari perkongsiannya tadi, dapat sikit ilmu. Boleh jadikan panduan kami. Mana tahu, ada duit lebih. Boleh melabur dalam unit trust. Hasrat kami, nak melabur berdikit-dikit setiap bulan. Meniaga sedang nak jadi.

Public Mutual, paling top. Tak salah belajar dan melabur. Orang kata, returnnya besar. Tapi kena masa lama. Tak boleh nak untung cepat. 

Sambil tunggu bakal prospek. Tambah ilmu. Tambah kaya.hi!hi!hi!Kongsi ilmu dengan orang Unit Trust. Paling penting ilmu. Kerja penuh disiplin. Jangan persiakan masa lapang. Isi dengan sesuatu yang berfaedah. 
Wan Hasnan. Kawan CDM Kartini. Sama-sama belajar di MRSM Kuantan. Dah 4 tahun mendalami ilmu Unit Trust. Kerja 4 hari seminggu. Masa lapang, sikit-sikit jual unit trust.

Perkongsian hari ini.

Wow! Semakin paham. Bisa buat untung. Bisa jadi juara. hi!hi!hi!Lepas ni boleh jadi pakar rujuk.kah!kahkah!.

Bawa Bakal Prospek Datang Kelas.

Kelas Akademi. Kami hadirkan diri, untuk kesekian kalinya. Dah terkira, berapa kali kelas-kelas ilmu yang telah kami hadiri sepanjang 12 tahun berada dalam dunia MLM. Tak terkira. Untuk berada ditahap sekarang bukan perjalanan mudah tapi tidak mustahil, asalkan kita mencintai apa yang kita buat.

Semalam datang kelas. Bawa 2 bakal prospek. Mulanya ajak dinner. Terus ajak ke kelas. Mereka setuju. Ikuti kelas sampai habis. Hari ini urus dana. Tak dapat penuh pun tak apa. Asalkan berani bermula. 

Dah lama buat. Masih menaja. Masih bawa bakal-bakal prospek. Kalau tak menaja, meniaga tak lama. Kena menaja. Wajib menaja. Selagi kita menaja. Selagi itu kita hidup. Kita menaja. Rakan niaga kita juga akan menaja. Mereka buat/bertindak apa upline buat. Upline sibuk menaja. Rakan niaga juga sibuk menaja. Kalau kita sibuk bergossip. Rakan niaga kita sibuk bergossip. Rakan niaga copy apa yang kita lakukan.

Dinner malam tadi, bersama bakal prospek. Tak payah tunjuk muka. Nanti kena nasihat dari penasihat tak bertauliah.
Harap excited semalam, akan kekal sampai tengahari. Kalau boleh sampai punch sales. Lepas punch, dah boleh mula. Share pula dengan kawan-kawan. Kawan-kawan mesti ada. Hidup mana boleh tak ada kawan. Kawan kat tempat kerja. Kawan sekolah. Kawan sekampung. Ramai kawan-kawan. Benda baik, sedara@kawan mesti diajak dulu. Dok gitu.

Dah lama buat. Tetap menaja. Nak taja sape lagi, kawan dah habis? Memang kawan dah habis. Tapi manusia tak pernah habis. Tambah kawan. Tambah geng. Sebarkan silaturahim adalah salah satu punca rezeki. Semakin ramai kawan, semakin murah rezeki. Semakin banyak dapat. 

Ada satu leader MLM dari USA. Dah berjaya. Dah kaya. Tapi masih buat MLM. Kenapa buat MLM? Nak duit? Duit dah banyak. Tapi dia nak berkawan dengan sejuta orang. Wow! Pelikkan. Tapi dalam MLM, tambah kawan adalah perkara biasa dan kena lakukan untuk sustain kita punya meniaga.


90 Hari Terlewat: Tapi Tetap Join.

Bertemu lagi. Tadi pagi. Kini petang. Kena cepat-cepat siap. Nak ke kelas. Kena keluar awal. Wife nak buka puasa kat Restoran Cina Al Munawarah, USJ 9. Sebelum tu, kena ambil dulu, bakal prospek. Janji nak belanja dinner. Sebelum hantar balik, boleh ajak bakal prospek singgah kelas sekejap. Mana tahu, sedikit masa yang diberi, mampu menarik bakal prospek menyertai Akademi. Kalau tak nak pun kami tak paksa. Peluang baik mesti dikongsi. Baru orang tahu. 

Kedekut masa. Pelik bunyinya. Biasanya bila kedekut, orang akan kaitkan dengan kedekut duit. Tapi ini lain kedekut masa. Terlalu berkira dengan masa. Baik ke kedekut masa? Masa yang ada digunakan hanya perkara-perkara yang terpenting saja. Masa tak dibazirkan begitu sahaja. Masa yang pergi, tak akan kembali. Masa adalah kehidupan. Masa bukan emas. Kalau emas, kita boleh beli lagi. Tapi masa, tak ternilai dan tak ada orang yang mampu beli masa.

Tak bazirkan masa. Tak biarkan masa berlalu begitu saja, tanpa dimanfaatkan. Rugi yang amat. Peluang yang datang mesti direbut. Peluang ke 2 datang dah tak sama dengan peluang pertama kali datang. Kami ada pengalaman tersebut. Bila bakal upline datang ke rumah. Kongsi peluang. Kami terima 50-50 sahaja. Tengahari esoknya 50% dah hilang. Jadi 0. Kami selesa dengan rutin biasa. Pergi sekolah. Balik sekolah. Petang santai-santai kat rumah. Tak buat apa yang boleh meningkatkan ekonomi. Sikit-sikit berniaga hujung minggu. Tiga bulan lepas itu, bakal upline datang lagi. Tunjukkan hasil yang diperolehi setelah menekuni usaha. Kami baru excited, bila lihat cek yang ditunjukkan kepada kami. Tiga bulan lewat. Tiga bulan tertinggal ke belakang. 
Wajib kedekut masa.

Tiga bulan. 
90 hari.
2,160 jam.

Nampak je macam sikit. Tapi sebenarnya banyak.
Kalau satu hari jumpa 2 prospek, 
Kami dah jumpa 180 orang.
Dah jadi DSM atau DDM.
Rugi....
Apa boleh buat...

Kami mula, tiga bulan lagi nak puasa. Puasa masa meniaga sikit pendek. Orang sibuk nak persediaan nak berbuka.Tapi kalau terus terima pelawaan upline, dah sah-sah kami punyai 6 bulan sebelum puasa. Kalau ikut logiknya kami dah bisa cecah DDM.hi!hi!hi! Sekadar melawak.

Tapi kami tetap bersyukur. Kami ambil peluang tersebut, walaupun lewat 3 bulan. Kami pegang sehingga saat ini. Kami akan tetap bertahan dalam perniagaan ini. Peluang yang dimiliki akan digunakan sepenuhnya. Tak akan persia-siakan. Buat sehabis baik. Kongsi seramai mungkin. Bukan cakap saja. Bukan mimpi saja. Tapi kena action. Kena buat, baru jadi.


Akademi Taipan181.

Selasa, 22 Mei 2012

Naza Motor Trading Sdn Bhd.



Resit yang masih tersimpan.
Resit kereta ke 2 kami.
M/Benz E200K, pada 19/10/2004.
Dah 8 tahun dalam simpanan kami.
WMF 8581.

Selasa; Hari Paling Menjadi...

Selasa. Hari baru. Hari ceria. Hari menjadi-jadi. Hari bertemu bakal-bakal prospek. Hari urusan dana. Hari punch sales. Hari fitting PB. Hari servis rakan niaga. Hari kelas akademi taipan. Semuanya terangkum pada hari ini. Sibuk tapi berbaloi.

Urusan pagi dah selesai. Hantar Baby ke sekolah. Balik rumah. Ambil CDM Kartini. Menuju ke Pejabat Pendaftaran dan Imigresen Puchong. Urusan memakan masa 1 jam lebih sikit. Sampai pun awal. Jam 8.10 am, kami dah beratur ambil nombor giliran.

Baby bersama hadiah buat guru-gurunya. Hari ini ada sambutan hari guru peringkat sekolah.

Sementara tunggu urusan CDM Kartini renew passport. Aku uruskan dengan pejabat pendaftaran. Ambil mykid Muhammad Khaleed Amar serta salinan surat beranak. Mykid dah setahun siap, saja tak singgah ambil. Manakala surat beranak pun tak jumpa cari. Salah simpan.

Pemandangan di Pejabat Pendaftaran Negara Puchong. Berkongsi ruang dengan Pejabat Imigresen. Orang belum ramai. Masih awal. Biasanya penuh sesak orang kat sini.

Passport dah kena renew. Tinggal 2,3 bulan lagi nak tamat. Dah tak boleh keluar negara lagi. Wajib buat, kalau tak terlepas trip ke GuangZhou. Rugi rasanya kalau tak ke ikuti trip Hai-O. Shopping sakan nanti. Aku tak boleh bayang. Macamana warga Hai-O di GuangZhou nanti. Ada yang histeria nanti. Berada di syurga beli belah. Bukan tengok saja, malah boleh menikmati shopping. Berapa buah beg akan beranak nanti. Satu je aku nak ingatkan. Jangan membazir sudah. Beli baju, pakailah baju. Jangan terperap 3,4 tahun tanpa dipedulikan.

Semalam dah gi ke Shah Alam. Kononnya nak renew kat Pejabat Imigresen Shah Alam. Ramai gile. Tak sanggup nak tunggu. Balik awal. Hari ini, pagi-pagi dah bergerak ke sini. Tak ramai orang. Satu lagi dapat jugalah seorang bakal prospek. Sama-sama nak renew passport. Senyum, sapa dan salam. Ajak datang kelas malam ini. Kalau tak ada apa-apa, insyaalah dia datang.

Siap urusan jam 9.30pm. Balik rumah. Rehat sekejap. CDM Kartini ada kerja. Jumpa bakal-bakal prospek. 
 


Akademi Taipan181.

Isnin, 21 Mei 2012

Buku Aku Beli Hari Ini.

Buku-buku yang jadi pilihan aku hari ini.
Tak boleh tahan, tengok buku.
Masuk kedai buku, tak boleh keluar tangan kosong.
Mesti beli....
Aku beli malam ini, kat Mafana terletak disebelah Restoran Adam.Insyaalah malam ni akan khatam.
Tengok muka depan dah tertarik. Bagaimana mereka dapat cahaya. Baru baca sikit. Malam ni sambung. Buku ni beli kat PKNS.
Pemuda Islam Yang Dijanjikan. Tulisan Dr Yusuf Al-Qardawi. Pilihan aku sejak dulu. Tengok penulis terus beli. Pasti menarik. Dah baca sekali lalu. Kena baca lagi, untuk lebih paham. Beli Kat PKNS.
Sejuk mata memandang buku-buku....


Akademi Taipan181.

Anak Buah Kahwin: Dah Taja ke Belum?

Seperti yang kami dah maklumkan.
Kami ke Kuala Terengganu, pada jumaat lepas.
Kg Seberang Takir...
Anak buah aku, kahwin pada hari sabtu.
Seminggu sebelum cuti sekolah.
Tak nak bagi bersimbo dengan kenduri kahwin yang lain.
Cuti sekolah, musim orang kahwin.
Jadi jemputan terlalu banyak.

Sekitar majlis perkahwinan anak sedara aku.
Ini anak sedara aku; Khairul Anuar bin Abdul Aziz.

Majlis akad nikah; Ayah pengantin perempuan yang meyempurnakan majlis akad nikah. Sekali lafaz sahaja, telah sah Sakinah jadi isterinya.

Sedang baca lafaz taklik...
Pakaikan gelang pada isterinya; Sakinah bt Nankir@Abdul Rahim.

Khairul Anuar. Bertugas sebagai anggota polis di raja malaysia, kat KB.

Sakinah bt Nankir@ Abdul Rahim. Bertugas di IPK Kelantan. Bukan anggota polis..

CDM Kartini bergambar bersama abang aku, isteri dan anak-anaknya.

Abdul Azizi bin Mamat & Zaharah binti Kasim. Bagi anggota polis IPK KL,mungkin kenal wajah mereka berdua. Pernah berniaga kat belakang hotel swiss garden. Sebelum diroboh. Kini berniaga, tapi guna van sahaja.

Pasangan pengantin. Semoga kekal sehingga akhir hayat.

Pengantin bersama keluarga.

Aku pun kena ada. Inikan majlis bersejarah.

Sempat juga bergambar bersama...
Sedara dari kelate..
Ini baru majlis akad nikah.
Belum lagi majlis kendurinya.
Masa kenduri, aku dah malas nak pukul gambar.
Orang pun ramai, panas lagi, lapar pulak tu.
Melantak sakan, biarkan orang lain yang pukul gambar.

Majlis pihak lelaki pulak.
Hujung minggu ini.
26 mei 2012.
Buat kat Wangsa Maju.
Powered By Blogger