Jumaat tengahari kami bertolak ke Kelantan. Apa hal balik Kelantan? Mesti ada yang tanya. Balik dengan tiba-tiba. Ramai rakan niaga tak tahu. Ada 2 sebab. Paling utama, ziarah orang sakit. Sape sakit? Mak Su, masuk hospital. Jalani pembedahan kecil. Dah alang-alang balik, jengok-jengok la kelas yang diadakan kat Kelantan. Tak buat apa-apa, sekadar tunjuk muka. Jadi peneman geng-geng yang buat.
|
Licin. Kena nasi kat Simpang Petronas felda kecau. Makanannya sedap pulak. Apa lagi menambah sakanlah aku. |
|
CDM Kartini bersama Aiman ke Hospital. Aku masih tak larat, ketika ini. Masih terasa sakit dalam perut. |
Pagi tadi, awal-awal lagi kami terbang ke KL. Kat KL ada kelas macam biasa. Jadi kami telah wajibkan diri untuk hadirkan diri. Jadi terpaksa naik flight pagi tadi. Kalau berkereta seperti hari pergi, memang tak sempatlah hadiri kelas pagi tadi. Komitmen kena beri 100% baru boleh kekal berjaya. Nak berjaya sebenarnya lebih mudah dari nak kekal berjaya.
Kelas kecantikan. Kaedah alternatif nak dapatkan bakal prospek. Nak dapatkan 10-20 orang baru datang kelas ini, cukup-cukup susah. Kena 'gile-gile kerja'. Kena call/jemput/sms/e-mail cecah 100 orang lebih. Kena 100 orang lebih. Nak dapatkan orang seramai tu, wow! mati ma! Nak ahlikan mereka ni cukup-cukup susah. Kena follow-up. Follow-up pun mesti jenis tak malu punya. Macam-macam alasan mereka bagi, tak nak jumpa. Kalau 20 orang yang hadir ke kelas, kalau dapat follow-up, 4,5 orang pun dah cukup bagus. Follow-up pun, kadang-kadang sekadar sekotak maharani, paling kuat pun satu set premium beautiful. 2,3 kali buat kelas, mungkin dapat 1 yang join ahli.
Foto yang aku rakamkan dari lantai 4, bangunan Mara Kelantan. Tempat diadakan kelas pada pagi sabtu, 25/2/12.
|
Bazar Tok Guru |
|
Mahkamah. |
|
Muzium Kelantan. Bumbung merah. Aku tak pernah masuk. Tak tahu apa isinya. |
Kat Kelantan. Tak balik kampung pun. Dok kat KB je. Pelanggi Mall tempat menginap. Terletak tepi sungai Kelantan. Pemandangannya menarik. Tempat mudah nak cari. Nak makan pun mudah. Nak shopping juga mudah. Parking pun senang. Dekat dengan Masjid Muhammadi. Tumpang bilik yang disewa oleh geng kelas kecantikan. Lebih jimat sikit kot.
|
Wow! 1810. No rumah yang kami menginap. Teruja tengok. |
Hari jumaat. Sampai KB, dekat-dekat dengan maghrib. Terus ke PCB, makan pat pet belut. Sampai sana, jam 8 malam. Tapi menunggu hampir 2.30 baru dapat makan. Bayangkan orang sedang kelaparan makan. Lepas geram lagi, dah lama sangat menunggu. Si Aiman dah 2 kali menangis. Tapi bila dapat makan, hilang segala marah kerana lama menunggu. Pat pet belutnya sungguh sedap.
Lepas tu, balik apartmen. Apa lagi, mandi-mandi dan tidur. Wow! lena sakan. Kepenatan seharian dalam perjalanan. Lagi pun malam jumaat, aku hanya dapat tidur hanya sejam sahaja. Tapi malangnya, aku tersedar jam 3 pagi. Tak leh tidur sampailah subuh. Lepas subuh baru boleh tidur. Kenapa? Angin banyak dalam tubuh. Sakit perut. Seksanya sampai pagi. Sakitnya susah nak cite, sape yang pernah kena, mungkin tahu. Makan sayur kangkong banyak sangat. Lepas solat subuh, pekena garam buluh 2 paket. Lepas tu baru boleh tidur dengan amannya.
Petang sabtu. Aku ambil kesempatan untuk berurut. Sejam berurut. Ringan badan. Hilang lenguh-lenguh badan. Dah tak berangin lagi badan. Masa berurut, sendawa tak berhenti-henti. Sakit bahu hilang. Dah boleh angkat bahu. Syukur.
Malamnya. Apa lagi. Cari makan. Lepas tu, ke wakaf che yeh.
Foto sekitar KB.
|
Wow! Danish(fotostat) kata, kari kepala ikan kat sini sedap. Tapi aku tak pernah rasa. |
|
Menara Masjid Muhammadi. |
|
Makan mee celup. |
|
Jual ikan guna motor. |