Jom Follow

Rabu, 30 November 2011

Nasi Ayam & Prospek


Ha!ha!ha!ha!
Tadi petang, makan nasi ayam.
Kat Giant Bandar Puteri Puchong.
Hanya berdua saja, bersama Cdm Kartini.
Anak-anak gi KL bersama anak buah aku.
Makan pun x berapa banyak.
Sekadar kena 2 pinggang nasi sahaja.
Itu pun dah kenyang sakan.

Ketika dok tunggu sampai.
Biasalah Cdm Kartini akan ziarah kedai-kedai sekitar.
Mana tahu, dapat prospek potensi untuk dijadikan rakan niaga.
Petang2 begini ramai orang singgah kat Giant sebelum balik rumah.
Beli barang dapur, setelah gaji masyuk.
Tebar jala..
hi!hi!hi!hi!


Alhamdulilah juga.
Dapat juga prospek potensi.
Bakal diconvincekan esok hari.
Kongsi peluang jadi kaya.
Harap-harap mengena, terpikat dan tertarik dengan peluang.
Kalau tak close, tak kisah cari lain dan dah selalu jumpa kes-kes begini.

Senang bukan.
Makan sambil cari prospek potensi.
Mudah jumpa, asalkan rajin buka mulut.
MLM mudahnya cari prospek...

Nyawa MLM...


Kelas BOP adalah nyawa pada bisness MLM.
Malangnya sesetengah kita tak suka datang kelas.
Malangnya sesetengah kita culas datang kelas.
Malangnya sesetengah kita liat datang kelas.
Malangnya sesetengah kita malas datang kelas.

Alasan boleh bagi.
Alasan sentiasa wujud.
Alasan sentiasa timbul.

Senang cite, tak datang kelas tak ada meniaga.
Nyawa dah tak ada.
hi!hi!hi!

Kita x datang, rakan niaga pun x datang.
hayat meniaga pun tak lama.
kesian downline kerana ditaja oleh upline seperti itu.

Kena ada ilmu.
Kena tambah ilmu.
Kena cari ilmu.

Baru biz, boleh bertahan lama dan bisa kembang...

Hidup dan Mati; Harinya


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.


Inilah umur kita, baki yang tinggal dan telah berlalu.
Andaikan kita mati pada umur 70 tahun.



Umur anda sekarang
Hari berlalu
(sejak kita  dilahirkan)
Hari yang masih ada
( sehingga umur 70 tahun)
25 tahun
9,125 hari / 300 bulan
16,425 hari / 540 bulan
30 tahun
10,950 hari/ 360 bulan
14,600 hari / 480 bulan
35 tahun
12,775 hari / 420 bulan
12,755 hari / 420 bulan
40 tahun
14,600 hari / 480 bulan
10,950 hari / 360 bulan
45 tahun
16,425 hari / 540 bulan
9,125 hari / 300 bulan
50 tahun
18,250 hari / 600 bulan
7,300 hari / 240 bulan
55 tahun
20,075 hari / 660 bulan
5,475 hari / 180 bulan
60 tahun
21,900 hari / 720 bulan
3,650 hari / 120 bulan
65 tahun
23,725 hari / 780 bulan
1,825 hari / 60 bulan
70 tahun
25,550 hari/ 840 bulan.


Kita lihat sendiri dimana kedudukan kita.
Buatlah sesuatu untuk masa depan kita. 
Fikir-fikirkanlah sekarang. 
Buatlah perubahan agar kita tidak menyesal suatu hari nanti.

Aku pun dah cecah 38 tahun.
Dah buat persediaan ke Mat Din.

Taipan Thai Corner..



wow!wow!wow!
Taipan Thai Corner.
Milik Ddm Kak Ana dan Dsm Abg Zainal.
Tempat biasa santai2 lepas kelas.
Melepaskan lelah setelah seharian bekerja.
Kerepok Lekor dengan kerang rebus.
Nasi goreng dan sup tulang.
Ikan, daging dan ayam.
Order je, apa yang mahu.
Ikut selera anda.

Semalam lepas kelas.
Bersama Cdm Muhammad Razali, Dsm Din serta Cdm Kartini.
Makan2 sambil sembang2.
Tak lama, hujan turun.
Sekejap tapi sempat sembang juga.
Pasal tajamkan lagi biz ini.
Kita tak buat, siapa lagi yang nak buat.
Kita tak terus bertindak, siapa lagi yang nak terus bertindak.

Selasa, 29 November 2011

Saba

Roti Tempayan. Restoran Saba. Cyberjaya.

SMART MASTER


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

IOI Puchong.
IOI Puchong.
Murah!Murah.
Pilih!Pilih!
Macam2 ada.
DIskaun sehingga 70%.
Tengahari tadi aku ke sana.
Beli la juga 1,2 helai baju.....



Perkembangan Pakis1.


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Masih kecil.
Tak cantik.
Tak menarik.
Tunggu!!!

Bila dah hidup nanti.
Insyaalah cantik.
Menawan siapa yang memandang.
(kalau hidup; hi!hi!hi!)

Aku baru letak kat situ.
Terjumpa kat pokok tepi jalan.
Tak beli pun.

Tunggu!!
Sebulan lagi kita perhatikan perubahannya.

Sayangnya lepas jumaat tadi aku tengok.
dah hilang. jatuh kot.
aku cari-cari kat bawah tak ada pulak.
takkan ada orang curi kot.

MLM; Rajin, Masyuk Banyak.


Berbiz MLM.
Rajin, masyuk banyak.
Tekun, masyuk banyak.
Masa biz, kita yang tentukan.
Siapa nak jumpa kita tentukan.
Kat mana nak booom kita tentukan.
Modal?
Sememangnya kecil.
Boleh diuruskan, asalkan ada kemahuan yang meluap-luap mahu berjaya.

Produk?
Premium Beautiful...
Pilihan ramai.
Sebutan ramai...
Banyak lagi produk pilihan.

Bimbingan?
Kelas2 sentiasa ada.
Dah 11 tahun, kerja menjayakan rakan kongsi. Tapi belum puas. Sape2 nak join. Aku masih ghairah nak jayakan anda.



Isnin, 28 November 2011

Cari Biz Partner.


dah lama berbiz.
dah cecah 11 tahun.
dah kira berjaya.
memang berjaya pun.
tapi belum puas lagi.
masih mahu mencipta kejayaan.
masih mencari rakan biz baru.
akan dibimbing sepenuh hati.
akan dibantu sehingga jaya.
asalkan lapar duit.
asalkan sanggup hadapi segala cabaran.
asalkan tekun bekerja.
asalkan rajin bekerja.
aku yakin dengan pengalaman yang ada.
bisa jayakan siapa yang nak.
tak kira di mana anda.
Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai.

Produk hebat.
Premium beautiful.

boleh call aku atau sms
016-2060181

Dianugerah CDC semasa ulang tahun ke-19 Hai-O.
Semasa menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato' Sabri Ismail Yaakob.
Bersama-sama sebahagian rakan niaga Akademi Taipan181 melancong ke Beijing.

Hijrah ;Payah ke Mudah

Rosak/Tak bagus ubah jadi bagus.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.


Hijrah.
Payah kepada mudah.

Mudahnya nak menaja.
Mudahnya cari prospek potensi.
Mudahnya buat duit bersama Akademi Taipan181.
Mudahnya jadi kaya.
Mudahnya buat sales produk PB dan BA.
Mudahnya ajak orang datang kelas.
Mudahnya buat appt dengan prospek.
Mudahnya kembangkan biz.
Mudahnya lebarkan network.
Mudahnya gi Vietnam.



Ahad, 27 November 2011

Raja Guli Dunia



Harli Jordean ternyata bukan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun lain.

Ketika rakan sebayanya leka bermain komputer, Jordean memilih untuk berhubung dengan pembekal, membeli stok dan menguruskan pesanan daripada empayar perniagaan melalui Internet.

Produk didagangkan- guli. Ahli perniagaan cilik dari London itu mengendalikan jual beli guli melalui laman sesawang marbleking.co.uk sejak 2 tahun lalu.

Melalui dunia maya, Jordean menawarkan pelbagai jenis guli, daripada kategori biasa sehingga set guli edisi terhad Duke of York bernilai RM2,989 setiap satu.

Syarikat Jordean mencatatkan nilai dagangan lebih puluhan ribu ringgit setiap tahun hasil pesanan dari peminat setempat atau luar negara.

Dari semasa ke semasa, Jordean turut melayan pesanan pelanggan dari Amerika Syarikat.

Disebabkan kesibukan, Jordean terpaksa menggajikan ibu dan dua abangnya untuk menguruskan permintaan yang semakin bertambah.

Namun, di sebalik sambutan menggalakkan itu, pelajar sekolah rendah itu kekal, profesional dan mempunyai perancangan masa depan.

Berada di tempat teratas impiannya ialah mencontohi ahli perniagaan terkemuka dan penasihat politik Britain, Sir Alan Sugar.

Seperti Sugar, Jordean berangan-angan membuka dan mengembangkan firma perniagaan sendiri.

"Saya mahu membina rangkaian kedai di serata Britain sehingga menjadi pusat penjualan mainan terbesar di dunia.

" Bagaimana pun, berbanding kedai mainan lain, saya mahukan kedai itu hanya menjual guli." katanya

Menutur Jordean, rakannya juga gembira dengan kejayaan bisnesnya walaupun pada peringkat awal mereka tidak mempercayainya.

Kini, kata Jordean, mereka adalah antara pelanggan terbaik bagi syarikatnya.

"Saya memang sukakan guli dan sangat gembira memiliki syarikat yang menjual guli." katanya

Mengenai rahsia kejayaannya, Jordean berkata, dia percaya kepada prinsip pengagihan tugas.

"Saya mahu ada orang lain turut menyumbang kepada perniagaan ini kerana jika ada sesuatu yang tidak kena, ada pihak lain boleh memikul tanggungjawab bersama,"katanya.

Permulaan empayar bisness Jordean berlaku secara kebetulan apabila dia berjual beli guli dengan rakannya di taman permainan.

Sama seperti perniagaan lain,pada satu ketika dia berhadapan dengan halangan apabila ada kanak-kanak lebih dewasa daripadanya mengambil semua guli yang ada.

Jordean terpaksa meminta bantuan ibunya, Tina.

Anak beranak itu kemudian melayari Internet untuk mendapatkan guli lain.

Berdasarkan pengalaman membeli guli di Internet itu, Jordean mendapat ilham dan merayu ibunya membenarkan dia memulakan bisnes melalui laman sesawang sendiri.

Dalam tempoh beberapa bulan saja, Tina, 51, terkejut apabila mendapati laman sesawang itu dibanjiri pesanan dari seluruh dunia.

"Dan Jordean mengendalikan pesanan itu sendiri," katanya

Tina berkata, keghairahan Jordean kepada guli bermula sejak dia berumur enam tahun.

Pernah beberapa ketika, kata Tina, Jordean tidur dengan longgokan guli berada di bawah bantalnya.

"Perkara terakhir yang diperkatakan sebelum tidur setiap hari ialah guli dan ia juga menjadi topik pertama ditanya keesokan harinya," katanya.

Disebabkan itu, kata Tina, Jordean mula digelar Raja Guli.

Mengenai aktiviti perniagaan Jordean, Tina berkata, dia tidak pernah menghalang, malah memberikan galakkan.

"Ia mungkin menjadi cara terbaik mengajar Jordean kemahiran hidup serta menunjukkan rasa tanggungjawab," katanya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia membantu Jordean membuka laman sesawang bagi memulakan perniagaan kecil kecilan.

Disebab kemahiran yang ada pada Jordean, laman sesawang itu menjadi begitu popular dan marbleking.co.uk dikenali di seluruh dunia.

"Boleh dikatakan Jordean menguruskan sendiri semua aspek perniagaannya termasuk pembelian, simpanan, pembungkusan dan penghantaran.

"Tugas saya hanyalah bagi aspek perakuanan dan mengimbangi ideanya yang kadangkala agak keterlaluan,"katanya

Disebabkan sambutan hangat itu, kini Jordean bercadang  mengeluarkan guli sendiri di China dan menjualnya di seluruh dunia.

Kata Tina, Jordean memang ada banyak idea, sendiri bagi mengembangkan perniagaannya.

"Kadang-kadang ideanya begitu besar dan kami terpaksa menasihatinya supaya realistik,"katanya.


Aku petik dalam hariam metro hari ini.

Ustazah Pilihan Akhir





4 peserta Program Ustazah Pilihan yang layak ke peringkat akhir. 
Siti, Fairuz, Hidaya, Fira.
Entah kenapa sebelum ini, tak pernah ikuti.
Final ini macam ada tarikan untuk tengok.
Mungkin ada sesuatu yang hebat yang aku tak terpikir sebelum ini.
Asyik tengok rancangan2 lain je, hinggakan terlupa nak tonton rancangan ini.

Firuz.
Nama; Firuz Akhtar Mohamad Bohari.
Umur; 27 tahun
Tarikh lahir; 29 Ogos 1984
Asal; Kuala Lumpur
Pendidikan; Ijazah Sarjana Muda di Iran, 
Al-Zahra Universiti dalam jurusan Bahasa&Kesusteraan Parsi.
Ijazah Sarjana di Washington University, St Louis dalam
Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah.
Pekerjaan; Graduan
Status; Bujang.

Hidaya
Nama; Nurul Hidayah Kamarudin
Umur; 26 tahun.
Tarikh lahir; 6 Jun 1985
Asal; Johor
Pendidikan; Universiti Al-Azhar, Mesir,
dalam jurusan Ijazah Syariah Islamiah
Pekerjaan; Guru Bahasa Arab
Status; Bujang.

Siti
Nama; Siti Fatimah Mohd Sharif
Umur; 21 tahun
Tarikh lahir; 16 November 1990
Asal; Kuala Lumpur
Pendidikan:Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)
dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah
Pekerjaan; Guru
Status; Berkahwin

Fira
Nama; Masfira Hilman
Umur; 27 tahun
Tarikh Lahir; 5 Disembar 1984
Asal; Johor
Pendidikan; Universiti  Al-Azhar,
Mesir dalam bidang Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Pekerjaan; Pensyarah
Status; Berkahwin.

Pertandingan akhir akan diadakan 
di Pusat Konvensyen Shah Alam,
jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis.
1 Disember 2011...

Sila Jirus.


Terima kasih bagi ingatan.
Ramai pulak yang terlupa.
Tinggalkan sisa buat orang yg seterusnya.
Bikin sengsara orang je.

Dunia perniagaan pun sama.



Jangan Jadi Lalat.


Hidup jangan berperangai seperti lalat.
Pembawa penyakit.
Pembawa mudharat.
Pembawa musibah.

Tempat kotor jadi pilihan.
Hinggap tempat bersih, terutamanya atas makanan.
Bawa virus penyakit.

Hati,2 ramai manusia berperangai macam lalat.
Nak kaya pun tak boleh.
Lalat banyak halang.
Sebar fitnah. Atas nama nasihat.

Dibenci semua orang, kecuali lalat-lalat.

Vietnam Target Terdekat2




Seminar Seberang Laut ke Vietnam.
(Shopping la tu)
Kempennya bermula 1 November 2011~ 31 Januari 2012.
4Hari/3Malam.

Dah hampir sebulan berlalu.
Dah ada yang layak.
Dah ramai yang layak.
Dah ada rakan niaga yang layak.
Aku layak ke tidak??

6333 mata dan jualan peribadi 900BV.
Paling mudah untuk layak.

Produknya banyak.
Killer produk.
  1. Bio Aura- 190 mata insentif satu unit, hanya 32 unit untuk layak ke Vietnam.
  2. Premium Beautiful- 200 mata insentif untuk satu set, hanya 31 set untuk layak ke Vietnam
Target utama kita.
Target terdekat kita.
Target ungguk kita.

Fokus. Fokus. Fokus.
Jangan hilan fokus.
Kena sentiasa panas.

Target berapa mahu bawa rakan niaga?

Sabtu, 26 November 2011

Vietnam Target Terdekat...


Aiman nak gi tengok bola.
Kelantan vs ATM.
( perlawanan persahabatan).
Stadium MPPJ.
Aku x larat nak gi.
Nasib baik ada Pok Wan.
Nak gi, bolehlah tumpangkan Aiman.
Lagi pun dia yang ajak/cakap kat Aiman.
Kalau tak memang, dia x tahu.

Lagi pun aku baru balik.
Keluar jam 10 pagi.
Jam 6.30 petang baru kembali ke rumah.
Pergi ke kelas WAB,
terus ke PD.
Hadiri kenduri aqiqah.
(Cdm Aida&Dsm Azizi)

Inilah rumah Cdm Aiza Azizi di Kg Paya PD.
Kami sampai pun dah lewat. Dah tak ada orang lain lagi. Paling banyak melantak buah rambutan gading. wow! jarang jumpa yang segar.
Rumah orkid pun ada.

wakaf apa?


Jem punya pasal.
Dari Bangi Sampai Persimpangan PD.
Itu yang sampai 3 jam.
Tambah dengan mengantuk sikit-sikit.
Drive pulak Myvi.
3 jam baru sampai PD.
Balik hanya 1 jam sahaja.

Sambil tunggu mama berdemo. baca buku dulu.
Novel ini, santapan aku. x sempat habis juga. kena sambung lain kali. buku ini, Cdm kartini gi jumpa penulisnya sendiri. tahun berapa dah tak ingat? dah lama dapat, tapi x baca. dok simpan dlm koleksi sahaja.


Malam ini.
Cdm Kartini ke IOI.
Jumpa prospek.
Rezeki hujung bulan.
Rezeki awal tahun hijrah.
Belum pasti lagi.
jangan terlalu yakin.
jumpa pun belum.
Tak tahu lagi.
nak ke tak nak.
kita hanya boleh bertawakal,
setelah usaha yang terbaik diberikan.

Dah suntuk.
Tapi masih ada masa.
Pecutan saat akhir.
Jangan mengalah, teruskan kongsi peluang.
Jangan undur diri, teruskan jumpa prospek.

Vietnam.
Melambai-lambai.
Memanggil-manggil kita.
Menyeru-yeru.
Sila-sila.
Mari-mari.
Rugi kalau tak layak.

Target kita,
melancong sambil bershopping di Vietnam.
Target terdekat dan terpenting kita.

Jumaat, 25 November 2011

Kerja...


kerja = 12 jam sehari.
gaji = RM50.
sejam = RM4.20.
Jumaat cuti.

Pujuk Balik. Ikut Aku Pulak.


Aku tak kemana-mana hari ini.
Hanya ke Masjid Sri Petaling.
Solat jumaat dengan Aiman.
Balik, rehat dan santai-santai.
Baca paper dan update blog.

Cuma Cdm Kartini ke Putrajaya tengahari tadi.
Jumpa rakan niaga yang berjaya diselamatkan.
Ramai yang mencari dline, dari kalangan mereka yang tak aktif.
Ajak aktif balik, dengan bimbingan mereka pulak.
'mereka punya strategi terkini dan paling menarik.' akui mereka.
Taktik nak tarik, senang kerja, tak payah ajar banyak2 lagi.
Dah memang ada skill, cuma polish sikit je dan boleh on.

Kalau taja orang fresh.
banyak kerja, kena ajar itu, kena ajar ini.
Lebih lama kena bimbing.
Memakan masa juga nak pandai,
baru boleh lepas gerak sendiri.

Ada yang dah mati. Ambillah orang tak kisah.
Ada juga yang belum mati. Ambil, ada orang kisah,
walaupin ada juga yang tak kisah.


Wow! Aiman pakai sarung hari ini. Tak terjatuh ke? Cuti sekolah baru boleh solat jumaat bersama anak. Lepas solat, tunggu kejap. Tak payah nak cepat balik. Berlama-lama sikit kat masjid tu. Rasai ketenangan berada dalam masjid sambil berzikir mengingati Allah Yang Maha Kaya. Balik rumah, bukan ada yang nak buat pun. Sekadar tengok TV.

Sedang tunggu, ke mana malam ini.
Masih ada biz ke tak ada?
Kalau tak ada, kena rancang apa mahu buat malam ini.
Buku mana yang nak dibaca, kalau perlu gi IOI, beli buku baru.
Macam nak baca novel pulak hari ini.
Kat meja aku sekarang dah ada novel ' Semarak Cinta' hasil nukilan Hijratul Akisya.
Cdm Kartini dah baca, aku dok berkira-kira bila nak mulai membacanya.
Dah mula kena habiskan juga, kalau tak rugi rasanya.

Sape yang dah baca buku ini? Novel pun aku baca. Melepaskan geram.

Terkaya di Indonesia.


Jakarta: Kedudukan tiga daripada 40 tokoh paling kaya di Indonesia tahun ini hampir tidak berubah berbanding 2010.

Nilai kekayaan mereka juga jauh lebih tinggi berbanding tokoh lain yang ada dalam senarai berkenaan.

Tiga hartawan utama dalam senarai Forbes itu dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM103.5 bilion atau 38% daripada keseluruhan harta 40 tokoh berkenaan.

Tiga tokoh itu ialah pasangan adik-beradik R Budi dan Micheal Hartono, Susilo Wonowidjojo dan Eka Tjipta Widjaja. 

R Budi dan Micheal Hartono adalah pemilik Kumpulan Djarum yang memiliki harta bernilai RM44.6 bilion.
Aset utama menguntungkan mereka ialah kilang rokok Djarum dan Bank Central Asia(BCA).

Susilo, 55, pula memiliki syarikat Gudang Garam dan meningkat kekayaannya menjadi RM33.5 bilion berbanding 2010, manakala Eka Tjipta, 88, memiliki harta bernilai RM25.5 bilion dengan perolehan utamanya datang dari Golden Agri-Resources.- Agensi.

Micheal Hartono.
R Budi Hartono.
Eka Tjipta Widjaja

Gaji Tanpa Had.



Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Pilih mana gaji mana yang nak?

Jawatan(gaji bulanan)
Gaji Bulanan
1-      Pengurus Besar PKNS
RM40,000
2-      Pengerusi Guthrie
RM50,000
3-      Pengerusi Syabas
RM425,000
4-      CEO CIMB Group Holding Berhad
RM779,166
5-      CEO Sime Darby
RM170,833
6-      CEO Bursa Malaysia
RM164,166
7-      CEO Maybank
RM148,333
8-      Boustead Holding Berhad
RM154,166
9-      CDM Hai-O Marketing Sdn Bhd
Isi Sendiri

 Lihat gaji mereka.
Besar dan punyai pelbagai keistimewaan.
Tapi jangan lupa, dalam 1 syarikat hanya 1 orang je yang bergaji begitu.
Tak semua orang dapat. Bos sahaja yang dapat.

Perhatikan no 9. CDM Hai-O Marketing.
Incomenya bergantung kepada kualiti dan ketekunan seseorang CDM itu bekerja.
Peluang semua orang, terbuka seluas-luasnya.
Berapa ramai pun tak ada masalah, tetap dibayar oleh Hai-O.
Banyak mana pun, tetap dibayar oleh Hai-O.

Jom bina biz besar-besar.
Kerja lebih tekun.
Kerja lebih kreatif.
Kerja lebih sabar.
Powered By Blogger