Jom Follow

Ahad, 31 Julai 2011

Ahad Belum Ramadhan..

Sempat lagi gi main.
Layan anak-anak.
Dah janji nak gi main.
Janji jam 12pm nak gi.
Tapi lewat 4.15 pm baru dapat.
Balik lewat dari kelas WAB.
Dah ramai yang datang.
Banyak dapat ilmu.
Sihat/cantik.
Ada yang terus pakai FB.
Ada yang join meniaga,
terus urus dana.
Terus transfer.
Syukur.

Aku, Aiman dan Baby. Dah lama tak main. Seronok dan happy dapat memenuhi kehendak anak-anak. Sebelum ikut kehendak mereka. Kena belajar dulu belah pagi.

Aiman dan baby. Pewaris Cdm. Pewaris legasi perniagaan.

Baby pun main. Asyik masuk longkang je. Kalau tak masuk longkang, lurus je gi, tapi slow.

Pilih bola. Mana yang sesuai. Mana yang ok.

Mana-mana gi, Samsung Galaxcy mesti bawa. Tak boleh tinggal. Kalau tertinggal, kena ambil. Main boling pun bawa. Kejap baling, kejap ber'fb, kejap baling, kejap ber'fb'.Kelak info, banyak tertinggal.
Meniaga besar perlukan
pengorbanan yang besar.
Meniaga besar perlukan
cabaran juga besar.
 

Cdm Pah....


anugerah sarawak, aslinya di-upload oleh kartinimatyaakob.

Cdm Syarifah Eshah.
Glamour dgn Cdm Pah.
Pejuang sejati.ML
Kemahuan tinggi.
Jauh pun mari.
Tinggal kat Kuala Pilah.
Usj Taipan selalu nampakkan diri.
Demi cita-cita yang diyakini.
Mampu capai dan mampu miliki.
Bersama-sama Akademi Taipan yang disukai.

Berteman datang kelas.
Seorang diri pun datang kelas.
Ada prospek datang kelas.
Tak ada prospek, kelas juga datang.
Bukan usj sahaja.
Malah melaka pun pergi.
Demi ilmu, semangat dan meniaga,
kelas jarang lupa.

Orang bersungut penat.
Orang bersungut dah jemu.
Otang bersungut dah tak leh buat.
Orang bersungut orang dah tak nak.
Orang bersungut situasi hari susah nak jadi.
Orang betsungut dah tak laku.
Tapi...
Cdm Pah.
Tetap optimis,
meniaga ini masih boleh jalan.
Hari-hari kena buat.
Hari-hari jumpa prospdk.
Hari-hari buat demo.
Hari-hari keluar.
Pendek kata, tak duduk diam.
Bekerja terus bekerja.
Jumpa dan terus jumpa.
Doa dan tawakal tak dilupa.
Rezeki pasti ada, jika tekun usaha.
Jangan malas, peluk tubub hatapkan jadi sahaja.
Ke kelantan pi,
Ke kuantan pi,
Ke jb pun gi,
Ke melaka pun pi,
Ke kuching pun pi.
Mana ada prospek, cdm akan sampai.

Malam-malam dtg usj.
Balik kuala pilah lagi.
Bukan dekat, lalu bukit putus lagi.
Beraninya. Jlnnya bengkang bengkok.
Kadang-kadang angkut anak sekali.
Maid tak ada bukan alasan.
Janji hati mahu.

Dinobatkan sebagai seorang Cdm. Pengorbanan terbalas jua.

Keinginan berjaya,
cukup-cukup tinggi.
Redah segala cabaran.

Cdm Pah bersama suami, bergaya dengan kereta mewah yang telah dimiliki setelah berkecimpung dalam perniagaan MLM.

Cdm asal Kelantan.
Tanah Merah.
Bukit Gading.
Kerjaya dulu misi gigi.
Kini sepenuh masa bersama Akademi Taipan181.
Menjadi usahawan. Kerjaya pilihan. Kerjaya yang dihormati.
Kerjaya berpaksikan kegigihan, ketekunan bekerja.
Kerjaya yang bukan pakai 'kabel' untuk berjaya.
Kerjaya yang perlu rapat dengan 'seseorang' untuk gemilang.

Cdm Pah bersama suami semasa mengerjakan umrah.

Cdm Pah bersama Cdm Siti Rohani semasa bermain salji di Korea Selatan.

Cdm Pah bersama uplinenya Cdm Inda, semasa majlis penganugerahan SM&SSM peringkat negeri Sarawak baru-baru ini.
Cdm Pah bersama cdm Inda dan Cdm Roshila. Sentiasa fokus pada perniagaan. Telah terjun dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.
Cdm Pah. Pelancaran Projek 3K
ada lagi sambungannya....

Sabtu, 30 Julai 2011

Karnival Amal 2 Dekad.


Pagi sabtu.
30/7/2011.
bawa anak gi jalan-jalan.
gi pusing-pusing.
gi putar-putar.
di Karnival Amal
2 Dekad.
berlangsung di Stadium Sukan Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi.
Awal sangat gi sana.
Gerai-gerai pun belum buka semua lagi.
Tambahan hujan tadi.
Ameerah bersama Aiman.

Pertandingan Futsa. 32 pasukan yang menyertai pertandingan hari ini.





jemput datang.
banyak acara.
orang pun ramai.
mana tahu bisa jadi rakan niaga.
datang, tambah kenalan, tambah senarai nama.
akhir sekali jadi rakan niaga.
boleh buat pakej platinum
boleh buat pakej emas.
boleh buat pakej gansa.
tak leh juga buatlah mana-mana yang boleh.

tadi ada larian amal,
futsal
badbinton.

Jumaat, 29 Julai 2011

Jumaat yang berlalu...


Aku yang sering alpa...

dah petang.
dah jam 5.15pm.
baru sampai rumah.
gi ambil anak balik sekolah,
anak belajar kat 
sekolah at-tamimi international school.
skali dengan ambil Cdm Kartini,
kat Summit Hotel, USJ.
bersama dengan rakan niaga,
buat promosi kat situ,
sempena menyuarat Agong Puspanita MPSJ.
aku pun belum tanya lagi.
apa yang pasti ok.
dari senyumannya aku dah boleh agak.
sambutan sejak akhir-akhir ini
menggalakan terutama 
premium beautiful.
 maharani.
bioaura
dan banyak lagi.
Cdm Kartini bersedia membantu rakan-rakan niaganya. Asalkan rakan niaga mahu dan ada keinginan berjaya.

Antara produk yang dipromosikan semalam. Sambutan amat menggalakkan. Rami dah tahub kehebatan produk keluaran Hai-o.

Pandangan dari Masjid ke tempat parking kereta.

tadi aku bersolat jumaat.
tampat biasa,
masjid sri petaling.
ada pengumuman

solat terawih akan diadakan seperti biasa.
20 rakaat dan 1 juzuk semalam.
ada lagi untul 3 juzuk 1 malam pun ada.
tempat asing dari yang pertama.
ada lagi untuk 5 juzuk 1 malam.
tempat asing dari yang 1 dan 2 di atas.
boleh pilih.
ke 3 3nya 20 rakaat,
tambah witir 3 akan jadi 23 rakaat.

itu kat masjid tersebut.
boleh pilih masjid/surau lain.
yang buat 8 rakaat, surah pendek.
yang buat 8 rakaat, surah lebih panjang.
yang buat 20 rakaat.
ada juga yang adakan tazkirah.
boleh pilih.

Anak kami. Muhammad Khalif Aiman. Lepas raya ni upsr. Puasa ni kena pulun. Lepas raya kena berjuang. Harap dapat yang terbaik.
Bacaan yaasin.

Bacaan yaasin.

Aku bersama Bad.

Aku dan isteri, Cdm Kartini sentiasa hadir apa-apa program sekolah demi kecemerlangan anak-anak. Sibuk macamana pun jadual kami. Demi anak-anak mesti luangkan masa juga. Tak kan makbapak je cemerlang. Anak-anak pun mesti cemerlang juga.

Aku bersama anak laki. harapan keluarga.

malam ini.
aku dan isteri.
akan ke masjid UNITEN.
ada solat hajat.
sempena peperiksaan upsr.
sekolah abim yang anjurkan.
lepas raya periksa.
harap-harap dapat apa yang diharap.
tak dapat nak buat macamana.
lepas tu,
Ini hari khamis punya. Dah gi, tapi semalam gi lagi. Tak puas makan sayat willy. Lepas solat hajat kat masjid UNITEN kami gi lagi. Ramainya manusia kat sini, tempat pun tak cukup. berebut menaj. Kat mana ni? Kat Sungai Ramal. Berhadapan dengan Hassan Cafe.
Ini baru satay sebenar. Kena sekali, pasti nak lagi. Ini satay ayam. Satay daging tak order. Aku dah kena kurangkan makan daging merah. Dah kena pantang, sebelum penyakit datang.  RM0.70 satu cucuk. Berbaloi dengan harganya.
makan satay willy.
best.
lebih sedap dari satay hj. Samuri 
dan satay UK, Bangi.
sekali cuba. tak sedap dah yang lain.

Kemalangan!!!



Berhati-hati ketika memandu.
Ini semalam punya kejadian.
4 maut apabila bas dirempuh
treler terbang dari laluan bertentangan.
bas menuju menuju penang.
bas pula menuju selatan.
kejadian berlaku jam 12.25am.
laju kalu gitu gak.
buat nyayo ko orang lain.
Terjadi di KM201, dekat Kemunting Perak.

Demo!!!!


kalah, 
kalah dah.
tak boleh buat apa lagi.
tunggu piala dunia 2018 lah pulak.
itu pun kalau kita benar-benar bersedia.

kita tinggalkan bolasepak.
kita kembali cite pasal perniagaan.
perniagaan yang kita sedang bina ini.
rezeki melalui perniagaan ini yang
memboleh kita sekeluarga makan-minum.

perniagaan yang mudah.
tapi bukan goyang kaki.
bukan join, tunggu duit masuk.
perniagaan yang senang.
bukan 1 malam boleh jadi.
kena ada masa juga.
kena ada perancangan.
kena ada action berterusan.
kena doa sentiasa.
jangan berhenti doa.

dengan perniagaan ini.
ramai dah hidup senang.
ramai dah berubah life style.
ramai dah bebas hutang.
bebas di sini tak semestinya tak ada hutang.
hutang boleh dibayar ikut masa.
tak terunggak lah katakan.
mungkin banyak pada dulu.
kereta lebih mahal.
tentulah hutang lebih banyak
tapi bayarnya sentiasa ok..

belajar demo.
belajar dengan akademi taipan181.
demonya mesti standard.
dah pandai buatlah demo.
jangan lagi dok tunggu uplie.
upline pun ada demo.
untuk diri dan
rakan niaga yang lain pulak.
jangan berhenti demo.
skill lagi mantap,
kalau demo tak berhenti.
demo selagi mahu berniaga.
tak kira apa pangkat kita.
dah Cdm sekali pun.
tak kira dah Cdm lebih 10 tahun ke.
selagi ada keinginan nak terus berniaga.
demo tak boleh tidak.
makin banyak kita buat demo,
makin ramai yang join.
kalau sikit buat demo,
sikitlah orang masuk.
ingat tak semua orang join.
mesti ada kebarangkaliannya.
tak semestinya Cdm demo,
orang terus join.
kena follow up juga.
ada yang sampai 4,5 kali baru join.
ada juga yang 1 tahun baru join.
itu semua tak patahkan kita punya semangat.
orang tak nak kita cari lain.
kita demo lain.
masih ramai yang dok tunggu.
apa perlu kecewa. 
meniaga ini bukan meniaga kecewa.
meniaga kita nak kaya.
meniaga kita tak ada gagal,
cuma belum jadi je.
tunggu masa nak jadi.
kalau demo tak lekat.
kaji kenapa tak lekat.
tanya upline apa kekurangan demo kita.


Khamis, 28 Julai 2011

Alahai Tewas Lagi..

1-1
tapi 
4-6.
tertutup pintu
untuk keperingkat seterusnya.
tewas akhirnya.
perjuangan yang mudah,
sepatut menang bergaya,
bila hantaran asyik tersasar.
kawalan bola terlalu lama.
lawan mudah curi bola
dari kaki sendiri.
lawan lebih bertenaga
dan lebih matang dalam permainan.
tengah mati,
aku yang tak reti pun,
tahu, tengah tak hidup.
tengah tu arkitek dalam bola sepak.
tak hidup, mati,
kalah lebih bagus.
terlalu harapkan safee sali.
tak larat jugok weh!
nasib baik
apek ok malam ini.
kalau tak
tak payah cakap.

bukan aku nak komplen.
tapi dah hakikat.
pemain bola kita belum cukup main.
kalau ikut standard eropah.
pemain mesti main bola
selama 10,000 minit,
sejak dari peringkat sekolah rendah lagi.
aku rasa, pemain malaysia tak sampai lama tu.
 
kat sekolah, 1 tahun hanya ada 2,3 perlawanan je.
campur dengan 2,3 perlawanan persahabatan.
baru berapa minit setahun main bola sepak.

mana ada liga peringkat umur kat malaysia.
kalau ada pun 2,3 tahun terakhir saja.
cikgu-cikgu juga tak berapa support
sukan kat sekolah.
hanya akademi yang penting.
macam main bola tak boleh cari makan.
mudah senang asalkan cemerlang.

Hak milik awang zulfikar.

Setelah berjuang.
akhirnya kau dimiliki
oleh Awang Zulfikar, 27 tahun.
Warga Akademi Taipan 181 Sarawak.
Lebih tepat lagi Miri.
kakitangan awam, kementerian kesihatan.
sekarang ni dah beralih,
kerja dengan shell pulak.
Allahyarham Ddm Kunai suruh dia beli kereta
buat berniaga.
Sayangnya kereta ini di miliki setelah aruah pergi buat selama-lamanya.
Baru sebulan dimiliki.
Aku dah naik. memang best. memang boleh meletup berniaga.
makin bersemangat setelah kereta keluar. 
drive jauh pun tak penat.
lebih bersemangat setelah hadiri,
majlis anugerah sm&ssm sarawak.
bakal cdm dari sarawak.
tak mustahil.
meniaganya memang bertahan. 
sentiasa ada sales.
hasil jual maharani pun incomenya cecah rm 700 sebulan.

Puasa!


Ramadhan tiba lagi.
2,3 hari lagi.
syukur diberi kesempatan,
menjalani ibadat puasa.
bulan penuh keberkatan.
setelah setahun,
tinggalkan kita,
ada yang telah
meninggal dan 
ada juga yang baru lahir.
ada yang menjadi kaya,
ada yang jatuh miskin.
ada yang bahagia dan 
ada yang sengsara.
ada yang dapat petunjuk,
ada yang tersesat.

Apa target puasa kali ini.
mesti lakukan yang terbaik.
jaga mata,
jaangalah pandangan dari memandang yang haram.
jaga lidah-
janganlah mengumpat orang lain. 
janganlah adu domba,
janganlah bercakap kotor.

jaga telinga-
janganlah dengar yang melalaikan.
jaga tangan.
janganlah ambil bukan hak mu.
jaga kaki.
janga terjerumus 
pada yang tak halal.

kat mana nak gi terawih.
baca al-quran sekurang-kurannya 1 kali khatam.
banyakkan sedeqah.
bagi makan anak-anak yatim.
banyak lagi..
jgn pulak dok jajat bazar ramadhan.

pahala digandakan bagi setiap ibadat..
amalan wajib digandakan sehingga 70kali.
amalan sunat diberi  ganjaran amalan wajib.




2 gol bukan tugas berat


bertemu kembali.
hari ini, hari khamis.
malam ini
 
malaysia
lawan 
singapore.
 
Pengurus dan Jurulatih Malaysia.
 
pra kelayakan piala dunia
pusingan ke 2.
biasanya kita tewas dipusingan pertama
pra kelayakan piala dunia.
kalau tak silap akulah dah 34 tahu kita asyik tewas.
adakah malam ini kita tewas lagi.
atau kita menang dan
memasuki pusingan seterusnya.

tiket dah habis dibeli.
lambat memang gigit jari.
tengok tv lah gamoknya.
aku pun terlepas.
tunggu-tunggu nak beli tiket.
tengok berita semalam.
tiket habis.
penuh malam ini.
90 ribu, kata Kosmo.
85 ribu kata Metro.
mana satu yang betul.
tak kisah asalkan menang malam ini.
bakar semangat juang pemain negara.
defisit 2 biji boleh lepas.
kita boleh. kita kuat. 
menang.
jangan kalah.
kalau nak kalah janganlah,
dengan pasukan jiran.
kalah pun dengan 
jepun, korea, australia,
iran, iraq. arab saudi.
baru ok.

tadi aku dah lalu.
dah ada khemah, 
peniaga malam ini.
jual jersy dan minuman.
nak pi, tiket dah habis.
 
Safee Sali
 
safee sali.
harap menjadi malam ini.
mengganas malam ini.
menjaringkan gol malam ini.
jangan kecewakan kami semua.
kalau dia tak jaringkan,
orang lain pun tak apa asalkan menang.

Apek

keeper sape malam ini.
apek main ko.
kalu tok main sapo hok main.

Aidil Zafuan.
harap dia main.
nampak sangat longgar pertahanan malaysia tanpa dia.
kemudi pertahanan negara. lebih kukuh. lebih kebal lagi.

tunjukkan pintu keluar pd singapura.
kita pulun habis.
malam keramat harimau malaysia.
2 gol bukan tugas berat.

Rabu, 27 Julai 2011

Hari Ini- Closing Lagi.

Tengahari tadi.
Keluar demo.
Ambil rakan niaga.
Aku tunggu kat PKNS, Bangi.
Cdm Kartini dan rakan niaga je yang gi.
Macam dulu-dulu balik.
Masa mula-mula berniaga mlm.
Dok fokus premium beautiful.
Orang laki hanya tunggu dalam keta,
bila isteri gi demo.
Jadi sekarang ni premium beautiful mengganas kembali.
Jadi kegilaan ramai.
Setelah di berikan penerangan kebaikan memakainya.
Nak pakai mesti kena tahu size yang betul untuk tubuh kita.
Jangan main pakai, tak berkesan pulak.

Tempat wajib. Mesti masuk. Walaupun sekadar cuci mata. Cuci mata pun aku dah bersemangat. Semangat apa? Nak baca buku. Nak kutip ilmu sebanyak mungkin. Sebab itu, aku dan Cdm Kartini sentiasa bersemangat. Selalu menelaah buku.

Mula-mula malas nak beli. Buku yang nak dibaca dah bawa. Tapi bila tengok buku nukilan Dr Yusuf Al-Qardhawi. Tak boleh tahan. Aku dah baca beberapa buku hasil tangannya, amat menarik. Ulasan hebat. Lain dari yang lain. Walaupun sekadar baca terjemahannya sahaja. Sambil tunggu, sempat aku khatamkan. Tak berapa panjang. Kena baca lagi untuk lebih menjiwainya. Bisa bangkitkan semangat untuk terus cemerlang. Meniup semangat untuk terus menjadi yang terbaik. Berusaha dan terus berusaha. Terus kreatif dalam perniagaan ini. Kena kukuhkan ekonomi ummat islam. Memberi senbanyak-banyaknya.

Sesuai sangat. Dah dekat nak puasa. Tulisan Dr Aidh Abdullah Al-qarni. Menyentuh/ meresapi jiwa. Belum habis lagi. Mungkin malam ini kena habiskan. Nanti tak sempat pulak. Tulisan dr, tak pernah mengecewakan aku. dah banyak bukunya dalam koleksi aku. biasanya aku habiskan secepat mungkin buku-buku tulisannya. 2 buku ini yang aku beli tadi. seronoknya ada duit dan boleh beli buku sepuas-puasnya.

Ini pulak, aku beli jumaat lepas di masjid sri petaling. setiap kali jumaat, beli buku. 2 2 masih ada sikit lagi.

Pencil.

Malam ini sekali lagi aku menemani pensil aku beli pencil,
pemadam,
pembaris
 sharpener. 
Entah kali keberapa aku tak betapa pasti.
Dah selalu sangat.
mintak dibeli
Pensil hanya tahan 2,3 hari je. 
hari ke 4 dah kontot. 
Nak pegang pun dah tak boleh.
Hairan.
Makan ke pencil tu. 
asyik gigit pencil ke.
Tak tahu, aku tak tahu. 
2 minggu kena sediakan pencil 4 batang pencil.
Parah kalu lagu ni.
Budak2 zaman sekarang. 
Aku tahu ramai juga ibubapak
hadapi dilema yg sama. 
seperti aku, suami isteri.
Itu kira yg aku gi beli,
belum masuk yg wife dan 
maid teman dia gi beli.
beli kat popular,
beli kat mydin,
beli kat 99.
beli kat 7e.
sekali beli bukannya 1.


berapa kali sharp, 
sehari. 
pencil sekarang pun cepat patah kot.
nak sharp, bukan sekali dua patah,
banyak kali.
aku sharp pun susah nak dapat mata yang ok.
budak-budak lagi la.

beli yg mahal pun sama juga.
sharp, patah, sharp, kontot.

pemadam/pembaris
selalu hilang.
tak jumpa cari.
entah tertinggal kat mana.

adakah anda hadapi hal-hal yang serupa.
kalau darjah 1,2 memang selalu kena.
nak marah kat budak-budak macam tak betul. 
kenalah ikut, harap-harap satu-satu pencil tu bertahan lama.
tak lama pun nak buat macamana, asalkan bijak belajar.



Selasa, 26 Julai 2011

Suka/Tak Suka Bukan Milik Aku


bertemu lagi.
agak lama tak menulis bicara.
ada yang dok menanti,
ada juga yang dah menyampah.
ada yang biasa-biasa.
itu semua lumrah manusia.
kita tak boleh paksa orang suka/sayang pada kita.
suka/benci tu milik orang lain.
apa yang perlu bagi kita,
seboleh mungkin jangan ada yang terluka,
dek cakap-cakap kita,
dek gelak-gelak kita,
dek bisik-bisik kita,
dek apa-apa saja.
 
orang suka, 
ok,
tak suka.
nak buat macamana.

aku bekas guru.
sama juga.
semasa mengajar dulu-dulu.
aku mengajar teknik cheras,
ada juga orang panggil teknik KL.
sama la tu.
aku ajar subjek fizik.
ada pelajar suka.
ada pelajar tak suka.
ada pelajar ok je. 
suka tak, benci pun tak.
jenis datang sekolah,
boring dok rumah.
nak ponteng sekolah,
takut mak bapak marah.
tak bagi duit poket.

berniaga mlm pun sama.
ada orang suka.
ada orang tak suka.
ada orang meluat.
ada orang menyampah.
ada orang trauma.
bila tahu kita menjalani perniagaan
berbentuk MLM.
 
tahu je ,
terus tak nak jumpa.
terus tak angkat telepon.
terus tak balas sms.
terus tarik muka.
terus tak nak kawan.
terus jadi musuh.
terus diam.
terus tak reti cakap.
takut diajak bersama-sama
berniaga.
tak nak. tak suka. cakap elok-elok.
aku/kita tak marah.
kita tak paksa join.
kita masih boleh kawan lagi.
tak suka biarlah pada MLM je.
jangan tak suka pada orang yang berniaga MLM.
itu yang silap.
kita pun dah jadi musuh.
tak suka berniaga. 
ok.
jangan pulak sampai kita pun dibenci.
nak keluar makan-minum pun dah tak sudi.
ok. tak habis duit aku. 

hari ini.
keluar sekejap.
jam 11.30am.
keluar dengan wife aku,
Cdm Kartini serta Cdm Inda.
jumpa prospek. 
kerja big apple,
subang jaya.
dah lama pendam.
hari ini gi jumpa.
terus sign borang.
terus urus dana.
nak cepat, nak pakai Premium Beautiful.
nak bergaya sempena hari raya.
boleh buat duit skali.
urus dana kat CIMB.
Empire Shopping Gallery.
Subang Jaya.
nampak gaya lepas.
syukur.
malam ini.
kelas lagi.
bersama Ddm Rezal.
Budak Kilang yang berubah hidup,
setelah meniaga MLM.
dia buat kerana nak berubah.
lama-lama jadi suka/seronok.
malam ini boleh dengar,
perkongsian beliau.
biasa-biasa tapi ada wawasan.
nak bina keluarga cemerlang.
pendidikan kelas pertama.
kena ada duit baru boleh capai kelas pertama.
buku-buku mesti lengkap.
kelas tiusyen mesti ada.
guru datang rumah pun kena.
makan minum mesti yang berkhasiat.
tak ada duit macamana nak buat.


Nak masuk pun gerun. Dari luar, gah semacam. Kereta yang masuk pun kecut perut aku tengok. BMW, Merc, Porshe, Ferari. Kedai-kedai pun mengancam. Aku tengok kot luar je. Mahal-mahal. Rugi kalau aku beli/pakai.
Kedai ini aku masuk. Tapi tak beli apa-apa. Nak habiskan buku yang belum terbaca lagi. Lagi pun nak gi ke Amcorpmall. Lagi murah buku-bukunya. Dah ada mana buku mahu aku beli. Tunggu dulu.


Buku dalam senarai.

Sarawak; Teruskan kehebatan anda...


Majlis Penganugerahan
Ddm, Dsm, Ssm, Sm.
diadakan 
di Crown Impreal Hall,
Kuching, Sarawak
pada 24/7/2011,
Ahad.
Kehadiram lebih 140 penerima anugerah.
Warga Akademi Taipan181 bersama Cdm Kartini.
Cdm Kartini bersama dengan warga akademi taipan181. sentiasa menjadi yang terbaik dan gunakan peluang yang terhidang untuk ubah kehidupan sekeluarga. peluang bukan selalu datang.
Kita tak buat perubahan, kehidupan sama je. 5, 10 tahun akan datang pun tetap sama.
Pasangan hebat dari Sabah. Cdm Siti Rahmah dan Dsm Tam. Mana ada peluang, kat situ mereka muncul. Rebut peluang, terhidang. Networknya semakin subur. Paling penting fokus pada perniagaan dan lihat pada kelebihannya dan jangan fokus pada kelemahan/kekurangan. Masih setia bersama akademi taipan181, apa pun ribut melanda.
Cdm Pah, Cdm Inda, Cdm Shila, Ddm Wada, Cdm Asiah dan Cdm Siti. Anggung bergaya. Kejar rezeki melimpah ruah, tapi tak lupa pada Pemberi rezeki.
Cdm Kartini bersama Ngoi, Manager hai-o branch kuching. sentiasa ceria, banyak membantu warga akademi taipan181 berniaga. ilmunya cukup hebat. komunikasinya juga hebat. sekali jumpa, pasti teringat. bersedia membantu bila-bila masa. seronok bantu dan lihat orang berjaya.
Cikgu Maxwell, Cdm Kartini dan Tameze.
Pertemuan lepas majlis anugerah. Cdm Kartini beri suntikan semangat. Ramai juga yang pertama kali jumpa. Ada juga yang masih kecewa, ditkelentong upline. Semalam telah diselesaikan segala kekusutan itu. Sekarang ni terus gempur, strategi baru bakal merubah langskap perniagaan kita. Mereka semakin yakin dengan perniagaan ini. Mereka semakin yakin dengan potensi yang mereka miliki. Gempur dan terus gempur. Akademi Taipan181 sedia membantu. Cdm Asiah, pandulah mereka menuju ke Pulau Impian.

 
Bersama Encik Tan Kai Hee.  Terpancar wajah ceria, bila bersama akademi taipan. Warga Akademi Taipan181 yang hadir majlis penganugerahan. Sepatutnya lebih lagi tapi ramai cikgu-cikgu ada kursus hari isnin. Jadi ramai tak boleh hadir. Jarak perjalanan jauh. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Romi, bakal Cdm. Penuh semangat. Ada ghairah nak berjaya. Bersama dengan geng-geng, balak merubah wajah akademi taipan 181 sarawak.
Cdm Kartini bersama mereka yang hadir.
Cdm Kartini bersama dengan salah seorang penerima anugerah semalam. Cdm Siti terbang dari KK untuk bersama-sama dengan rakan kongsi. Dengar cite selama 4 hari berada di Kuching.
Jejaka hebat warga akademi taipan. ambil kesempatan untuk bergambar dengan Cdm Kartini, Cdm Roshila dan Cdm Asiah.
Ini lagi penerima anugerah semalam. Happy, penat lelah dihargai oleh pihak syarikat.
Sesekali berkumpul, seronok juga. Masing-masing bergaya sakan. Majlis semalam menyuntik semangat buat mereka untuk terus bersama-sama akademi taipan, mengutip sebanyak-banyaknya wang dari hai-o. Ada yang aku kenal dan biasa, ada juga yang tak kenal. Mungkin dari luar Kuching. Apa-apa pun mereka tetap warga akademi taipan181 yang aku sanjungi semangat juangnya.
Sempat lagi bergaya, sebelum naik pentas. Tameze, Maxwell, dan Mus. Cdm roshila bersama 2 lagi penerima anugerah semalam. perjuangan belum selesai.




Powered By Blogger