Jom Follow

Ahad, 7 November 2010



rehat seketika;
menunaikan rukun islam ke5.
akan bertemu semula 2/12/2010.

Sabtu, 6 November 2010

Aku vs Orang Lain.

Salam.
Salam Perjuangan
Salam Kemenangan
Salam 1Malaysia.

Aku panjat, aku di atas. sama-sama dapat makan buah apple yang aku petik tapi makan di atas pokok rasanya lain.....

Aku meniaga.
Orang lain makan gaji.

Aku ada impian.
Orang lain tak ada.

Aku hebat
Orang lain tak hebat.

Aku income besar.
Orang lain income mengecil.

Aku kaya strategi
Orang lain dok takuk lama.

Aku kisah dengan group
Orang lain melanyak group.

Aku jayakan rakan.
Orang lain kayakan diri.

Aku kaya ilmu.
Orang lain ....

Aku boleh cakap.
Orang lain hanya angguk kepala.

Aku beriman..
Orang lain sikit kurang.

Aku dah otai.
Orang lain baru mula.

Aku layak melancong.
Orang lain tak layak.

Aku ada group.
Orang lain tak ada group.

Group aku hebat.
Group orang lain biasa-biasa.

Aku terkenal.
Orang lain, sepi je.

Aku penuh appt.
Orang lain 1 seminggu pun susah.

Aku asyik bertindak.
Orang lain tunggu dan lihat.

Meniaga sajalah tak payah nak bandingkan dengan orang lain. kita meniaga ni perlu lawan diri sendiri je. cipta rekod peribadi. siapa cepat besar, dia cepat kembang, dia dapat income besar. siapa rajin, dia yang senang. setkan matlamat dan berusaha kearah matlamat tersebut. buat perancangan dan bertindak ikut perancangan. jangan dok tunggu dan lihat. nak jadi orang berjaya, tapi tindakan kita tak seberapa..

signboard2

selalunya dok cite pasal manusia, tapi kali ini pasal tulisan pulak. ada jenis signboard.

Dewan inilah jadi saksi bermulanya perjuangan Akademi Taipan 181. Dewan ini juga menyaksikan beberapa peristiwa besar yang berlaku. Malam Bonus. Pelancaran Akademi Taipan. Konvension CDM. Jom Duit Raya. Jamuan Raya dan banyak lagi.. Sungguh banyak jasanya pada kami semua.

Nak sihat boleh ke sini. Bukan sekadar sehat poket. fizikal dan mental pun mesti sehat.

Ini pun ada. kat luar dewan je.... perempuan sebelah.

RedBull lambang pejuang sejati. tak undur selagi belum berjaya.

Ayat keramat. Tarikh keramat. kebangaan kami semua. lihat tulisan tu, legaaa. kelas malam ni ada.

Bukan selalu ada. bolehlah buat basahkan tekak.

Kat bawah tu restoran. best. boleh cuba.

Jumaat, 5 November 2010

Sifu Akademi Taipan 181


Semalam aku berjumpa sifu. Sifu idola ramai. Kisahnya ada dalam buku 'Juara MLM' tulisan Razzi Armansur. Dah lama tak jumpa. ilmunya amat tinggi dan pengalamannya amat banyak. dah meniaga MLM ni dah 14 tahun. cite pasal meniaga dan jumpa sebelum menunaikan haji. jumpa tempat biasa. selalunya malam. kali ini siang hari. janggal rasanya.


Cdm Zulkifli Mat Sohor

Nak meniaga teruskanlah meniaga. tak payah dok pikir lain lagi. turun habis. tak akan turun lagi. meniaga dah mula naik. ayuh! sama-sama kita pecut meniaga.

"banyak buat, banyak dapat".
"siapa cepat, dia dapat".

yang tinggal sekarang, orang lama(dah tak ramai) dan orang baru.

kembali kepada basic, kuantiti paling penting sekarang.

siapa yang cepat kembang, dia yang akan menguasai pasaran.

untuk berjaya dalam keadaan sekarang ini ialah cepat-cepat cari kaki baru. orang lama akan tercabar dengan kehadiran orang baru. orang lama boleh tahan meniaga dari jatuh, tapi orang baru akan pulun giler-giler. semangat giler meniaga tu akan bakar orang lama pulak. baru meniaga akan naik kembali. income kembali kukuh.

"macamana nak buat"? tanya orang baru.
" semua saya dah buat, apa lagi yang belum"? orang lama cakap.
mana lebih giler buat. dari pertanyaan itu, orang baru lebih giler kerjanya.
bila dah naik, orang lama pun akan kembali mengganas.
bila dua-dua mengganas, apa lagi yang boleh, pastilah kejayaan.

Kalau orang tak nak tak apa. Kita dulu pun susah terus ikut. Makan masa jua. Prospek pun begitu. sabar sikit.

Elakkan berlakunya kecil hati. Bila dah jadi, susah nak nasihatkan lagi. Nasihatkan pun dah tak laku lagi. Dah tak boleh jumpa lagi. Siapa pun siapa kita. Hebat mana pun kita. Walau besar income kita. Kena hormat juga orang lain juga. Meniaga ini, orang ikut pun kerana ikhlas ikut. Tak ada paksaan. Mereka boleh tak ikut pun tak apa. Tak boleh paksaan. Meniaga pun boleh jalan juga.

hai-o masih gah. yang lemah kita je. kita je yang income kurang. apa nak buat. semangat dah kembali. income pun akan datang semula.

" turun tapi boleh naik"

nak berjaya, ilmu pun kena banyak dan perlu yakin, jujur, tekad, nekad, ketahanan dan keberanian.

Leader-leader masih gah. Kita pun mesti gah kembali. Meniaga pasti gah kembali. Jangan risau, sama-sama kita bangkit.

Akademi Taipan 181 masih ghairah meniaga.
Akademi Taipan 181 masih banyak strategi.
Akademi Taipan 181 masih ramai lagi guru.
Akademi Taipan 181 masih lagi nak maju.
Akademi Taipan 181............

meniaga ini bukan buat kita je kaya tapi buat meniaga ini untuk kayakan semua orang.

tindakan terbaik;
cari kaki baru
bina bintang baru
kuantiti kena lebihhhh.

itulah serba sedikit perkongsian dengan sifu semalam. mana yang boleh ikut, kita ikut. kita ambillah mana yang baik demi masa depan yang gemilang..



Khamis, 4 November 2010

Keseronokan Di Switzerland1


Promosi Pakej melancong ke Switzerland/Umrah bermula bulan Januari hingga April 2010. Pelbagai strategi digunakan untuk lebih ramai warga AT yang layak. Ternyata apa yang AT181 lakukan berbaloi. Lebih 150 orang yang layak. 90 orang ke Switzerland dan selebihnya ke Umrah. Sesiapa yang pulun betul-betul dan layak serta pendapatan pun berbaloi. Tahniah pada siapa yang layak. Tahun depan Hai-o akan hantar pengedarnya ke Eropah. Bersedialah untuk kesana.

Semasa berkumpul di KLIA;
Suasana semasa check in di KLIA. Penuh dengan warga AT181 yang akan terbang ke Switzerland dan kaum kerabat yang datang ucapkan selamat terbang.

Banner AT pun ada. wah hebatnya... itulah pentingnya kalau kita bersama dan bersatu. banyak perkara yang kita boleh buat. benda mustahil pun dah tak jadi mustahil.


Sebahagian warga AT181 Sabah yang terbang ke Switzerland.
DDM Kunaini bersama warga AT181 Sarawak yang berpeluang ke Switzerland. Tak siapa yang menjangkakan suatu hari nanti mereka boleh menjelajahi negara jauh.

CDM Wan Noor Hanim bersama mak, adik, abang, kakak dan rakan kongsinya.
Sebahagian AT181 Utara.
Perjalanan menggunakan Qatar Airlines. Transit dulu di Doha, sekitar 2 jam. Perjalanan dari KLIA ke Doha selama 7 jam. Nasib baik ada cite-cite menarik. Sebenarnya aku jarang tengok entertaiment yang disediakan atas pesawat. kali ini, aku layari jua. nak tidur pun tak lena. dari KLIA jam 4 petang. siang hari tak lena sangat. dari Doha ke Zurich mengambil masa 6.45 jam. bertolak dari Doha jam 2 am waktu Qatar. sampai di Zurich pagi.....

Transit Di Doha;
Sempat juga bergambar di Doha.

Di Airport Zurich;
Cdm Fitri dan Cdm Kapten Jai

Dok tunggu bagasi, bersama Cdm Fazlan, Cdm Pak Su.

Dah dapat. Tunggu kawan-kawan dulu,baru nak bergerak ke bas.

Keletihan. Perjalanan yang memenatkan tapi hati seronok dan gembira. Dapat lihat keindahan negara orang.

Sempat lagi bergambar dengan limo...

Naik bas je, terus buka bekalan. lapar. atas flight tak berapa lalu nak makan. maklumlah tak biasa makan macam tu. kena nasi dengan sambal bilis, daging dan telur rebus lagi sedap..
Destinasi pertama;

Rheinfall

Cantik pemandangan.
Cdm Kartini berlatarbelakang terjunan air.
Happynya warga AT181...
Indahnya pemandangan yang mengelilingi air terjun. lihatlah pokok-pokok yang mengelilingi sungai tersebut.


Makan tengahari;
Hidangan cukup menyelerakan. lapar dan kesejukan.
Lepas makan tengahari, kami dibawa ronda-ronda sekitar bandar Luzern....











Lepas pusing-pusing, solat di masjid mahmud

Warga AT dibawa ke masjid untuk solat.
Dibumi mana kita berada, solat wajib ditunaikan. Sedang berdoa untuk kesejahteraan diri dan keluarga yang ditinggalkan.
Jadual waktu solat di switzerland.
Lepas solat. hotel destinasi terakhir hari pertama;
Astoria hotel. tempat Warga AT menginap untuk 2 hari pertama di Switzerland.

AKU2


Salam.
Salam 1Malaysia
Salam Perjuangan.
Salam Kemenangan.

dah hari khamis. sepatutnya aku ke safir club. tak ada geng nak gi sama. dah bersiap-siap, tapi tak jadi. mungkin lepas balik haji ni aku akan ke sana. walaupun tak ke sana malam tadi. AT Utara tetap di hati. aku tahu malam tadi penuh sesak. tak muat dewan. dah guna dewan yang lebih besar pun masih tak muat. itu pun ramai lagi yang sangkut banjir. tahniah warga AT Utara. perjuangan yang konsisten amat perlu kalau mahu terus berjaya. apa yang kita fokus, akan menjadi-jadi. sematlah dihati. jadikan meniaga sebagai kerjaya pilihan dan akan terus buat sampai mati.

nak makan gaji, perlukan sijil. paling lekeh PMR. tapi dah tak berapa laku lagi. kini SPM amat penting kalau mahu kerja makan gaji. kerajaan atau swasta. nak dapat sijil tu berapa lama perlu belajar. berapa banyak wang ringgit yang bapak kita mesti keluarkan.
tapi nak berniaga, sijil tu tak berapa perlu. keberanian paling penting. nak berjaya, mesti berani gagal. berani ambil risiko. semakin tinggi belajar, semakin takut. bukannya semakin berani...

takut, memang tak dapat hidup seperti yang kita mahu. hidup sekadar keperluan. tapi kehendak banyak yang tak dipenuhi. kalau dapat pun mungkin lambat. kalau meniaga, kehendak tu lebih cepat dipenuhi.

aku juga belajar U. ada ijazah. mengajar lagi. tapi meniaga pilihan aku. orang kata bodoh sebab tinggalkan kerja yang menjamin masa depan. lepas kahwin je, aku dan isteri terus meniaga. jual apa yang boleh buat duit. dah biasa ada cash kat tangan. senang membeli. tak payah pikir beratus kali. duit simpanan pun tak berapa banyak sangat, tapi hidup lebih mewah dari orang lain. jual nasi kerabu, jual nasi berlauk dan banyak lagi. masa tu, dapat rm20, 30 sehari pun dah kira ok. dapat menampung gaji.

bila bertemu AT, lagi giler meniaga. meniaga MLM, cepat jadi kalau kena bimbingan dan strategi betul. mentor yang berkaliber. jadi, jadi dan terus jadi. syukur. setakat ini, tak ada cabaran yang tak mampu aku hadapi. semuanya dapat diatasi. doa dan ikhtiar.

meniaga ini juga dapat kenal dunia luar. ke china, indonesia, thailand, korea, jepun, hong kong, australia, germany, peranchis, belanda, belgium, singapore, switzeland, umrah dan haji(insyaalah).


Rabu, 3 November 2010

kenapa belum?3

dah lega
sasaran dah hampir capai
sikit saja lagi
cuma pekakkan telinga
dan butakan mata.
jangan kisah dengan cakap-cakap mereka.

strategi dah jalan
hasilnya menjadi-jadi

bertindak ikut impian
bukan bertindak ikut cakap-cakap orang
cakap itu membunuh semangat
cakap yang membunuh impian
cakap yang membunuh inspirasi
cakap yang membawa kemusnahan
cakap yang tak bawa kita ke mana-mana.

meniaga bukan kepandaian kita!
makan gaji lebih mudah dan senang
otak tak pening
tidur pun lena
terjamin masa depan


hujung bulan dapat gaji
hujung tahun dapat bonus
hujung hayat dapat pencen

cukupkah?
makan/minum
minyak/tol
beri orang tua
bekalan masa tua
pendidikan anak-anak
bercuti dengan anak-anak

tak ada carakah tambah wang masuk?
tak ada carakah tambah wang tabungan?
tak ada carakah tambah wang untuk orang tua?
tak ada carakah tambah wang insurans kesihatan?
tak ada carakah tambah wang untuk simpanan anak-anak?
Sesekali ke luar negara. belanja sakan....

jadi kenapa?1

dah nampak sinar
mula rancak kembali
semangat kembali kental
ukhuwah bertaut semula
senyuman kembali ceria

usah resah lagi
buat saja
jangan banyak fikir
tindakan mesti lakukan
tak perlu banyak stategi,
kalau tak buat tindakan pun tak bererti
tetapkan appt setiap hari
paling kurang 4,5 kali sehari

jangan tunggu/tangguh lagi
kita bergerak sendiri
bersama yang nak majukan diri
yang dah selesa/malas/jemu apa boleh bikin

jangan jemu jumpa prospek
jangan jemu jumpa stranger
jangan jemu berniaga
jangan jemu jumpa dengan cabaran
jangan kisah dengan kata-kata orang
kata-kata dan keyakinan kita terhadap diri kita paling penting.
orang lain boleh bagi pendapat je
pendapatan kita kena cari sendiri.....

jadi kenapa kisah dengan kata-kata orang
jadi kenapa kisah dengan sindiran orang
jadi kenapa kisah dengan pandangan sinis orang
jadi kenapa kisah dengan cemuhan orang.
jadi kenapa kisah dengan nista orang. 

perjalanan ku


Isnin kami balik kampung. Naik firefly tapi tak boleh mendarat di Airport KB. hujan lebat, jadi patah balik ke Subang. Malas nak tunggu lagi. Drive keta sendiri balik.Sampai kat Kelantan jam 7.15 pm. Sepanjang perjalanan tak ada hujan pun. Kat kelantan hujan serek, jam 3 pm. sampai rumah dah lewat, tak kemana-mana.tidur jelah. sembang-sembang dengan orang tua.

Selasa dah sampai KL. Sebelum tu g Hospital KB dulu.ziarah anak buah di ICU.

bandar tanah merah. belakang sekolah menengah teknik. tepi sungai.


















perjalanan balik KL melalui Lebuh Raya Timur Barat.







Powered By Blogger