Jom Follow

Khamis, 30 September 2010

Pintu Masih Terbuka

pintu masih terbuka

pintu dah terbuka depan mata, nak masuk  atau tidak. diri sendiri yang tentukan. orang lain hanya boleh bagi pandangan.

pintu masih terbuka, apa tunggu lagi. AT sedia membantu. keluarkan potensi diri dan bebaskan dari belenggu gaji habis sebelum masa habisnya tiba.

pintu masih terbuka, dok pikir apa lagi.bukti kejayaan dah nampak. kejayaan bagi orang berusaha. jangan rujuk pada yang gagal.

pintu masih terbuka di situ. ayuh mulakan langkah. berani bertindak baru berjaya.

pintu masih terbuka, jangan sampai ianya tertutup. peluang terbuka dan terhidang. sapu dengan berhati-hati.

pintu masih terbuka.

Tips nak cepat3

Nak cepat ;
  • duplikasi.
  • tool mesti lengkap
  • bergerak dalam group
  • setiap hari cemerlang
  • setiap minggu cemerlang
  • setiap bulan cemerlang
  • setiap tahun cemerlang
  • mahir ilmu produk
  • fokus pada masa depan
  • fokus pada satu-satu kawasan
  • fokus pada lahirkan leader
  • fokus pada kukuhkan group, bukan sekadar wang.
  • suka pada program ilmu, kelas, kempen, seminar luar, buku-buku motivasi, diskusi.

Rabu, 29 September 2010

Tips nak cepat2

nak cepat dan hebat;
  • bawa prospek setiap kali kelas, jangan harap rakan kongsi je yang bawa prospek. duduk sebelah prospek semasa kelas berjalan. jangan biarkan prospek dok sorang-sorang dalam dewan tu. seolah-olah tak dihargai.
  • kelas datang awal, sambut rakan kongsi. betapa bangganya rakan kongsi anda kalau disambut kehadirannya. nak datang lagi.
  • datang kelas, walaupun upline/dline/ tak datang.
  • diri sendiri ada appt setiap hari, jangan dok harap rakan kongsi je yang buat.
  • berkawan dengan orang-orang positif.
  • setiap hari baca impian yang ditulis, yakin boleh capainya. bertindak seolah-olah kita dah capainya.
  • senarai nama mesti ditambah. jangan dok harap dline je tambah. kalau boleh tunjukan buku senarai nama yang kita dah buat.
  • jangan menipu upline. dok kat rumah, bagitahu upline keluar appt. saja-saja nak sedapkan hati upline je. kita juga yang rugi.
  • optimis dengan diri dan group.
  • ikut apa yang AT buat.
  • fokus pada meniaga dan masa depan.

Selasa, 28 September 2010

Tips nak cepat.

Nak cepat berjaya;
  • jelas apa yang nak..
  • tetapkan tarikh akhir
  • bersahabat dengan orang positif
  • setiap hari buat.
  • semangat membara setiap hari.
  • kurang semangat, cepat-cepat cari penawar, call upline leader mintak semangat.
  • belajar dan mengajar. jangan setakat mengajar je.
  • ada guru dan mentor.
  • buat appt 3,4 x sehari
  • guna sepenuhnya produk
  • hadiri kelas AT.
  • libatkan diri dengan aktiviti AT
  • kerap jumpa upline leader.
  • bila ditawarkan diri bercakap, terus terima. asah bakat dan ini memberi inspirasi/kebangaan pada rakan kongsi dan group.
  • jangan memandai-mandai.
  • buangkan ego
  • sentiasa muhasabah diri
  • kurangkan gossip.
  • jujur dengan semua orang
  • jangan ambil kesempatan dari rakan kongsi.
  • jangan main duit/ songlap duit- jaga integriti.
  • janji mesti tunai.

Catatan4



pagi yang mendamaikan. tenang jiwa. sedut udara pagi yang belum tercemar. renung masa depan dengan lebih optimis. deruan kereta belum kedengaran. burung-burung masih senyap. alam bagaikan masih tidur.

tidur awal, bangun pun awal. mengadap Ilahi, mohon ampun dan minta hidayah, minta rezeki yang melimpah ruah untuk diri dan seluruh warga AT, terus berzikir mengingati Ilahi.

menyoroti masa lalu, begitu cepat. kita bagaikan terpaku. tak mampu mengejar. begitu cepat, meniaga ini dah hampir 10 tahun. ada suka, ada duka. semuanya bersatu dalam kamus kehidupan ini. kita tak ada pilihan. apa yang ada terimanya. dalam meniaga ini, kita tak boleh terima suka sahaja, tapi duka pun akan muncul juga. paling penting kita hadapi semua itu dengan tenang.

dorongan dan halangan pasti muncul. dorongan memacu prestasi. halangan pun mesti ditukar menjadi pemacu terhebat. membantu capai impian.

seronok bila bonus masuk. seronok bila ada orang nak masuk. seronok bila prospek setuju datang kelas. seronok bila meniaga menjadi-jadi.

tak seronok bila berlakunya penolakan. tak seronok bila dline reject kita. tak seronok bila upline reject kita dan banyak lagi yang tak seronok.

seronok ke. tak seronok ke. meniaga tetap diteruskan. sampai bila? sampai bila-bila.

nak jadikan meniaga ini sebagai satu kerjaya pilihan. mesti loyal pada syarikat. guna sepenuhnya produk yang ada. ini mesti. baru rakan taulan respect pada kita. jangan guna yang lain tauuuuu. nak meniaga lama, tapi tak guna produk. mana boleh macam tu.

hadiri semua kelas yang AT buat. program syarikat. datang dengan niat nak tambah ilmu dan semangat. 

bertanya pada yang berilmu dan dah berjaya serta yang ikut acuan AT.  guru yang mengajar dan boleh diajar juga. jangan cari guru yang hanya boleh mengajar je. kalau tak susah nanti. guru pun yang merendah diri dan bicaranya membawa ke arah capai matlamat. bukan syok sendiri je.

terima hakikat naik turun dalam meniaga adalah biasa. bersedia setiap masa buat perubahan strategi. masa lebat tu, menabung kena buat. dapat bonus,menabung dulu baru guna. jangan guna dulu,lebih baru menabung. baru tak panik, kalau meniaga tiba-tiba merosot. mana tahu, memerlukan sedikit masa nak naik semula.


Isnin, 27 September 2010

Catatan3



Hari isnin. Hari pertama kerja lepas rehat hujung minggu bagi yang kerja kerajaan dan menetap di KL. Ramai yang liat nak gi kerja. Ada yang pergi dengan terpaksa. Tak apa kerja dulu dengan kerajaan dan sambil-sambil tu meniaga. tak kira lah meniaga apa pun, asalkan halal. jual goreng pisang ke. meniaga kat pasar malam ke, meniaga ikan. boleh juga meniaga networking. menyertai industri takaful ke. mana-mana kerja yang boleh ikut kesesuaian masa kita. lebih elok, kalau ada masa depan yang cerah. boleh bina kekayaan dalam masa yang lebih singkat lagi. 

Menyertai industri takaful dan MLM pun ok juga. meniaga ini, masanya kita yang tentukan. berapa yang masuk pun kita yang mintak. pendek kata meniaga ini tak menyusahkan kerja hakiki kita. jangan tinggal kerja sebarangan. kalau boleh tulis surat minta izin dari bos lagi baik. baru orang lain tak boleh komplen. kalau komplen juga, orang sakit hati je. tak boleh lihat orang rajin kerja.tak seronok bila ada orang rajin tambah duit poket.

meniaga adalah kerjaya pilihan bagi orang lain. bagi orang kita ni, meniaga adalah pilihan terakhir. meniaga setelah tak ada kerja lain yang dapat. sekarang ni dah ada sedikit perubahan. meniaga dah jadi pilihan, terutamanya orang-orang muda.

perlu berubah dan bergerak ke depan. tak boleh statik. kalau tak kita akan ketinggalan. kita tak boleh harap nasib menjadi baik, kalau berpeluk tubuh, sekadar penonton perjuagan orang lain. kita tak mungkin menang kalau tak masuk gelanggang. kita tak mungkin berubah hidup, kalau sekadar tepuk tangan atas kegagalan orang lain. bukannya bagus kalau tak pernah mencuba.

duit amat diperlukan dalam meniti dunia hari ini. tak siapa pun yang boleh menafikan kecuali mereka dah kematian sebelum maut menjemputnya. tinggal di KL, semua benda perlukan duit. keluar rumah pasti duit ikut sama. tak keluar pun duit tetap keluar. jadi apa mahu bikin. kita tak boleh tahan duit dari keluar, keperluan asas yang sentiasa naik dan tak pernah turun. roti canai naik,teh tarik naik, nasi goreng naik.semua naik, kecualilah yang dok masak alar kadar. untuk bebudak u. itu pun tak lama la meniaga.

apa yang tak naik? gaji yang jarang-jarang naik. benda lain dah berkali-kali naik. gaji terkedek-kedek je. kalau naik riuh sedunia. tapi dah tahu ke mana nak letak gaji yang naik tu. tambah loan la,apa lagi. dah lama menanti nak tambah loan.

tak ada cara lain nak tambah duit? ada, seperti telah disebutkan di atas. tapi kena rajin. tapi kena tambah masa kerja. tapi kena kurang masa dok kat rumah, tapi kena kurang masa rehat. mungkin duit juga kena sikit keluar dulu. cari ilmu dan praktik dulu. bila dah mahir nanti,wang akan masuk melimpah ruah.

kami di Akademi Taipan 181, sentiasa bersedia membantu. AT akademi paling sesuai untuk membimbing anda semua.dah 5 tahun berdiri megah, mentor-mentornya ramai dan berpengalaman. bukan setakat mengajar je tapi diri sendiri terjun, melakukan apa yang mereka cakap. mereka buat dan bukan belajar teori saja. itu lebihnya AT. mentornya bukan belajar di kelas-kelas, tapi belajar dari pengalaman.

AT tak mahu lagi, susah payah mereka itu diteruskan oleh generasi baru. lantaran itu AT di tubuhkan dan telah berjaya dalam misinya. melahirkan usahawan yang tak kenal erti kalah. usahawan yang sentiasa cari jalan keluar dari ikatan yang membelit. usahawan yang sentiasa perbaiki pencapaiannya. usahawan yang berani pertaruhkan masa depannya.

AT masih bernafsu membimbing. AT masih bersemangat membantu. AT masih ghairah memberi inspirasi.

Mentor AT, bukan sekadar itu, diri sendiri pun selalu tambah ilmu. ilmu terkini. senang nak mengajar nanti.

Ahad, 26 September 2010

Hari terbuka raya.


kek lapis sarawak menjadi sebahagian menu petang tadi. terima kasih Encik Shah. sape-sape nak tempah boleh. call je dia. dah ada kedai lagi tuu.

Syukur pada Allah, majlis jamuan hari raya tadi berjalan dengan lancar sekali. tak hujan. biasanya tiap petang hujan. terima kasih pada yang sudi hadir dan harap tahun depan kita boleh buat lagi dengan lebih meriah lagi, kita tambah lagi gerai-gerainya, lebih mengancam lagi. Asalkan kita masih lagi bersama dan bersatu, membina kekayaan dengan berlandaskan AT181. bukan ikut nasib tapi kitalah yang buat nasib ikut kita.
beratur nak dapatkan kambing panggang. paling laris. siapa yang tak leh makan kambing nak wat guane?

Terharu dibuatnya, ada tetamu nun jauh di sana sanggup datang. Dari Penang dan Kedah sanggup bertandang. Kami tahu bukan sekadar makan tapi ikat/tambah semangat juang bila bertemu dengan ramai tetamu hari ini. banyak cite boleh dikongsi tadi. ada yang dari awal sampai akhir. ada yang makan-makan balik. ada rumah terbuka kat lain pulak.
suasana gerai cdm hj char.
ini pun ada. cepat licin. sedap dan memenuhi selera.
gerai kebab pun tak ketinggalan.
laksa utara dan mee kari. nak makan boleh gi ke masjid seri petaling setiap hari jumaat.
satay, satay, satay!!!

jiran tetangga pun ramai. rakan kongsi semua. terima kasih kerana sudi hadir. pada yang tak sempat datang, lain tahun kena datang. meniaga tetap berjalan terus. jangan ada sangkut lagi. tak ada alasan lagi. ikutlah apa yang dirancang.dibuat dan dilaksanakan oleh AT. tak usahlah nak ikut yang lain. ikutlah cdm yang ramai nii, membantu/membimbing anda meneroka potensi diri anda.
sebelum balik pun sempat lagi bergambar. dah kenyang ke?

Terima kasih juga buat jiran-jiran. Benarkan khemah didirikan depan rumah masing-masing. asa anda semua tak dapat kami balas. Kita sebenarnya saling memerlukan.
cdm kartini dengan jiran sekampung.
suasana sebelum diserbu oleh warga AT. kelas belum habis lagi.
terima kasih cdm fitri, bawa rakan kongsi dari utara.

CDM Ah Hock. sorry. Makanan dah habis. Maggi goreng pun ok. Kena pulak tapai pulut. bikin ceramah lebih 2 jam pada cdm fitri, wan dan aku. makan sambil belajar. belajar jadi kaya dengan cdm kaya dan cdm hebat. tak rugi balik lewat bagi cdm berdua tu. makan dapat,ilmu semakin mantap. pitis pun makin banyak masuk.

Aroma Terapi Minda Kuantan AT 181


Salam. Salam pagi. Salam perjuangan. Salam kemenangan.

Program Aroma Terapi Minda Kuantan semalam berjalan seperti biasa. dan sedikit kejutan dengan kehadiran hampir 200 orang. Satu rekod bagi AT,  padahal group AT belum betul-betul besar lagi. belum betul-betul mengancam lagi. belum betul-betul menganas lagi di Kuantan. 
sebahagian peserta aroma terapi Taipan Kuantan.
Acara tukar sampul duit raya. bukan sampul kosong tu. ada yang dapat rm 100 semalam.

Kami yakin lepas program semalam, AT akan menguasai Pantai Timur pulak selepas ini.  Awas kehadiran AT ke tempat anda. datang bukan nak memusnahkan orang lain tapi nak bersaing secara sihat. semoga kita lebih pandai/kreatif dan lebih hormat-menghormati antara sesama kita.  tak ada yang mustahil, kalau kita sama-sama berusaha mencapainya. tak ada mustahil kalau kita sentiasa berusaha buat bersama AT. 
Pejuang AT yang akan menggempur seluruh pantai timur. bila yang lama bergabung dengan yang baru. kemaraan AT tak boleh ditahan lagi. kejayaan adalah penamatnya.

Siapa yang akan buat? sudah tentulah warga AT di sana. AT akan memberi sokongan dan inspirasi sepenuhnya. memberi bimbingan yang berterusan sehingga berjaya. itu pun kalau mahu ikut. itu pun kalau mau ikut acuan AT. kalau dah ada anutan lain, tak boleh nak cakap apa. terserah pada individu tersebut. sebenarnya lebih mudah capai impian kalau semua bergerak/bekerja bersama dan berimpian yang sama. masih bersama AT lagikah anda?
masih muda, tapi amat bersemangat. datang dari kedah. semata-mata nak berjaya dengan il u penuh didada.
DDM Azzad bersama mentor CDM Zulko.

Kehadiran semalam sungguh menggalakan. Ada dari Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur serta Penang. Masing-masing berkumpul, bermatlamatkan menjana pendapatan lumayan. bebas dari hutang piutang. lebih senang berbelanja, senang anak nak makan apa-apa.
CDM Wan bersama teman persekolahannya bertemu semalam setelah 20 tahun terpisah.
jarang-jarang bertemu. sempat bergambar dengan mentor hebat AT. selalu bertemu di fb dan blog je.

Kehadiran lebih 50 orang, prospek baru, hebat. harap yang datang tu boleh ubah persepsi terhadap wang dan kekayaan. persepsi positif terhadap wang dan kekayaan. selagi tak berubah, meniaga kita tak bertahan lama. lemah bila ada yang menyindir. tertidur bila ada yang mencemuh. kot-kot yang mereka kata tu betul dan memang benar terjadi. seperti orang kaya kedekut, orang kaya tak bahagia, orang kaya susah nak mati, orang kaya mata duitan. bermacam-macam lagi. bila kita dengar lagi,lagi dan lagi membuatkan kita membenarkan pernyataan tersebut. kita pun menjadi tak bernafsu nak berniaga. jadilah kita sekadar hidup cukup makan sahaja.nak berusaha lebih takut orang kata.
DDM Fiddel, orang hebat Kuantan. sinarannya menyerlah aura AT di Pantai Timur.Tahniah anda hebat dan tak berhenti jadi hebat.


dalam kehidupan kita, jarang/ tak ramai orang bincang pasal wang dan kekayaan. isu sensitif. isu orang ego. isu orang tak percaya pada rezeki yang ALlah bagi. bagi mereka rezeki secupak tak akan jadi segantang. padahal tak ada siapa yang tahu rezekinya berapa. tapi senang-senang menyatakan apa yang mereka dapat itu adalah rezekinya. mana tahu kalau kerja lebih, rezeki pun dapat lebih. Allah pun dah janji. siapa yang berusaha akan dapat.


kita mesti kaya, itulah intipati program AT, nak bangkitkan kita semula. mengembalikan kegemilangan kita dimata dunia. telah lama kita ditindas, dijajah lantaran ekonomi bukan ditangan kita.

Sabtu, 25 September 2010

Kita Mesti Kaya3

Salam.
Esok kami akan ke Kuantan. Program Aromaterapi minda akan berlangsung. majlis akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Harapan begitu tinggi terhadap warga AT Kuantan. kejayaan anda komitmen kami. Kejayaan kami, bila menjayakan anda. Kepuasan kami, bila lihat perubahan anda semua. Ayoh kita sama-sama berjaya. sama-sama kaya. sama-sama berbuat kebajikan.

kuantan distinasi baru AT. sinarnya telah nampak. perjalanan kelas di sana dah 1 tahun lebih berjalan. syukur.ketahanan terserlah. cuma tunggu masa nak betul-betul boooom. kemaraan AT tak boleh dihalang lagi. program esok membuktikan gerak kerja yang telah dilaksanakan  selama ini betul-betul berkesan,ubah minda terhadap wang dan kekayaan.
jom esok, kekayaan adalah milik semua yang berusaha. wang datang pada yang mencintainya. wang akan datang pada mereka menyukainya. wang hanya mengalir pada orang yang menyayanginya. tak salah menjadi kaya, malah digalakan dalam agama. banyak manfaatnya.

Jumaat, 24 September 2010

Khabar HQ


khabar dari HQ hari ini menggembirakan. HQ amat memahami keadaan sekarang. HQ berusaha bersama  leader memulih suasana meniaga seperti dulu-dulu. dah kerap turun padang. jelajah seluruh negara. training produk, motivasi dan strategi membina rangkaian. 

produk baru pun bakal muncul. lebih boom lagi. keperluan isi rumah. mesti beli dan tak boleh tidak. kami dapat tahu tadi dan kami yakin produk ini akan menjadi-jadi. bersedia untuk terus meniaga, dan usahlah mencari yang lain.

penjenamaan dan iklan akan diaktifkan semula. kita akan kuasai semula pasaran MLM di Malaysia. percayalah. iltizam HQ amat tinggi. mereka tak akan persiakan sesiapa yang terus berniaga. jarang kami nampak kesungguhan HQ membantu pengedar. hanya mau untung saja. kini tak lagi, duit kecil akan keluar untuk dapat duit besar. HQ mesti beri sokongan untuk kita terus memecut ke depan. kita tak berseorangan dalam membina suasana meniaga.

ulang tahun kali ini, hadiahnya lebih lumayan lagi. ada banyak hadiah hebat-hebat. kereta, motosikal, TV plasma, pakej melancong dan banyak lagi. tak rugi hadirinya. Adibah Nor akan berganding dengan Faizal tahir akan menghiburkan kita semua.

melancong ke Eropah lagi tahun depan. bersedia untuk bekerja gile-gile. umrah dah pasti. belah mana eropah tu akan ditentukan tak lama lagi. berjalan lagi kita. siapa yang tak nak, nak buat macamana.

dalam menjalani meniaga ini, kita dikelilingi oleh orang-orang negatif. lebih melihat side negatif dari melihat side positif. tak boleh meniaga besar kalau gitu. apa itu negatif??tunggu.... 

Mengajar hari ini.

hari jumaat.penghulu segala hari. hari yang dinanti-nantikan. hari ini kena pergi je HQ. ada appt dengan bos. apa cite yang disampaikan pun tak tahu. jam 10 am. sekarang ni sedang bersiap-siap nak ke sana. siapa lagi yang kena jumpanya aku pun belum tahu lagi. harap-harap dapat info yang menggembirakan. sales dah naikke? ada produk baru ke? ada pakej pelancongan baru ke?

dah 10 tahun meniaga. full time. dulu mengajar budak-budak sekolah, agar dapat A+ dalam peperiksaan spm.  kini mengajar bagaimana nak dapat banyak wang. sekarang ni bersama Akademi Taipan 181. seronok. mencipta kekayaan dari latarbelakang yang berlainan. mencipta masa depan sebagaimana yang kita mahu. bukan ikut nasib, sebaliknya nasiblah akan ikut kita. lagi baik dan bermaruah hidup.

ramai yang takut nak mencari ikhtiar hidup melalu meniaga. takut rugi. takut rugi. tak pandai. tak ada pengalaman. tak ada ilmu. bermacam-macam takut. padahal Allah suruh takut pada Dia saja. dah terbalik kot. 9/10 dari punca rezeki datang dari perniagaan. akademi Taipan diwujudkan untuk membantu meniaga. diajar secara teori dan praktikal.

Kita Mesti Kaya2



wang kuat cemburu, siapa tak sayang/suka padanya, ianya akan menjauhi. semakin susah nak kejarnya.oleh itu kita kena sayangdan suka pada wang. wang akan mendekati dan masuk dalam akaun kita. buat kerja apa-apa pun mesti dapat kepuasan. menjadi penulis, mesti masuk fulus, lebih semangat lagi menulis, meskipun kongsi cerita. wang mestii masuk, sekurang-kurangnya memenuhi keperluan sendiri dan keluarga. lebih-lebih lagi kita yang menekuni meniaga. persoalan wang menjadi perseolan penting. kita wajib jadi kaya. banyak manfaatnya kalau kita kaya. bukan kita sahaja yang dapatnya malah lebih ramai lagi yang boleh merasa. 

masalah perpaduan negara banyak berkisar segi ekonomi. orang lain dapat lebuh. yang dapat sikit terasa hati.cepat sensitif. mudah tercetus pergaduhan.  kalau kita juga kaya, masalah akan berkurang. masalah sosial pun berkurang. merempit akan berkurang, ada duit mereka akan ke litar lumba. banyak kelebihan kalau kita kaya.

ramai yang akan sindir kalau cite pasal wang. selalu dikaitan kekayaan dengan cara tak halal. menipu baru cepat kaya. dalam catatan ini kekayaan itu mesti halal dan belanja pun ketempat yang halal juga. tak semestinya kena menipu baru boleh kaya. sejarah membuktikan sumbangan orang kaya terhadap penyebaran islam. tak percaya baca dan kaji sejarah tersebut. Khalifah Saidina Abu Bakar, kalau tak kaya,mana mampu memerdeka hamba-hamba pada permulaan Islam dulu. banyak lagi kisah kekayaan yang digunakan untuk membantu urusan dakwah.

kalau nak mengerjakan haji pun sama. kalau gi dengan pakej, setiap tahun kita boleh pergi. kalau tak kalau daftar tahun ini, 15 tahun lagi baru dapat. sanggup keluar rm30k-100k,tahun ni juga berpeluang pergi. wang juga yang dikira. sanggup bayar lebih dapat cepat.

banyak lagi dapat buat bila ada wang yang mencukupi.....

jumpa lagiiiiiiiiii.

Khamis, 23 September 2010

Kita Mesti Kaya

Salam
Bagaimana meniaga hari ini?
Puas hati dengan gerak kerja hari ini.
Mana terkurang, esok kita perbaiki lagi.
sape-sape yang tak jumpa sape-sape hari ini, esok mesti jumpa
malam ini call, buat appt
ajak dengar dan tak ada paksaan.
kalau setuju boleh kongsi.
kalau tak munim-minum je cukup.

buat part time, senang
sibuk kat opis, penat sudah, rehat je lah
kena juga tetapkan hari.
hari apa nak meniaga?
berapa jam nak buat meniaga?
tak semestinya hari-hari
ikut impian/matlamat yang kita buat.
kalau nak banyak,mesti masa pun banyak juga.

buat full time.
hari-hari mesti ada appt
mesti tak boleh tidak
tak boleh kot-kot ada
tak boleh harap-harap ada
tak boleh dline ada appt
mesti ada
appt kita punya
atau appt dline
mesti ada
jangan tak ada.

kita tetapkan matlamat
nak jadi orang banyak wang
wadahnya bersama AT181
kenapa tak teruskan?
kenapa buat tak sepenuh hati?
kena tak guna sepenuhnya potensi yang ada?
bila lagi nak pakai?

bukti dah ada.
ikuti program AT
berguru dengan mentor.
jangan pisahkan diri
anda juga yang menyimpang
sampai destinasi lain
jangan marah silap diri sendiri.

bimbingan AT181
semua dah tahu
konsisten, mahir,berilmu dan praktikal
turutilah jalan yang telah dirintis

seluruh negara kita berada
setuju je, pasti AT181 akan bantu
jangan give up,
kalau belum jadi
bila jadi pasti menjadi-jadi.

ATM sedang berjalan.
terbukti mampu ubah minda
1000 datang 10 yang berubah
salah paham ke paham dak ok.
salah paham terhadap wang dan kekayaan.

kita mesti kaya.
khidmat mu ramai yang menanti.
kalau bukan kita yang hulur tangan
siapa lagi.
minda mesti luas horizonnya
bukan sekadar kita je
masih ramai lagi di luar sana.

keperluan mudah/dah capai tapi kehendak banyak yang belum. berusahalah mengejarnya.......

cari ilmu.

Salam. Selamat Pagi. Salam Perjuangan dan Salam Kemenangan.

Sekejap je, dah khamis. Masa amat pantas bergerak. Terus bergerak tanpa kita sedari. Rugilah kalau masa terbang tanpa kita buat sesuatu yang berfaedah.

Bagaimana meniaga setakat hari ini? Kalau perlu bandingkan dengan tahun lepas. Ada peningkatan, menurun atau statik.

Semalam kami ( ddm nizam dan cdm muhamad razali) di Safira Club, sempat berkongsi kejayaan dengan warga AT Utara. nak berjaya jangan tinggal kelas. 2,3 kali ponteng kelas. semangat pasti berkurangan. prestasi jatuh. meniaga akan merosot. kelas tempat cari ilmu, cari strategi,cari semangat, tambah positif.  

Selain hadiri kelas, bergurulah dengan orang berjaya. bertanyalah dengan mereka yang menunjukan prestasi luar biasa. mana tahu kita boleh bertindak sepertinya. kita pun jadi seperti mereka juooo. jangan malu bertanya.

berhubung/berjumpa dengan upline yang boleh menyuntik semangat semangat juang setiap hari. call mereka dan dengarkan suara keramat mereka. semangat kita setiap hari terbakar, tak sempat padam api, dah dapat tiupan semangat baru. upline di sini ialah orang yang boleh membimbing kita. tak semestinya yang sponsor kita. ini kena tahu dengan jelas. kadang-kadang orang yang taja kita tu, masuk sama dengan kita, ilmu pun tak berapa ada. jadi upline leader yang akan membimbing kita.

banyak terjadi, kita malas/malu/segan nak bercakap dengan leader. mula-mula je,lepas tu ok. call mereka dan tanya bagaimana mereka bertindak sehingga jadi seperti hari ini. ini mesti buat. bertemu dan berguru dengan leader. tapi kena bandingkan juga apa yang leader cakap, mestiselari dengan AT 181. kalau menyimpang, cari yang lain.

"cakap benda sama je, bosan, boring, tak gi pun tak apa" ini orang tak paham. kalau paham setiap kali kelas, dah bawa prospek. ini tidak dia je yang datang sebantang kara. mana meniaga nak kembang. jenis ini kalau gi pun dok melilau kat luar je. kalau ikuti kelas pun separuh- separuh je. koya serba tahu. pada hal meniaga tak berapa nak jadi.

dah full time tapi meniaga tak menjadi-jadi. penolakan banyak sangat. jumpa orang nak pikir dulu. cll lepas tu dah tak angkat. sms dah tak balas. simpanan tak ada. stress mula datang. apa kena buat? hubungan dengan pasangan pun panas. 

ada yang full time, menjadi-jadi meniaganya. tak menang tangan appt. untuk diri dan group. hidup mula berunah. dah tambah kereta. tapi ada juga yang tak jadi-jadi.

suruhlah ibubapa mendoakan untuk kita. pasangan dan anak-anak juga. impian kita mesti sama dengan impian pasangan dan anak-anak. lagi cepat jadi. berlaku jujurlah dengan pasangan dan anak-anak anda. sesetengahnya asyik kelentong pasangan je. cakap ada appt tapi dok lepak kat kopi kedai sampai pagi. appt sekejap je. lepak tu yang lama. 

meniaga ni bukan setakat cari orang tapi cari guru, cari mentor, cari ilmu, cari bimbingan dan banyak lagi yang kena cari.....

Rabu, 22 September 2010

pokok


pokok sentiasa mengeluarkan buah yang lebat tiba-tiba berkurang. ini mesti ada sebab. mana tahu baja dah kurang. air dah tak cukup. ranting-ranting tak dipangkas. racun dah tak disembur.......... dah malas nak lakukan....

meniaga ini pun sama. bila income dah mengecil cepat-cepat cari puncanya.....

Akademi Taipan 181


Syukur kelas AT malam ini tetap berjalan seperti biasa. kehadiran sedikit kurang. kemeriahan tetap sama. Walaupun masih mood raya. Kerja tetap kena lakukan. Kerja tetap dilaksanakan. Tanggungjawab mesti tunaikan. Janji mesti dikotakan. janji nak jayakan semua warga AT yang bersedia untuk dijayakan.

aktiviti ajar dan mengajar sentiasa berlaku. malam ni pun sama. siapa yang mahir kongsi ilmu dengan yang belum mahir. berkongsi bagaimana buka minda prospek? bagaimana nak masuk cite meniaga? meriah suasana. kurang sales sikit mesti ada sebab. tanya dengan orang lama atau dengan orang yang pernah alami kes yang sama.

ada ke yang tak nak berjaya? ada dan ramai pulak tu. tak nak buat apa orang berjaya buat. suka pilih jalan sendiri. lagi hebat katanya. akhirnya gagal.

kami masih lagi buat kerja. bina kaki baru disamping kaki lama. mesti buat seperti orang baru juga. tak boleh rasa dah cukup. mati meniaga nanti. sentiasa bina dan terus bina. banyak perkara boleh buat dengan wang. kalau ada wang banyak, boleh mengajar percuma pada yang memerlukan. kalau kita tak ada duit macamana nak mengajar percuma. maklumlah kami ni bekas guru. 

semalam sempat lunch dengan kawan lama. suruh kami hantar orang susah kat kampung mengerjakan haji. caranya cukupkan duit simpanan dalam tabung haji mereka, membolehkan mereka pergi mengerjakan haji. insyaalah. kena kerja lebih kuat lagi. tak boleh cepat puas hati lagi. masih ramai lagi yang perlukan pertolongan kami. wang bukan untuk perut sendiri sahaja..

Selasa, 21 September 2010

tak cari orang. tak cari guru.


ramai orang yang kita jumpa. alasan tak nak masuk. malas nak cari orang.

ramai yang dah masuk pula malas nak cari guru. akibatnya lambat jadi atau langsung tak jadi.

ramai yang dah jumpa guru. kenapa tak berguru? "guru tak ada ilmu". katanya. akibatnya lambat jadi atau tak jadi-jadi.

ramai juga yang dah berguru. kenapa tak jadi? tak ikut apa yang guru cakap. buat hal sendiri je...

ramai yang ikut cakap guru. kenapa tak jadi? tak sabar, nak tercepat jadi..

Isnin, 20 September 2010

Cuti raya punya cerita.

salam. bertemu kembali menerusi blog ini, selepas hari raya. selamat hari raya pada semua yang sentiasa ikuti blog ini. mulai minggu ini, kami kembali aktif. ada banyak benda yang boleh dikongsi dengan anda semua. diharap perkongsian ini dapat manfaatnya untuk kami dan anda semua. 

raya kali ini, balik kampung hampir 2 minggu. puas dok kat kampung. banyak perkara yang sebelum ini tak dapat buat, dapat buat kali ini. berjumpa dengan orang kampung. dok kat kedai kopi, dengar politik kedai kopi. banyak cerita dan info terkini mereka. 4,5 jam pun tak habis. cite pasal cari rezeki di kampung. berbudi pada tanah, menoreh getah dan berternak. siapa yang rajin dialah yang kaya. rezeki melimpah ruah. jual apa pun kat kampung laku. tanam dan jual. bela dan jual. perniagaan jugalah punca rezeki mereka. semakin ramai yang berubah menjadi usahawan. berbudi pada tanah. bagi orang kampung tak ada istilah pencen bagi mereka. kerja, kerja dan terus kerja. ada yang anak-anak dah berjaya tapi kerja tetap buat. sekarang ni harga getah pun mahal. cecah rm 5 /kg. siapa yang ada kebun, boleh beraya sakan. sesetengah tu mengalah kerja staf sokongan kerajaan. ada yang mengalahkan cikgu. kerja hanya 2,3 jam je sehari. pukul 9.30am dah siap.

Wan dah 30 tahun meniaga. Naik turun tu dah biasa. Tapi sentiasa habis dagingnya.
Jarang orang tak kenal akak penjual goreng pisang ni. lalu je mesti dia tegur. tak kira kenal ke tak kenal. sebab tu jualannya laris. tak percaya boleh gi ke pasar pasir putih. lalu dekat-dekat situ. anda pasti disapanya.
Belut pun laku. buat sup.
kaki lembu. dah dipotong. hantar ke kedai roti canai. kari gear box. sekali rasa nak lagi. cicah roti canai. kaki-kaki lembu ini dihantar ke kedai roti canai di kubang kerian. sebelah stor bas skmk.
pok su lee. salah seorang usahawan tani yang berjaya.
subur menghijau tanamannya. berbudi pada tanah pasti hasilnya berbaloi-baloi. asalkan rajin dan tekun je. kalau malas tak dapat apa.

anak-anak pun dapat main sakan. seronok. tak dok atas rumah pun. asyik main je. kami pun tak risau apa-apa.lepas bebas mereka. mana nak pergi boleh. kalau kat KL, mana boleh macam tu. nak beli apa pun pi sendiri. permainan pun berbagai. main dekcot, main tudung botol dan banyak lagi. budak kampung ni lebih kreatif.
inilah permainan kat kampung. aku dulu main ni jugak. dah lama, skill dah hilang. main tudung botol.
Main dekcot. bahasa buku aku tak berapa tahu.
naik atas rumah,mandi, makan solat dan tidur je. pagi-pagi dah bangun. main lagi.peluang main tanpa gangguan jarang dapat. kat KL jangan harap.

main bunga api pun seronok. murah. boleh beli banyak. ajak budak-budak kampung main sama. harganya murah yang amat. kat KL mahal. beli pun sikit je.
main bunga api je yang boleh. mercun lain tak berani nak bagi budak-budak main. mercun bola, mercun ttupat. boleh cedera parah.

siap ada pelita lagi. ini semua untuk anak-anak je. seronok melihat keseronokan mereka bermain. kita dulu-dulu tak berpeluang nak main sebegini. maklumlah tak ada duit susah masa tu.
sempat juga aku beraya, rumah atok. rumahnya di pasir tumbuh. belakang bandar baru pasir tumbuh. kawan belajar dulu. sekarang ni mengajar di sekolah menengah pahi kuala kerai. guru yang komited dan tekun. wifenya pun kawan juga. mengajar di KB.
bergambar dengan 2 anak perempuannya. kak long lebih tinggi dari cdm kartini. tahun ini ambil upsr. semoga berjaya.
atok ni belum tua lagi.
selain itu aku sempat hadiri majlis reunion sekolah menengah dulu. SMDMPR sesi 1986-1990 berlangsung di gelanggang futsal milik bulat. seronok dapat jumpa geng-geng lama. terpisah lebih 20 tahun. masing-masing telah berkeluarga dan dah ada kerjaya.
sebahagian yang hadir majlis perjumpaan hari raya.
bersama kawan sekelas aku dulu-dulu.

Adik Comel!

 Mertuaku. "cantiknya adik ini. anak siapa?"

CDM Kartini bersama adik cantik molek.
Anak baru je kahwin terus dapat cucu. tuah badan. nama atuk ni wohid. kerjanya buat rumah. rumah mertua, dialah yang buat. kisah adik comel ini. anak si wohid ni baru je kahwin. bila kahwin, kawan menantunya berikan adik comel ni pada mereka. sebulan kahwin dah dapat anak. ibubapanya bukabnya orang susah sangat, tambahan pulak anak sulungnya.

Minggu ini.

Antara kelas AT yang berlangsung minggu ini dan kami akan hadirinya. kerja kena kuat baru masuk pun hebat. AT sentiasa bersedia membimbing siapa saja yang mahu berniaga besar dan berfikiran terbuka. minggu ini. jangan takut nak berimpian;
  1. Kelas selasa malam- Hotel Mines.
  2. kelas di Safira Club- rabu malam. kami akan turun ke sana.
  3. kelas Aromaterapi Minda Kuantan- 25/9/2010 sabtu di Hotel Seri Malaysia.
  4. rumah terbuka kami- 26/9/2010 ahad di Taman Bukit Kinrara. 

minggu bertindak.


minggu baru. pastinya lebih bersemangat. kena lebih agresif. maklmumlah berehat panjang. kena capai juga matlamat bulan ini. kena masuk lebih banyak. dah banyak yang keluar. raya punya pasal. jangan panik. warga AT perlu tambah kerja. walaupun dah tinggal seminggu lebih lagi nak closing. pulun sakan. ingat tak ada yang mustahil. hari ini kena bertindak. mana tahu dapat jumpa ramai prospek hari ini. kita jumpa hari ini, semuanya melekat. tak ada yang mustahil. kena optimis dan jangan pesimis. sebelum tidur semalam,sepatutnya kita dah ada jadual untuk hari dan minggu ini. kerja pun kena lebih tersusun. tak boleh main hentam jee.


Khamis, 16 September 2010

Raya11

masih lagi dalam mood raya tambahan pulak cuti hari ini. cuti sempena hari penubuhan malaysia. BOLEH RAYA SAKAN. BOLEH SAMPAI TENGAH MALAM. KAMI MASIH LAGI DI KAMPUNG. RAYA SAKAN TAHUN INI. BUKAN SUKA-SUKA DOK LAMA TAPI ADA MISI TERSENDIRI. BINA NETWORK DI KELANTAN. JUMPA GENG-GENG LAMA. BINA HUBUNGAN DULU. MANA TAHU LEPAS INI SETUJU JADI RAKAN NIAGA. SENTIASA CARI JALAN, TAMBAH ORANG BARU. BARU MENIAGA BERTERUSAN HIDUP. 

SEMASA DI KAMPUNG ADA MASA JUGA DOK PIKIR-PIKIR KENAPA ORANG KITA MASIH TEBAL PANDANGAN NEGATIF TERHADAP ORANG BERDUIT. ADA SEORANG KAWAN, JUMPA DI RUMAHNYA. GI BERAYA. CITE PASAL ORANG KAYA. TERUS DIA KATA,  BUAT KERJA TAK BETUL MASA KERJA DULU SEBAB TU BOLEH KAYA. PADAHAL DIA SENDIRI SEDANG BINA KEKAYAAN MELALUI PERNIAGAAN KOSMETIKNYA. MANA BOLEH KAYA KALAU KERJA BETUL. MULALAH KELUAR TEORINYA. TERKEJUT JUGA AKU. KENAPA TAK PANDANG DARI SUDUT YANG POSITIF. AKU JUGA PASTI, KEKAYAAN YANG DIA BAKAL MILIKI PUN ORANG AKAN KATA DARI JALAN YANG TAK BETUL JUGA. SEBAB DAH ADA DALAM MINDA ORANG KITA NI, ORANG KAYA MESTI BUAT CARA TAK BETUL. KALAU BUAT KERJA BETUL, TAK AKAN KAYA CEPAT. MASYAALAH! SINGKATNYA PEMIKIRAN. 

TAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH. PERCAYALAH. DOA,BUAT DAN TAWAKAL. ITU ORANG SEKOLAH KATA. ORANG KAYA, TAK INGAT MATI. ORANG KAYA KEDEKUT.ORANG KAYA TAKABUR. ORANG KAYA EGO. ORANG KAYA LAMBAT MASUK SYURGA. ORANG KAYA SUSAH NAK MATI. ORANG KAYA JAHAT. ORANG KAYA, ISTERI RAMAI. ORANG KAYA, RUMAHTANGGANYA PORAK PERANDA.ORANG KAYA, TAK INGAT ALLAH. ORANG KAYA, SUKA BERPOYA-POYA. BANYAK LAGI PANDANGAN NEGATIF BAGI ORANG KAYA. KENAPA TAK LIHAT DARI SUDUT POSITIF. BANYAK BOLEH BUAT KEBAJIKAN. ADA ORANG KAYA YANG SETIAP KALI GI UMRAH BAWA 40 ORANG KELUARGANYA. BOLEH BUAT MASJID. BANYAK LAGI. TAK LARAT NAK SEBUT. DALAM PAPER HARI INI, ARTIKEL MENYEBUT, ORANG ISLAM MESTI BUAT KERJA YANG BOLEH MANFAAT SEHINGGA LEPAS MATI. SEPERTI HARTA WAKAF, ILMU YANG BERMANFAAT, TAK SEMESTINYA ILMU AGAMA. ILMU LAIN PUN JADI JUGA.

Rabu, 15 September 2010

Raya10

Salam. salam ceria. salam kemenangan. salam kejuaraan. HARI INI RAYA KE 6. KAMI MASIH LAGI DIKAMPUNG. MASIH LAGI HANGAT. MASIH LAGI MEMBARA. MASIH LAGI MEMBUAK-BUAK. SEMANGAT MENIAGA!!! TUNGGU KELAS AROMA TERAPI KB. KAMI PASTI SAMBUTAN AMAT MERIAH. SIAPA YANG ADA KELAPANGAN JANGAN LEPASKAN PELUANG. DATANG DENGAN MINDA TERBUKA, DENGAR DAN AMBIL MANA YANG BAIK. KALAU SETUJU DAN YAKIN DENGAN BIMBINGAN KAMI BOLEH IKUT. KALAU TAK SETUJU TAK ADA HAL. 

APA YANG KAMI NAK KONGSI DENGAN SEMUA. UBAH PANDANGAN KITA TERHADAP WANG DAN KEKAYAAN. BANYAK SILAP, MENYEBABKAN KITA SEMAKIN MEROSOT DALAM MENGEJAR KEK EKONOMI NEGARA. KALAU KITA MASIH TAK BERUBAH, SUATU HARI NANTI MUNGKIN KITA AKAN MENAGIH DI BUMI SENDIRI. JANGAN SALAHKAN RANG LAIN, KALAU KITA TAK UBAH PANDANGAN KITA TERHADAP WANG DAN KEKAYAAN. UBAH YANG SILAP DAN PANDANGAN NEGATIF. PANDANGAN NEGATIF...

Selasa, 14 September 2010

Raya9

salam. selamat hari raya. bagaimana raya hari ini. harap semua akan happy dan sentiasa ceria. bagaimana meniaga anda? bagaimana semangat hari ini? apa perancangan anda? apa matlamat hari ini? hari ini ada pertambahan senarai nama? adakah hari ini ada pertambahan networking? adakah hari ini hari yang ditunggu-tunggu untuk terus menaja....

Isnin, 13 September 2010

Raya8

SALAM. BERTEMU LAGI DENGAN ANDA SEMUA. KE MANA HARI INI. BERAYA LAGI ATAU REHAT-REHAT DI RUMAH JE ATAU DAH MULA JUMPA PROSPEK ATAU GI JUMPA GENG-GENG SEKOLAH LAMA. JUPA DAN MENGIMBAU KENANGAN LAMA. INDAH DAN SEDIH. KAMI PUN BERHAJAT NAK JUMPA KAWAN SEKOLAH. PERGI KE TAK PERGI. DOK PIKIR NI. TAKUT SALAH ANGGAP PULAK. NAK CARI KONTAK JE. IKHLAS. JUMPA UNTUK SAMBUNG PERSEHABATAN KEMBALI. TERPISAH SEJAK 1990 LAGI. MESTI DAH BERUBAH, WAJAH DAN KERJAYA. MUNGKIN DAH JADI BOS. MUNGKIN DAH BERJAYA DALAM PERNIAGAAN. SEGALANYA MUNGKIN DAN TAK ADA YANG MUSTAHIL DALAM KEHIDUPAN BAGI YANG BERUSAHA. ADA YANG TERPUTUS TERUS SEBAIK HABIS SPM. TERTANYA-TANYA BERAPA RAMAI YANG AKAN HADIR? AHLI PARLIMEN TANAH MERAH PUN AKAN HADIR. JUGA KAWAN. MASA INI, KENA TAMBAH DATABASE JE DULU. LEPAS NI PULUN GILE. MASA NK BERTOLAK SEKARANG. NAK GI KE TANAH MERAH.

Ahad, 12 September 2010

Raya7

Salam. Bertemu lagi. Harap geng-geng semua sihat sejahtera. Tak ada masalah yang boleh halang kita bergembira disepanjang hari raya. Poket tebal dan kereta tak meragam. Tak berlaku hal-hal yang tak diingini, kena langgar atau terlanggar. Maklumlah kereta banyak dijalanan. Petang tadi, semasa kami keluar beraya. Ada kereta yang berlanggar. Kemeknya tak teruk, tapi dah hilang mood raya. Berhati-hati sebelum terjadi. 

Dalam paper Sinar hari ini, ada artikel pasal pengurusan kewangan. Gaji habis sebelum masanya. Bila gaji habis, ada yang 5 hari je, ada yang habis selepas 10 hari, ada yang 15 hari baru habis. Ada yang hanya selepas 3 hari je. gaji masuk je, terus bayar apa-apa yang patut sehingga tak tersisa nak hidup kena ada sumber lain. kena buat kerja k2. ada yang buat kerja k3. dah terpaksa, nak terus hidup. 

Bagi pandangan kami, kerja terbaik adalah berniaga. Mesti bermula dan berakhir dengan jayanya. Insurans atau mlm. Terpulang mana yang selesa. Kerjanya tak terikat dan boleh lakukan bila ada masa. Lepas waktu kerja. Dah RAMAI YANG BERJAYA KELUAR DARI SITUASI GAJI HABIS SEBELUM TIBA MASANYA. MALAH MENJADI PUNCA REZEKI UTAMANYA. TAHNIAH KERANA BERANI BUAT SESUATU UNTUK MENAMPUNG HIDUP DI BUMI MALAYSIA. KAMI DI AKADEMI TAIPAN PUN ADA JALANNYA. BOLEH BERHUBUNG DENGAN KAMI. DAH TERBUKTI BERKESAN. MALAH DAPAT SETAHUN GAJI, DALAM MASA SEBULAN JE. BERMINAT HUBUNGI KAMI SEGERA. LAGI CEPAT LAGI BAGUS...

Sabtu, 11 September 2010

Raya6

SALAM.SELAMAT HARI RAYA. BERTEMU LAGI HARI INI. INGATKAN NAK REHAT TAPI TAK BOLEH REHAT. ADA JE YANG NAK TULIS. NAK DIKONGSI DENGAN WARGA AT 181 SEMUA. MESKIPUN RAMAI YANG TAK MELAYARI BLOG, KESIBUKAN BERAYA MENGIKAT DARINYA. SEMALAM DAH BERAKHIR, HARI INI DAH BERMULA. SEBAIKNYA KITA MENYAMBUT HARI DENGAN DOA. MINTAKLAH DENGAN YANG MAHA KAYA. YANG MEMILIKI ALAM INI. YANG MAHA BERKUASA. YANG MAHA MEMENUHI KEHENDAK HAMBANYA. SELAIN MINTAK KEAMPUNAN DAN HIDAYAT, MINTAK JUGA, REZEKI YANG MELIMPAH RUAH, AGAR KITA DAPAT PENUHI HAJAT-HAJAT KELUARGA DAN ORANG-ORANG YANG BERHAJAT. SELEPAS BERDOA DAN YAKINLAH KITA AKAN CAPAINYA. TAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH UNTUK MEMENUHI SEGALA HAJAT KITA. KALAJ TAK YAKIN, MEMANG TAK DAPATLAH. YAKIN.YAKIN.YAKIN. DOA DENGAN PENUH TAWAJJUH, DENGAN PENUH PENGHARAPAN. LEPAS ITU' KITA BERUSAHA DAN BERTAWAKAL. TAPI RAMAI ANTARA KITA, DOK PIIKIR APA YANG KITA MINTAK ITU MUSTAHIL. INGATLAH TAK ADA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA INI. NAK JADI JUTAWAN, BOLEH. TAK MUSTAHIL PUN. TAK KIRA SIAPA KITA. UMAT INI AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN ORANG-ORANG KAYA. BANYAK BENCANA SEJAK 2 MENJAK INI. GEMPA BUMI, GUNUNG BERAPI, BANJIR DAN SE AGAINYA. KALAU KITA TAK MENGHULUR MEMBERI BANTUAN, SIAPA LAGI. KALAU UMAT INI KAYA, MUNGKIN BANTUAN DAPAT DIKUMPULKAN DENGAN MUDAH. ORANG ISLAM WAJIB KAYA. AWAL PERMULAAN ISLAM DULU, BANYAKDIBANTU OLEH ORANG KAYA, SEPERTI KHALIFAH ABU BAKAR, SITI KHADIJAH. WALAUPUN ALLAH TAK PERLUKAN SESIAPA PUN, TAPI ALLAH NAK TUNJUKKAN BAHAWA PERLUNYA KEWUJUDAN ORANG BERDUIT DALAM PENYEBARAN ISLAM. BUMI MALAYSIA DAPAT ISLAM PUN MELALUI PEDAGANG. ANDAINYA ORANG ISLAM TAK BERNIAGA, APA AKAN JADI PADA KITA. PARA PEDAGANG MEMULAKAN USAHA DAN USAHA INI DISAMBUNG PULA OLEH PENDAKWAH. LIHATLAH BETAPA BESARNYA SUMBANGAN PEDAGANG PADA PENYEBARAN ISLAM. BILA TIBA ZAMAN KITA, ORANG KAYA DIPANDANG NEGATIF. ORANG KAYA DIPANDANG SINIS. ORANG KAYA DIPANDANG, ORANG YANG TAMAK HALOBA. SEMPENA RAYA INI, MARILAH KITA UBAH PERSEPSI TERHADAP ORANG KAYA. MARILAH KITA UBAH PERSEPSI TERHADAP KERJAYA USAHAWAN. KALAU TAK NAK TERJUN BERSAMA, BAGILAH SOKONGAN PADA YANG BERMINAT DAN SEDANG BERENANG DILAUTAN IKHTIAR MENJADI LEBIH KAYA. SEBAB MENJADI KAYA TAK SALAH MALAH DIALU-ALUKAN. KERJA KUAT, KERJA RAJIN,KERJA TEKUN, KERJA HEBAT ADALAH SIKAP YANG DITUNTUT OLEH AGAMA. APA YANG PENTING MESTI BERTAKWA. JUMPA LAGI. CATATAN  INI GUNA HP. CACAT DAN KURANG, MINTA MAAF.

Jumaat, 10 September 2010

raya3

Selamat menyambut hari raya puasa. semoga berbahagia bersama kaum keluarga dan jiran tetangga. Kunjung mengunjunglah sesama kita, eratkan persaudaraan. bermaaf maafanlah sesama kita. sesungguhnya kita tak lepas dari berbuat kesilapan. warga taipan 181 semua, harap juga berseronok dan lepas ini, kita nak kerja lebih tekun lagi. lepas ini kita nak kerja lebih kuat lagi. lepas ini kita nak kerja lebih gile lagi. kita nak jayakan lebih ramai lagi. kita nak jumpa LEBIH RAMAI LAGI. LEPAS INI KITA ADA BANYAK LAGI PROJEK. PERJALANAN KITA LEBIH MENCABAR LEPAS INI. CABARAN DATANG NAK MEMATANGKAN KITA. CABARAN DATANG UNTUK MENAMBAH ILMU DAN PENGALAMAN. 

INGAT KEMBALI IMPIAN DAN MATLAMAT MENCEBURI MENIAGA INI. MEMBINA KELUARGA BAHAGIA, MEMBINA MASYARAKAT USAHAWAN, MEMBINA INSAN2 LUARBIASA. MASA RAYA INI, BINALAH HUBUNGAN DENGAN JIRAN-JIRAN, MENAMBAH SENARAI NAMA. KALAU PERLU BOLEH JUGA PROMOTE BIOZONE. SEMUA YANG KITA JUMPA BIASANYA MEMPUNYAI KERETA. JADI APA LAGI YANG KITA TUNGGU. SEDARA MARA TU, PASANGLAH BA KALAU BELUM ADA. DAH ADA SERVIS SIKIT, TUKAR FILTER KE. TANYA KABAR ANAK-ANAK BUAH, DAH CUKUP UMUR BOLEH JADI DLINE, BOLEH KELUAR  DANA PUN OK. JANGAN NAMPAK SANGAT, TAPI MESTI BUAT.

Khamis, 9 September 2010

meniaga raya2

meniaga tak boleh berhenti. menaja tak boleh berhenti. senarai nama tak boleh habis. ilmu sentiasa digali. mentor kena ada. bertanya mesti selalu pada yang arif dan terbukti jujur.

meniaga raya

semasa raya, bertemu dengan ramai kawan, masa inilah masa sesuai nak kukuhkan network. bertemu geng-geng, stranger dan sedara-mara. bina network bukan semata-mata nak berniaga saja. banyak kelebihannya bila, network kita besar. orang selalu sebut cable. bila nat mintak tolong baru, nak cari. susahlah kita. awal-awal kita mesti bina. musim rayalah paling sesuai, ramai orang berkumpul. mana tahu, 2,3 orang boleh jadi rakan niaga kita. jangan lupa name card, bawa dan bagi pada orang yang kita jumpa. mintak card mereka juga. dalam kereta/beg mesti ada buku bingkisan at dan bingkisan kejayaan sendiri. tak salah sebarkan peluang. tak ada paksaan. mana tahu kita jumpa dengan mereka yang tercari-cari peluang tambah pendapataN. MANA TAHU, PROSPEK TERSEDIA DEPAN MATA.  JUMAAT RAYA. SELAMAT HARI RAYA. MAAF DIPOHON.
menjalani meniaga ini, kepuasan tertinggi bila melihat/dengar/tahu warga at berjaya memiliki apa yang mereka idamkan. BERJAYA KELUAR DARI LOPAK LAMA KEPADA LOPAK YANG LEBIH SENANG. KEPENATAN DAN KESIBUKAN TAK TERASA PUN, KEINGINAN MEMBUAK-BUAK NAK BERJAYA BERSAMA DAN INI TAK BISA DAPAT DENGAN INCOME DIRI YANG BESAR, KALAU BOLEH SEMUA YANG MASUK NAK DJAYAKAN. INILAH SEDEQAH YANG TERBAIK, MENGAJAR/MEMBIMBING WARGA AT SEMUA. PENGORBANAN INI BIARLAH ALLAH YANG BALAS. KEKADANG TAK DIBERI UCAPAN TERIMA KASIH SEKALI PUN. APA YANG PENTING, IKHLAS DALAM BEKERJA. KAMI DAH WAKAFKAN DIRI, MENEKUNI USAHA INI, UNTUK MEMBERI SAMPAI AKHIR HAYAT, MESKIPUN SETIAP KERJA, KAMI YANG BIYAINYA SENDIRI. KE SANA, KE MARI, DUIT, TENAGA DAN MASA KAMI KORBANKAN. TAK ADA HAL. JALAN INI YANG KAMI PILIH. DAH 10 TAHUN, GEMBIRA KAMI BUKAN BANYAK YANG MASUK, TAPI BERAPA RAMAI YANG BERUBAH HIDUP BERSAMA-SAMA KAMI. KAMI JUGA SENTIASA BERDOA AGAR SIHAT UNTUK TERUS BEKERJA DAN MENJAYAKAN RAKAN SEMUA. KHIDMAT INI PERCUMA SAHAJA. SESIAPA YANG MAHU BERUBAH, JOM SERTAI KAMI. JANGAN BERYANGGUH LAGI. KEJAYAAN ANDA KOMITMEN KAMI. KALAU D LUAR SANA, BERAPA WANG YANG ANDA PERLU LABURKAN. JANGAN MALU UNTUK BERUBAH. TAK ADA PAKSAAN UNTUK BERUBAH, BIARLAH LAHIR DARI HATI ANDA. LEBIH SENANG UNTUK BEKERJA.BERUBAH UNTUK KAYA TAK SALAH, MALAH DIGALAKKAN. ASALKAN HALAL, BELANJA KETEMPAT YANG HALAL JUGA. JOM!JOM!JOM!

Rabu, 8 September 2010

2 hari sebelum raya.

allah sentiasa bersama kita. setiap saat, setiap detik. dia tahu kesusahan dan penderitaan yang kita sedang jalani. bukan kita tak doa, bukan kita tak usaha.MUNGKIN ALLAH SEDANG MENGUJI SETAKAT MANA, KITA BOLEH BERTAHAN. SETELAH KITA LALUI ZAMAN CEMERLANG BERERAPA TAHUN. TAK KAN 2,4 BULAN KITA DALAMI MUSIM SUKAR DAH MENGALAH. ALLAH YANG SAMA DULU DAN SEKARANG, USAHA MESTI DTINGKATKAN,DOA DAN TAWAKAL. KAMI YAKIN KITA BERJAYA HARUNGI BERSAMA.PERCAYA PADA DIRI DAN AT.

Isnin, 6 September 2010

pesanan penaja

Blog Ini Mungkin Berehat Seketika. Lepas Raya Jumpa Lagi!!!!!!

Selamat Hari Raya!
Kami Beraya Di Tanah Merah Dan Di Pasir Putih.

Kampung Becah Kelubi- Tanah Merah
Kampung Kok Berangan - Pasir Putih

catatan2 sambil berkemas.

dah bersiap-siap nak bertolak balik kampung. selamat tinggal KL, tempat kami menjemput rezeki. syukur pada Allah, masih lagi beri kesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung.

buat teman-teman, ketahuilah bahawa kami tak lepas dari berbuat salah pada semua dan kami memohon kemaafaan dari anda semua. semoga kita diberkati oleh Allah.

buat rakan kongsi semua, mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang kita berikhtiar menjemput rezeki. kami tahu, silap dan salah sering berlaku. tak ada cara terbaik, selain memintak maaf dari rakan kongsi semua. sepanjang menekuni meniaga ini bersama rakan kongsi semua, pasti banyak yang terkurang, terlebih kata dan banyak lagi. maaf.maaf.maaf.

buat warga malaysia. marilah kita ubah paradigma kita terhadap kekayaan dan wang. tinggikan maruah kita. kek ekonomi negara biar sama kita rasai. biarlah kita menjadi peneraju utama dan bukannya yang sisa-sisa sahaja. atau yang kerajaan beri atas kapasiti ikhsan bumiputera. orang lain tak boleh rebutnya. tengoklah rumah-rumah di Kl, siapa yang banyak beli. rumah kedai tak payah kira,  terlalu sedikit. bukan salah siapa, cuma kita yang tak mampu nak beli. mahal. kita telah tinggalkan kerja yang sepatutnya kita buat. perniagaan. kita lebih suka makan gaji. padahal meniaga 9/10 punca rezeki dari perniagaan. kenapa orang lain yang berlumba-lumba. kita sikit demi sedikit ke belakang. berebut-berebut nak makan gaji. bagaimana masa depan kita, kitalah yang bentuk. bukan nasib yang tentukan. jom kita berusaha. kembalikan maruah kita. datuk nenek kita dahulu pedagang terhebat. lautan telah dikuasainya. benua mana yang mereka tak sampai. meniaga dan meniaga dan terus meniaga. kini meniaga bukan lagi kesukaan dan minat orang kita. "dah cukup, nak buat apa lagi" itulah jawapan yang sering kita temui. 

kalau baca paper hari ini, bank hanya akan bagi loan hanya 80% sahaja. kalau jadi macamana nasib kita. lagi parah. harap-harap tak jadi.

Orangtua.

  • Orangtua selalu membanggakan Anda. Apakah Anda selalu membanggakan mereka?
  • Orangtua selalu mendoakan Anda. Apakah Anda selalu mendoakan mereka?
  • Orangtua selalu berkorban untuk Anda. Apakah Anda selalu berkorban untuk mereka?
  • Orangtua berusaha membahagiakan Anda. Apakah Anda berusaha membahagiakan mereka?
  • Orangtua membesarkan serta menafkahi Anda dan saudara-saudara Anda, tanpa pernah mengeluh. Padahal kehidupan orangtua kadang serba kekurangan. Tapi, begitu Anda saudara-saudara Anda beranjak dewasa, malah mengeluh ketika harus membantu dan menafkahi orangtua. Padahal kehidupan Anda dan saudara-saudara Anda sering serba kecukupan.
petikan dari buku 7 keajaiban rezeki.

pagi5


kegagalan bukanlah suatu yang muktamad dan kejayaan pula tidak pernah berakhir.
kenapa berhenti?

pagi4

sanggup bertahan atau tidak. sudah terbukti siapa yang bertahan akan berjaya. tak sanggup,apa pun tak jadi.

asyik asyik suruh cakap positif.


katakan pada diri atau komunikasi dengan diri cakap pada diri mesti yang positif sahaja. jangan ada yang negatif. kelak buruk padahnya.  boleh jadikan diri penakut dan tak berani buat apa-apa perubahan. jadi pesimis. penyakit si miskin jadinya. kalau sekali 2, komunikasi negatif mungkin tak ada hal. bila selalu, menjadikan kita kerdil. sehinggakan kita percaya itulah diri kita.
apa cakap positif?
  • aku hebat
  • aku boleh
  • aku pasti berjaya
  • orang lain boleh buat, aku mesti boleh buat.
  • syukur apa yang dapat.

cakap negatif?
  • aku tak hebat seperti orang lain
  • aku tak pandai
  • bonus aku kecil
  • aku tak pandai cakap
  • aku
  • aku
  • aku
  • susah..susah.. 
  • aku lemah
  • aku
semuanya negatif. tak membantu capai impian. impian pun ala kadar je.tak mencabar pun. nak berimpian lebih, takut tak capai, mustahil katanya.

kita suka cakap negatif pada diri. hentikan. tukar kepada cakap positif. AT boleh bantu aku capai impian. meniaga ini paling mudah dan paling cepat capai impian. aku ada segala-galanya untuk capai impian tersebut. 
saya pernah jumpa orang suka sangat cakap negatif.
" saya tak pandai macam orang lain"
"saya tak hebat seperti orang lain"
" income saya kecil je"
" saya itu, saya ini"
dimana hari ini. dah tak meniaga lagi. dah berhenti buat AT. lain-lain mungkin buat. itu saya tak tahu la. padahal dah banyak capai impian sejak bersama AT. beli rumah, tambah kereta baru, melancong dan banyak lagi. berakhirnya orang selalu cakap negatif pada diri....berhenti meniaga.
Powered By Blogger