Berkongsi suka duka yang ditemui sepanjang perjalanan menuju 'pulau impian', bersama Akademi Taipan181. Adakalanya menempuh jeram dan adakalanya melalui liku. Semuanya terangkum dalam catatan ini. Harap ada yang sudi membacanya.
Jom Follow
Selasa, 31 Ogos 2010
renungan hari merdeka
cuba pikir dan renung dalam-dalam.
nak minta kerja perlukan sijil-sijil;
- upsr
- pmr
- spm
- ijazah kelas pertama lagi bagus
- master
- phd
- kokurikulum
- kursus yang pernah ikuti
- slip gaji.
- penyata bank.
- rekod bayaran loan terdahulu.
duit juga yang dinilai. duit juga yang jadi sandarannya. duit juga yang mereka tengok. tapi orang kata duit tak penting? pelik-pelik.
belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus senang hidup. 100% betul ke?
Salam.
Salam Merdeka Ke 53.
sebelum tidur ke. bangun sahur ke. lepas solat subuh ke. cuba tanyakan pada diri sendiri, apakah dalam sehari kita dok banyak fikir hal-hal positif atau banyak dok pikir hal-hal negatif.
tanyakan pada diri sendiri apakah dalam ucapan seharian kita banyak mengucapkan kata-kata positif, pujian, penghargaan, syukur dan cinta dari kata-kata negatif.
tanyakan pada diri sendiri,apakah dalam seharian kita sentiasa ucapkan pada diri sendiri kata-kata positif, perangsang dan kelebihan diri dari kata-kata negatif dan kelemahan diri.
Isnin, 30 Ogos 2010
4 sikap orang peniaga berjaya.
meniaga hebat dan nak jadi hebat;
- percaya diri, ia mengambil keputusan sekarang, bukan esok.
- tahu apa yang ia mahu dan kejar sampai dapat.
- mampu mengalahkan rasa takut dengan rasa ingin tahu, belajar.
- open mind, ia sangat ingin belajar dari orang lain.
Program Hari Merdeka.
esok program 'jom duit raya percuma.' berlangsung lepas solat terawih di mines wellness hotel seri kembangan. majlis berakhir selepas 2 jam.siapa yang nak, jangan lepaskan peluang. lihat peluang, dapat duit. tak pernah orang buat. masuk percuma, balik dapat duit. banyak sikit kami tak tentukan. pelik!pelik!pelik! AT yang buat untuk sesiapa yang ingin berubah. AT buat untuk orang yang nak memulakan perubahan. AT buat untuk sesiapa yang nak merdeka.
seluruh warga AT akan hadirkan diri. penuh dewan nanti. siap pakai baju raya lagi.
Kebebasan Kewangan?
Meniaga Bulan Puasa?
hari-hari terakhir bulan ogos. bagaimana meniaga bulan ini. ada bagus? atau biasa-biasa atau turun lagi. kami pasti ada yang naik, ada yang turun dan ada yang statik. ada yang tersenyum dan ada yang termenung. ada yang ghairah meniaga dan ada yang parah.
apa-apa yang berlaku, kitalah penyebabnya. meniaga turun, kita kurang buat kerja. meniaga statik pun kita kurang buat kerja. senang cakap tak cukup buat kerja. ada yang jadikan puasa sebagai alasan. cara terbaik nak atasinya, kena jumpa lebih ramai prospek berbanding dengan bulan-bulan lepas. sama-sama kerja kuat dengan rakan kongsi. bukan mereka je yang berhempas pulas buat kerja. kita kena tunjukan contoh pada mereka, baru mereka tiru. kalau kita kurang kerja, mereka pun akan kurang kerja. tak ramai yang terus kerja, semasa upline dok mengesot.
ada yang bungkus habis meniaganya. nak meniaga bazar ramadhan. terpulanglah. ini hidup mati mereka. kita tak boleh halang. apa yang kita boleh buat, meniaga terus jalan. kena jumpa lebih ramai lagi. tak akan berhenti. ada leader yang salesnya hampir tiada. ikut pengalaman kami, bila terhenti langsung meniaga, nak mula balik bukan kerja mudah. kena mula balik. jangan terkejut bila susah nak closing. kena ambil masa semula nak laju,ramai yang terus berhenti bila susah. lebih baik jangan berehat terus, meniaga bazar ramadhan pun,pergi juga ke kelas-kelas.
itu tak apa lagi, ada yang terus beralih arah. dah taubat tak nak buat AT lagi. dah ada pokok baru. lagi indah dan nyaman katanya. teduhannya lebih luas. AT dah tak bagus. rantingnya dah mereput serta berbagai-bagai lagi alasan membenarkan tindakan mereka. ini pun kita tak boleh halang. hak mereka. marah pun tak ada guna. apa yang boleh kita buat. sponsor orang baru lagi ramai. buktikan kita tetap bernafas walaupun mereka melantun keluar.
dulu kalau toreh tangan pun keluar darah AT. AT adalah terbaik. AT tak pernah jumpa. AT terhebat. AT terbagus. akan buat dan akan bersama AT selama-selamanya. tak akan pergi lagi. sekejap je. kurang duit sikit, terus buat lain. cakap berdentum-dentum pun bukan boleh percaya. mungkin kat tempat lain itu juga yang selalu dia cakap. puji melangit pada syarikat yang mereka berteduh. lepas tu puji pulak syarikat lain. lepas syarikat lain, lepas tu syarikat lain lagi. berpuluh malah beratus syarikat terbagus bagi mereka, dok melompat ke kerjanya. tak nak bertahan dan fokus pada yang 1.
ada juga yang dah buat strategi baru. AT punya dah lapuk, dah tak leh pakai. tak mampu tampung hidup lagi. ini lagi bagus. lagi cepat merebak. boleh lonjak meniaga dan income. train ini dah mula kumpul penumpang, sikit masa lagi akan bergerak. selebihnya tetap bersama train AT. juga sedang bergerak dan sambil-sambil ambil penumpang. pilihan ditangan anda. tak ada yang boleh memaksa anda buat keputusan. buatlah yang terbaik demi diri dan keluarga anda.
suasana meniaga sedang dibina dalam AT. bermacam-macam cara yang kita buat. nampak berkesan. terkedepan dari group dan syarikat lain. tahniah buat leader AT kerana sentiasa cari jalan untuk cipta suasana hangat. apa yang AT mintak sekarang ni semua leader bersama-sama dengan AT. kerja ini, kena semua terlibat baru cepat jadi. AT tetap bergabung dengan siapa yang mahu dan yang malu-malu kita tak leh buat apa lagi. meniaga mesti terus jalan dengan cepat.
MITC Melaka
gah depan pintu masuk dewan. baca notis ini pun terbakar, belum lagi dengar pengisiannya. |
keadaan dewan jam 8.30am. kosong je. kami sampai paling awal. lepas subuh terus gerak. kalau lewat, tertidur pulak. lewat sampai. |
jam 9.30am, mula ada orang. |
cdm wan suryani datang dari kelantan. nak tengok bagaimana hebatnya kelas aromaterapi minda. nak bawa ke kelantan lepas raya ini. cdm ina pulak sibuk dok menulis. cdm jadi mc hari ini. |
Leader AT Melaka. cdm hj char, cdm zefry,ddm feff dan ddm hamaka. buar dan terus buat. tak kisah dengan orang kata. yang penting meniaga terus jalan dan meniaga dengan penuh kejujuran. |
CDM Jalilah; kelas hari ini lebih separuh dibawah rangkaiannya. usaha tanpa jemu telah membuahkan hasil. |
Ahad, 29 Ogos 2010
6K bersama AT
meniaga ini kita akan dapat;
- Kekayaan.
- Kemewahan
- Kebajikan
- Kesihatan
- Ketenangan
- Kebebasan
susah tak siapa nak.
siapa tak mahu duit.
siapa tak mahu duit banyak.
siapa tak mahu duit melimpah ruah.
siapa mahu susah.
siapa mahu miskin.
siapa mahu melarat.
tak siapa nak.
tapi
ramai yang kena.
jom berubah bersama kami
jom berubah bersama AT.
jom buat duit bersama AT.
jom kaya bersama AT.
jom!jom!jom jangan tunggu lagi.
melaka!melaka!melaka.
AT akan ke melaka pagi ini.
jom berubah bersama AT.
jom!jom!jom! apa tunggu lagi
jom berubah bersama AT.
aromaterapi minda bermula 9.30am.
jom hadirkan diri.
jangan beralasan lagi.
jom buat bikin duit bersama AT.
jom berubah bersama AT.
dah ramai yang berjaya.
AT ada rahsianya.
jom!jom!jom join AT.
jom berubah bersama AT.
perlu tekun dan pandai ikut.
boleh ikut dan sentiasa ikut.
mudah dan terbukti berjaya.
Bersedia untuk berubah. Bersedia untuk buat perubahan. Apa perlu diubah? Minda. Perubahan mesti bermula dengan minda.
- ubah pandangan pada kekayaan.
- ubah pandangan pada wang.
- ubah pandangan pada keupayaan diri.
selalu disebut dan selalu jumpa. kekayaan tak memberi kebahagiaan. duit tak boleh bawa mati. alasan adalah untuk menyembunyi kemalasan diri. nak elakkan diri dari kerja keras. elakan diri dari tekun bekerja.
ubah dan mesti berubah. mesti nak berubah. kesedaran mesti lahir dari minda. kena tahu, keperluan berubah. kalau tak tahu sebabnya lagi susah nak buat perubahan.
Sabtu, 28 Ogos 2010
patin tomyam.
ikan patin sungai pahang |
selepas dimasak. jomlah ke sana. rasailah keenakannya. |
Pagi tadi kami bersama dengan beberapa kawan-kawan telah bersahur dengan ikan patin masak tomyam. dah lama tak makan, teringat pulak. jam 1.30 am. kami pun bertolak ke sana. mana tu? dah tentulah kalau ikan patin mesti ke temerloh. kedai pokloh tomyam. berhadapan dengan balai bomba mentakab. orang tahu patin masak tempoyak je, tapi yang kami makan ni masak tomyam. orang sana pun tak ramai yang tahu. dah merasa sekali pasti datang lagi. kami yang jauh ni pun selalu teringat-ingat je. tak pergi semalam mungkin tak merasalah bulan puasa ini.
Semalam cdm roshila,cdm inda, dsm wan, cdm nizam dan kami. sampai sana pukul 3 am. dah siap masak. terus makan. dah call dulu. ikan patin tomyam, patin goreng, sayur dan kerabu mangga serta telur dadar. cukup menyelerakan. siap bungkus lagi. buat bersahur kat rumah pulak. kami sempat, tapi orang lain tak sempat, boleh buat berbuka petang ini.
bertolak balik jam 4am dan sampai KL 5.25am. puas hati dengan masakannya. lepas solat subuh, tidur sekejap. lepas tu buat kerja lagi. cari duit, kumpul duit agar senang berbelanja nanti. selalu orang kata, duit tak boleh bawa mati tapi manfaat dari duit yang boleh bawa mati. sedeqah kita, harta wakaf, ilmu yang berguna, masjid yang dibina, bantuan pendidikan anak-anak yatim dan miskin yang kita bagi. kita mati pun pahala akan berterusan dapat. duit sekadar duit memang tak ada bermanfaat tapi manfaat dari duit itu yang kita cari.
pergi jauh-jauh semata-mata nak makan. kami dari dulu pun begitu. belum meniaga ini pun dah makan mana yang orang cakap sedap. jauh soal lain. dah meniaga ni lagi 'giler' makan dan boleh belanja kawan-kawan juga. itu yang paling seronok sebenarnya. kalau gi 2 orang tak berapa syook. ramai seronok. network nak ramai, makan pun mesti ramai. salah satu motivasi kerja, nak makan sedap.
untuk makluman sesiapa yang nak ke sana. kedai tu tutup 6/9/2010 nanti. dah nak balik raya. lepas raya 6 nanti buka balik. ke sana jangan mintak lain, ikan patin tomyam. kami ke sana sejak 2004 lagi. gi kuantan je mesti singgah.
bukan kami je ada lagi yang selalu ke sana cdm hanim dan cdm shahril.
bukan kami je ada lagi yang selalu ke sana cdm hanim dan cdm shahril.
Jumaat, 27 Ogos 2010
Hari ini4
macamana orang bercuti hari ini. puas hati. seronok. ada yang dah berbuka di kampung bersama orang tua. 3 hari cuti. ambil kesempatan balik kampung. ada yang balik sampai raya. dengar cite, jalan tar hari ini ramai orang. nak lalu pun sesak. ramai berbelanja kelengkapan raya.
warga AT, bercuti juga ke. ada yang balik kampung, berbuka puasa dengan keluarga dan jumpa kawan-kawan lama. sharing je peluang. jangan jumpa kosong. tak nak ambil BA. Biozone pun balun je. tak sia-sia jumpa kawan.
ada juga yang ambil kesempatan edar flyers jemputan ke mines selasa ini. ajak dan bawak prospek ke acara tersebut. pasti meriah. orang utara pun dah ramai yang sanggup datang. orang dekat kl jangan kalah, mesti datang bersama prospek seramai mungkin. prospek yang datang ramai yang sangkut. sign up dan berazam nak buat 'giler-giler'. kalau tak bawak prospek, kitalah yang rugi.
ada juga yang penuh appt hari ini. berbuka pun kat luar. tak sempat balik. lepas terawih pun masih jumpa prospek lagi. tahniah. hebat. anda pasti capai impian dan hidup seperti yang anda mahu. lepas terawih ada kelas lagi. group mana tuuuu.
ada juga yang tak tahu nak gi mana hari ini. tak tahu nak buat apa. appt tak ada. nak kutip dokumen pun tak ada. nak demo dengan dline pun tak ada yang ajak. nak ikut sideline gi cari stranger, tak molek campur sideline, kata uplinya. pun tak jadi ikut. dok menung kat rumah. apakah akan jadi seterusnya. kena tambah senarai nama. meniaga kita tak mati.
sales boleh masuk lagi. teruskan usaha. dapat lebih sikit bulan ini. nak pakai duit pun lebih.
lepas berbuka.
Selesai berbuka. syukur pada Allah, masih beri peluang untuk hidup dalam keamanan. dapat berpuasa dengan tenang dan tak ada malapetaka. sehabat kita di pakistan, nak makan pun tak ada. lebih 20 juta yang terlibat dengan bencana banjir.
keadaan banjir di pakistan. |
berbuka di khemah perpindahan. berkongsi roti, kurma dan air. |
solat tak ditinggalkan. |
ikan bakar dan ayam bakar. |
bazar ramadhan seri serdang. setiap tahun mesti sampai tapi kali ini tak sampai lagi. kalau ke sana mesti beli murtabak dan laksam cikgu jani. mengancam gile. beli kadang-kadang tak makan pun. |
kali ini, tak pergi pun bazar ramadhan. masak je. kurang membazir sikit. kalau beli secukup tak membazir. pengalaman tahun-tahun lepas. penuh meja. bila azan, minum air segelas dua, dah kenyang. tak berapa nak makan dah. habis tu, yang penuh meja tu siapa nak makan. tak apa balik terawih, makan. gi ke terawih tu, dah kenyang terbungkam je.
Tahun ini ubah cara, masak kat rumah. makan pun tak berapa banyak. boleh solat terawih. solat di beberapa masjid sekitar Puchong. ramadhan ini rugi sikit, kurang baca al-quran. tak habis pun lagi. bukan tak habis, belum sampai 15 juzuk. mesti pulun juga. kena habis sekali sepanjang ramadhan kali ini. rugi.
mesti khatam juga sekali dalam ramadhan 1431H |
walaupun puasa, kelas-kelas AT tetap berjalan seperti biasa. mula lewat sikit. warga AT yang datang sama je dengan bulan-bulan biasa. kadang-kadang ada pertambahan. kerja kena terus buat. nak beraya duit kena banyak. baju raya, kuih raya, duit raya, minyak keta nak balik raya, tol raya dan banyak lagi nak pakai. harap-harap bonus hai-o dapat belum raya. meriah sikit rayanya.
cuti dan tak ada hal.
hari ada yang cuti dan ada yang bekerja. tak ada hal. meniaga mesti jalan. tak boleh cuti. kena terus buat. rehat bukan keperluan buat masa sekarang. rehat bile penat je. tidur 3,4 jam malam dah ok. esok dah mula kerja balik. meniaga, meniaga, meniaga.
sejak meniaga, istilah cuti dah tak wujud. kerja, kerja dan kerja. kerja pun bukan seperti dulu. masuk jam 8 dan keluar jam 5 petang. sekarang ni keluar kita yang tentukan dan balik pun kita tentkan sendiri. tak terikat dengan sape-sape. terikat dengan impian yang nak capai je. nak capai cepat, kerja gile-gile sikit, cepatlah capainya. kalau nak lambat capai, kerja pun santai-santai.
kl akan penuh. jam. nak berbelanja keperluan raya. tapi ramai warga AT nak menyibuk juga. cari prospek. cari prospek. tambahkan senarai nama. panda-pandailah esok menyibukkan diri. mesrakan diri anda dengan stranger di bazar ramadhan lorong tengku abdulrahman esok. dengar cite jam 10 am nak bertolak. naik lrt je, elak jam. esok pulak jumaat. aku tak pergi kot. kalau pergi pun lepak kat kedai buku je.
kerja,kerja,kerja. terus kerja. banyak aptt. kutip dokumen dan banyak lagi yang boleh buat. ada yang balik kampung. berbuka puasa dengan orang tua sambil-sambil cari kenkawan kat kampung. tak apa. berkongsi tak salah. nak ok. tak nak pun ok. kita tetap teruskan meniaga dan tetap jadi kaya.
kerja, kerja,dan terus kerja. ada yang mesti kerja sampai umur 58 tahun. meniaga ini, kerjanya sampai mati kot. atau kerja teruk-teruk sekarang, 10 tahun lagi boleh rehat kot. mana tahu, boleh capai impian ini. kerja sekarang 10 tahun lagi pencen. kerja kerana minat je dan bukan lagi kerana sesuap nasi. income besar yang ditawarkan oleh AT, rugi kalau lepaskan. sentiasa dibimbing/dibantu/dimotivasikan. AT bersedia bila-bila masa untuk berbakti pada anda.
kerja, kerja, kerja dan terus kerja. ada orang kerja dengan terpaksa. demi gaji. bukan kerana minat. dah tak dapat kerja lain. kerja sambil merungut. tapi kita kerja ini kerana duit dan minat. mesti suka pada kerja, baru boleh bertahan lama.
kerja,kerja dan kerja. ada orang kerja tapi bukan seperti kerja. macam bermain je. sebab dah minat dan menyukai kerjanya. kerja lebih masa pun tak ada hal, rasa sekejap je. tak balik rumah pun tak ada hal. kena terbang jauh pun tak ada hal. kerja yang disukai. adakah anda suka kerja anda sekarang?

beli jangan tak beli. |

mungkinkah esok jadi begini kl. orang masuk bandar, shooping baju raya. |

sekadar renungan2
sembang-sembang pasal diri dan masyarakat.
impian kita tak besar. kalau besar pun tak konsisten berusaha mencapainya. tak berminat buat kebajikan. aku ada kawan, suami isteri kerja kerajaan. gaji mereka RM10K sebulan kalau dicampur dua tu. timggal pulak kat kampung. cuba bayangkan betapa mewahnya kawan aku ini. apa yang kena bayar, pinjaman rumah je. rumah cukup besar. hebat dan mewah. kadang-kadang aku test juga, pasal meniaga ini. mana tahu kot-kot berminat.
"aku dah cukup. boleh hidup, sara anak-anak, beli harta sikit, bagi orang tua, rasanya dah tak payah buat kerja lain. ngajar tuition je boleh."itulah jawapan yang biasa aku dan anda dengar.
adakah ini yang kita kejar? rumah, kereta dan harta. kalau kita baru menekuni meniaga ini, mungkin ini adalah impian yang cukup-cukup bagus. tapi bolehkah tolak kita terus bekerja. jadikan kita lebih tekun, lebih sabar, lebih gile lagi. aku rasa tak. kalau untuk diri dan keluarga,momentum kerja kita tak sekuat mana/tak sehebat mana. bila dah capai, dah tak bermotivasi lagi.
cuba besarkan lagi impian kita. besarkan pandangan kita pada keperluan masyarakat. masih banyak lagi kekurangan. masih banyak lagi keperluan yang belum cukup. tak salah kalau berimpian, kerja cari duit dan duit tersebut kita salurkan pada tempat-tempat yang memerlukan.
sekolah-sekolah agama rakyat banyak yang daif. memerlukan sumbangan bila-bila masa. kalau ada duit kita boleh pakat-pakat bantu. kalau kita tak berusaha bantu siapa yang nak bantu. inilah salah satu motivasi kerja cari duit. tengoklah sekolah-sekolah persendirian cina, lebih hebat dari sekolah kerajaan. siapa yang bantu, orang berada mereka. dan mereka ramai yang kaya. tak pelik kalau sumbangan orang kaya pada sekolah cina melebihi 1 juta setahun.
nak hantar orang kampung pergi haji/umrah setiap tahun. ini salah satu impian kami. kena kerja lebih tekun lagi. kena kerja lebih gigih lagi. itu sebabnya semangat kerja tak mudah luntur.
bantu anak-anak miskin mendapat pendidikan yang sempurna. bayar yuran mereka, cukupkan keperluan persekolahan mereka.
salah satu kenapa kerja kuat sekarang. bila tua nanti dah tak payah kerja lagi.

masjid al falah usj 9. renovation hasil sumbangan orang ramai. jutaan ringgit habis. boleh gi tengok hebat. |
rumah sehebat ini lebih dari cukup. |
adakah ini yang kita kejar? rumah, kereta dan harta. kalau kita baru menekuni meniaga ini, mungkin ini adalah impian yang cukup-cukup bagus. tapi bolehkah tolak kita terus bekerja. jadikan kita lebih tekun, lebih sabar, lebih gile lagi. aku rasa tak. kalau untuk diri dan keluarga,momentum kerja kita tak sekuat mana/tak sehebat mana. bila dah capai, dah tak bermotivasi lagi.
cuba besarkan lagi impian kita. besarkan pandangan kita pada keperluan masyarakat. masih banyak lagi kekurangan. masih banyak lagi keperluan yang belum cukup. tak salah kalau berimpian, kerja cari duit dan duit tersebut kita salurkan pada tempat-tempat yang memerlukan.
sekolah-sekolah agama rakyat banyak yang daif. memerlukan sumbangan bila-bila masa. kalau ada duit kita boleh pakat-pakat bantu. kalau kita tak berusaha bantu siapa yang nak bantu. inilah salah satu motivasi kerja cari duit. tengoklah sekolah-sekolah persendirian cina, lebih hebat dari sekolah kerajaan. siapa yang bantu, orang berada mereka. dan mereka ramai yang kaya. tak pelik kalau sumbangan orang kaya pada sekolah cina melebihi 1 juta setahun.
betapa bersyukur kalau kita dapat hantar orang-orang miskin mengerjakan umrah. tak salah kalau kita berimpian sedemikain. mula-mula tu kita hantar ibubapa dan orang-orang yang tak mampu. |
nak hantar orang kampung pergi haji/umrah setiap tahun. ini salah satu impian kami. kena kerja lebih tekun lagi. kena kerja lebih gigih lagi. itu sebabnya semangat kerja tak mudah luntur.
bantu anak-anak miskin mendapat pendidikan yang sempurna. bayar yuran mereka, cukupkan keperluan persekolahan mereka.
salah satu kenapa kerja kuat sekarang. bila tua nanti dah tak payah kerja lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)