Khamis, 21 Oktober 2010

Melayu Bangsaku


Melayu Bangsaku

Melayu bangsa subsidi
Melayu bangsaku lebih suka makan gaji
daripada kerja sendiri
pemimpin Melayu bangsaku lebih duka dipuji
daripada dimaki
sarjana-sarjana Melayu bangsaku lebih suka
memuja tokoh-tokoh barat daripada
tokoh-tokoh tempatan
pegawai-pegawai Melayu bangsaku lebih suka
bermain golf daripada bermain gasing
wanita-wanita Melayu bangsaku lebih suka
mempamirkan diri dimajlis-majlis rasmi
itulah dia Melayu bangsaku
jangan puji  diriku kutuklah aku 
pujilah Tuhan jangan puji manusia


Mokhtar Taib
Taman Pujangga
Jerteh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan